Sunday, October 25, 2009

Diulit DOSA CINTA...12

BAB 12

“Kenapa awak selalu elak dari saya, Wiya”. Ikram masih tak berpuas hati. Merenungku tajam hingga menikam ke dasar hatiku. Riak wajahnya masam. Marah benar padaku, mungkin kerana hal malam kelmarin.

Tapi …bukankah aku yang sepatutnya marah padanya. Aku sedikit pun tidak mengungkit hal malam itu. Siapa perempuan bersamanya? Apakah hubungan mereka? Ah! dasar lelaki tamak, tidak pernah rasa cukup dengan yang satu. Aku mula rasa muak dengan sikap Ikram.

“Awak silap Ikram. Saya tidak perlu mengelak dari awak. Kita bukannya ada apa – apa hubungan pun” aku menyangkal sangkaannya.

Ikram merengus kecil. “Tidak kah awak perasan sikap saya terhadap awak selama ini. Bicara saya…senyuman saya..layanan saya…semuanya buat awak Wiya. Kenapa mesti awak menafikan semuanya itu. Menafi perasaan saya terhadap awak”.

Aku terkedu. Begitu sekali perasaannya kepadaku. Alangkah indahnya jika aku dapat menyambut cinta Ikram. Merasai belaian kasih sayangnya. Malangnya, aku bukanlah perempuan yang layak dicintai…aku bukan perempuan suci yang dicari untuk dimiliki. Hatiku tersayat pilu.

“Maafkan saya Ikram. Saya tak dapat membalas perasaan awak tu. Saya tak mampu. Saya bukanlah perempuan yang layak buat awak”, tuturku dalam nada sebak. Hatiku menangis.

“Awak terlalu ego Adawiya. Masakan awak tidak layak untuk dicintai. Mungkin diri saya yang tak layak sebenarnya”

Ikram menunduk. Merajuk benar nadanya. Aku tidak sanggup lagi memandang wajahnya. Sugul. Hampa dan kecewa.

“Berikan diri awak ruang untuk dicintai Wiya. Jangan dustai hati dan perasaan awak. Saya akan tetap menunggu jawapan dari awak” kata Ikram bersungguh – sungguh. Tanganku digenggam lembut dan kemudian dilepaskan dengan keluhan yang berat.

Hatiku sudah tak berdaya menahan tanggisan. Akhirnya manik – manik kecil gugur jua di pipi sebaik saja Ikram melangkah keluar dari bilikku.

Aku segera mengesat airmataku. Tidak mahu terlanjur dengan perasaanku sendiri. Perasaan yang baru bertunas itu perlu ku buang sejauh mungkin. Tidak!...aku tak mungkin terjatuh cinta.

Mujur juga tiada rakan pejabat yang datang awal pagi tu, menyaksikan aksi kami kecuali Salina. Jika tidak, pasti ia mengundang gosip liar dan panas.

“Wei! Apa dah jadi dengan korang” soal Salina dengan mulut ternganga.

“Entahlah …Sal. Aku pun keliru dengan perasaan aku sendiri”.

“Apa nak kelirunya. Kau terima aje la dia. Abis cerita”.

Perbualan kami terhenti. Deringan telefon di atas meja ku angkat. Kedengaran suara setiausaha dato’ di talian.

“Ya..Kak Linda”

“Pukul berapa?”.

“Ok. Nanti saya datang”. Gangang telefon diletakkan semula.

“Kenapa?”. Kening Salina terangkat ketika menyoalku.

“Dato’ nak jumpa pukul 10. So aku kena siapkan report dulu. Jap lagi kita sambung ya..Sal”.

Adawiya bingkas bangun mengambil beberapa fail di almari kabinet. Menyiapkan beberapa laporan bulanan, mungkin diperlukan nanti oleh dato’.


***************************************************

Pintu bilik Pengarah Urusan syarikat diketuk.

“Masuk!”.

Adawiya melangkah dengan cermat.

“Assalammualaikum …dato’. Selamat pagi.”

“Waalaikummusalam. Selamat pagi…sila duduk Adawiya”.

Adawiya melabuhkan punggungnya ke kerusi empuk berhadapan dengan dato’. Wajahnya ku renung. Amat tenang dan berkarisma. Dato’ tersenyum kepadaku. Jarang sekali senyuman itu dilemparkan. Dato’ terkenal dengan karektor yang serius dan tegas.

Aku membalas senyuman itu. Suasana membisu seketika. Memerhatikan gerak geri dato’ seakan mencari sesuatu di dalam lacinya. Mengeluarkan beberapa keping helaian kertas kemudian menghulurkannya kepadaku.

