Sunday, October 18, 2009

Diulit DOSA CINTA...3

BAB 3


Marini sedang menghias dirinya kerana sebentar lagi ada ‘tetamu’ yang perlu dilayani. Dia mahu memberikan layanan yang terbaik, lain dari yang sebelumnya memandangkan ‘tetamu’ kali ini sangat istimewa dan dia tidak mahu ‘tetamunya’ itu kecewa dengan layanannya.

Marini mengenakan sehelai baju tidur tipis berenda berwarna hitam sehingga menampakkan jelas bentuk payudaranya yang segar disamping susuk tubuh yang montok. Dia meratakan sedikit bedak pada wajahnya dan secalit gincu berwarna merah pada bibirnya agar tampak lebih seksi. Semburan wangian ‘Dior’ di tubuhnya membangkitkan aroma di seluruh kamar tidurnya.

“Emm…masih ada 5 minit lagi”, desis hati Marini sambil merenung dirinya di hadapan cermin solek,’yes!’ tanda berpuas hati dengan penampilan berahinya.

“Aku mesti layan dia baik – baik, untung – untung dia simpan aku terus. Tak payah aku nak layan yang lain cuma dia sorang saja..kan best!. Aku pun dah letih nak layan macam – macam jenis manusia. Dah sampai masa, nak juga aku berkeluarga”. Marini tersenyum sendiri dengan angan –angannya itu.

Sementara menunggu di atas katil yang empuk, Marini membelek - belek majalah di tangannya. Diselak satu persatu muka surat majalah tersebut, namun tiada satupun rencana yang menarik perhatiannya. Tiba – tiba terlintas di fikirannya untuk melihat Adawiyah, tetapi dibatalkan niatnya bimbang tersedar pulak kawannya nanti. Lagipun tadi sebelum dia masuk ke biliknya, dia sudah memastikan yang Adawiya benar – benar telah tidur dan tidak sedarkan diri, apabila 2-3 kali dia memanggil tapi tiada jawapan.

Jam menunjukkan 5 minit lagi tepat jam 12.00 tengah malam. Kelibat tetamunya masih tidak lagi kelihatan. Marini sudah keletihan menunggu. Dia sudah tidak keruan sambil berjalan mundar – mandir di biliknya. Marini mulai berfikir perlukah aku menelefon Aaron untuk bertanyakan hal itu padahal Aaron sudah beria – ia mengesahkannya ataupun tiba – tiba anak dato’ itu berubah fikiran kot. Marini semakin resah.

Resah dengan penantian yang tidak bertepi, akhirnya Marini memutuskan untuk membiarkan saja dan menggangap bahawa berkemungkinan tetamunya itu sudah mengubah fikiran sementelah dengan syarat yang dikemukakan olehnya sebentar tadi. Dia merebahkan diri untuk berehat dan tidak mahu memikirkan hal tersebut yang dianggap ‘settle’ dan sebarang tuntutan dikira hangus. Marini akhirnya merebahkan dirinya dan terlena.

****************************************

“Argh! ..ketatnya , macamana nie”.
Terkial – kial Zaqrie membuka pintu rumah itu. Setelah menekan kuat dan memulas sedikit tombol, daun pintu terkuak jua. Fuh! Zaqrie melepaskan dengusan. Begitu payah nak membuka pintu belakang rumah ini. Apa lah malangnya, Zaqrie terpaksa terhendap – hendap masuk mengikut pintu belakang atas dasar syarat yang diberikan oleh Marini ditambah lagi, perlu pulang sebelum subuh. Macam – macam perempuan nie, nak tak nak Zaqrie terpaksa menerimanya memandangkan wang deposit telahpun dibayar kepada Aaron.

“Huh! Dah la sejam sesat nak cari rumah nie, masuk pulak ikut pintu belakang gelap nak mampus, tombol pintu pulak ketat. Memang tak bernasib baik aku kali ni”, gerutu Zaqrie di dalam hati.

“Langgan pelacur pun tak susah cam nie, tapi tak pernah la pulak aku cuba”, sengih Zaqrie sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Patut la sejak dari petang tadi, hatinya tidak berapa sedap seperti ada halangan untuk dia berbuat dosa. He..he ingat pulak dosa, Zaqrie tersenyum sendiri.

Zaqrie melangkah ke hadapan mendekatkan dirinya ke ruang tamu rumah itu. Dengan diterangi cahaya suram dari lampu neon yang terletak di tepi dinding ruang tamu, dia terus mendaki tingkat atas untuk menuju ke bilik yang dimaksudkan mengikut pesanan Aaron.

“Haa…maybe bilik nie”, desis hati Zaqrie sambil membuat 3 kali ketukan kecil dan memulas tombol pintu bilik itu. Sah! pintu tidak berkunci.., betul seperti yang diberitahu oleh Aaron.

Suasana dibilik itu bersih dan kemas, tidak dilengkapi banyak perabot hanya terdapat sebuah televisyen dan almari. Cahaya samar - samar yang menyinggah dari luar tingkap masih mampu menerangi ruangan kamar itu. Pandangan Zaqrie tertumpu pada susuk tubuh di atas pembaringan. “Emm..sudah tidur rupanya. Penat menunggu aku agaknya”, detik hati Zaqrie dan melangkah mendekati tubuh itu. Hatinya berdebar. Menatap lama wajah dihadapannya.

“Wow!. Cantik….”. Tiada kata – kata dapat diluahkan hanya debaran yang semakin berkocak di lubuk hatinya. Zaqrie terpegun melihat tubuh yang lena itu. Diamati satu persatu dari raut wajah yang redup, kulit yang putih halus, alis mata yang cantik, hidung yang sedikit mancung dan paling mengelorakan jiwanya ..bibir yang mekar dan mungil itu. Sungguh comel! nafsu kelakianya berkocak lantas dikucup bibir yang mungil itu.

Tiba – tiba tubuh itu bergerak sedikit, mengalihkan pembaringannya. Kain yang menyelimuti separuh badan tubuh itu terselak menyebabkan Zaqrie terpanar melihatkan keputihan dan kehalusan kaki tubuh itu sehingga ke peha. Matanya dilirikkan terus ke dada.

Zaqrie sedikit hairan dan sukar mempercayai wajah mulus yang ditatapi di depannya itu sanggup mendambakan diri kerana wang. Alangkah sayangnya tubuh yang cantik ini diperdagangkan untuk memenuhi nafsu lelaki. Mungkin gadis ini punyai alasannya sendiri, Zaqrie membuat perkiraan.

Malam itu milik Zaqrie sepenuhnya. Memegang watak di dalam arahannya sendiri. Umpama nakhoda muda yang sedang melayari sebuah bahtera di tengah – tengah lautan samudera, mengharungi arus gelombang yang bergelora sehingga sekali sekala tersasar haluannya tetapi bangkit semula dan mengemudinya sampai ke dasar laut dalam dan akhirnya dia tertewas lalu melabuhkan bahteranya di pelabuhan yang sepi.

Zaqrie tersenyum puas. Kocakan dadanya dan peluh yang menitik tidak ditahan – tahan lagi. Mengingati aksi – aksi yang berlaku sebentar tadi diselangi pula renggekkan kecil gadis itu membuatkan Zaqrie seronok. Kenikmatan yang dirasai malam itu adalah yang pertama kali di dalam kamus hidupnya. Sungguh tidak disangka usikan dan sindiran kawan – kawannya benar – benar menjadi kenyataan.

Zaqrie menatap wajah itu. Masih lena tidurnya. Dikucup dahi gadis itu. Tiba – tiba satu perasaan halus menyingkap di hatinya seolah – olah tidak mahu melepaskannya. Lalu dirangkul rapat gadis itu ke dalam pelukkannya dan terus terlelap. Seakan alpa pada perjanjian yang dimeterai.

No comments:

Post a Comment