Monday, October 19, 2009

Diulit DOSA CINTA...10

BAB 10


Telefon bimbitku berbunyi, satu mesej telah masuk…

“Salam, semoga luka awak cepat sembuh. Jaga diri”

Ah! dari Ikram. Lelaki itu masih tidak putus asa. Sentiasa menghantar mesej walaupun satu pun mesejnya tidak dibalasku. Aku tidak mahu menambah beban jiwa yang sedia ada ku tanggung dalam diriku. Beban yang ku pikul sehingga kini sudah cukup menyiksakan, menyesakkan hidupku dan menjadi rahsia abadi hanya aku, Marini dan lelaki itu.

Fikiranku menerawang jauh, cuba mengingati wajah lelaki yang dayus itu. Berlalu pergi begitu saja tanpa rasa bersalah kepadaku malah menghukum aku dengan kata – kata sinisnya.

Walapun hampir 2 tahun berlalu namun memori itu akan tetap terpahat diingatanku. Takkan ku lupa hingga hayatku. Tiba – tiba hatiku terhiris pedih. Ingin menangis tapi segera ku tahan dari menitis.

Dulu, nyaris aku tidak melaporkan kepada pihak polis, bila memikirkan maruah keluarga dan diriku maka niatku itu terbatal. Hanya berdoa agar orang yang teraniaya seperti diriku akan terbela.

Satu lagi mesej masuk...terus mematikan lamunanku.

“Sudi jadi pasangan saya malam nanti. Kesian saya sorang2”

Alamak! lupa la..malam ni ada Makan Malam Tahunan untuk kakitangan. Adawiya bingkas bangun mengejutkan Salina yang masih berdengkur.

“Sal …bangun” badannya digoncang kuat.

“emm…”

“Bangun la..eii..liatnya”

“emm…kaco la kau ni” sungut Salina sambil berpisat – pisat membuka matanya.

“Ala…dah naik meninggi matahari tu tau, masih nak membuta. Anak dara tak baik tidur lama – lama” bebelku.

Salina menarik muka seposen. Eiii..membebel macam nenek tua pulak..

“emm..apa dia yang kecoh sangat ni”

“Haa..lupa la tu”.

“Lupa apanya”.

“ Function’ malam ni. Annual dinner for the staff ..hah! lupa la tu”..ujar Adawiya sambil mengoncangkan lagi tubuh kawannya itu supaya lebih tersedar.

“Ok ..ok . Dah..dah.. cukup, kang mati lak aku sebab dek gegaran kau tu yang hampir nak mencecah 8.5 skala ritcher tu tau”, jerit Salina dan terus duduk bersila di atas katil lalu memandang ke arah Adawiya yang masih buat rupa cuak. Alahai! Kesian lak aku tengok minah sorang ni.

“Ala…apa yang kau risau sangat. Pergi aje la..lagipun ‘dinner’ tu malam karang kan, banyak masa lagi...tu..tu..tengok jam tu”..muncungnya diarahkan ke sebuah jam yang tergantung di dinding.

“Memang la banyak masa lagi. Tapi kau dah ada pakaian yang sesuai ke untuk ‘dinner’ tu. Aku tak de ..”

“Ha’ah laa.. aku pun tak de gak. Ha ha ha”

“Itu la ..boleh ketawa lagi. Serius la beb. Aku runsing ni nak pakai apa. Hah! satu lagi ...cuba baca ni” Adawiya menyuakan telefon bimbitnya kepada Salina. Matanya terbuntang luas tatkala membaca mesej itu. Saja la tu buat – buat mata terbeliak.

“Mesti kerja kau kan, bagi no. phone aku kat dia” serkapku, masih bengang dengan sikap Salina yang suka mengkaitkan aku dengan Ikram malah cuba memadankan kami berdua. Aku kurang gemari tindakannya itu.

“Yuhu..aku dah agak dah. Si Ikram tu mesti syok ngan kau punya. Siap ajak kau jadi pasangan dia lagi …alahai ..best giler ,siot!. Kalau aku terus setuju aje”.

“Banyak la kau setuju. Abis Hamidi nak letak mana” selorohku ketawa.

“Midi la pulak” Salina mengeleng – ngelengkan kepala, keliru la tu.

“He he he..lawak aje lah. Tu lah suka sangat nak kait – kaitkan aku dengan si Ikram tu ek”.

“Dah la, siap cepat. Kita usha – usha baju kat KLCC ke, One Utama ke..mana – mana la yang sempat” .

Adawiya dan Salina bingkas bangun, menyiapkan diri. Arah tujuan belum ditentukan lagi, yang pasti malam nanti mereka akan memberikan satu kejutan kepada yang lain yang bisa membuatkan mulut masing - masing terlopong.

