Monday, October 19, 2009

Diulit DOSA CINTA...5

BAB 5


“Zaq, tidur mana malam kelmarin”. Bicara mama memecah kesunyian yang sejak dari tadi keadaan sepi di meja makan. Papa dan adik perempuanku turut sama memandangku seolah – olah aku sedang ditemuduga satu jawatan tertinggi.

“Ha’ah ..abang ke mana? adikku yang bongsu pula menyampuk. Nak menambahkan lagi rasa cuak aku la tu. Wajahku dah serupa orang hilang darah dihisap hantu. Tak kan nak cerita aku tidur rumah perempuan kot. Nak mampus! Silap – silap kena ‘heart attack’ pulak mama. Apa nak jawab ni….

“Err…Zaq tidur rumah kawan ma..”, bohongku.

“Siapa? Mama kenal ke?” tukas mama.

“Err..rumah Malik, anak Dato’ Borhan. Kereta Zaq rosak, tu yang tumpang tidur rumah dia ma”. Aku menambah tanpa dipinta. Harap – harap mama taklah tanya lagi. Aku memang rimas nak berbohong, takut terjerat sendiri. Aku meneruskan suapanku dan tidak mahu berbicara panjang.

“Ya ke?..adik tak percaya lah. Mama percaya ke? Entah – entah abang tidur rumah perempuan tak? Sebab…susah macam mana pun, abang tak pernah tak balik kan, ma. ”.

Serasa nak tersembur nasi yang ku telan tadi bila mendengarkan telahan adik bongsuku itu. Tulang rusukku bagaikan tertusuk keluar menembusi dada. Pucat terus rupaku. Minah ni memang nak kena. Kepoh giler. Kalau bab menyerkap jarang no.1, macam tau – tau je. Kang aku cepuk baru tau.

“Eh! Mana ada ma, pandai – pandai je adik ni. Tak baik fitnah abang”.
“Apa lak fitnah. Adik cuma cakap je, yang abang cuak tu.. kenapa?”.
“Mana ada. Abang rileks apa..?”.
“Ya..abang cuak”.
“No”.
“Ya”.

“Dah ..sudah. Di meja makan jangan nak bergaduh. Papa tak suka”. Papa mula bersuara. Ketegasannya sememang digeruni kami sekeluarga. Papa amat tegas dan berdisplin dalam mendidik anak –anaknya. Khidmat dan pengalamannya dalam ketenteraan dijadikan asas pembentukan sahsiah kami sekeluarga.

Papa sebagai bekas pesara tentera- Rejimen Askar Melayu Diraja sentiasa memastikan dirinya bersedia dan berdisplin dalam apa jua bidang. Begitu juga dengan kami sudah terbiasa dengan sikapnya. Aku kagum dan bangga punyai papa sepertinya, dalam pada itu masih terselit jua kasih – sayang yang tulus.

“So, kereta Zaq macam mana. Dah baiki ke? Kenapa tak ‘call’ Pak Mat suruh ambil Zaq malam tu”. Soal papa

“Dah malam sangat masa tu pa, so kesian pulak nak suruh Pak Mat ‘pick-up’ Zaq. Masa tu Malik pun ada sama so dia ‘offer’ tidur kat rumah dia je”.

Aku dah tak larat nak berbohong lagi. Baik aku cepat – cepat makan pastu blah. Kang tak pasal – pasal bocor lak rahsia aku. Adik aku ni pun dah ‘daring’ semacam je pastu sengih – sengih macam kerang busuk. Tunggu sumber nak mengenakan aku je tu.

Zuliana, adik bongsu aku memang rapat denganku. Perwatakannya berbeza dengan yang tengah, Zurina dan Zuriana. 17 tahun umurnya. Seorang yang ceria, manja, kalut dan ‘busy body’ especially hal – hal berkaitan dengan aku, mesti nak tahu. Ya ler kan ..abangnya nan satu. Lepas tu kepoh satu dunia. Buat aku bengang betul.

Usai makan, Mak Som mulai mengemas di atas meja dibantu oleh adik – adikku. Satu sikap yang aku puji, sentiasa saling membantu walaupun Mak Som pembantu rumah kami tegar melakukannya.

