Monday, October 19, 2009

Diulit DOSA CINTA...7

BAB 7


Setahun sudah berlalu….sejarah hitam itu masih tetap terpahat difikirannya. Mengimbau kenangan lalu yang amat pahit dirasai, yang mencalar hati dan sanubarinya. Walaupun memori silam masih samar – samar diingati, namun sebagai gadis yang punya harga diri dan maruah, dia tidak rela dirinya dinodai oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Sekaligus memusnahkan harapannya untuk mengecapi kehidupan yang hakiki. Sebagai gadis normal dia punya impian dan cita – cita untuk berkerjaya dan berkeluarga.

Sepanjang tempoh kemurungan yang dialami Adawiya sedikit sebanyak merunsingkan keluarganya terutama sekali ibu. Ya..ibu yang banyak berkorban akan diri ini. Acapkali ibu bertanyakan tentang keadaanku, dan setiap kali itu lah aku sering mengelak dan menangis sendiri. Aku mengurungkan diriku selama itu. Aku tidak mahu sejarah hitamku diungkit dan diurai. Kusematkan sejarah itu di kotak fikiran agar menjadi rahsia abadi cuma aku, Marini dan lelak itu.

“Laa..masih berkhayal lagi tu..” teguran ibu mematikan lamunanku.
“Apa saja yang dikhayalkannya”.
“Tak ada apa, bu. Cuma..eerrr.. Wiya teringatkan tawaran kerja yang abah katakan tu”. Adawiya mencari alasan mudah.

“Abis tu, macam mana? Setuju ke dengan cadangan abah tu. Ibu bukan apa, risau tengok anak ibu ni, sejak balik dari KL asyik termenung, berkhayal dah tak ceria macam dulu. Lepas tu bila ditanya terus menangis. Runsing hati ibu, Wiya”, sayu ibu menyuarakan hatinya.
Aku turut merasai kesedihan ibu. Sebolehnya aku tidak mahu ibu bersedih melihatku namun airmataku mudah sangat mengalir tanpa dipinta.

“Wiya, ok la, bu. Ibu jangan sedih ya, jangan risau lagi lepas ni. Wiya akan bahagiakan ibu selalu. Mybe Wiya akan terima kerja tu. Lagipun abah dah susah payah untuk Wiya carikan kerja tu, takkan nak menolak pulak”, jawabku sambil memeluk ibu dari belakang.

“Bagus la macam tu”. Ibu tersenyum lega, begitu menyenangi jawapan yang ku berikan.

Petang itu, aku membantu ibu menyiapkan hidangan untuk makan malam kami. Memanaskan semula lauk tengah hari tadi yang masih berbaki. Hanya tinggal menggoreng sayur saja. Aku membasuh sayur itu, sementara ibu menumis bahan – bahan rencah yang disediakan sebentar tadi.

Setelah segala persediaan untuk makan malam selesai, Adawiya naik menuju ke biliknya, mencapai tuala di tempat penyangkut lalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Tubuhnya disiram dengan air suam – suam kuku dari tempat alat pemanas, hari ini dia tidak perlu tergesa – gesa untuk bersolat kerana dirinya uzur.

Adawiya amat bersyukur kerana tiada sisa benih yang menginap di rahimnya. Satu perkara yang amat digeruninya sejak kejadian malam itu. Perkara itu disahkan oleh doktor 8 bulan lalu apabila Adawiya dibawa ke klinik oleh kakak sulungnya, Adamina kerana didapati muntah – muntah dan pengsan di depan bilik air. Doktor memberitahu, aku hanya mengalami keracunan makanan. Berita gembira yang didengari itu, menyebabkan airmataku jatuh berlinangan membasahi pipi. Aku bersyukur dan terus sujud kepada-NYA.

Adawiya takut membayangkan sekiranya dia didapati hamil. Pasti ibu, abah, kakak dan abang akan dapat malu. Kami sekeluarga akan dikutuk. Jiran – jiran yang tahu pasti juga turut mencerca dan mencemuh kami sekeluarga. Macam mana pula aku nak bersemuka dengan saudara – maraku?. Apa yang harus aku katakan nanti?. Namun, kuasa tuhan mengatasi segalanya. Aku telah dilindungi dan ditutupi keaibanku dari kejian orang.

Selesai mandi, Adawiya menyarung T-shirt dan track suit lalu turun ke bawah untuk bersama – sama menikmati makan malam. Hidangan yang telah tersedia menyelerakan kami sekeluarga walaupun sekadar gulai kari ayam, sayur campur dan ikan masin. Itupun sudah mencukupi. Abah menambah nasi begitu juga dengan abang. Berselera sungguh mereka malam ini.

“Along tak datang ke malam ni, bu”.
“Entah lah , Wiya. Ibu pun tak tahu. Selalunya dah ada waktu macam ni. Ada hal la tu agaknya”.

Kakak sulungku sering berkunjung ke rumah ibu, dari petang sampai bawa ke malam. Kebetulan rumahnya tidak jauh dari rumah kami. Mungkin sibuk agaknya kakak aku ni. Aku rindukan Hafiz, satu – satunya anak buahku 4 tahun umurnya. Kalau tak jumpa sehari, tak senang hatiku. Aku senang melayan kerenahnya yang nakal. Emm..tak apa lah, esok masih ada.

Malam itu, Adawiya menyatakan hasratnya untuk menerima tawaran kerja yang abah syorkan. Abah kelihatan gembira dengan keputusanku. Senyuman terukir dibibirnya.

Adawiya bertekad untuk mengubah hidupnya. Dia tidak mahu lagi sejarah hitam itu menghantui dirinya. Dia mahu berubah, mahu menggembirakan ibu dan abah. Semangat di dalam dirinya membakar jiwa dan rohani. Mengharap cahaya yang menyuluh jalan – jalan suramnya. Menanti sinar yang menerangi kelam hidupnya. Adawiya tekad. Tidak menoleh lagi.

No comments:

Post a Comment