Sunday, October 18, 2009

Diulit DOSA CINTA...2

BAB 2


Malam itu, Marini mengenakan gaun merah tanpa lengan separas lutut, menyerlahkan lagi keputihan kakinya. Bahagian dada sengaja dibuka luas bagi mempamerkan lurah pada pangkal dadanya, sekaligus menarik perhatian sang lelaki yang tergoda melihat tubuh Marini.

Sederhana tinggi, tubuh sedikit gempal dan berwajah ala kecinaan, Marini mudah menggoda setiap lelaki yang ingin mendampinginya. Banyak mata tertumpu padanya, barangkali pada pakaian seksinya tambahan lagi bentuk tubuh yang montok begitu, pastinya mengiurkan sesiapa yang memandang. Sudah menjadi kebiasaan dan dia tidak pernah gentar dengan godaan manusia yang bernama lelaki.

Marini mulai resah setelah setengah jam dia menunggu temannya yang masih tidak kunjung tiba. Suasana di Indah CafĂ© masih tenang, pelanggan malam ini agak kurang dan amat menyenangkan. Tidak seperti biasa yang penuh dengan pelanggan silih berganti, anak – anak muda yang melepak dan pasangan yang berpacaran.

Yang dinanti masih lagi tidak kelihatan, “ Ish! Mana pulak si Aaron nie, kata pukul 8.30 nak jumpa aku nie dah lewat ½ jam …geramnya aku. Memang tak boleh pakai jantan nie”, getus hatinya sambil mengerling jam tangannya. Marini gundah dalam penantian. Tidak beberapa lama, dari jauh kelihatan seseorang berlari – lari anak menuju ke arahnya.

“Ops! Sory sayang. I tersangkut jammed tadi, ada ‘accident”. Muncul Aaron dalam keadaan termengah – mengah sambil menyusun jarinya, tanda maaf kepadaku. Emmm…biasa ler Aaron, sapa tak kenal memang pandai berlakon dan manis mulut. Paling tak logik alasan yang diberikan, setiap kali begitu namun aku tidak pernah menyoal mahupun mempertingkaikannya. Ada ke malam – malam macam nie ‘traffic jammed’, cari la alasan lain beb!.

Aaron mengangkat tangan untuk memesan segelas ‘fresh orange’ dan ‘apple jus’ minuman kegemaran Marini. Sememangnya Aaron amat mengetahui citarasa dan kegemaran Marini. Itu memang kepakaran Aaron pada setiap wanita belaannya.

“ So..kenapa ajak i keluar malam nie, ada special ke?” .
“Mesti la ..sayang, kalau tak I tak cari you. Tapi kali nie lumayan tau, RM 1 ribu. Amacam sayang .. setuju ?”.
Marini diam tidak mengiakan mahupun menolak. Dia masih berfikir akan tawaran Aaron yang menarik itu meskipun dia sudah lama tidak menerima ‘tetamu’ sejak beberapa bulan yang lalu.

“You look sexy tonight ..sayang”, Aaron dengan senyuman nakal mengusap perlahan lenganku apabila melihat aku masih berdiam. Usapan lembut itu membuai jiwaku. Itu memang taktiknya hendak memancing persetujuanku. Membiarkan saja perlakuannya kepadaku.

Aduh! Lumayan sungguh kali nie. Siapakah agak gerangannya. Hati Marini tertanya – tanya. Tetapi Aaron terlebih dulu menghidu isi hati Marini, sambil meramas jemariku….

“Jangan risau sayang, kali nie sasaran tepat, anak dato’. Hensem, sasa dan berotot – otot tau.” Marini tergelak lucu.
“Lagipun I tau, you mana ‘taste’ bangsa asing kan …so I dapatkan yang ‘local’ punya…setuju ya malam nie. i dah ambil deposit la sayang”. Aaron masih tidak putus asa.

