Monday, October 19, 2009

Diulit DOSA CINTA...8

BAB 8


Fail peribadi dan dokumen penting disusun atur di dalam kabinet yang berkunci. Amanah yang diberikan kepadaku untuk menjaga hal – hal peribadi kakitangan di syarikat aku bekerja tidak disia – siakan. Dari profil kakitangan, socso, kwsp, maklumat gaji sehinggalah maklumat bank. Semuanya di bawah kelolaanku.

“Amboi! Rajinnya. Udah la tu, perut kau pun kena rehat juga, Wiya”, muncul Salina di muka pintu bilik pejabatku. Senyuman manisku berikan kepadanya, rakan sepejabat memerangkap teman serumah yang menyenangkan hatiku berbanding dengan yang lain yang hanya bermuka – muka. Ah! Teringat aku pada Marini.

“Sekejap ya”, aku mencapai tas tangan dan kunci bilik. Menutup skrin komputer dan menyusun fail yang masih tinggal di atas meja. Pintu bilik dikunci.

“Ok, ready. Kita makan kat mana hari ni”.
“No idea. Kau?”.
“Fast food or nasi”.
“Emm….KFC ok kot”. Akhirnya, kami sepakat untuk memenuhi permintaan perut kami dengan makanan segera KFC saja.

Lagipun Restoran KFC terletak tidak jauh dari pejabat kami, hanya menyeberangi jalan, tidak perlu bersusah payah untuk memandu. Cuma sekali sekala jika inginkan makanan yang istimewa dan sedap sikit baru lah kami membawa kereta.

Cuaca tengahari itu agak terik. Panas yang membahang memaksa kami berjalan beriringan di tempat pejalan kaki yang teduh sedikit. Kelihatan kereta bergerak laju dan bertali arus, agak sukar untuk kami melintas ke seberang jalan.
Tiba – tiba langkah kami terhenti di halangan oleh seorang jejaka yang perasan kacak di pejabat. Rupanya yang tersengih – sengih memandang ke arah Adawiya, cuba memancing hati lagaknya.

“Hai! Makan mana, sayang”. Tegur Hamidi dengan nada mengoda yang dibuat - buat. Uweek!...nak termuntah Adawiya mendengarnya.

“Banyak lah kau punya sayang. Tepi…ganggu je. Nanti hilang selera kita orang tau”, bidas Salina sambil menepis halangan Hamidi. Aku mendiamkan diri tidak mahu berbalah, nanti lebih parah.

“Mak ai…sombong. Aku bukan tanya kau la, zombie”.

Tergelak aku mendengarkan gelaran ‘zombie’ untuk Salina. Di pejabat, Salina sememangnya dikenali dengan jolokan ‘zombie’ kerana rupanya yang seakan mayat, pucat tanpa secalit alat solek. Salina tidak gemar bersolek, dia lebih sukakan wajah yang ‘natural’.

“Sedap mulut kau mengata aku, Midi. Dah banyak beli insurans ke?. Silap – silap kang ada yang makan tengahari ni berlauk kan kasut aku”, perli Salina dengan sinis.

“Sudah! ke tepi, jangan halang kita. Jom, Wiya. Karang lambat pulak kita, dahlah masa’lunch’ cuma sejam je. Kalau di layan mamat perasan kacak ni, sampai besok tak habis”, omel Salina sambil menarik tanganku melangkah laju. Adawiya mengekori di belakang dan seakan berlari untuk menyamai jarak langkah Salina yang semakin laju.

“Ala…zombie..oppss! Salina sayang..comelku, intan payung… sorry la. Aku tak panggil lagi kau nama tu ek. Kau ni kalau marah boleh tahan la…boleh aku join korang ‘lunch’ ni”, rayu Hamidi sambil mengekori kami.

“Kau panggil aku nama tu lagi, siap kau. Jangan tegur aku selama setahun tau. Hasrat kau nak join kita orang makan, aku luluskan. Boleh kan, Wiya”. Aku hanya mengangkat bahu. Tak kisah pun. Ekor mata Hamidi melirik ke arah Adawiya. Memberikan senyuman nakal diiringi kenyitan mata kanan. Ish! Mamat ni gatal, aku cungkill biji mata tu baru tau.