Aku bergegas bangun melangkah menuju ke bilik. Aku mesti cari Aaron, dah 2 hari aku ‘call’ tapi tak berjawab. Aku inginkan kepastian tentang kejadian malam kelmarin. Peristiwa malam itu terus menerjah masuk ke kotak fikiranku. Aku tersenyum, mengingati wajah itu. Namun langkahku terhenti apabila papa memanggil dan mengajakku untuk berbual - bual. Sudah lama kami tidak bermesra begitu. Aku akur.

Di luar balkoni rumah, angin malam yang sepoi – sepoi mendinginkan tubuhku. Aku memeluk tubuh dan kemudian melabuhkan punggung ke bangku yang tersedia. Papa kelihatan serius. Tajam Merenungku. Seperti ada perkara gempar yang ingin disampaikan. Bergetar juga dibuatnya. Namun aku bereaksi selamba menutupi rasa gugupku.

Mama tiba dengan membawa dulang bersama 2 cawan kopi masih berasap, ‘favourite’ papa. Sekaligus meleraikan renungan papa kepadaku. Fuh! Syukur, mama luv u! penyelamat Zaq kala ini.

“Ehem…senyap jer dua beranak nie. Takkan main – main mata je”, gurau mama membuatkan papa tersenyum. Emmm…boleh pun senyum, kan segak. Aku rasa lega melihat senyuman papa, it means that there is no big deal to worry.

“Bila Zaq nak mula kerja dengan papa. You are almost 28 years old, patutnya dah sedia tolong papa di syarikat tu”.

“Pa… bukannya Zaq tak sedia but I need some experience and knowledge to handle that huge company”. Aku cuba tidak mengecewakan permintaan papa. Memberikan alasan berlapik yang mana hakikatnya aku tidak berminat langsung menceburi bidang perniagaan papaku ini. Aku lebih suka berdikari sendiri tanpa bantuannya. Minatku lebih terarah ke bidang kejuruteraan mekanikal bukannya bidang perniagaan.

“Dah lebih 3 tahun, Zaq. Still not enough to you”, bidas papa seakan kecewa dengan penolakkanku. Aku rasa bersalah sebolehnya tidak mahu papa terasa dengan jawapan sebenar ku nanti. Aku diam saja. Membiarkan suasana malan itu berlagukan irama cengkerik.

“Zaq dah ada ‘special’ ke”? tiba – tiba saja mama bersuara mengeluarkan soalan yang paling aku rimas nak menjawabnya. Soalan yang membuatkan darahku turun naik. Apa la..mama nie Zaq baru nak pujuk papa pi tambah pulak satu soalan cepu mas lagi pulak.

“Emm…belum ada lagi ma”, perlahan saja suaraku.
“Betul ke ni”.
“Betul…sapa la nak kan anak mama ni, rupa dah la tak de apatah lagi harta”, selorohku cuba menceriakan suasana yang agak tegang tadi.
Mama ketawa kecil, papa masih serius. Riak wajahnya ada sedikit hampa.

“Pandai la kamu. Sapa kata anak mama takde rupa kalah Brad Pitt tau kalau masuk bertanding. Tentang harta tu, tak usah risau la Zaq, nak ke mana lagi kalau tak pada kamu dan adik – adik kamu juga..betul tak, pa”. Papa hanya mengangguk. Terharu betul aku.

“Mama sebenarnya bukan apa, berkenan betul dengan anak Tan Sri Asri dan Puan Sri Rosnah tu, Erisa namanya ..cantik dan berpelajaran tinggi. Minggu lepas masa mereka datang, Zaq dah keluar so tak sempat mama nak kenalkan pada Zaq”. Ceria je wajah mama menceritakan calon ‘bakal menantu’ nya itu. Aku pula memang tak berminat dengan pertemuan yang diatur – atur ni, lebih – lebih lagi melibatkan orang tua.

Kini, cuma satu wajah saja yang sentiasa bermain di mindaku..ya hanya dia. Wajah mulus itu!

1 comment: