Monday, October 19, 2009

Diulit DOSA CINTA...9

BAB 9


“Assalammualaikum”. Sapaan Ikram mengejutkan aku ketika sedang menunggu ketibaan lif di lobi.

“Walaikummussalam”, jawabku ringkas. Mata kami bertembung. Aku cepat – cepat mengalihkan pandangan. Ada debaran kecil dihatiku.

Ikram nampak segak sekali dengan penampilannya. Berkemeja jalur biru gelap sedondong dengan warna tali leher biru cerah dan berseluar ‘slack’ hitam, tampak kemas dan sungguh kacak. Memandangku dengan senyuman yang menawan.

Ting! Pintu lif terbuka.
Kami sama – sama melangkah masuk dan menekan butang tetapi…

“Ops…maaf”.

Tangan kami bersentuhan. Adawiya segera menarik tangan, merona merah dipipinya. Malu…

“It’s ok”.
“Tingkat 6 kan?”. Ikram menekan butang sambil tersenyum memandangku.
Aku hanya mengangguk. Takkan la si Ikram ni tak tahu kot kitakan satu ‘level’. Mungkin sengaja nak ajak berbual agaknya.

Keadaan sepi di dalam lif. Hanya kami berdua di situ. Mengundang seribu bahasa, seribu rasa. Berderau darahku secara tiba – tiba apabila matanya merenung diriku tanpa berkerlip. Pipiku mula membahang. Ada senyuman dibibirnya. Ada yang tak kena ke ni, rasanya elok je baju yang aku pakai hari ni. Senyuman Ikram semakin mekar.

“So macam mana kerja sekarang, nampak sibuk je selalu” Ikram memulakan bicaranya.

Alamak! dia ni selalu intip aku ke?. Ni yang buat aku tak selesa ni.

“Setakat ni, ok lah ...En. Ikram. Tak de sibuk sangat pun”, ujarku dengan nada suara yang bergetar. Menahan gemuruh di hati.

“Eh! Tak usah lah berencik – encik. Panggil je saya Ikram, kan lebih mesra”.
“Hah?”
“Kenapa terkejut”
“Err…tak de apa – apa”. Tiba – tiba Adawiya rasa gementar, terasa peluh dingin membasahi dahi. Aduh! Cepat la lif ni, tak sanggup aku nak menadah renungan si Ikram ni..boleh cair dibuatnya.

Ting!....pintu lif terbuka.

Alhamdullillah …makbul jua niatku.

“Emm..ok la En. Ikram, saya pergi dulu ya”.
“Ok. Jumpa lagi”. Ikram mengangkat isyarat tangan dengan senyuman yang sentiasa meniti dibibir. Aduh! Sungguh menawan. Boleh goyah imanku.

Adawiya dengan tergesa – gesa melangkah keluar dari lif, ingin segera meninggalkan Ikram, meninggalkan senyuman itu. Tiba – tiba … ‘gedebuk’ bunyi orang jatuh macam nangka busuk daa….

Rupanya dengan tak semena – mena Adawiya telah terlanggar pasu bunga besar yang terletak di tepi pintu lif. Ya! Allah ..macam mana aku boleh tak perasan ni. Itu la kau, Wiya syok sangat tengok senyuman si Ikram tu.

Adawiya mengaduh kesakitan. Dagunya luka sedikit akibat tersembam ke lantai. Cuba mencapai tas tangannya yang tercampak jauh sedikit. Alamak! habis berterabur barang aku. Ikram yang melihat keadaan itu tergelak terbahak – bahak, mentertawakan Adawiya.

“Kenapa En Ikram gelak. Tak baik tau”.

“Mana taknya, awak tu kalut sangat. Takut jumpa saya agaknya, tu yang jatuh”, usik Ikram.

Gelak Ikram mulai mengendur apabila melihat aku berusaha bangun untuk berdiri, tanganku segera digapainya. Mata kami bertentang. Lidahku kelu. Jantungku berdegup laju. Adawiya beralah, malu bertentang mata, dia menundukkan kepalanya. Tangan yang bersentuhan itu dileraikan. Ish! Kenapa aku berdebar pulak ni?...

“Woi! Wiya…kau kenapa tu”. Kelihatan Salina berlari menuju ke arahku.
Huh! Lintang – pukang larian Salina mendapatkanku. Dengan kelam – kelibut Salina memapah aku, macam aku ni patah kaki pulak.

“Aku jatuh aje la” Adawiya membetulkan dirinya. Melepaskan pegangan tangan Salina. Menepuk – nepuk debu dan kotoran yang melekat di pakaianku. Aku mengutip barang – barangku yang berselerakkan.

“Fuh! cuak aku, Wiya. Ingatkan patah ke kaki kau tu, tak pun tangan kau ke. Susah aku nanti, nak pikul kau tu bukannya ringan” seloroh Salina membuatkan kami semua ketawa. Aku kerling melihat Ikram. Sungguh menawan tawanya. Malu betul aku. Mana la nak sorok muka ni. Mahu seminggu baru hilang malu aku ni. Nasib baiklah aku pakai sut pejabat, kemeja dengan seluar, kalau pakai skirt tak ke naya…malu ..malu.

“Ok, Wiya. Take care. Jangan lupa luka dagu tu nanti sapu ubat ya. Bye”.

Ikram berlalu pergi meninggalkan aku dan Salina yang masih melihatnya dari belakang. Alahai! …romantisnya, Salina yang dibuai angau.

“Haa..dah sudah. Syok pulak dia tengok jejakan tampan lagi menawan tu” usikku. Salina tersenyum masih dilamun angau.

“Wei!” sergahku sambil menepuk kuat bahu Salina.

“Ops! mak kau..kacau daun betul la kau, Wiya. Aku baru nak ‘feeling’ dengan si Ikram tu tau”, Salina menarik muncung panjang sedepa, rajuk yang dibuat – buat.

“emm…hensem giler la dia…Wiya, geram aku”.

“Aku yang sakit ni, Sal. Kau tak kesian langsung kat aku ke, sampai hati” aku meraih simpatinya.

“Eleh! auta la kau. Tadi bukan main berlagak gagah depan si Ikram tu ek, sekarang nak minta manja dengan aku pulak. Nasib baik aku ni baik tau. Ceh! Perasan la pulak. Dah! Jom..meh aku pimpin kau”.

Adawiya senang dengan gurauan Salina walaupun kedengaran kasar tapi hatinya begitu murni dan tulus. Sama seperti Marini, baik hati dan pemurah Cuma dia tak bermulut lahar je. Ah! masih lagi aku teringatkan dia. Kenapa?

Kami beredar menuju ke bilik pejabatku. Merehatkan badan sebentar sementara Salina ke bilik pantry membantuku untuk mengambil peti kecemasan. Aku meraba bawah daguku. Auch! Pedih. Ada luka kecil. Tak perlu ke klinik rasanya. Bubuh minyak gamat sudah mencukupi, 2 – 3 hari baik la kot.

No comments:

Post a Comment