*****************************************

Adawiya dan Salina melangkah memasuki dewan majlis yang masih belum bermula sepenuhnya. Ramai jemputan yang hadir kebanyakannya dari kalangan staff dan ahli keluarga saja. Rata – rata ada yang kenal, yang kenal nama saja pun ada dan yang paling ramai tak kenal ler… walaupun dibawah satu naungan syarikat.

Kami mencari tempat duduk yang sesuai dan paling tersudut sekali, mudah nak bergerak dan terlindung sedikit lagipun suasana agak bising dengan muzik yang bergema ditambah pula keriuhan cerita orang sana - sini .

Agak – agak selesa dengan meja yang dipilih, Adawiya dan Salina segera melabuhkan punggung masing – masing. Memandang keadaan sekeliling, dewan majlis yang agak besar dan luas, ada pentas mini yang ringkas hiasannya dan celoteh tuan pengacara yang tak henti - henti menyambut ketibaan para jemputan. Keadaan dewan majlis masih terkawal dan mulai sesak, banyak meja telah dipenuhi.

“Hai!” sapaan lembut kedengaran di hujung telinga.

Adawiya berpaling. Terpegun sekejap. Memandang tanpa kata. Kagum barangkali melihat penampilan Ikram. Kacak betul dengan sut hitamnya. Tak pernah melihatnya begitu sebelum ini.

“Hai!” balasku kembali. Senyuman manis ku lemparkan kepadanya.

Pandangan kami bertaut. Matanya yang redup menikam hatiku. Jantungku berdegup, begitu juga dengannya. Segera ku kalihkan pandangan agar tidak tewas dalam panahan matanya yang semakin galak menatap wajahku.

“Cantik sungguh awak malam ni” bisikkan Ikram menusuk ke halwa pendengaranku. Pujian Ikram benar - benar mengetarkan jiwa.

Ku tatap wajahnya yang tenang, ada sinar di matanya seperti mengharap sesuatu padaku. Aku cuba berlagak seperti biasa, tidak menunjukkan riak suka mahupun berlebih - lebih.

Adawiya kelihatan anggun sekali. Mengenakan kebaya hitam sulaman tepi bunga merah jambu dan berkain batik sutera polos mengikut potongan badan. Solekannya ringkas tapi mampu memberikan impak pada wajahnya yang ayu dan sedikit kelainan dari biasa lebih – lebih lagi bibir mungilnya yang menyerlah keseksiannya apabila dicalit sedikit lips gloss warna merah jambu senada dengan warna baju yang dipakainya.

“Terima kasih, En Ikram”.

“Ikram saja, Wiya. Awak dah lupa ya”

“Oh! En. Ikr…” tersasul lagi.

“Ops! sory, Ikram”. Adawiya dah tak tentu arah, hilang fokus.

“Maaf la, saya masih tak biasa dan kekok nak panggil macam tu”.

“Tak pa lepas ni, awak biasa – biasa kan la panggil nama saya macam tu ya” senyumannya terus mekar. Hatiku benar – benar ditawannya kala ini.

“Ehem…ehem….En Ikram, tak kan dok hadap muka si Wiya ni sampai dah perasan saya kat sini kot. Amboi! puji buah hati dia sorang aje nampak, saya ni….”

Lengan Salina ku cubit, dia mengaduh. Over betul minah ni tau, aku pulak yang dikenakannya.

“Awak pun tak kurang cantiknya juga Sal. Saya ni kalau ada kembar ke atau adik laki – laki ke mahu saja saya suruh dia tackle awak sekarang ni tau.”

Salina sudah kelihatan tersipu – sipu malu. Dipipinya merona merah. Geli hatiku melihatnya.

Ikram masih berdiri disisi dan merenungku tajam.

Dia ni tak puas - puas ke, tengok muka aku ni dari tadi. Adawiya mulai gelisah.

Tiba – tiba saja wajah Ikram bertukar muram. Dah tak ceria seperti tadi. Seperti banyak persoalan dibenak fikirannya. Aku sedikit gugup. Apa hal la pulak si Ikram ni. Nak duduk sebelah aku ke? Atau nak marah aku sebab tak balas mesejnya? Atau …..

“Sampai hati awak tak balas setiap mesej yang saya hantar”, ujarnya perlahan seakan merajuk. Dah agak dah, mesti nak tanya hal tu. Aku dah tak reti nak memberi alasan. Nak berdalih kang, takut terjerat pulak. Ah! terpaksa la aku berpura – pura macam dengar tak dengar je soalannya.

Salina pula sibuk menyiku – nyiku lenganku supaya memberi perhatian kepada Ikram. Eeii..geramnya aku.

