Monday, October 19, 2009

Diulit DOSA CINTA...6

BAB 6


“Kau memang hebat, Zaq”.
Tak putus – putus tepukan lembut singgah dibahuku. Diiringi deraian ketawa kawan - kawanku Malik, Aaron, Jeet dan Safuan yang sengaja mengenakan aku. Memang tak guna punya kawan. Cerita yang mereka dengar dari mulut Aaron mengenai aku menyebabkan mereka tidak habis – habis memperli malah mengutuk akan kedaifan aku pasal perempuan. Ketawa mereka masih lagi bersisa. Bila la nak sudah, boring betul.

“Dah la woi!...korang nak ketawakan aku sampai mampus ke”. Marah Zaqrie lalu menghempaskan topi di kepalanya ke atas meja. Tekanan paras darahnya sudah menaik. Zaqrie mengusapkan rambutnya ke belakang dan melepaskan dengusan kecil.

“Ala..rileks la. Takkan marah kot. Baru cabar sikit je. Kita orang bukannya apa, cuma nak tolong memotivasikan kau tu, biar berani sikit dengan perempuan. Walaupun kau tu dah tak bergelar ‘teruna suci’ tapi kelemahan kau tetap terserlah beb. Tak kan dua orang perempuan tu pun kau tak boleh nak ‘handle’ , perli Malik dalam sinis.

Aku mencebik. Hakikatnya bukan aku takut pada perempuan cuma malas nak melayan kerenah mereka yang mengedik, emosi dan mengada – ada. Tengok aje la perangai teman wanita kawan - kawan aku ni pun sudah membuatkan aku meluat dan menyampah tahap impak maksima. Yang kaki kikis, yang over gedik, over sexy, over emosi, over make-up …ish! masak aku, mana boleh tahan. Tapi aku hairan dia orang suka pulak perempuan macam tu. Dasar buaya darat kecuali aku buaya beriman, he he...perasan!

“Aku bukan takut la….cuma tak minat nak melayan ‘over’ dia orang tu”, aku mempertahankan diriku.
“Ya la tu”. Safuan menyampuk seakan tak percaya dengan ‘statement’ aku.
“So, what happen to that girl?”, Jeet pula bersuara.
“I don’t know. I left her just like that. Ask Aaron for more details. And for your guy’s information that girl still virgin tau. Mulanya aku macam tak percaya but anyway it’s worth it”.

Zaqrie memandang wajah Aaron yang tersengih – sengih mengiakan ceritaku. Kawan – kawanku juga turut sama mempamerkan riak bangga dengan kejayaanku mendapatkan ‘gadis’ dalam erti kata sebenar. Maknanya aku telah dianggap ‘dewasa’ oleh kawan – kawanku yang selama ini menggelarkanku dengan jolokan ‘teruna suci’, namun begitu kegembiraan yang dirai tidak dirasai olehku, aku masih berperang dengan diriku sendiri. Menentang arus dilema yang melanda yang aku sendiri tak pasti arahnya.

“Apa penjelasan kau Aaron pasal gadis tu, kawan si Marini”.
Zaqrie tak sabar menantikan jawapan Aaron. Sudah seminggu dia cuba menghubungi Aaron, baru kini dapat ketemu. Rasa gundah dihatinya sudah tak tertahan – tahan lagi. Dia perlu mengetahui kisah gadis itu, wajah mulus yang sentiasa bermain di matanya, di mindanya, di hatinya malah di seluruh jiwa raganya. Kenapa dengan aku ni!

“Sorry la, Zaq. Aku pun tak sangka perkara ni jadi begini. I really don’t know that Marini has brought her friend to stay with her together. Kawannya tu datang KL nak bercuti dengan dia, nak released tension after final exam”.

“And you know what, that girl tak ‘involve’ langsung dalam bisnes aku malah tak tahu menahu aktiviti Marini selama ini sehingga kejadian malam itu. Marini didn’t tell me. So she is innocent actually”, terang Aaron dengan nada kesal.

Hah? Ayat terakhir Aaron membuatkan mulutku dan kawan – kawanku yang lain terlopong mendengarkannya. Benarkah? Patutlah aku rasa lain macam je malam tu. Rupanya perempuan tu benar – benar masih suci. Ya! tuhan, aku telah meragut ‘kesucian’ perempuan yang tak bersalah.

“So that girl macam mana?”.

“I don’t know, Zaq. But Marini said, that girl dah putuskan persahabatan dengannya. Banyak kali dia cuba hubungi budak tu tapi tak dilayan. Kesian juga aku tengok si Rini tu asyik bersedih. Why are you asking? Berminat ke?”.

“Ish! No lah”. Aku menafikan perasaan gundahku.

“Dengarnya perempuan tu cantik, betul ke?”
“Emm..boleh la tahan”. Aku berselindung dengan kenyataan yang benar. Cantik beb! Jiwaku sendiri bergetar bila melihatnya.

“Ala…kau selindung ni. Jangan nak ‘auta’ dengan kita orang. Macam mana Aaron dapat ‘contact’ lagi tak budak tu. Aku tengok muka si Zaq ni dah macam kena tinggal bini daa…”, Malik mempersendakan Zaqrie yang sejak dari tadi mencuka.

“Benda dah berlaku, Zaq. Dah tak boleh patah balik so kau kena rilek jangan nak rasa bersalah. Kau sekarang dah ‘jantan’ tau. You should enjoy. Lagipun budak tu tak cari kau pun kan. Maknanya kes kau selesai”.

“Harap – harap begitu la”. Lemah suaraku.

Telefon bimbit Aaron bergegar menandakan satu mesej telah masuk. Dia melihat dipaparan skrin lalu tersenyum membaca mesej itu. Mungkin mesej dari teman wanitanya. Dia meminta diri untuk beredar kerana ada urusan yang perlu dibereskan.

Kami juga turut beredar meninggalkan kelab Telawi Bistro itu yang terletak di Jalan Bangsar, tempat pertemuan kami berlima sejak setahun dulu. Masing – masing membawa haluan dan meneruskan kehidupan dengan acuan sendiri.

Namun begitu, kehidupan mereka tak lah sesusah mana pun memandangkan masing – masing merupakan anak – anak orang kaya dan ternama.

Zaqrie memandu laju menyusuri lebuhraya menuju destinasi yang tidak diketahuinya. Dia seakan hilang arah. Tangannya kemas memegang stering dan terus memandu tanpa tujuan.

Fikirannya melayang ke peristiwa malam itu. Mengimbau saat bersama. Rasa bersalah mencengkam jiwa. Kata – kata Aaron tadi menimbulkan rasa belasnya pada gadis itu. Jiwanya diulit rasa dosa. Zaqrie tidak mahu berperasaan begitu namun dia tidak mampu menepis, menangkis segelinap rasa bersalahnya terhadap gadis yang dinodainya itu. Mungkin kerana dia masih suci, tetapi sebaliknya kalau gadis itu Marini mungkin aku tidak begini.

Bayangan wajah gadis tu tiba – tiba muncul dihadapanku. Mengalirkan butiran airmatanya mengharapkan ihsan. Ah! Tidak. Aku tak salah.

No comments:

Post a Comment