Pujukkan Aaaron melemahkan aku, ini lah sikap Aaron yang aku kenali lebih 7 tahun yang lalu. Kaya dengan pujuk rayu malah fasih berbahasa Melayu, walaupun berbangsa Cina berdarah campuran Filipina, namun aku senang bicara dengannya. Orangnya segak, tinggi dan berkulit putih kemerah – merahan. Sentiasa berpenampilan kemas, kononnya menjaga imej.

Ish! Macam mana nie ..Marini resah kerana malam nie dia perlu bertugas sedangkan rancangannya untuk tidak bergiat aktif buat sementara waktu sekurang – kurangnya 2 minggu lagi, memandangkan kawan baiknya Adawiya ada bersama di rumah.

Lagipun aku sudah lebih 6 bulan tidak menerima sebarang “aktiviti’ kerana sibuk dengan tugasan ‘assignment’ yang menimbun yang perlu disiapkan. Lebih – lebih lagi waktu itu di tahun akhir, Aaron memberi kelonggaraan kepadaku agar menghabiskan pengajian.

Kini Aaron menuntut janjinya untuk aku menyambung semula ‘aktiviti’ ini. Marini gelisah. Dia bimbang kiranya perkara ini akan terbongkar suatu hari nanti, pasti Adawiya akan memutuskan persahabatan mereka yang selama ini akrab.

Hati Marini bertambah gundah. Benar – benar takut kerana Adawiya lah satu – satunya kawan baiknya yang tidak pernah banyak soal dan amat mengambil berat tentang perasan masing – masing. Adawiya tidak pernah mengetahui latar belakangku apatah lagi kegiatanku selama ini. Adawiya sangat baik, aku tak ingin menghancurkan persahabatan ini.

“Next week tak boleh ke sayang ?”, pujukku.
“Tak boleh sayang, dia nak malam nie juga lagipun I dah ‘promote’ U gila – gila tau. So dia ‘excited’ dan tak sabar nak jumpa U. I tak boleh kata tidak, nanti I rugi, U pun rugi tau kalau dia cari lain. Hah! U nak ke kita rugi. Anak dato’ tu ‘offer’ tinggi, takkan I nak tolak. Setuju yaa ..sayang”, Aaron masih memujukku sambil menghirup minumannya. Dia memandang tepat ke anak mataku menunggu jawapan.

Memang sangat lumayan kali ini. Seingat Marini, dia tidak pernah merasai bayaran sehingga mencecah RM 1 ribu untuk satu malam, paling mahal pun sebanyak RM 800 itupun masa pertama kali dia mencuba. Tetapi seterusnya hanya setakat RM 300 – 400 sahaja. Marini tidak mahu melepaskan peluang sedia ada dan hatinya masih mengharap.

“Ok. Tapi kali nie di hotel ...macam mana?” Marini masih mencuba.
“Tak boleh! Anak dato’ tu terkenal, dia tak mahu orang cam dia. U tunggu je di rumah, around 11.00 dia akan datang. So U tak payah tunggu, dia tak mahu U sambut dia. This is what he want la.., sebab anak dato’ tu tak mahu ada orang nampak maa….”, bersungguh betul Aaron memberikan penerangannya. Marini terdiam. Dia tidak mampu memikirkan apa cara lagi untuk mengelak dan akhirnya dia akur.

Walau dalam kegusaran, Marini telah memberikan persetujuannya dan menetapkan beberapa syarat sebelum beredar. Dia ingin memastikan bahawa perkara nie betul – betul selamat dan tidak akan menjadi kecoh sehingga boleh sampai ke pengetahuan Adawiya. Selama ini pun, Marini bijak mengatur langkah tanpa menimbulkan masalah cuma kali ini dia terpaksa. Adawiya pula terlalu ingin menghabiskan cutinya di Kuala Lumpur sebelum memulakan langkahnya ke alam pekerjaan. Marini tidak tergamak untuk mengecewakan hasrat kawan baiknya, Adawiya.

No comments:

Post a Comment