“Eerrr…jom kita ke sana, Sal”. Aku menunding ke arah meja yang sarat dengan hidangan ‘buffet’ . Cuba mengalih topik perbualan agar tidak merosakkan ‘mood’ ketika ini.

“Eh! eh! kau ni Wiya. En Ikram tu kan tanya, jawab ler”. Lenganku dikuisnya.

Alamak! aku gam juga mulut si Salina ni kang. Aku baru je nak elak, dia sesedap rasa suruh aku jawab.

Aku cuma mampu tersenyum. Ikram masih merenungku, mengharap, menagih jawapanku. Riak wajahnya betul – betul hampa.

“Eerrrr….maafkan saya Ikr.…” belumpun sempat ayatku dihabiskan, muncul seorang gadis muda memaut lengan Ikram sambil kepalanya dilentukkan ke bahunya.

“Am…kat sini rupanya you. Puas I cari tau”.

Gadis yang tak kurang jelitanya begitu manja lenggoknya dan tampak seksi dengan gaun labuh yang melekap ditubuhnya yang ramping dan tinggi.

Pautannya dieratkan, mengerling ke arahku kononnya aksi itu membuatkan aku berasa lebih cemburu. Please…tak de maknanya.

“You buat apa lama – lama kat sini, sayang. Panas laa.. jom! I nak ‘introduce’ you dengan kawan – kawan I ”.

Ikram hanya mengangguk.

“He is my partner today. So, excuse us”.

Dengan sombong dan bongkaknya gadis itu menarik tangan Ikram dan berlalu meninggalkan kami. Ikram pergi tanpa kata, tanpa riak diwajah, tanpa senyuman dibibir, mungkin kecewa denganku. Musykil…salah akukah?

Salina yang senyap dari tadi, mula kecoh. Tadi tak nak pulak bersuara.

“Sayang….eeiii..uweekk ..nak termuntah aku dengar”

“Panas konon..aku rasa nak tampar je minah gedik tu, Wiya. Terlenggok sana, terlenggok sini macam orang patah pinggang. Dia ingat dia lawa sangat ke? Lawa sikit aje dari aku. Sapa pompuan tu ek, macam bagus. Si Ikram pun satu, ikut aje pompuan berlagak tu apsal”.

“Syyyy.. ‘slow’ sikit suara kau tu. Nanti orang dengar tak sedap pulak. Lagipun yang kau nak marah – marah ni kenapa?”.

Aku tak kuasa nak ambil pusing kejadian tadi. Siapa perempuan tu? dari mana asalnya.? apa hubungan mereka?...aku dah tak peduli. Aku tak mahu jatuh hati pada lelaki itu, tak mahu..tak mahu … ku buang jauh – jauh perasaan ‘tersuka’ aku tadi tu. Namun disudut hati, aku amat mencemburui gadis itu. Teramat – amat.

“Ala..aku bukannya marah. Bengang je bagi pihak kau”. Salina tersengih menyedari keterlanjurannya.

“Eh! aku pulak yang kena. Teruk la kau ni…Itu la dari dulu aku dah nasihatkan jangan simpan perasaan apa – apa kat Ikram tu...kan dah merana”. Adawiya ketawa kecil sambil memeluk bahu Salina yang muncung mulutnya.

4 comments:

  1. cerita awin ni menarik. saya suka baca sebab nampak realistik dan tak keterlaluan.

    boleh komen skit kan?

    1) tulisan ni agak kecil..pedih mata nak baca :), kalau tukar ke font jenis arial dan bold mungkin nampak lebih jelas

    2) plot cerita ni bergerak cepat sangatlah.. tak sempat nak menyelami duka wiyah bila dia teringat kenangan lama.

    p/s: jgn kecil hati ya awin

    ReplyDelete
  2. tq miss nina. sy suka komen anda. sy akan atasi kelemahan ini secepat mungkin.ttg cerita tu ..mmg saya x explore sgt feeling adawiya sbb nak cptkan pertemuan antara dia dgn si zaqrie tu. that why klu baca chapter 7 tu ...sudah setahun berlalu ..lps tu waktu bekerja hampir setahun ..it's mean that hampir 3 tahun pencarian zaqrie terhadap gadis yg dia nodai tu. So kedukaan adawiya hampir berlalu la maksudnya. Eh! panjang lebar pulak sy explain. pape pun tima kasih kerana sudi baca citer ini.

    ReplyDelete
  3. sorry nak komen sket,

    saya setuju ngan miss nina yg plot cerita ni bergerak laju sangat, y not awin ubah sikit masa peristiwa 1st dia jumpa zaq tu end of her study then after that dia terus dapat kerja, so xde la buang masa selama bertahun baru jumpa zaq, umur zaq pun dah 31 masa jumpa nnt kan,

    sorry pendapat saya je.

    ReplyDelete