Aku menyambut huluran itu. “Apa ni dato”.

“Saya mahu awak baca …kemudian komen”. Ringkas saja arahannya.

Aku meneliti dokumen itu. Eh! bukan dokumen…nampak macam curriculum vitae aka resume …Siapa punya? Timbul persoalan dibenakku. Dato’ masih memerhatikanku.

Aku sedikit goyah. Kenapa aku pula yang kena menilai ‘CV’ ni. Bukankah dato’ lebih layak. Adakah ini satu ujian buatku, menilai sejauh mana kredibiliti aku di dalam bidang ini.

Aku meneruskan penelitianku terhadap ‘CV’ itu dan membaca butirannya satu persatu, tiba – tiba darahku berderau…degupan jantungku laju…sesuatu yang tidak ku ingini terjadi.

Aku dapat melihat dengan jelas foto berukuran pasport yang terlekat di hujung ‘CV’ itu adalah seseorang yang aku cukup kenal dan teramat ku benci. Zaqrie?….bisik hatiku.

Wajahnya tidak pernah padam di kotak memoriku.

Aku terus meletakan ‘CV’ itu di atas meja tanpa membacanya lebih lanjut. Sakit hatiku. Perlukah lelaki itu terus menerus mengekori hidupku …menganggu ketenteramanku. Tidak bolehkah aku dibiarkan hidup aman sedikit. Kenapa mesti dia wujud ketika aku ingin mengecapi hidup yang bahagia? …kenapa…?

“Kenapa Adawiya. Ada masalah ke dengan ‘CV’ tu” soal dato’ tatkala melihat perubahan pada wajahku.

“Eerr…bukan…tidak …” aku gugup seketika.

“Tenang. Awak beri pendapat sejujur – jujurnya tentang ‘CV’ itu. Kalau awak rasa dia cukup layak untuk jawatan yang akan saya tawarkan kepadanya, maka saya akan ikut pendapat awak”.

“Tapi dato’…”

“Tak pa. Awak terus terang dengan saya. Layak atau tidak”

“Tak layak langsung” bentakku. Entah dari mana kekuatan itu datang. Tanpaku sedari. Aku tidak mahu lelaki itu bekerja bersama denganku di sini. Sungguh aku tak rela!.

Dahi dato’ berkerut. Mungkin pelik dengan ungkapanku sebentar tadi.

“Kenapa? Ada alasan yang kukuh dan logik untuk itu” .

“Eerr…entah la dato’. Saya tiada alasan yang baik untuk menolak lelaki ini. Walaupun semuanya cukup dan memenuhi kehendak syarikat tapi hati saya tetap berkata, lelaki ini bukanlah lelaki yang baik”.

Dato’ resah menunggu hujahku selanjutnya. Aku menarik nafas dalam – dalam. Gusar percakapanku itu nanti disalah anggap.

“So kamu tak suka kalau saya ambil lelaki ini bekerja di syarikat ini”

“Tak suka dato’ …” spontan jawabku.

“Kamu kenal ke lelaki ini atau ada apa – apa hubungan antara kamu” .

Erk?....serkap jarang dato’ betul – betul mengenai batang hidungku.

Sangkaan dato’ cepat – cepat disangkal. “Oh! tidak dato’ . Saya memang tak kenal. Berjumpa pun tak pernah. Saya cuma bagi pendapat dan pandangan berdasarkan dari pengamatan saya pada gambar yang disertakan ni. Itu saja”. Aduh! aku berdusta.

“So kamu tetap tak setuju”. Dato’ mengulangi kata – katanya.

“Betul dato’. Saya tetap tak setuju”. Aku menganggukkan kepala.

“Lagipun naluri saya kuat mengatakan bahawa lelaki ini tak sesuai untuk mana – mana jawatan pun di dalam syarikat ni. Bimbang membawa imej yang buruk nanti dato’ ”, komenku panjang lebar agar menguatkan lagi alasanku untuk menolak permohonan lelaki itu. Baru puas hatiku.

“Amboi…sedapnya mengata saya”. Kedengaran satu suara dari arah belakangku.

Hah? macam kenal je? Sejak bila dia ada di belakangku? Lamakah? Mungkinkah segala percakapanku telah didengarinya? Dengupan jantungku terus terhenti. Darah panas menyerbu ke pipi dan muka. Tiada udara untuk disedut dan bernafas. Panik. Aku rasa dunia macam nak kiamat dah. Terperangkap! Zaqrie rupanya…

Aku gamam tatkala Zaqrie membetulkan duduknya di sebelahku. Senyumannya yang cukup dibenci untukku pandang. Aku menjeling sekilas tetapi dibalas dengan kenyitan matanya dan sengih nakal. Huh! Bencinya.

Aku membuat muka jengkel. Tak mahu memandangnya walau sedetik pun. Zaqrie masih tersenyum – senyum. Eeiii…rasa nak tampar – tampar mukanya…nasib baik ada dato’, kena juga jaga maruahnya mahupun maruah ayahku yang merupakan rakan baiknya semasa berkhidmat di dalam tentera.

“Nampaknya ada orang tak suka Zaq kerja kat sini, Pa”.

“Itu yang sedang dibincangkan di sini. Papa pun tertanya – tanya juga ”.

Hah? kejutan lagi. Zaqrie anak dato’?. Aduh! macam mana boleh tak perasan masa baca 'CV' dia tadi. Ah! cuai sungguh! silap aku jugak.

Kedua – dua mereka memandangku. Minta penjelasan. Kelihatan seperti ada pakatan antara mereka berdua. Dadaku semakin sesak. Sukar bernafas. Rasa nak pitam pun ada. Bagaikan tercabut nyawa..melayang entah ke mana. Argghh! Kekuatan..di mana dikau.

“Are you okay?” soal Zaqrie sambil tangannya hampir mendekati wajahku.

Ish! tanya pulak, sebab kau ada lah aku jadi tak okay...jerit hatiku.

“Eerr…saya okay..” balasku cuba menepis tangannya yang sudah merapu – rapu.

Dato’ berdehem. Alamak! dato’ perasan ke?

“So berbalik pada perbincangan kita tadi. Tapi sebelum tu saya kenalkan, ini anak lelaki tunggal saya, Zaqrie Arimi”.

Dato’ menarik nafas . Memandangku yang masih lagi membisu.

“Untuk pengetahuan Adawiya, saya memang bercadang untuk meletakkan Zaqrie sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat. Untuk itu, tempoh 6 bulan saya berikan kepadanya untuk membuktikan kewibawaannya menerajui syarikat ini”.

Ahli lembaga pengarah? Aku dah tak senang duduk. Mengerling ke arahnya yang masih membuat senyum simpul. Memang kena ‘resign’ la jawabnya. Takkan aku nak bekerja satu bumbung dengannya. Mustahil!

“Mesti Adawiya tertanya – tanya kenapa saya minta pandangan Adawiya tentang anak saya bukan”.

Aku menganggukkan kepala. Tak mampu lagi mengeluarkan suara. Lemah segala otot – otot dan sendi.

“Ini semua atas permintaan Zaqrie sendiri. Saya pun tak tahu apa alasannya. Yang penting saya mahu anak saya bekerja di syarikat ini. Saya harap awak faham”.

Aku mengangguk lagi. Faham benar mengapa Zaqrie memperlakukan aku begini. Apalah ertinya semua pandangan aku itu tadi sedangkan suka ataupun tidak suka , setuju ataupun tidak …sudah tidak bermakna buatnya. Zaqrie akan tetap menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat ini. Aku akan tetap bekerja di bawahnya. Ini yang dia mahu sebenarnya.

Lemah langkahku untuk beredar. Meninggalkan bilik yang penuh bara walaupun bahangnya tak terasa. Kenapa aku masih dicari? Diekori? Tidak puaskan dia mempermainkan aku sebelum ini. Apa yang dia hendak lagi dari aku?

Langkahku menjadi lemah dan semakin lemah…gelap…
Tidak lama kemudian…

Terasa hembusan lembut di tepi telingaku. Aku terus dibuai keasyikannya. ….tiba – tiba aku tersentak. Hembusan itu semakin menghampiriku. Mata ku buka seluas – luasnya. Melihat Zaqrie sudah berada betul – betul rapat ke mukaku. Eh! apa ni… aku terus menolak tubuhnya.

“Apa awak nak buat ni” marahku.

Zaqrie ketawa kecil. “Sayang…dah sedar rupanya. Tadi awak pengsan. Saya baringkan awak kat sini”.

Sayang? Giler ke apa?... aku memandang sekeliling bilik dato’. Hanya kami berdua.

“Dato’ mana? Takkan dia tinggalkan kita berdua saja?” soalku lagi lalu bangun dari sofa di ruang rehat yang dikhaskan di dalam bilik itu.

“Dato’ ambilkan ubat dan air untuk bakal menantunya. Lagipun apa salahnya bukankah kita pernah berdua – duaan”.

Zaqrie ketawa lagi. Kali ini lebih rancak. Nak mengenakan aku gayanya.

Wajahku berubah kemerahan. Entahkan menahan kemarahan ataupun menahan malu dengan sikapnya yang selamba.

Bakal menantu? Berdua – duaan?.

Aku pun satu, pengsan depan dia buat apa, memang peluang dia laa. Aku mengutuk diriku berkali – kali.

“Kenapa awak asyik ganggu hidup saya”

“sebab saya suka” selamba betul jawapannya.

“saya benci awak …benci tahu tak” jeritku separuh kuat.

“tahu tapi saya tetap suka…sayang….sayang lagi” ujarnya dengan nada seakan ingin mempermainkan perasaaanku yang semakin parah.

Kenapa aku mesti berjumpa lagi dengan lelaki ini. Renungan dan senyumannya seolah menyindirku, memperlekehkan perasaan dan jiwaku. Tiada sekelumit rasa bersalahnya kepadaku. Jiwaku semakin tertekan. Dasar lelaki dayus!

Wajah Zaqrie berubah serius tatkala melihat airmataku sudah bergenang di kelopak mata dan hampir menitis. Tak mahu dia melihat keadaanku begini namun kudratku tidak mampu melawan keperitan hatiku, akhirnya airmata mengalir laju membasahi pipi.

Zaqrie gumam. “ Maafkan saya”. Mendatar suaranya mengungkapkan ayat itu.

Dia mengesat airmataku dengan jarinya. Aku diam tanpa membantah perbuatan itu.

Dia menundukkan mukanya sambil mengenggam lembut jemariku.

“Maafkan saya atas perbuatan saya yang dulu. Berilah saya peluang untuk menebus dosa – dosa saya terhadap awak Wiya. Maafkan saya”. Jelas dan bersungguh ungkapannya membuatkan hatiku bertambah pilu.

Aku tak sanggup mendengar kata - katanya lagi. Tak sanggup mengingati peristiwa yang hampir menjadi sejarah dalam hidupku. Kini ..dia kembali membuka pekung sekaligus luka hatiku berdarah semula.

Aku terus berlari keluar dari bilik itu bersama deraian airmata… meninggalkan Zaqrie yang hampa.

13 comments:

  1. huhuuuuuuuuu...
    jmpa jgk akhirnya...
    best3!!!
    nak tgk camna zaq tawan ati wiya...
    smbg cpt2 ya awin...

    ReplyDelete
  2. thanxs cinta. sy hargai komen anda!

    ReplyDelete
  3. "Lagipun apa salahnya bukankah kita pernah berdua – duaan"

    kurang ajarnya Zaq ni. tergamak dia buat lawak guna ayat macam ni? eeeiii...sakitnya hati.

    Sian kat Wiya. Zaq plak selamber ja tunjuk konon sayang. Eeiii...

    good job Awin

    ReplyDelete
  4. hai awin.. sy org baru. citer ni bez!! keep up the gud work ok?? hui... pas ni, berebutlah ikram dgn zaqrie tu. hohohoho..

    ReplyDelete
  5. citer ni best... tapi macam laju sangt la awak...
    macam tak sempat nak selami rasa terkejut wiya..
    jumpa jumpa je terus gaduh.. bercakap...
    tapi best.. sory awak...!!

    ReplyDelete
  6. harap sangat awin tak frust dgn komen2 kami pembaca nih. kami komen bermaksud cerita ini dibaca dan diberi perhatian.

    ReplyDelete
  7. ok. sy tak kecik hati pun. Sy suka komen2 anda smua. sy perlu lbh mahir dan kreatif, komen anda lah mendidik sy. thanxs smua

    ReplyDelete
  8. hye awin..citer awk sgt menarik..
    tak sbr nk tgk mcm mane zaqrie pujuk wiya semula.
    luka lama takkan mampu sembuh dgn cpat!

    ReplyDelete
  9. saya baru sempat baca sambungan cter awin nih.
    cepat..pun cepatlah awin...sebab pasni nak menghadap konflik wiya-ikram -zaq pulak :)

    tQ untuk entri yg menarik nih :)

    ReplyDelete
  10. hey..bez btol crite ni.. name saya pun kebetulan adawiyah..jd, feeling2 la saye dlm crite ni.. hehe..

    ReplyDelete
  11. salam awin...bez gler cite ni..jln cite dia lain dr yg lain...sy kagum...keep it up...sy ttap sokong awin sbg saudara semuslim...gud luck!

    ReplyDelete
  12. wahai..pwnuliss!!! kasi lah diorng kahwin cepat!!!!! x sabar dah nie....^^

    ReplyDelete
  13. love this part...
    bce byk kali pon xbosan...

    ReplyDelete