******************************************

Hidangan tengah hari itu membuatkan kami bertiga kekenyangan walaupun cuma makanan segera . Suasana sepi seketika. Memandang ke arah luar restoran, masih ramai orang lalu lalang mengejar masa yang tehad untuk memenuhi urusan masing – masing.

Namun, ada sepasang mata yang tak reti nak duduk diam, asyik merenungku tanpa berkerlip. Eeiii..ada juga yang kena cungkil biji mata ni. Adawiya geram. Mengetap bibir mungilnya.

Anak mata Hamidi masih nakal. Berterus – terusan merenung Adawiya. Kegelisahan Adawiya membuatkan Hamidi semakin larik merenungnya dengan senyum sumbing.

Salina yang perasan situasi itu, cuba menarik perhatian menyelamatkan keadaan. Bicaranya yang paling merepek yang pernah kudengar.

“Wiya, kau perasan tak En. Ikram tu kan selalu pandang – pandang kau tau”.

“Ya ke? Aku tak berapa perasan la .. Ikram Pengurus Operasi tu ke?

“Ya la..sapa lagi. Kau ni ..itu pun tak kenal. Dah nak masuk setahun kerja pun tak hafal lagi rupa si jejaka kacak lagi tampan tu”.

Adawiya mengerut dahi, cuba mengingati wajah Ikram yang kurang dikenalinya. Emm..aku akui memang kacak dan bergaya tapi aku tidak berminat langsung untuk ada hubungan yang serius ataupun dikaitkan dengan lelaki apatah lagi untuk jatuh cinta, jauh sekali.

“Aku yakin En. Ikram tu mesti ada hati dengan kau. Sebab dia asyik senyum aje bila bertembung dengan kau tau”. Pandainya si Salina ni mencucuk jarum. Ada orang dah panas hati nampaknya.

Salina menguntum senyuman, nampaknya jerat dah mengena. Hamidi sudah menarik rupa macam kodok minum cuka. Cam na ek rupa tu. Entah! aku pun tak pernah tengok. Salina ketawa di dalam hati. Ooo…nak ngorat kawan aku ek. Kirim salam, sengaja aku reka cerita ni, biar ada saingan baru best. Tapi memang betul, lagipun kawan aku sorang ni memang cantik, ayu je, tak jemu mata memandang, satu pejabat dok usha dia hari – hari tak kira lelaki ke perempuan, naik jeles pulak aku. He.. he..he..

“Pandai aje la kau buat cerita, Sal”.

“Iya, Wiya. En. Ikram tu asyik usha kau aje pastu senyum sorang, asal kan lalu kat depan opis kau mesti dia toleh, nak nengok muka kau yang ayu tu la”. Senyuman Salina semakin melebar. Wajah Hamidi pula semakin mencuka dan cara duduknya sudah tak keruan.Panas!

“Dah cukup masa ni, jom balik”, arah Hamidi tanpa menoleh. Terus berjalan pantas ke depan. Tengah hangat la tu!...

“Hoi! Midi, lajunya. Kau nak kejar apa kat opis tu”, jerit Salina sambil ketawa kecil. Padan muka!

Adawiya mengerling ke arah Salina.

“Thanks”, ucapku ikhlas.
“Small matter”.

Kami jalan beriringan dengan hati yang terhibur. Adawiya senang dengan sikap Salina yang sentiasa mem‘backing’ dirinya malah amat peka dengan keadaan di sekeliling. Sikapnya yang lucu dan bermulut lahar. Teringat aku pada Marini, satu – satunya kawan baikku yang aku sayang tapi itu dulu. Apa khabar kau, Rini? Aduh! Kenangan lama mengusik jiwa. Jauh di sudut hatiku, aku masih teringatkan dia walaupun aku membencinya sepenuh hati, makin dibenci makin diingati.

2 comments: