Monday, October 18, 2010

Diulit DOSA CINTA...28

BAB 28

Aku melangkah resah menapak ke tingkat pejabat yang telah lama aku tinggalkan. Bagaikan tidak percaya, kakiku telahpun menjejak lantai pejabat itu.

Rasa debar mula berombak. Tubuhku tiba – tiba jadi gemuruh. Seluruh sendiku lemah dan mengigil. Aku takut bersemuka dengannya. Semua ini gara – gara idea gila Salina yang memaksa aku untuk bersemuka dengan lelaki itu walaupun berkali – kali aku menolaknya. Aku bimbang perkara lain yang akan berlaku. Penjelasan yang aku harapkan lain pulak jadinya nanti.
Demi Ikram ku gagahkan jua pertemuan ini.

Argh! Kusut betul.

“Wei! Masuklah cepat. Asal tercegat kat situ macam tiang lampu” sergah Salina sambil menepuk bahuku. Aku serba – salah.

“Seganlah Sal. Apa kata kawan – kawan pejabat nanti”.

“Apa nak segannya. Mereka bukannya tak kenal kau. Member lama tu. Dahlah jom!”. Salina menarik lenganku masuk ke pejabatnya. Beberapa rakan lamaku terpegun memandang. Ada yang tersenyum sambil melambai, ada yang menegur memberi salam, ada yang mengerling tajam dan ada juga yang tidak ambil peduli dengan kehadiranku di situ.

Aku menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Salina. Kelihatan dia agak sibuk pagi ni, bertimbun fail – fail di atas mejanya. Mataku meliar pula memandang sekitar pejabat itu. Masing-masing sedang asyik tertumpu pada skrin komputer. Barangkali banyak kerja yang perlu disiapkan.

“So, macam mana Sal” aku mula bersuara setelah Salina lama membisu dan sedikit sibuk.

“Ala…Wiya. Mamat tu tak masuk lagi la. Tapikan …tadi Cik Mastura ada cakap, berkemungkinan dia tak masuk hari ni” Salina serba – salah. Aku dah agak dah. Nak marah pun tak guna. Sudahku pesan supaya membuat temujanji terlebih dahulu, paling tidak pun periksa jadual hariannya. Salina membantah kononya tidak ‘surprise’. Serangan mengejut lebih tragis katanya. Akhirnya aku dan dia yang terkena.

“So…?” .

“Ala..kau tunggu ajelah. Kalau tak dapat jumpa pun, kita boleh ‘lunch’ sama kan. Kau tunggulah kejap”. Salina cuba memujuk sambil mengerdip manja matanya . Nak bodek aku la tu. Aku mencebik. Geram pun ada. Dari mula tadi aku dah rasa tak sedap hati tapi pujukan Salina mencairkan hatiku untuk datang ke sini.

“Bolehlah Wiya..bukannya selalu. Lagipun esok kau dah nak balik kampung kan. So, hari ni aje kita dapat bersama …setuju ye. Kau tunggu kejap aje”.

“Pandailah kau Sal” aku mengalah akhirnya. Salina melonjak kegembiraan. Begitulah sikapnya yang sentiasa membuat aku akur dengan pujukannya. Sal…Sal…

Emm..nampaknya 3 jam lagi kena tunggu dia hingga tiba waktu makan tengahari...masak aku. Aku duduk termangu tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Dan Salina seolah memahami keadaanku lalu menghulurkan beberapa majalah untuk ku baca. Dia tersengih sumbing.

“Jangan risau, aku faham…mesti kau boring punya. So, kau habiskan pembacaan kau sementara aku nak pergi ke tempat Cik Singa Betina tu nak hantar ‘report’ jap” ujarnya lalu beredar.

Aku tersenyum mengangguk mengiakan kenyataannya.

Majalah yang dihulur sebentar tadi aku selak satu persatu. Lama benar aku tidak melihat majalah hiburan seperti ini. Banyak gosip – gosip liar tentang artis tanahair yang dipapar di dalamnya . Dunia hiburan kini banyak perubahan dan muka – muka baru mula bertapak. Aku semakin tertarik untuk meneruskan pembacaanku. Dari satu ruangan ke satu rencana, dari satu rencana ke satu segmen pula, habis semua helaian ku belek.

Tiba – tiba tanganku direntap kasar oleh seseorang. Tubuhku terdorong ke depan akibat rentapan itu. Majalah yang dibaca terlepas dari pegangan.

“Wei!..Sal, kenapa ni?”. Muka Salina cemas dan desah nafasnya turun naik bagaikan dikejar hantu.

“Cepat!..cepat!”.

“Kenapa dengan kau Sal? Tenang…tarik nafas dulu” pintaku memberi ruang kepadanya untuk melepaskan lelah.

“Dah tak boleh tunggu. Nanti melepas”. Aku terpaksa berlari anak mengekorinya dari belakang. Langkahnya yang laju membuatkan aku mengah dan bernafas kencang.

Sebaik sampai di pintu pejabat milik lelaki yang ingin aku temui, wajahku serta – merta berubah. Dia terkejut malah setiausahanya juga turut terkejut lantas menarik muka masam. Pasti dilanda cemburu.

“Apahal kau di sini? Kalut semacam” tegur Mastura kasar.

“Saya nak jumpa bos” ringkas jawapan Salina lalu berlagak bagus dihadapan majikannya. Emm..baru kau siapa aku.

“Bos tak kerja hari ni. Kau tak faham ke Salina. Aku dah maklum tadi kan” balas Mastura sambil mengerling ke arah kami. Patutnya pun…dari gayanya yang santai dengan T-shirt dan berseluar jeans lusuh itu pastinya dia sedang bercuti tapi mengapa dia ke mari…gumamku sendiri.

Zaqrie memandangku. Dadaku berdebar tatkala bertembung mata dengannya. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Salina. Seakan melarikan wajahnya dari di renung lama. Barangkali malu dengan kesan lebam yang ada di bibirnya.

“Ada apa Sal” soalnya sambil mata masih mencuri pandang ke arahku lagi.

“Err…saya yang nak jumpa awak sebenarnya. Boleh kita bicara sekejap” celahku tanpa sempat Salina membuka mulut. Salina melopong memandangku. Kagum agaknya dengan keberanianku yang tak semena – mena itu. Aku tersengih sendiri. Entah dari mana keberanian itu datang, aku pun tak tahu. Yang aku tahu perempuan di sebelah Zaqrie sudah mencuka dan raut wajahnya bengis seperti ingin membaham mangsanya. Pedulikan!...

Zaqrie membuka pintu bilik lalu mempelawa aku masuk. Wajahnya yang tenang dan aksi yang berhemah itu tidak lansung menampakkan yang dia telah membuat kesalahan. Aku yang rasa semacam ..seolah – olah kesalahannya itu jatuh ke atas diriku pulak.

Demi menegakkan keadilan buat Ikram dan menyembunyikan rasa gemuruhku, aku berlagak seperti biasa dan mengikuti langkahnya masuk ke pejabat tanpa mempedulikan Salina dan setiausaha Zaqrie yang sudah tak keruan aksinya.

Pintu bilik dikatup rapat.

“Hei! Salina, siapa perempuan tu? Kenapa dia nak jumpa Zaqrie?”, sergah Si Singa Betina yang sudah berang. Jari ditunding ke muka Salina hampir terkena dahi. Amboi! main kasar nampak…

“Eh! Cik Mastura tak tahu ke...” Salina buat – buat bengong. Akal panjangnya ingin mengenakan betina singa itu.

“Kau jangan nak main – mainkan aku Sal..nahas kau nanti” kecamnya yang sudah naik angin dengan sikap Salina yang tak pernah serius itu.

“Eeii..takutnya saya…”, Salina masih boleh bergurau. Geli hatinya melihat kebengisan Mastura yang sudah tak tentu hala itu.

Salina terkejut, Si Singa Betina yang digeruni itu tiba – tiba mengamuk. Habis fail di atas mejanya dihempas – hempaskan. Mastura mencapai sesuatu. Salina cuak.

Mastura sudah menunjukkan alat penebuk lubang ke arah mukanya. Bimbang kegilaan Mastura mengundang bencana kepadanya, mahu tak mahu Salina terpaksa mengalah dan cuba menenangkan Singa yang semakin rakus itu.

“Okay..okay…Cik Mas, relax ..cool. Sa..sa.. Saya bagi tahu” terketar suara Salina memujuk setiusaha bosnya itu.

“Baik kau beritahu aku cepat!..sebelum benda ni melekat kat dahi kau”.

“Eerr..ya..ya…perempuan tu …eerr bekas tunang bos” Salina tersasul. Aduh! Apa aku cakap ni. Lantaklah…kita tengok ajelah reaksi betina singa ni …desis hati kecil Salina yang sudah gelabah.

“What! Tunang! Kenapa aku tak pernah dengar pun?... Kau jangan buat cerita Sal” ugutnya sambil mengacah – ngacah dengan ‘punchure’ yang masih di tangan.

“Err..betul Cik Mas..betul! tapi… itu dulu, sekarang dah takde apa - apa”.

“Kenapa kau bawak dia ke sini? Kenapa dia nak jumpa Zaqrie lagi?..Aku tak suka ..faham! tak suka” pekik Mastura bagaikan orang hilang akal. Salina sudah tak tentu arah. Bimbang gila Mastura merebak pula kepadanya. Apa aku nak buat ni…

“Apa yang awak tak suka Mas?” soal Zaqrie yang tiba – tiba keluar dari biliknya. Fuh! Salina menarik nafas lega. Kemunculan Zaqrie telah menyelamat keadaan yang huru – hara sebentar tadi.

Kedua mereka tergamam. Saling memandang.

“Apa yang tak suka?”, soalnya lagi. Mastura hanya mengeleng, takut untuk menjawab.

“Sal?”.

“Err..saya okay bos. Okay..takde apa – apa” ujar Salina menahan gugup. Mastura terus terkaku seribu bahasa. Tadi mengaum macam singa kelaparan, sekarang menikus pula. Meluat betul.

“Kalau tak de apa – apa awak boleh pulang sekarang. Tolong hantarkan Adawiya sekali ya..thanks. Hari ini saya bagi awak cuti setengah hari” ujar lelaki itu penuh mesra. Salina tersenyum – senyum kambing. Siapa sangka dia mendapat cuti percuma hari ni. ‘Mood’ baik bos sukar diramal. Bertuah badan…

“Terima kasih ..bos”.

Aku mencuit lengan Salina supaya segera beredar apabila pandangan tajam Mastura seakan memberitahuku bahawa kehadiranku tidak diingini di sini. Sinar matanya penuh api kecemburuan. Dia seolah memusuhiku dari cara dia memandangku seperti aku seteru nombor satunya. Pelik benar…

‘Psst..kau dengan bos macam takde apa - apa berlaku aje’ bisik Salina ke telingaku. Aku tersenyum bangga. Penuh makna yang tersirat.

‘Sudahlah…jom kita pergi. Nanti aku ceritakan’.

Sebaik kaki melangkah meninggalkan pejabat itu, kedengaran nada keras Zaqrie berbicara dengan setiausahanya. Sempat juga aku berpaling melihatnya. Wajah Zaqrie agak tegang. Mengapa ya?...hatiku mula tertanya – tanya. Mengapa Zaqrie begitu marah dengan Mastura. Apakah yang telah dilakukan oleh wanita itu. Riak wajah Zaqrie jelas benar menunjukkan dia berang dengan Mastura. Pasti ada sesuatu…

Argh! Mengapa pula aku harus berfikir pasal lelaki itu. Yang nyata hari ini aku rasa lega. Segala yang ingin aku katakan telah terluah jua, biarpun lelaki itu masih berlagak tenang. Ketenangannya membuatkan aku yang lebih gelisah dan tidak tenteram. Bagaimana dia boleh setenang itu. Sedangkan rasa bersalah itu sepatutnya melingkari jiwanya, menghantui dirinya. Atau sememangnya dia tidak punya perasaan, mati jiwa agaknya tak pun hatinya telah kering dengan kasih - sayang.

Ah! lelaki …semakin aku memikirkannya semakin hatiku tertanya - tanya.

Monday, October 4, 2010

Diulit DOSA CINTA...27

BAB 27


Rambut yang basah dikeringkan berulang kali dengan tuala. Kaki melangkah menuju terus ke dada cermin sebaik keluar dari kamar mandi. Kesan lebam ditepi bibir yang masih jelas kelihatan kebiruan dibelek lagi. Sapuan bedak tipis diratakan bagi menghilangkan kesannya yang ketara. Lama juga Zaqrie menatap wajahnya di cermin. Meneliti lagi kecacatan lain , bimbang kalau – kalau ada kesan luka yang meninggalkan parut yang boleh mengugat ketampanannya selama ini.

emm…siot betul! Manalah nak sorok muka nie…gumam hatinya.

Kemudian, Zaqrie menyarung t-shirt putih mengikut susuk tubuhnya dan berseluar jeans lusuh. Menyisir rambutnya yang sedikit panjang kemas ke belakang hingga menyentuh kolar baju. Ternyata kekacakanya masih terserlah dengan penampilan santai begitu. Wangian berjenama disembur sekadar perlu.

Lengkap bersiap dia melangkah menuruni anak tangga sambil berfikir arah tujunya pagi ini.

Langkahnya tiba – tiba terhenti di pertengahan jalan. Telinga menangkap butir – butir bicara orang seperti sedang bergaduh. Apa hal pulak ni?

“Bawa bertenang Ina. Mengucap…” pujuk datin Zainab sambil mengusap belakang anak gadisnya. Sendu Zurina kedengaran tersekat - sekat.

“Kenapa abang kejam sangat ma? Apa salah Am? Apa salah Ina ma…?” esakannya mengiringi bicara.

“Sabar Ina…kita tak tahu cerita sebenar. Jangan tuduh abang Ina macam tu.”

“Tuduh? Mama kata Ina menuduh. Sudah jelas di depan mata ma...tengok lebam dan luka dimuka, badan Am, cukup membuktikan betapa abang kejam. Abang memang zalim!..kejam..!” pekik Zurina tanpa dapat dikawal perasaannya lagi.

“Memang aku kejam”.

Semua mata tertumpu ke arah suara itu.

“Aku kejam bersebab, Ina. Kejam untuk menyelamatkan kau dari jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab” selar Zaqrie yang baru muncul dibelakang mereka yang sedang berkumpul di ruang tamu. Matanya mengerling tajam ke arah Ikram yang bereaksi selamba bagaikan orang tak bersalah. Bertambah - tambahlah sakit hati Zaqrie.

“Abang merepek apa ni? Nak selamatkan Ina dari siapa? Siapa yang tak bertanggungjawab maksud abang? Siapa yang kejam sebenarnya? Am atau abang sendiri?” Zurina memulang paku buah keras. Langsung tidak terpedaya dengan kata – kata abangnya. Dia lebih mengenali Ikram berbanding orang lain.

“Ha’ah, Zaq. Mama pun tak faham. Apa... Zaq maksudkan Ikram? Mustahil!”. Berkerut dahi mama untuk mempercayainya.

Ikram membatukan diri. Sedikit riak gembira jelas kelihatan diwajahnya dengan pembelaan adik dan mama Zaqrie.

“So kau datang pagi – pagi ni, hanya untuk mengadu dan mengharap belas pada keluarga aku.Huh! pengecut ” bentak Zaqrie masih tak puas hati.

Ikram tidak menjawab sebaliknya Zurina yang pantas mencelah.

“Abang!! Ini bukan soal mengadu ataupun pengecut. Kalau Am tak mengadu sekalipun pasti Ina akan dapat tahu juga. Yang Ina musykil sekarang, apa salah Am sampai abang pukul dia macam ni. Apa yang abang tak puas hati lagi? Apa yang dia dah buat pada abang?” bertalu – talu pertanyaan meluncur keluar dari mulut Zurina.

“Kenapa tidak kau tanyakan sendiri kepada Ikram” .

“Apa abang ni…Ina tanya abang. Abang yang cari pasal dengan dia bukannya Am” Zurina semakin lantang membela tunangnya.

“Kau tanyalah dia sendiri…apa yang dia dah buat? Jangan sampai aku cerita yang benar nanti” suara Zaqrie sedikit meninggi. Melepaskan geram yang semakin meluap. Zurina mengerut kening ..keliru. Ikram pula agak gelisah dan panas duduknya. Ancaman Zaqrie meresahkan jiwanya.

“Apa yang kecoh sangat ni. Apa halnya Zaq…Ina?” tegur papa sejurus turun dari tingkat atas.

Dato Zaid terkejut melihat keadaan Ikram yang lebam – lebam dan bengkak. Dia berpaling pula ke arah Zaqrie. Dia tersentak lagi.

“Kenapa dengan kamu berdua ni. Bergaduh?”

Ikram berdiam diri, manakala Zaqrie menundukan kepalanya. Sukar baginya bertentangan mata dengan papa ketika ini. Wajah Dato Zaid bertukar serius.

“Kenapa Ina? Apa dah jadi dengan tunang kamu tu?” tukas papa lagi. Kali ini soalan ditujukan terus kepada Zurina memandangkan kedua mereka lebih rela mengunci mulut.

“Err..err…Ina pun tak pasti apa yang terjadi pa. Apa punca Am dipukul, Ina tak tahu. Tapi yang jelas Am luka dan lebam teruk pa. Abang pukul Am tanpa perikemanusiaan. Apa salah Am? Abang kejam pa” luah Zurina perlahan lalu menyeka airmatanya yang gugur. Mama mendakap Zurina turut sebak dengan situasi ini. Dia juga keliru permasalahan yang berlaku antara anak bujangnya dengan bakal menantunya, Ikram.

Dato Zaid melepaskan keluhan berat. Susah benar dia menebak apa yang berlaku antara mereka. Masing – masing keras kepala malah lebih suka membisu dari menceritakan masalah mereka lebih – lebih lagi Zaqrie.

“Apa yang berlaku sebenarnya Zaq, tell me” tegas papa.

“Bukan Zaq yang perlu ceritakan pa… tapi Ikram. Dialah orang yang paling sesuai menceritakan apa yang berlaku..dia lebih arif tentang hal ni” balas Zaqrie bersahaja.

“Abang!!..kenapa abang suka berdolak – dalik. Abang yang cari pasal dulu kan. Dari tadi abang asyik paksa Am. Kenapa tidak abang sendiri yang ceritakan..sebab abang takut? …betul kan sebab abang yang bersalah dalam hal ni” sampuk Zurina yang semakin geram dengan tingkah abangnya.

“Kau jangan nak kurang ajar pada abang, Ina” .

“Abang yang suka cari pasal. Cemburu pada kami” jawab Zurina riak.

“Cemburu?!”.

“Ya..cemburu sebab kami bahagia. Sedangkan abang tu dah lanjut pun masih keseorangan. Tiada siapa yang nakkan abang yang bengis tu dan berperangai buruk. Betina pelacur tu pun tak nak kahwin dengan abang”.

“Ina!!!....” pekik Zaqrie hampir tapak tangannya mencecah pipi Zurina. Terkelip – kelip mata Zurina dengan tamparan yang hampir saja mendarat di pipinya.

“Sudah!!! Jangan nak bergaduh” suara papa tinggi menengking.

Zurina terkebil – kebil memandang, Zaqrie pula menunduk diam dan beristighfar. Sakit hatinya dituduh begitu oleh adik sendiri. Belum pernah dan tidak terlintas lansung dihatinya untuk mengangkat tangan pada adik – adiknya. Malah dia amat menyayangi mereka lebih dari dirinya sendiri. Tetapi kali ini, tuduhan Zurina amat memilukan hati. Sikap biadapnya terhadap abang sendiri amat dikesali lebih – lebih lagi demi seorang lelaki yang curang dan penipu seperti Ikram. Zaqrie menarik nafas dalam – dalam. Mama sudah menangis. Papa mengeluh berat.

Mata papa beralih memandang Ikram. Menagih jawapan dari Ikram pula. Dia perlu tahu puncanya dan sejak bila mereka bersengketa. Walau sukar membuat Zaqrie bercerita tetapi dengan Ikram lebih mudah sedikit. Lelaki itu pasti bersuara jika dipaksa.

“Bagaimana dengan kamu Ikram. Apa yang kamu nak jelaskan pada uncle?”

“Err..err…sa..saya juga tak tahu motif Zaqrie menyerang saya, uncle” gugup kata – katanya lalu memandang wajah Zaqrie yang sudah bertukar merah dengan bibir diketap menahan geram.

Ikram terus menambah. “Saya datang pagi ini pun untuk mendapatkan penjelasan dari Zaqrie sendiri, uncle. Saya benar – benar tak faham mengapa Zaqrie buat saya macam ni. Saya juga nak tahu sebabnya uncle” luah Ikram berdalih dan cuba meraih simpati .

Dato Zaid memandang tepat ke raut wajah Zaqrie. Rasa kurang enak dengan pandangan papanya itu. Pasti papa termakan dengan kata – kata Ikram.

Zurina mencelah menambah cerita Ikram. “kalau papa nak tahu, kes ni dah jadi kes polis. Am tak tahu nak buat apa. Itu sebabnya Am jumpa Ina. Minta Ina tolong dia. Abang sudah melampau. Abang memang nak malukan keluarga kita, pa”.

Dato Zaid tersentap lagi. Dia merenung Zaqrie yang masih berdiam.

“Zaq nak jelaskan apa – apa pada papa” tuturnya dalam nada hampa. Sedikit terkilan dengan tindakan kurang cerdik Zaqrie yang boleh mengaibkan maruahnya dan nama baik keluarga.

Huh! Kau main kotor rupanya Ikram, bentak hati kecil Zaqrie. Dia tak dapat berbuat apa – apa lagi untuk menyakinkan papanya. Jelas sekali renungan itu mengambarkan betapa orang tuanya itu sedang kecewa.

“Zaq minta maaf pa…tapi percayalah Zaq tak buat semua tu pa…tak terlintas langsung difikiran Zaq untuk memalukan papa dan mama apatah lagi nak melibatkan pihak polis kerana hal sekecil ini..tak masuk akal pa..” terang Zaqrie bersungguh namun tiada reaksi dari mereka. Zaqrie terus – menerus dipersalahkan dalam hal ini. Ikram tersengih sumbing. Nampaknya kemenangan memihak dirinya saat ini.

Situasi ini benar - benar memaksa Zaqrie meninggalkan mereka dalam keadaan tanda tanya. Dia tidak betah lagi untuk meneruskan perbincangan yang akhirnya dia juga yang dipersalahkan. Papa dan mama sudah diracuni dengan cerita hebat Ikram dan Zurina. Apalagi yang perlu dijelaskan. Lebih baik angkat kaki beredar dari kelompok mereka yang hipokrit dan pandai bermuka – muka.

Yang membingungkan dibenaknya siapakah gerangannya yang membuat laporan itu. Setahu Zaqrie, hanya dirinya, Malik, Aaron dan Ikram saja yang ada waktu itu. Pasti ada seseorang yang telah membuat khianat padanya. Tapi siapa….?

Telefon bimbit segera dicapai. Dia menekan nombor seseorang bagi membantunya mengenalpasti pengkhianat yang telah mencemarkan nama baiknya.

“Hello..bro?”

“Aku ok..tapi ada satu masalah besar. Harap kau boleh ‘settle’kan”.

“Aku nak kau cari sampai dapat siapa orang tu”.

“What’s!!!?”

“Kau yakin dia? Okay! Tak pe..aku handle, kau jangan risau. Thanks!”.

Telefon bimbit dimatikan. Enjin kereta dihidupkan.

Perbualan ringkas antara Zaqrie dengan si pemberi maklumat gerangan orang yang telah memburukkan namanya berakhir singkat. Dia dapat mengagak orang yang telah menjadi punca kepada papa dan mama memandangnya sebagai pesalah.

Kereta mewah itu mengaum dan meluncur laju. Membelah jalan tanpa menghiraukan kenderaan di sekeliling yang terpinga dan geram dengan pelaku si pemandu yang bakal mengundang kecelakaan. Pastinya bunyi hon dan sumpah seranah yang dihamburkan untuk melepaskan geram kepada pemilik kereta mewah itu.

Zaqrie tidak peduli, yang penting dia harus sampai ke destinasi yang ingin ditujunya sebelum terlambat.

Evolusi Rindu_4

BAB 4

Penantian resah mengamit perasaan yang bercampur – baur. Marah, geram, benci semuanya bersimpul satu. Sukar baginya melelapkan mata yang kian letih menahan jaga. Perjanjian yang dibuat siang tadi mengganggu benaknya. Keterlanjurannya mengota janji telah memerangkap dirinya sendiri. Apatah lagi bicaranya yang serba tak kena ketika berdepan dengan Dato Maznah dan si tengku bongkak itu membuatkannya hilang kata – kata . Kenapalah mudah benar mulutnya mempersetujui usul Dato Maznah itu, sedangkan hatinya tak pernah rela. Argh! kusut sungguh bila difikirkan.

Dia bingkas bangun dan melangkah menuju ke dapur. Meneguk segelas air bagi menghilangkan tekaknya yang kering dek terlalu lama termenung dan berfikir masalah yang sedia ada.

“Hoi! menung apa?” sergahan Jannah hampir menyebabkan air yang diteguk Nurul tersembur keluar.

“Gila ke apa? Main – main terjah dari belakang. Nasib tak tersembur air ni tau” Nurul mengumam marah.

“Heee…padan muka. Sejak balik dari rumah dato’ tu, aku tengok kau dah macam orang sasau. Termenung sini ..termenung sana…tu pasal aku sergah kau kuat – kuat sikit biar tersedak…biar terkeluar semua masalah kau yang berserabut tu. Kau ni kenapa? Cuba cerita kat aku apa masalah kau yang sebenarnya, mesti ada apa – apa berlaku kat rumah dato’ tu kan!” Jannah mula menyerkap jarang. Dia merampas gelas dalam pegangan Nurul kemudian meletakkannya ke sinki.

Ditariknya lengan Nurul supaya membontotinya bersama – sama duduk ke sofa tamu. Dan seperti biasa Nurul bagaikan lembu dicucuk hidung akur dengan tindakan pantas Jannah itu. Belumpun sempat Nurul melabuhkan punggungnya, Jannah sudah mula mendesak.

“Hah! cerita cepat” Jannah bagaikan orang hilang sabar. Terlalu teruja riak wajahnya hinggakan Nurul hampir tergelak dengan aksi mata buntang kawannya itu.

“Hisy! Gelojoh betul kau ni”.

“Mestilah wei!....ceritalah cepat, tak sabar aku nak dengar ni”.

“Ye lah ..ye lah..ye lah”. Nurul hampir kalah dengan desakan Jannah. Kalau ikutkan hatinya, ingin saja dia melupakan masalahnya itu kerana dia tahu dia bakal digelakkan oleh Jannah takpun diperbodohkan atas tindakannya yang kurang bijak itu.

“Aku sebenarnya…eerr…sebenarnya…”.

“Sebenarnya apa!!!...” .

“Hei! relax lah….beb”. Nurul sedikit terkejut. Mengusap perlahan dadanya yang bergetar dek tengkingan Jannah sebentar tadi. Dia sedar kawannya itu sememangnya sudah tidak sabar untuk mendengar cerita dari mulutnya. Keterujaan Jannah jelas ketara.

“Alaaa….cepat la cerita Nurul. Kau ni banyak mukadimah lah. ‘Short cut’ aje cerita tu”. Jannah semakin mendesak. Teruja benar dia.

“Okay…okay...kau ingat lagi tak, si tengku yang aku cederakan tempoh hari. Si tengku tu anak Dato’ Maznah tahu tak..” . Nurul memandang wajah Jannah yang pegun bagaikan dipukau. Sekelip mata wajahnya bertukar seperti biasa seolah tiada apa - apa berlaku.

“So?...” suara dan aksi bersahaja Jannah membingungkan Nurul. Tak faham - faham ke dia ni….

“So apa lagi?”

“Ye lah…kalau ya pun si tengku tu anak Dato’ Maznah, so apa kaitannya dengan kau pulak”. Apa punya soalan la ..si Jannah ni. Hampir nak diluku dahi kawannya itu.

“Lembss…betul kau ek. Mestilah aku malu.. rasa bersalah sebab cederakan anak dia. Dato Maznah tu kan baik dengan aku, so bila dia dapat tahu aku penyebabnya…so apa yang kau rasa,…haa.. itu jugak yang aku rasa betul tak” Nurul cuba menyakinkan perasaan Jannah yang agak celaru.

Kawannya yang ‘blurr’ itu mula menampakkan reaksi positif dan mula menganggukkan kepalanya perlahan. Memang lembab betul si Jannah ni tau….sungut Nurul di hati kecilnya.

“Emm…ya tak ya jugak. Kalau aku pun mesti malu gila. Mahu aku cabut lari masa tu jugak”. Jannah meluahkan pandangan peribadinya.

“Tahu pun” Nurul tersenyum menang. Akhirnya Jannah faham jugak keadaannya.

“Habis tu…dato tak marah kau ke? Dia tak buat ‘report’ polis pulak? Si tengku bongkak tu macam mana? Dia tak mengamuk ke? Dia tak balas balik perbuatan kau tu?” tembakkan soalan Jannah yang bertubi – tubi itu membuatkan mulut Nurul terus ternganga.Mak ai..banyak pulak soalannya.

Nurul mengimbau kembali saat – saat dia mempersetujui syarat yang dikenakan oleh Dato Maznah terhadapnya. Mana mungkin dia menunaikan perjanjian sebegitu jika tidak kerana menjaga air muka dato semata - mata . Entahkan waras atau tidak ketika persetujuan itu dilafazkan. Dia sendiri tak perasan. Mungkin perasaan takut dan rasa bersalah mempengaruhi keputusannya ketika itu. Dia mengakui memang dia takut. Takut dengan perbuatannya sendiri.

Habis! Hancur hidup aku …

“Heloo….apa yang habis? apa yang hancur? Aku tengah tunggu cerita kau ni…?” tegur Jannah serentak mematikan lamunan Nurul. Dia tersedar lalu tersengih nipis.

“Aku terpaksa buat perjanjian dengan dato, Jannah” ringkas pengakuan Nurul. Mulut Jannah terlopong. Matanya tidak berkedip . Terkejut barangkali.

“Masa tu aku tak dapat fikirkan apa – apa. Aku takut dan bersalah. Jadi aku terus setuju dengan cadangan dato tu. Kau rasa aku bodoh kan sebab terburu – buru buat keputusan tu” akuinya dengan rasa pasrah dan kecewa.

“Tapi perjanjian apa yang kau buat dengan dato tu” soal Jannah yang mula cemas.

“Aku kena jaga si tengku tu sampai dia pulih dan boleh berjalan”.

Tiba – tiba Jannah tergelak besar. Bergegar tubuhnya mengekek. Hilang akal ke apa si Jannah ni. Gelak – tawanya masih belum reda. Nurul menarik mulut muncung seakan berkecil hati. Dan Jannah semakin geli hati. Giler!

“Asal kau gelak? Kau perli aku kan?” rajuk si Nurul.

“Mana tak geli hati. Mati – mati aku ingat kau kena kahwin dengan si tengku tu, sebab gelabah kau tu mengalahkan orang kena paksa kahwin … rupanya hanya kena jaga sampai sembuh aje. Apalah kau Nurul…buat‘suspen’ aku aje". Jannah mencebik.

“Kahwin?! Giler ke kau. Takkan aku nak setuju pulak. Tak logik la beb. Masalah aku ni lebih dari ‘suspen’tahu tak. Aku nak menempuh muka dia hari – hari, nak jaga karenah dia yang cerewet tu…mati aku. Mesti dia buat hal macam – macam punya, nak balas dendam pada aku..cuba kau fikir, betul tak”.

“Ye tak ye jugak. Inilah peluang si tengku tu ambil kesempatan mengenakan kau. Hisy! Dahsyat Nurul, itu belum lagi konco – konco dia dapat tahu..argh!!! ngerinya” kata – kata Jannah benar – benar merunsingkan Nurul. Nurul semakin mengelabah dan berdebar. Aduhai! Tak boleh tidur lah aku malam ni…cakap Jannah ada betulnya. Kalau konco – konco si tengku tu dapat tahu ..lagi hancur hidup aku nanti. Nurul semakin dihantui rasa seram dan takut yang melampau. Mengigil tubuhnya mengenang nasib yang bakal dihadapinya esok.

“Sudahlah Nurul. Tak usah fikir sangat. Kau doa aje takde apa yang buruk berlaku nanti. 6 bulan aje kan…moga – moga kau selamat, entah – entah si tengku sengal tu boleh jatuh cinta pulak dengan kau ..hee” seloroh Jannah sambil mencuit bahu Nurul. Nurul mencebik dan hampir termuntah dengan lawak bodoh kawannya itu.

“Uweek….mati hidup balik pun aku tak hingin tau” .

“Konon! Jangan cakap besar Nurul…”. Nada Jannah seakan mengancam. Dia bingkas bangun meninggalkan Nurul termangu sendirian. Nurul terus terdiam. Dia hanya mampu memerhatikan langkah Jannah pergi meninggalkannya.

Tuesday, May 11, 2010

Evolusi Rindu_3

BAB 3

Kad ditangan dibaca dua tiga kali. Dia membelek lagi alamat yang tercatat di dalam kad itu. Yakin betul banglo besar bak istana yang terbentang luas di depan mata itu benar – benar pemilik kepada kad tersebut, barulah dia bersenang hati.

Jari runcingnya pantas menekan loceng. Kad pemberian Dato Maznah tempoh hari diselitkan kembali ke dalam saku seluarnya.

Keluar seorang pengawal berbangsa India bersama seekor anjing ‘Rottweiler’ sebesar budak umur 6 tahun..Fuh! besarnya. Gerun juga hatinya memandang rupa binatang yang bengis dengan lidahnya yang terjelir dan jejehan air liur pekat yang mengelikan. Menjarakkan sedikit dirinya dengan anjing itu.

“Cari sapa adik..”

“Err..ini rumah Dato’ Maznah ke”

“Ya, betul”

“Boleh saya jumpa dengan dato’ ”

“Nama sapa?”

“Nurul Lisa Binti Nasaruddin”. Nama penuh diberi..mudah.

“Sekejap tunggu adik?”. Pengawal itu kemudian masuk ke pondok teduhan dan keluar semula. Barangkali membuat panggilan.

“Itu bibik cakap, dato’ sedang mandi tapi belakang adik boleh tunggu itu dalam. Itu belakang jugak bibik panggil adik itu tunggu dato’ turun jugak. Itu belakang jugak...”.

“Ops..stop! stop!”.

Isyarat berhenti diangkat kedua tangannya ke depan.

“Cukup! cukup!. Ayoo..ane punya ‘belakang’ sudah bikin saya punya kapla banyak pusinglah…sudahlah saya cari sendiri nanti” ajukan juihan bibir sambil kepala digelengkan. Walaupun berbelit, namun dia masih dapat menangkap apa maksud yang ingin disampaikan oleh pengawal itu.

Pengawal itu tersengih menyedari kelemahanya. Barisan gigi yang berkarat dan agak kekuningan membuatkan dia loya untuk terus berhadapan dengan lelaki itu.

“Okaylah. Jangan risau ane. Saya pergi dulu aa..” Cepat – cepat dia beredar dari situ. Menunggang laju masuk ke dalam perkarangan halaman yang luas. Skuter diparkir berhampiran dengan garaj kereta milik banglo mewah itu. Mata terbeliak luas melihat kereta – kereta mewah berjenama berbaris tersusun panjang sejajar. Kesemuanya 10 buah. Matanya terpana pada sebuah kereta merah yang berkilat.

Aduhai!...kalau aku dapat sebiji macam ni...sumpah tak cari lain..ketawanya dalam hati. Tangan perlahan mengusap badan kereta ‘Ferrari’ merah menyala bernombor AM 101. Cantik betul nombor dia.

Kaki terus melangkah menyusuri jalan berbatu yang disusun cantik. Dia berdiri megah betul – betul di hadapan pintu besar umpama gerbang masuk ke sebuah istana. Sangat besar dan lebar. Pintu klasik dari kayu nyatoh yang sarat dengan ukiran awan larat buatan tangan menjadi mercu banglo mewah ini.

Belumpun sempat dia menekan loceng, seorang wanita agak muda sudah terpacul di muka pintu. Melihat dari rupa paras dan gaya pemakaian wanita itu, berkemungkinan dia seorang pembantu rumah. Senyuman manis dilemparkan buat si wanita penyambut itu.

“Saya mahu jumpa dato’”

“Kamu Nurul Lisa yang telefon tadi?”

“Iya” ringkas saja jawapannya. Mudah. Tidak perlu dipanjangkan komunikasi yang tiada relevan.

“Masuk dulu ya non. Ibu sedang mandi. Saya udah maklum pada dia tadi. Sila tunggu di sana ya non”. Tangan menunjukkan arah ke satu sudut yang di lengkapi set perabot rotan dengan dikelilingi panorama indah pemandangan taman lanskap buatan.

“Emm..trima kasih ya” dia mengajuk mengikut bahasa wanita itu.

Nurul mengamati suasana damai di ruang khas seperti yang diarahkan. Desiran angin mengalun mesra bersama curahan air terjun yang keluar dari celahan batu - batan. Bagaikan satu melodi menerjah halwa pendengarannya. Jajaran air terjun yang melimpah ke bawah kolam buatan di sepanjang taman digenangi ratusan ikan koi yang sedang asyik berkejaran. Terhibur hatinya seketika. Senyuman puas terukir dibibir.

Keasyikannya memerhatikan ikan yang sedang bermain, tanpa diduga sepasang mata ralit merenung. Dia masih tidak sedar. Khayal dalam dunia imaginasi ciptaan sendiri.

Susuk tubuh yang mengintip ditepuk perlahan oleh sang ibu dari belakang. Tubuh itu terkejut. Kemudian berpaling dan tersengih kecil.

“Emm..apa yang Mike tengok” tegur si ibu.

“Nothing. Apa perempuan tu buat kat sini”. Muncung ditujukan ke arah gadis yang sedang khusyuk mengelamun.

“Oh! Lisa. Why? Mike kenal ke dia”

“Mybe…?”.

“Mybe? Mummy tak faham. Kenapa Mike cakap macam tu?”

“Nantilah... I will ‘story’ you later. Mike masuk bilik dulu”. Si ibu terpinga. Tidak memahami apa maksud anaknya itu. Tanpa berlengah lelaki itu memusing kerusi roda menuju ke bilik bawah yang telah dikhaskan untuknya seminggu yang lalu. Kecederaan dikaki memaksa dia berehat dalam tempoh yang lama sekurang – kurangnya 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.

“Hai! Lisa. Lama tunggu” Nurul disapa mesra oleh Dato Maznah. Nurul berpaling dan melirik senyum. Pantas dia menyalam dan mencium tangan wanita anggun itu. Hati Maznah tersentuh. Jarang benar kuncupan itu singgah ke tangannya sepertimana yang dilakukan oleh gadis itu. Amat sopan dan tinggi budi bahasanya.

“Tak lama jugak auntie. Lagipun saya seronok tengok ikan – ikan ini. Permandangan yang cantik, suasana yang nyaman…emm..memang seronoklah duduk kat sini” luah Nurul telus. Sengihnya yang menampakkan lekuk di kedua pipi, menyerlahkan lagi keayuan raut wajah gadis itu.

“Kalau suka …seronok ..tinggal ajelah kat sini. Hari – hari boleh tengok ikan tu” seloroh Maznah.

“Hish! Tak mahu lah saya” Nurul menahan malu dengan keterujaannya tadi.

“Eh! sebelum terlupa auntie. Saya sebenarnya nak pulangkan baki duit tempoh hari. Auntie bagi saya banyak sangat” Nurul menyeluk beg sandangnya dan mengeluarkan beberapa keping wang kertas. Dia mengira satu – persatu wang tersebut dan kemudian menghulurkannya kepada Dato Maznah.

Maznah menyambut tanpa curiga. Dia percaya keluhuran gadis ini. Sukar mencari seseorang yang begitu amanah dan jujur di zaman ini hingga sanggup memulangkan semula baki wang tempoh hari. Sebaliknya gadis ini boleh menghilangkan diri begitu saja.

Nafas lega dilepaskan perlahan. Nurul berasa bebannya telah lenyap sebaik baki wang itu disambut oleh Dato Maznah. Selama beberapa hari, hidupnya dibelenggu resah, dihantui rasa takut dan bimbang. Bimbang dengan wang yang hilang atau tidak sengaja dibelanjakan. Dan paling membimbangkan, ancaman dari konco – konco lelaki bernama tengku itu yang masih berlegar mencarinya di luar sana.

Hampir seminggu juga dia terpaksa bertapa di rumah kerana khuatir keselamatan diri. Cuma hari ini dia memberanikan dirinya untuk keluar setelah dipastikan keadaan benar - benar selamat. Keriangannya untuk keluar bebas pada hari ini digunakan sebaik mungkin. Bebas sepuas – puas hatinya. Menadah muka ke langit seolah telah lama benar dia tidak menatap sinaran cahaya suria yang memancar, merasai bahang siang yang memanah kulit, mendengar hiruk – pikuk kesibukan manusia sambil melihat keindahan alam buatan Illahi.

Nurul tersenyum lagi. Kali ini senyumannya lebih meleret panjang. Entah apalah nasib si tengku tu…tiba – tiba hati berdetik ingin tahu.

“Kenapa senyum sorang – sorang ni” tegur Dato Maznah. Lamunan Nurul terhenti serta – merta.

“Err..tak de apa – apalah auntie”.

“Eh! dalam gambar tu siapa auntie” dia cuba mengubah topik. Pantas kakinya mengorak langkah menuju ke ruang tergantungnya sebuah gambar potret besar yang dilukis tangan. Sungguh halus keseniannya.

“Yang tengah ni auntie, sebelah ni suami auntie Tengku Adam Mahzan, yang kiri anak lelaki sulung auntie, Tengku Adam Mahfuz dan yang kanan anak lelaki bongsu auntie, Tengku Adam Mikail”.

“Oh! masa ni zaman muda – muda lah gitu. Auntie nampak anggun sekali berkebaya nyonya. Klasik betullah gambar ni auntie” pujinya.

Maznah ketawa kecil. Lucu dengan pujian Nurul. Belum pernah orang memujinya cantik berkebaya lama seperti itu. Selalunya puji – pujian hanya untuk pakaian moden yang sarat labuci, mutiara, manik – manik mahupun berlian.

“Pandai betul kamu memuji saya ya”.

“Laa..saya ikhlaslah auntie. Betul…potret ni memang ada klass…nostalgia tau. Berapa umur auntie dan anak – anak masa ni” .

“Emm..kalau tak silap masa ni auntie.. 25 tahun. Anak sulung auntie 8 tahun dan yang bongsu 6 tahun. Orang dulu kahwin usia muda..Lisa . Tak pelik kalau waktu tu auntie masih muda tapi anak dah besar - besar”.

“Ish! apa nak peliknya. Saya pun suka kawin muda jugak…he he he” selorohnya sambil ketawa besar. Amboi! nakalnya aku…gatal sungguh!..desis hati kecil.

Maznah turut ketawa melayani Nurul yang bersahaja. Umpama sahabat yang telah berkenalan lama. Sebetulnya dia senang dengan sikap Nurul. Pasti gadis ini seorang yang amat istimewa. Hati Maznah terpikat dan dia merancang sesuatu. Merancang untuk mengandingkan gadis ini buat anaknya. Status ataupun taraf gadis yang telah mencuri hati keibuannya tidak dipedulikan. Yang penting gadis seistimewa seperti Nurul tidak boleh jatuh ke tangan orang lain.Kiranya, arwah suaminya masih ada, pasti gadis ini juga akan menjadi pilihannya. Maznah tahu apa yang disukai arwah suaminya itu.Gadis ini mesti menjadi milik keluarga Tengku Adam Mahzan. Senyuman nipis terus meniti dibibir wanita itu.

“Dahlah, kita tinggalkan gambar lama ni dulu. Ada banyak lagi dalam album kalau Lisa nak tengok. Jom! kita makan, perut saya dah lapar sangat” pelawa Maznah sambil merangkul pinggang Nurul. Nurul sedikit terkejut tetapi akur melangkah. Mengiringi Dato Maznah menuju ke ruang makan yang amat luas.

“Bik…panggil tuan muda sekali. Mahu makan bersama saya atau tidak” .

“Baik buk”.

************************

Di dalam bilik suasana menjadi semakin membahang. Hati yang panas terpaksa ditahan – tahan. Perasaan geram diluahkan dengan menghempas segala barang di atas meja. Habis pecah dan berselerakkan.

Pintu diketuk dari luar. Bibik menguak sedikit. Tidak semena – mena kepala bibik sipi saja terkena alat kawalan jauh dibaling si tengku baran.

“Aduh! kenapa ni tuan. Habis kepala saya di baling barang segala”. Bibik menguak daun pintu lebih besar.

“Masyaallah! Tuan. Apa sudah jadi?” . Terbeliak biji mata melihat bilik yang bersepah - sepah itu.

“Asal kau masuk bilik aku. Keluar!”

“Maaf tuan. Ibu panggil makan sama. Bibik cuma sampaikan aja. Kenapa tuan mau marah – marah” jawab bibik bersahaja sambil mata menjeling. Meluat barangkali melihat ragam anak tuannya itu.

“Aku tak de selera. Sudah! keluar. Lepas makan nanti kau datang balik kemas bilik aku faham!” arah si tengku tanpa menoleh pembantu rumah yang termangu kehairanan.

Tanpa sedar kekecohan mereka mendapat perhatian si ibu dan tetamu. Kemunculan Dato Maznah dibelakan secara tiba – tiba mengejutkan si bibik yang sedang tercegat di muka pintu.

“Apa hal bising – bising bik” tanya Maznah yang masih tidak perasan keadaan yang berlaku.

Bibik serba – salah. “Err…..tuan…errr”

“Sudah!. Ketepi kamu”. Bibik berundur. Memberi ruang kepada si ibu untuk menjenguk. Terlopong mulut Maznah. Keadaan yang tak ubah seperti di landa tsunami benar – benar memeranjatkannya.

“Ya Allah! Mike, what’s happen to you?”.

Lelaki itu berpaling. Terkejut juga dengan terpaan si ibu dari arah belakangnya.

“Err..mummy…mike…err…” katanya terhenti tatkala melihat wajah gadis yang dibenci sudah terpacul di depannya. Merah padam muka disapa malu. Malu dengan keadaanya yang tidak terurus.

Sementalah itu juga, wajah Nurul turut berubah. Darah panas mula menyerbu muka. Maznah yang perasaan ketika itu memandang antara kedua mereka.

“Mike..do you know Lisa?”

Pertanyaan si ibu tidak disahut. Sebaliknya renungan tajam terus menatap wajah gadis di depannya itu. Nurul sudah tak keruan. Rasa bersalah menyelubungi seluruh jiwanya. Aduh! Mati aku…

“Mike..” .Dia masih membatu. Maznah melepaskan keluhan. Keras kepala anaknya yang satu ini.

“Lisa…kenapa awak terkejut? Awak kenal dengan anak saya ke?” Maznah bertanya pula kepada Nurul yang masih pegun.

“Err…” Nurul keliru. Tidak tahu jawapan apa yang perlu diberikan. Kenalkah atau tidak?. Ternyata insiden ini memberi kejutan hebat kepadanya kerana siapa sangka si tengku bongkak itu adalah anak Dato Maznah. Hilang butir kata – kata. Alih – alih dia cuma mendiamkan diri saja.

“Emm…nampaknya Mike dengan Lisa macam sepakat. Nak rahsiakan hubungan korang berdua ke? Kalau macam tu mummy anggap korang memang sedang bercinta” serkap Maznah. Sengaja menimbulkan isu yang tak masuk akal langsung itu. Memang dia tahu itu adalah mustahil.

“No!..tidak!” kedua mereka menjerit serentak. Maznah tersengih. Benar telahannya.

“Dengan perempuan kampung ni…oh! mummy..please! not my taste. Ini Tengku Adam Mikail, mummy….takkan sesekali ada hubungan dengan perempuan macam ni” sangkal si tengku itu dengan bongkak. Nurul mencebik. Kau ingat ‘taste’ kau tu bagus sangat. Berlagak! Nasib baik cuma kaki yang patah. Kalau hari tu aku baling kena kat muka lagi bagus..sumpah seranah Nurul cuma tersekat dikerongkong, tak mampu terluah dibibir. Dia tidak berani melawan kata – kata si tengku bongkak itu ketika ini apatah lagi berbalas panahan renungan matanya yang semakin berapi.

“Ish! kenapa Mike cakap macam tu? Tak baik, lagipun Lisa kawan mummy so say sorry to her”

“Sorry? No way!” dia merengus geram lalu memusingkan kerusi roda ke arah lain.

Si ibu merapatkan diri cuba memujuk hati panas si anak.

“Kenapa Mike marah sangat ni. Apa yang Lisa dah buat pada Mike”.

“By the way…kalau mummy nak tahu, perempuan inilah yang telah menyebabkan Mike jadi macam ni. Perempuan jahanam inilah membuatkan hidup Mike tak tentu arah ..mummy tahu tak? Mike memang dendam dengan dia ..mummy” luah si tengku tak bertapis. Hati Nurul benar – benar tersinggung. Berdesing telinganya dengan kata – kata itu. Jantung berdegup laju menahan debar bercampur geram.

“Sa…sa…saya sebenarnya tak sengaja auntie. Ma..masa tu …” Nurul cuba membela diri namun rasa gemuruh menyukarkannya untuk bersuara.

Suasana terasa tegang. Si tengku semakin terserlah celuparnya.

“Kau cakap tak sengaja. Kepala hotak kau!. Memang kau sengaja lempar bola tu pada aku kan” tengkingan yang membingitkan telinga.

“Betul!..sumpah auntie”

“Syyy…it’s okay. Biar auntie selesaikan. Lisa tunggu auntie di luar. Bik, bawa Lisa ke ruang tamu. Buatkan minumannya sekali” arah Maznah lalu menutup pintu bilik.

Entah apa yang berlaku nanti. Yang pasti Nurul ingin perkara ini selesai secepat yang mungkin. Pertelingkahan antara dia dengan si tengku bongkak perlu ditamatkan . Mudarat pada dirinya jika permusuhan ini berpanjangan

Monday, May 10, 2010

Diulit DOSA CINTA...26

BAB 26


Ikram tergesa memarkir kereta. Berlari menuju ke tapak di mana tempat Zaqrie memarkir keretanya. Kebetulan Zaqrie baru saja habis bermain tennis bersama Aaron dan Malik. Ikram mempercepatkan langkahnya. Peluang yang ada harus dimanfaatkan kerana bukan mudah untuk dia berjumpa dengan lelaki itu. Hasil maklumat dari Mastura, Ikram berjaya mendapatkan Zaqrie. Banyak perkara yang perlu diselesaikan antara mereka berdua. Lebih – lebih lagi perkara semalam membuatkan tidurnya tidak lena dan jiwanya semakin meronta.

“Zaqrie!” laung Ikram dari arah belakang. Zaqrie yang sedang membuka pintu kereta menoleh. Serta - merta satu tumbukan hinggap ke mukanya. Mengalir darah di tepi bibir, Zaqrie mengesat dengan ibu jari.

“Kau dah gila ke hah!?”. Zaqrie meludah air liur bercampur darah. Berkali – kali dia mengesat darah yang terbit dibibirnya. Mengumam –gumam bibir yang kepedihan. Ada luka kecil. Kuat juga penumbuk Ikram hingga mengoyakkan kulit lembut itu.

“Ini amaran aku yang pertama”.

“Apa masalah kau? Apa yang kau tak puas hati dengan aku?”. Zaqrie menuding jari tepat ke muka Ikram. Rasa geramnya meluap. Nasib baik dia masih boleh bersabar. Jika tidak pasti Ikram telah makan penumbuknya juga.

Sementara Malik dan Aaron tidak berdiam diri. Melihat sahabatnya dipukul membuatkan darah mereka mendidih serta – merta.

“Wei! babun nampaknya kau dah main kasar. Zaq, apa lagi kita orang dah tak sabar nak belasah jantan ni. Dah lama hidup agaknya” Malik mengepal tangannya. Rasa gatal ditangan sudah mula kebas untuk membelasah orang.

Dengan tidak sabar, Malik terus merenggut leher baju Ikram ke arahnya. Aaron juga ingin bertindak sama namun cepat dihalang oleh Zaqrie. Dia tidak mahu sebarang kekecohan terjadi. Bantuan Malik dan Aaron bukan saja menggambarkan kelemahannya sebagai anak lelaki. Malah memalukan dan mencalarkan keegoannya selama ini. Zaqrie segera meleraikan mereka. Mengarahkan Aaron dan Malik ke tepi.

“Relax..Mal...Aaron. Biar aku selesaikan sendiri masalah aku ni” Zaqrie masih menunjukkan sikap tolerannya. Walau dalam hati tetap membara dengan dendam yang masih belum pudar untuk lelaki itu

“Apa masalah kau? Baik kau cakap sekarang sebelum penumbuk aku pulak cecah ke muka kau?”. Ikram sedikitpun tidak gerun dengan ancaman itu sebaliknya dia memberi amaran balas kepada Zaqrie.

“Aku nak kau jauhi diri kau dari Adawiya. Jangan ganggu dia lagi” .

“Apa yang kau merepek ni” Zaqrie benar – benar tak faham.

“Kau jangan nak pura – pura Zaqrie. Aku tahu niat jahat kau tu. Jauhi Adawiya, itu aje ” tegas Ikram.

Wajah Ikram direnung dalam. Barulah dia mengerti mengapa Ikram bertindak begitu.Ikram takut akan rahsianya. Namun amaran itu dibalas dengan senyuman sinis dan wajah bersahaja Zaqrie.

“Aku rasa aku dah cukup bersabar dengan kau Ikram. Aku tak hebohkan pasal cerita kau pun dah cukup baik. Kau patut bersyukur. Walaupun kau mainkan adik aku, kau perdayakan Adawiya, aku diamkan sebab aku tak suka nak masuk campur masalah kau…tapi nampaknya kau mula main kasar, dan aku tak akan berdiam diri lagi” selarnya untuk menyedarkan Ikram. Dia bukan lelaki dayus untuk menjatuhkan musuhnya dengan cara mudah begitu. Kalau ikutkan hatinya, lama dulu dia sudah membongkarkan rahsia Ikram. Namun itu bukan sikapnya.

“Lantaklah kau nak cakap apa Zaq. Yang penting, aku tak nak kau ganggu hidup Adawiya lagi. Dia milik aku, hak aku…faham”. Ikram mengulangi amarannya. Kali ini Zaqrie ketawa besar sambil mengelengkan kepala. Pengakuan Ikram mengelikan hatinya. Betapa lelaki itu bodoh mengungkap maksud ‘hak’ semudah itu.

“Aku rasa kau dah sewel lah Ikram” ajuk Zaqrie dengan tawa yang masih bersisa. Ikram mengetap bibir. Menahan geram. Zaqrie punca segala masalahnya, membuatkan dirinya semakin tertekan.

“Untuk makluman kau, Adawiya dah lama menjadi milik aku. Hampir tiga tahun dulu. Kalau kau nak tahu, aku telah menyentuhinya dulu dari kau. Dia jadi hak aku secara tak rasminya…kau tu yang kena faham! bodoh!” bisik Zaqrie perlahan ke telinga Ikram. Tersentap jantung yang berdegup. Terpukul tubuh yang pegun. Bibir Ikram mengumat - gamit sumpah – seranah. Rasa marah semakin meluap.

“Kurang ajar!!!”. Ikram melepaskan satu lagi tumbukannya. Kali ini Zaqrie telah bersedia dan dia pantas mengelak. Ikram terjatuh. Mengambil kesempatan yang ada di depan mata, Malik dan Aaron terus membelasah Ikram bertalu – talu hingga lembik dan tidak berdaya.

“Sudah lah Mal..Aaron, mati pulak budak tu nanti. Tak pasal – pasal adik aku dendam pada aku pulak. Walau macam mana pun dia tetap bakal adik ipar aku” sengih Zaqrie dengan puas.

Setelah memastikan Ikram masih bernafas, Malik dan Aaron beredar mengekori langkah Zaqrie memasuki perut kereta. Kereta bergerak perlahan dan Zaqrie menurunkan cermin kereta.

“Ingat Ikram! Selesaikan masalah kau secepat mungkin sebelum aku bertindak”. Kereta dipecut laju, meninggalkan Ikram yang sedang mengerang kesakitan.

Ikram mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluar. Tangannya ketar mendail.

“Wiya…tolong saya….”


***************************

“Tak sangka betul En Zaqrie sanggup buat macam ni” ujar Salina penuh emosi. Melihat kecederaan Ikram yang serius menimbulkan rasa simpatinya.

“Gangster jugak encik Zaqrie tu. Lain betul perangainya yang saya kenal semasa di pejabat” celah Hamidi pula.

“Itu yang awak tahu Midi. Banyak lagi perkara yang awak tak tahu. Dia boleh lakukan apa saja untuk mencapai cita – citanya itu” Ikram menokok tambah. Suaranya mula serak dan lemah.

“Tapi kenapa encik Zaqrie pukul awak macam ni teruk. Takde hati perut langsung. Ingat dia kaya…dia boleh pukul orang sesuka hati ke” marah Salina lagi.

“Dah nasib saya Sal…saya mentimun ..dia durian. Apa – apa pun boleh jadi ikut telunjuknya, asalkan semua keinginannya tercapai”.

Aku pekakkan telinga dan keraskan hati untuk mendengar tuduhan itu. Macam – macam andaian mereka. Keburukan sikap Zaqrie meresahkan hatiku. Barangkali sukar untukku percaya ini adalah hasil kerjanya. Namun melihat disebalik kecederaan Ikram aku akur kata – kata itu, Zaqrie sanggup melakukan apa saja untuk mencapai hasratnya.

Tangan kembali menuam kesan lebam dimuka dan tangan Ikram. Kesian pula melihat keadaannya. Hatiku tersayat pilu tiba – tiba.

“Aduh!”

“Oh! sory…saya tak sengaja”.

“Kuat sangat sayang tekan”. Ikram mengaduh manja. Aku tergelak dalam hati. Tak sangka tanganku kuat menuam lebam dimukanya.

“Kita ke klinik Ikram. Teruk awak cedera. Saya risaulah wak, kalau mudarat apa – apa nanti” usulku kerana bimbangkan keadaannya yang agak serius.

“Terima kasih sayang. Awak ada di sisi saya pun dah cukup. Hilang rasa sakit saya. Lagipun cuma lebam dan luka – luka biasa aje ni” Ikram mengadu manja.

“Hish! Mana boleh En Ikram. Kita kena ke klinik jugak. Lepas tu, kita buat laporan polis sebab ini kes jenayah. Kita tak boleh diamkan. Manalah tahu esok - lusa dibunuhnya pulak, hah! macam mana?” celah Salina mencadangkan sesuatu yang bernas. Ada logiknya juga pada hematku. Sekiranya kes ini tidak dilaporkan pasti Zaqrie akan membuat hal yang lebih dahsyat lagi.

“Betul tu. Saya setuju dengan pendapat Salina” sokong Hamidi. Aku juga turut mengangguk sama.

“Err..tak payahlah. Saya nak selesaikan masalah saya dengan Zaqrie sendirian. Tak perlu libatkan sesiapa. Saya tak nak besar – besarkan kes ini” jawab Ikram. Dia enggan dibantu.

“Apa masalah awak dengan dia” . Aku curiga tiba –tiba.

“Err…nothing. Cuma masalah kecik aje ...hal lelaki” Ikram menafi. Aku tahu dia menyembunyikan sesuatu dariku. Dia kemudian mengarahkan aku untuk menuam ke atas lengannya pula. Mungkin sengaja ingin mengubah topik.

“Yang penting, saya perlukan sokongan dari awak Wiya. Janji dengan saya, awak takkan berjumpa dengan lelaki itu lagi. Saya bimbang dia akan mengapa – ngapakan awak nanti”. Aku mengangguk akur dengan nasihatnya. Mungkin juga ada benarnya kata – kata Ikram.

Di dalam hati tetap gusar. Mindaku ligat berfikir. Apakah masalah mereka berdua sebenarnya? Kenapa Ikram teruk dibelasah oleh Zaqrie? Sejak bilakah Ikram dan Zaqrie bermusuh? Akukah puncanya? Ah! Pelbagai persoalan berlegar dibenakku.

Salina dan Hamidi turut memandang sesama sendiri. Mungkin mereka dapat mengagak apa yang aku sedang fikirkan. Sudahnya suasana bertukar menjadi sunyi sepi . Masing – masing membungkam perasaan yang bercampur – baur.

Ikram yang terlena di sofa panjang kubiarkan. Menyelimuti tubuhnya dengan kain gebar. Aku mengekori Salina dan Hamidi beredar dari ruang tamu duduk di buaian luar untuk mengambil angin. Malam ini agak dingin. Hujan renyai – renyai sejak dari petang tadi menyejukkan suasana malam . Aku memeluk tubuh.

“Apa yang kau fikir Sal?” tanyaku.

“Fikir apa?”

“Pasal hal ni lah. Takkan kita nak diamkan diri macam tu aje” tukasku lagi.

“Entahlah..kesian jugak aku tengok si Ikram tu. Teruk betullah bos aku tu. Kot ye dah tak waras, tak yahlah nak pukul – pukul orang kan” .

“Pendapat kau macam mana pulak?” soal Salina kepada Hamidi yang dari tadi tidak bersuara.

“Saya pun tak tahu. Kalau boleh saya tak nak masuk campur. Biarlah Ikram ‘settle’ sendiri dengan si Zaqrie tu” akui Hamidi terus mengalah dari mencampuri urusan orang lain.

“Mana boleh macam tu Midi. Habis kawan kita, Wiya ni macam mana, Ikram tu tunang dia, memerangkap bakal suami pulak. Aku ingatkan Wiya, kita pergi bersemuka dengan Zaqrie tu sendiri , okay tak cadangan aku” .

Salina menunggu persetujuanku. Aku masih ragu. Perlukah aku berbuat demikian. Berjumpa Zaqrie? Aduh! satu perkara yang aku paling takuti. Takut pada bayang – bayangku sendiri. Rasa gemuruh sering kali melanda diri aku. Hatiku pasti bergetar acapkali bertembung mata dengannya. Aku takut tewas. Tewas dalam renungan Zaqrie yang berahi.

“Aku rasa tak payahlah Sal. Nanti Ikram marah pulak sebab inikan masalah dia. Karang kalau aku sibuk – sibuk jadi hal lain pulak. Cadangan kau nak buat ‘report’ polis tu macam mana, okay ke?” .

“Emm…aku dah tarik balik. Kesian pulak kat dato dengan datin tu. Jatuhlah maruah derang nanti” Salina pula yang menolak. Tadi dia yang sibuk cakap. Aku terdiam. Keadaan jadi bisu seketika.

Tiba – tiba sebuah kereta peronda polis berhenti di depan rumah Salina. Berderau darahku tatkala melihat dua orang anggota polis keluar dari perut kereta lalu menghampiri kami. Aku mula rasa tak sedap hati.

Hamidi menyambut kedatangan anggota polis itu dengan ramah. Aku sudah dapat mengagak tujuan mereka. Kes Ikram! …sememangnya telah diduga. Perbualan singkat antara kami berakhir apabila kami diarahkan membawa Ikram ke balai polis untuk diambil keterangan berhubung kes menyerang seorang anak dato, yang pastinya anak dato itu adalah Zaqrie!.

Apa dah jadi ni? Kenapa Ikram pula yang dituduh?. Kami memandang sesama sendiri. Persoalan demi persoalan menerjah masuk ke benak. Sukar menafsir keadaan yang rumit ini.

Dan simpatiku semakin mengunung terhadap Ikram. Mangsa kepada lelaki yang tidak berhati perut!..... Zaqrie!.

Sunday, April 25, 2010

Diulit DOSA CINTA...25

BAB 25


Teksi yang aku naiki baru saja melepasi kawasan perumahan elit itu. Jam hampir menunjukan pukul 7.00. Aku sudah terlewat disebabkan karenah Zaqrie. Pasti Ikram marah kerana menunggu lama. Aku resah menanti. Aduh! macam ni…jalan ‘jammed’ pulak.

“Pakcik ..boleh ikut jalan lain tak. Saya nak cepat ni”

“Cik adik, waktu puncak macam ni semua jalan sesak. Semua orang pusu – pusu nak balik kerja. Semua orang nak cepat. Sabar aje cik” jawab pemandu yang sudah berusia itu.

Aku terdiam. Kata – kata pakcik itu ada benarnya. Telefon bimbitku berbunyi. Pasti Ikram!,desis hatiku. Aku lihat di skrin telefon. Tepat telahanku.

Assalammualaikum

Wiya..Ikram ni” kedengaran suara Ikram agak jauh dan kurang jelas seperti berada jauh beribu batu.

Ya..Ikram. Sorry saya lambat” pantas aku menjawab tanpa dipinta.

Wiya…saya tak dapat hantar awak. Ada hal mustahak. Awak ambil teksi ya. Nanti saya call awak balik. Miss you sayang …bye”

Talian terus dimatikan. Aku termangu sambil memandang telefon. Penting sangatkah sampai Ikram tak sempat – menyempat nak bercakap dengan aku. Langsung tiada masa walaupun untuk seminit – dua.

Bila difikir - fikirkan, ada baiknya juga, rasa bersalah aku pada Ikram atas kelewatan ini sekaligus hilang. Aku menarik nafas lega. Nampaknya tak perlu lagi aku tergesa – gesa mengejar masa. Esok pun boleh balik jugak. Lagipun tiket masih belum dibeli. Berehat sehari dua di rumah Salina mungkin tidak menjadi halangan kepadanya.

Aku memandang ke luar cermin tingkap memerhatikan lampu – lampu neon yang menghiasi bangunan – bangunan di sepanjang Jalan Damansara. Deretan kereta beratur dan bersesak untuk memasuki kompleks mewah di situ.

Teksi membelok ke kanan dan berhenti di isyarat merah, tiba – tiba aku terpandang kereta Ikram melintasi di hadapan teksi yang aku naiki. Dia bersama seseorang. Kelihatan Ikram sangat mesra dengan gadis disebelahnya. Aku menoleh hingga keretanya hilang di celah – celah puluhan kereta yang bergerak laju.

Hatiku disapa curiga. Siapa gadis itu? Itukah hal mustahak yang Ikram katakan?. Ingin saja aku mendail nombor Ikram. Tapi untuk apa? Bertanyakan siapa gadis itu atau apakah perkara mustahak yang dia lakukan? Tidakkah itu lebih menunjukkan aku terlalu cemburu dan mengongkong hidupnya. Sewajarnya aku tidak memikirkan sangkaan buruk terhadap Ikram. Tak adil baginya kerana Ikram menerima diriku seadanya tanpa mengungkit sejarah silamku. Ikram amat mempercayaiku, aku juga harus bersikap begitu. Akhirnya, telefon yang aku genggam cuma mampu kutatap.

Aku membersihkan diri sebaik tiba di rumah Salina. Salina masih belum pulang barangkali ‘dating’ agaknya. Selepas bersolat aku baring dikatil bagi merehatkan diriku yang kepenatan. Sehingga kini Ikram masih belum menghubungiku. Akhirnya aku terlena sendiri.

Aku tersentak apabila suara Salina memanggil namaku berkali – kali di luar bilik. Berpisat – pisat aku bangun dan membuka pintu.

“Ada apa Sal” tanyaku sambil mengosok mata. Menahan mata dari silau cahaya lampu kalimantang yang terpancar di atas siling.

“Hisy…awalnya dah tidur. Baru pukul 9.30 mak cik oii”

“Ya ke?” Aku memandang jam di dinding. Emm..betullah. Tapi rasa macam dah lama aje aku tertidur.

“Aku ada beli satay. Jom! Kita makan” Salina menarik tanganku. Mahu tak mahu aku turuti jua pelawaannya.

Aku duduk mengadap meja makan yang terhidang dengan pelbagai juadah yang dibeli oleh Salina. Mak oi banyak giler! macam nak makan sepuluh orang.

“Tapi sebelum tu….” Salina bangun untuk mengambil sesuatu. Aku kerut dahi. Apalagi si Salina ni…

“Taraa….” Sejambak bunga ros merah disuakan ke arahku. Terpinga – pinga aku dengan kejutan Salina.

“Apa ni”

“Tanya pulak apa ni..bungalah”.

Aku menjengkelkan mata. Salina menangkap maksudku.

“Buah hati, pengarang jantung kau yang bagi”

“Siapa?”

“Laa…boleh kau tanya siapa? Ada ramai ke?” Salina menjongket – jongket keningnya. Nak jerat aku dengan soalan tadi. Aku pun satu, tanya soalan macam tu pasti batang hidung sendiri yang terkena balik.

Aku menyambut jambangan bunga ros itu dengan hati yang riang. Mencium haruman bunga ros yang masih segar baunya dan mengasyikkan. Serta – merta perasaan curigaku hilang bersama haruman itu.

“Sukalah tu” Salina mencebik.

“Eeii..jealous. Bila Ikram bagi bunga ni, Sal” tanyaku dengan rasa gembira.

“Petang tadi sebelum balik kerja. Dia ada pesan, suruh aku cakap kat kau yang dia sayang sangat kat kau…pastukan dia cabut macam tu aje. Kelam kelibut macam nampak hantu. Aku ingatkan dia nak ajak kau keluar makan ‘candlelight dinner’ ke, rupanya kau membuta kat dalam bilik”.

Aku ketawa kecil lalu mencebik.

Rungutan Salina aku biarkan berlalu sepi. Aku meletakkan jambangan bunga ke dalam bekas berisi air. Kemudian duduk semula di meja makan dan menjamah hidangan sekadar mengalas perutku yang mula terasa lapar. Dari petang tadi belum diisi apa – apa.

“Emm..tadi ada orang tu sebelum dapat bunga, ajak makan pun susah. Tup – tup bila dah dapat, makan pun dah tak nampak kita. Dahsyat betul penangan bunga ni”. Salina mengelengkan kepalanya. Aku cuma tersengih menayangkan barisan gigiku yang putih tersusun.

Telefon bimbitku bergetar. Satu mesej telah masuk. Aku tersenyum melihat nama pengirimnya, Ikram…seperti yang ku duga dan nantikan.

Assalam’kum ..syg. Dah smpi mana. Sory can’t send u just now…

Aku membalas.

Wassalam.It’s okay. I’m still in KL. Thinkin’ to stay with Salina for 2-3 days.Thanks for the bouquet…

Sepi. Tiada lagi balasan mesej dari Ikram. Aku masih menanti penuh sabar. Hidangan yang ku jamah tidak lagi menyelerakan. Hatiku tak sedap rasa. Tanpa mengharap balasan darinya, jariku pantas menaip.

What happen?...somethin’s wrong…

Sepi. Hatiku jadi lebih tak keruan. Salina sudah mengerling aku berkali – kali. Mungkin pelik dengan tingkah aku yang kelihatan resah.

“Kenapa?” soalnya.

“Nothing” aku pura – pura tiada apa yang berlaku.

“Ya lah tu. Muka kau dah macam ayam hilang anak aje. Tak usahlah nak berdalih. Mesti pasal Ikram ni” teka Salina.

Belum sempat aku membuka mulut, satu mesej masuk lagi. Jariku pantas menekan.

Kenapa awak nak ‘stay’ lagi. Tadi awak kata awak lambat. Why?...

Raut mukaku berubah kelat. Mesej Ikram benar – benar membuatkan aku rasa meluat. Banyak pula soalannya yang perlu aku jawab sedangkan soalan aku hanya dibiar sepi olehnya.

Aku mula protes untuk membiarkan mesej itu tidak berbalas. Sengaja membuatkan Ikram pula resah menunggu.

Telefon bergetar lagi. Satu mesej darinya.

Why? Just tell me…

Aku tersenyum menang. Akhirnya Ikram menagih penjelasan dariku. Dan sebetulnya aku tidak ingin membohonginya. Niatku hanya satu, ingin berlaku jujur dengannya kecuali kisah hitam itu. Aku masih memerlukan kekuatan untuk berterus – terang kepadanya. Biarlah…suatu masa nanti.

Jari runcing mula menekan papan kekunci. Aku tersenyum – senyum semasa menaip. Salina masih kebingungan melihat aksi aku yang kurang waras.

Emm…sory. Saya tak sempat bagi tahu awak, tadi saya singgah ke rumah datin Zainab so terlambat sikit. En Zaqrie demam.

Pantas saja mesej aku dibalas oleh Ikram. Tapi lain benar maksud mesejnya kali ini. Hatiku mula tersentap.

Patutlah…awak nak ‘stay’ lagi. Jangan lupa janji awak pada saya. Don’t see him again. Please …understand me. Gud nite!

Aku bingung. Niatku untuk berlaku jujur kepada Ikam telah disalah-ertikan.
Keriangan yang aku nikmati sebentar tadi hanya sementara cuma. Aku benar – benar ingin menangis. Ikram telah salah menduga. Syak wasangkanya menunjukkan dia masih belum mempercayai aku.

Aku menyalahkan diriku sendiri kerana terlalu berterus terang. Mesej Ikram terhenti disitu juga. Ucapan selamat malam menandakan dia tidak mahu memanjangkan komunikasi ini. Ulu hati rasa pedih dan sakit kerana aku tidak sempat membela diriku. Jelas sekali Ikram tidak mahu mendengar penjelasan dariku.

“Kenapa sedih ni…pasal Ikram lagi” Salina menghulurkan simpatinya. Sekotak tisu disuakan. Aku mengelap airmata yang gugur di pipi.

“Tak tahu lah ..Sal. Ikram marah aku pergi ke rumah datin. Dia tak suka kalau – kalau aku berjumpa dengan Zaqrie”

“Memang patut pun. Kalau aku jadi dia pun, aku tak suka. Zaqrie tu pencabar dia. Manalah tahu kan, kot – kot kalau dah terserempak nanti, jadi gila bayang pulak si Zaqrie tu. Habis diculiknya kau baru tahu. Melepaslah Ikram” kata Salina menakut – nakutkan aku.

“Hish! Tak kan sampai macam tu sekali. Bos kau tu gila ke sampai nak culik – culik orang pulak”

“Huh! Manalah tahu. Dia tu kan gilakan kau. Maknanya dia boleh buat apa saja…haa..jangan tak tahu. Lagipun, kat opis sekarang ni pun, dia dah jadi macam ‘hulk’, marah – marah. Habis semua benda yang dibuat setiausaha baru tu semuanya tak betul. Tapi padan muka dia pun. Ada hati nak tackle bos konon” cerita baru Salina membuatkan aku terkejut.

Pertama kali aku mendengar gosip berkaitan dengan Zaqrie. Dia digoda setiausaha barunya. Menarik!. Aku ingin mengetahui cerita itu lebih lanjut. Masalah aku dengan Ikram ku tolak tepi. Hatiku meronta ingin tahu kisah Zaqrie.

Malam ini, aku mendengar celoteh Salina bercerita tentang Mastura dengan Zaqrie . Kekepohan Salina mencuit hatiku.Gosip panas yang menghiburkan namun jauh disudut hatiku dihimpit rasa cemburu.

Malam yang semakin larut tidak sedikitpun meletihkan mataku. Salina tidak henti – henti bercerita. Mendengar kisah Zaqrie membuatkan aku lebih segar. Baru kini aku sedari, hatiku senang mendengarnya walaupun segunung kebencian aku tanamkan buatnya. Sebanyak itu jugak nama Zaqrie terus terbenam ke lubuk hatiku. Aku tidak membencinya sepertimana bibirku melafazkannya. Itu semua cuma lagakku untuk menutupi keegoan diriku sendiri. Aku akur cinta tidak boleh dicipta dengan sendirinya jika tiada ‘chemistry’ antara kami. Itulah yang cuba aku lakukan. Aku cuba membina cinta untuk Ikram atas keegoanku sendiri.


****************************

Ikram celaru. Fikirannya sarat dengan sangkaan yang bukan - bukan. Dia terlalu bimbang. Bimbang dengan keadaannya yang semakin meruncing. Hubungannya dengan Adawiya pasti terbongkar sekiranya gadis itu masih berada disini. Mesej Adawiya tadi menambahkan lagi kerisauannya. Tidak seharusnya gadis itu menemui datin Zainab. Adawiya tidak perlu ada hubungan dengan keluarga mereka. Mengapa sukar benar untuk gadis itu memahami kehendaknya. Kehendaknya yang satu itu saja gagal dipatuhi Adawiya. Ikram semakin gusar. Adawiya perlu dibawa jauh fikirnya.

Mata sukar dilelap. Tangan yang melingkari pinggangnya dileraikan. Ikram bingkas bangun dari pembaringan menuju ke balkoni sambil menyalakan sebatang rokok. Nyalaan pada rokok disedut bertubi – tubi. Asap putih berkepul melepasi ruang mulutnya. Angin yang menderu dari atas apartment mewah itu mendinginkan kulitnya. Dia memeluk tubuh menahan kesejukan. Menyedut lagi asap yang hampir ke penghujungnya.

“Kenapa tak tidur lagi? Apa yang you fikirkan Am” sapa Zurina sambil merangkul pingang Ikram dari belakang. Ikram sedikit terkejut.

“Err.. takde apa – apalah. You pulak kenapa tak tidur lagi” Ikram berdalih.

“Macam mana I nak tidur. Asap rokok you tu menganggu” Zurina menjawab manja.

“Oh! ya ke. Sorry..” Ikram segera membuang sisa putung rokok ke bawah.

“Kenapa dengan you Am? Lain macam aje malam ni. Tadi pun kita tak sehangat seperti selalu. You ada masalah ke”.

Ikram mengeleng. Rangkulan Zurina semakin erat menahan gigitan dingin malam yang semakin mencengkam.

“Tadi you bermain mesej dengan siapa?” .

“Mana ada sayang..satu hari ‘handphone’ I tak berbunyi. I dah offkan. You mimpi agaknya”.

Zurina curiga. Melepaskan rangkulannya.

“Am..you jangan ingat I tak dengar. Jangan ingat I tak tahu. Walaupun you ‘silent’kan telefon you tapi I tahu you sedang bermain sms dengan seseorang” serkap Zurina.

“Maknanya you intip I selama ini. I benci orang tak jujur” Ikram mula bersuara keras. Pantang sekali dirinya diintip secara sembunyi. Melanggar hak peribadinya bererti perbuatan itu tidak amanah.

“ Sumpah I tak pernah intip you, tapi naluri I berkata begitu. I terlalu curiga Am. I takut kehilangan you lagi” rayu Zurina yang mula mengalah dengan nada keras Ikram. Mengenepikan seketika syak wasangkanya demi hubungan mereka. Zurina tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukup padanya perhubungan mereka terputus dulu, kini dia cuba berkelakuan sebaik mungkin untuk memenangi hati Ikram agar dia tidak mengesyaki apa – apa. Dalam diam, Zurina tetap ragu dan akan mencari bukti bagi mengukuhkan andaiannya dan cakap – cakap orang yang kurang enak didengar mengenai Ikram.

“Emm..sudahlah tu. You tu risau yang bukan – bukan. Walau apa pun terjadi I tetap sayangkan you. Kita tetap akan berkahwin” pujuk Ikram. Zurina tersenyum manja. Kali ini Ikram terus terikat dengan Zurina. Keadaan memaksanya berbuat demikian. Niatnya untuk memutuskan hubungan mereka terbatal begitu saja. Baru petang tadi, doktor telah mengesahkan Zurina mengandung 3 minggu. Ikram bagaikan terpukul dengan kenyataan itu. Tergamam seketika tanpa dapat berfikir apa - apa.

Ikram menarik lengan Zurina dan merebahkan tubuh itu ke katil. Membiarkan Zurina lena di dalam pelukkannya seketika. Kemudian dia beralih dan berbaring dengan beralaskan kedua lengannya dikepala.

Matanya merenung siling sambil berfikir lagi. Wajah Zurina dan Adawiya silih berganti. Dia membuat perbandingan antara kedua mereka. Zurina yang terlalu cemburu, kuat merajuk dan tidak jujur dalam perhubungan. Adawiya pula, gadis itu terlalu lurus, naïf dan berhati lembut. Yang penting Adawiya adalah satu amanah. Amanah yang perlu dilunaskan demi Marini. Itu janjinya. Argh!..kusutnya fikiran.

Akhirnya akal Ikram membuahkan sesuatu. Dia tersengih sendiri. Sesuatu yang dapat menguntungkannya dan kedua – dua mereka tidak terlepas dari genggaman.

Monday, April 19, 2010

Diulit DOSA CINTA...24

BAB 24

Dato’ memandang wajah pucat Zaqrie dihadapannya yang kelihatan tidak bermaya. Dokumen yang dibaca sebentar tadi ditutup dan diletakkan ke tepi. Memberi laluan kepada anaknya untuk berbicara.

“Pa, pagi ni Zaq terpaksa batalkan meeting dengan client kita, Alam Engineering. Zaq rasa kurang sihat. Mybe meeting tu Zaq tunda minggu depan aje” dalam nada lemah dan suaranya yang sedikit serak dia memaklumkan kepada papanya.

Dato’ mengangguk. “Kenapa Zaq tak nak gantikan dengan orang lain aje untuk attend meeting tu” .

“Kalau boleh Zaq nak hadir sendiri pa, sebab ini projek Zaq. So lebih baik kalau Zaq sendiri yang dengar ‘presentation’ mereka dan mudah Zaq nak buat keputusan nanti dari hantar orang lain untuk gantikan Zaq. Takut info tak cukup nanti” panjang lebar Zaqrie memberikan pendapatnya. Lagipun itu memang prinsipnya. Dia lebih suka melakukan sendiri agar setiap maklumat yang diperolehi lebih jelas dan tepat.

“Bagus…papa suka cara Zaq bekerja. Kalau macam tu nanti papa ‘inform’ Dato Borhan. Minta dia tangguhkan perbincangan tu hingga minggu depan. Lagipun petang nanti papa ada ‘game’ dengan dia bersama Tan Sri Asri. Kalau Zaq nak ikut boleh join papa sekali”.

“Golf?”

“Yup!”

“Ish! tak pe la pa. Tak masuk jiwa lah ‘game’ tu. Lagipun Zaq kurang sihat ni. Badan rasa ….” ayatnya tak sempat dihabiskan apabila tiba – tiba daun pintu dikuak orang.

Muncul Mastura membawa ‘coffee’ yang dipesan dato’ sebentar tadi.

“Hah! panjang umur. Sebut nama bapa, anak yang muncul” dato’ ketawa kecil. Zaqrie hanya tersenyum tawar. Padanya tak ada apa yang lucu pun lebih – lebih lagi bila nama perempuan ini yang dikait.

Coffee yang dipesan diletakkan di atas meja. Mastura sempat melirik ke arah Zaqrie. Zaqrie tidak mengendahkan lirikan itu. Wajahnya bersahaja.

“Emm..kalau macam tu. Zaq balik dulu berehat. Nanti papa call kan Doktor Amir ya”

Zaqrie cuma mengangguk.

“Eh! abang Rimie demam ke?” terpa Mastura secara tiba – tiba dan tangannya menyentuh dahi Zaqrie. Zaqrie yang terkejut menepis tangan itu. Giler! Terperanjat aku.

“Awak ni kenapa Mastura?. Dah hilang akal ke? Behave your self” marah Zaqrie yang sememangnya terkejut dengan terpaan melulu Mastura.

“Sa..sa…saya bimbangkan kesihatan En. Zaqrie” tergagap –gagap suaranya.

“Saya dah dewasa bukannya budak – budak. Sudah..keluar!” pekik Zaqrie memerintah Mastura keluar dari bilik itu.

Mastura yang ketakutan meninggalkan bilik itu dengan langkah seribu. Hatinya terguris dengan perlakukan Zaqrie. Sakit hatinya semakin meluap – luap. Dimalukan dihadapan dato’ secara terang - terangan. Marahnya membukit. Dia memasang dendamnya sedikit demi sedikit. Zaqrie perlu diajar satu hari nanti. Belajar bagaimana cara untuk menghargai dan mencintai orang yang berkorban kasih untuknya.

“Kenapa Zaq tengking Mas macam tu sekali. Tak baik” tegur dato’ secara perlahan. Dia faham keadaan Zaqrie, namun begitu tak seharusnya Zaqrie melayani Mastura sekasar itu lebih – lebih lagi dia adalah anak kepada Dato Borhan, sahabat perniagaannya.

“Entahlah pa, perasaan ni macam tak tenteram. Rasa macam tertekan sekarang ni. Nantilah Zaq minta maaf pada dia” luah Zaqrie dengan rasa menyesal.

“Itulah…papa suruh kahwin kamu tak nak. Dah ada peluang dulu Zaq tolak. Sekarang apa jadi…” sindir dato’ lalu bingkas bangun memeluk bahu anaknya.

“Paa…please…”

Dato’ ketawa kecil melihat wajah Zaqrie sudah berubah. Zaqrie tak mampu senyum lagi. Kebenaran yang harus ditelan. Sungguh dia menyesal. Menyesal dengan keputusan yang diambil dulu. Terlalu terburu – buru tanpa memikirkan kesan kepada dirinya, hatinya, jiwanya dan perasaannya yang diamuk kerinduan dan sengsara. Sebaliknya, dia mengorbankan cintanya demi kebahagiaan Adawiya. Keputusannya ini dirasakan berasas dan terbukti gadis itu telah memilih jalan bahagianya. Adawiya telah memilih Ikram. Itu yang menyakitkan hatinya tapi kebahagiaan buat Adawiya dia akur.

Zaqrie meninggalkan pejabat sejurus perbualannya dengan Dato’ Zaid berakhir. Pening dikepalanya semakin memberat. Suhu badan juga seakan menaik ke paras yang tinggi. Zaqrie mengagahi langkahnya untuk sampai ke banglo secepat mungkin. Dia ingin segera merebahkan tubuhnya yang dirasakan semakin melemahkan pergerakkannya.

Sebaik melangkah masuk, Zaqrie terpandang sepasang kasut perempuan di depan muka pintu. Ada tetamukah? Siapa?

Zaqrie membiarkan persoalan itu termati dibenaknya. Sakit dikepala semakin berdenyut – denyut. Dia melihat seorang gadis bertudung sedang berbual dengan mama. Tak pasti siapa gerangannya kerana gadis itu membelakanginya. Zaqrie tidak mengendahkan tetamu itu. Dia menuju ke arah biliknya.

“Eh! Zaq. Awalnya balik hari ini ” tegur datin Zainab sebaik ternampak kelibat Zaqrie yang sedang melangkah naik.

“Zaq, tak berapa sihat ma. Zaq naik berehat dulu ya” ujar Zaqrie dalam keadaan lemah. Pandangannya mula kabur. Terasa ingin rebah disitu juga.

“Zaq tak nak jumpa Adawiya dulu” tutur datin Zainab. Gadis bertudung itu berpaling. Pandangan mereka bertaut.

Adawiya?!. Serta – merta Zaqrie rebah di kaki tangga.


**********************

Doktor Amir memberikan suntikan di lengan Zaqrie. Aku memejamkan mata. Fobia pada benda - benda tajam terutama jarum. Kemudian dia berbincang sesuatu dengan datin Zainab. Aku hanya memerhatikan gelagat mereka yang nampak serius. Hatiku tertanya – tanya.

Aku masih menanti di sisi Zaqrie yang masih lena. Wajahnya ku renung. Baru kini aku dapat melihat jelas wajahnya yang sedikit cengkung. Namun begitu tidak sedikitpun menjejaskan ketampananya. Tiba – tiba aku tertarik untuk terus menatap wajah itu. Tenang dan kacak. Kulitnya cerah bersih, punyai alis yang tebal, hidungnya yang mancung, matanya dalam dan sedikit belahan didagu walaupun tidak berapa jelas lekuknya. Barangkali raut wajah inilah yang menjadi kegilaan gadis – gadis selama ini.

Entah mengapa semakin kutatap semakin jiwaku bergelora. Cepat – cepat kualihkan pandangan. Beristighfar panjang atas kealpaanku. Masakan aku menjatuhkan maruahku sendiri dengan perlakuan demikian. Aku harus sedar diri, aku kini tunangan orang.

Lama benar datin Zainab meninggalkan aku bersama Zaqrie di bilik ini. Hatiku bertambah gelisah menunggu. Jam tangan dikerling hampir masuk waktu Zohor. Aku tak boleh berlama di sini. Janjiku pada Ikram yang akan menjemputku di rumah Salina petang nanti menagih masaku. Ikram bertegas ingin menghantar aku ke Stesen Puduraya. Malam ini aku akan bertolak pulang ke kampung semula.

Tambah lagi Ikram tidak mengetahui akan kedatangan sebenar aku mengikutinya pagi ini ke Kuala Lumpur. Pasti Ikram memarahi aku sekiranya dia mengetahui aku masih menghubungi keluarga Zaqrie. Tapi hairan jugak mengapa aku dilarang begitu. Ah! mungkin sayangnya padaku berlebih – lebih. Aku tersenyum sendiri.

Kemunculan datin Zainab melegakan aku. Aku harus berangkat segera.

“Wiya nak ke mana ni” soal datin Zainab sebaik melihat aku sudah bangun dari tempat duduk.

“Wiya tak boleh lama – lama auntie. Ada janji dengan kawan petang nanti”

“Kot ye pun tunggu lah Zaqrie sedar. Tak kesian ke Wiya dengan dia. Zaqrie dah banyak berubah sejak kejadian hari tu. Auntie tengok setiap hari dia bersedih.Jarang benar dia nak senyum sekarang apatah lagi nak bergurau senda.” sedih nada datin Zainab meluahkan perasaannya.

Aku duduk semula. Tekun mendengar luahannya.

“Auntie faham benar perasaannya. Dia ni memang suka cakap lain dari maksud hatinya. Auntie tahu …auntie kenal Zaqrie. Sekarang dia menganggung derita Wiya. Auntie tak sampai hati tengok dia macam ni” ucapnya lagi.

Sambil mengenggam erat tanganku. Datin Zainab menangis.

“Sebenarnya Zaqrie amat cintakan Wiya. Percayalah cakap auntie. Wiya maafkanlah dia….terima dia semula ya” pinta datin Zainab dengan penuh harapan.

Aku mengeleng. Untuk menunaikan permintaan datin Zainab adalah sesuatu yang mustahil. Lagipun bukan aku yang perlu kembali padanya sebaliknya aku yang patut menagih jawapan darinya atas keenggannya mengahwini aku…atas tanggungjawabnya kerana dosa lalu. Kerana itu juga aku sekeluarga terpaksa menanggung malu.

“Kenapa Wiya? Wiya tak sayangkan Zaqrie ”

“Auntie….sukar untuk saya ceritakan sekarang ni. Tetapi apa yang pasti saya bukan jodoh buat Zaqrie. Tak mungkin saya dan dia boleh bersama. Saya telah bertunang auntie” terangku kepada datin Zainab yang kelihatan terkejut. Berkerut – kerut keningnya bagaikan tak percaya dengan apa yang aku perkatakan.

“Auntie tak percaya. Bila? Dengan siapa?”

“Ik…..” ayatku termati disitu tatkala melihat tangan Zaqrie bergerak.

“Err…Zaqrie dah sedar”. Aku memandangnya yang masih lemah untuk membuka mata. Datin Zainab terus mendakap Zaqrie yang sudah mula bergerak.

Datin Zainab terharu dalam gembira. Zaqrie mula membuka matanya perlahan – lahan. Dari seraut wajah tua yang direnungnya, Zaqrie beralih pula ke arah gadis bertudung yang berada di sisinya. Dia tersenyum pahit.

“Zaq haus lah ma”

Itu ayat pertama yang ku dengar dari bibirnya. Aku menawarkan diriku untuk mengambilnya. Simpati juga melihat keadaan Zaqrie.

“Zaq demam panas. Doktor Amir datang rawat Zaq tadi. Zaq kena banyak berehat ya sayang” ucap datin Zainab lembut memanjai Zaqrie seperti anak kecil.

“Kenapa dia datang ma”

“Siapa? Adawiya?” datin Zainab tersenyum apabila Zaqrie hanya membahasakan panggilan ‘dia’ buat Adawiya. Selama ini nama gadis itu sering disebut mesra oleh anaknya.

“Wiya datang pulangkan cincin. Mama sedih kenapa semuanya jadi begini. Adawiya dah bertunang. Kalau tak kerana Zaq dulu, mesti sekarang ni dia jadi menantu mama. Bagi mama cucu. Sekarang tengok Zaq jugak yang melopong. Adawiya sudah jadi milik orang. Punah harapan mama selama ini” kata datin Zainab dalam nada sedih.

“Belum tentu ma” ringkas Zaqrie menjawab.

Datin Zainab mengerut dahi. Pelik benar jawapan Zaqrie. Menatap wajah anaknya, meneka apakah yang bermain di fikiran anaknya itu. Datin Zainab berpaling apabila Mak Mah memanggilnya. Bergegas membuntuti wanita separuh usia itu.

Aku tiba membawa minuman buat Zaqrie. Terkejut melihat datin Zainab tiada di bilik itu. Suasana bertukar kekok. Zaqrie mengukir senyuman. Segaris senyuman yang membuatkan langkahku menjadi kaku.

“Kenapa tercegat kat situ” soal Zaqrie dengan renungannya yang tajam menikam. Matanya tertumpu ke arah tubuhku. Melirik dari atas hingga ke bawah. Tubuhku bagaikan ditelanjangi oleh panahan matanya. Aku jadi serba – salah. Mahu tak mahu terpaksa juga aku gagahi menghulurkan minuman itu kepadanya.

“Sayang jugak awak kat saya ” Zaqrie tersenyum sinis. Meneguk air yang berada ditangan.

“Emm..manis”

Aku kerut kening. Manis? Apa yang manis. Bukannya air sirap ke, air oren ke cuma air kosong aje. Demam lagi kot. Mungkin kepanasan badannya telah menjejaskan otak Zaqrie. Aku tersenyum dalam hati.

“Manis..tersangat manis” tukasnya lagi dengan senyum simpul.

“Awak ni kenapa? Manis…manis dari tadi”

Zaqrie ketawa. Tubuhnya terasa sihat dan segar dengan kehadiran Adawiya di sisi. Penampilan baru gadis itu membuatkan Zaqrie semakin lama ingin merenungnya.

“Takde apa –apa. Cuma orang yang bagi saya air tadi cukup manis … sungguh ayu” selorohnya.

Aku mencebik. Tak tahu nak berbuat apa – apa. Baru aku sedar apa yang direnungnya. Pujiannya membuatkan pipiku terasa panas. Aku tercegat disitu bagaikan patung. Kaki ingin saja melangkah pergi. Tak larat menahan renungan Zaqrie yang tidak reti surut. Nampaknya dia sudah pulih dan kelihatan semakin segar, rasanya khidmatku tidak lagi diperlukan di sini. Datin Zainab pun satu lama betul menghilang.

“Kalau tak de apa –apa, biarlah saya keluar dulu”

Pantas tangan Zaqrie memaut lenganku. “Nanti dulu Wiya” pintanya. Aku merenung tajam pautan itu. Zaqrie yang tersedar melepaskannya.

“Saya minta maaf” sayu suaranya.

Aku tidak memandangnya. Hatiku terguris. Lebih lama aku disitu lebih tak keruan hatiku.

“Saya pun dah lupa En. Zaqrie. Awak ada buat salah ke kat saya ke?” perliku.

“Wiya ..jangan buat saya macam ni..please. Saya rindu kat awak” rayu Zaqrie. Matanya liar mencari anak mataku. Terpaksa aku memalingkan muka ke arah lain. Bimbang terkena panahan matanya yang penuh berahi.

“Tolonglah .. Zaqrie. Lepaskanlah saya. Jangan ganggu hidup saya lagi. Biarkan saya memilih hidup saya sendiri. Biarkan saya bahagia dengan cara saya.Saya tak mahu hidup dalam bayangan awak. Cukuplah dengan apa yang telah awak rampas dari saya dulu. Lagipun saya sudah bertunang dan saya tak mahu berlaku curang padanya”.

“Kenapa pula awak nak curang?. Saya yang merindui awak, saya yang tergila – gilakan awak dan saya yang mencintai awak separuh mati …cuma saya …saya seorang ..Wiya. Melainkan awak juga punya perasaan yang sama terhadap saya” luah Zaqrie menduga perasaanku.

Aku terkedu. Memang lelaki ini sukar memahami kehendak hatiku. Tahukah kau bahawa kata – kata yang terlafaz dari bibirmu bisa mencairkan hatiku. Bisa meruntunkan jiwaku. Bisa membuatkan aku jatuh cinta. Argh! Lelaki sememangnya tidak pernah mengotakan kata – katanya. Mulut dan hati kata cinta, sayang tapi perlakuannya hanya menyakit hati saja.

Aku benar – benar tak faham apa yang terpendam di kalbunya. Apa yang dia inginkan dari aku? Apa yang bermain difikirannya? Apakah dia ingin melihat aku terseksa. Terseksa dengan sikapnya yang ambil mudah setiap perkara.

Aku dah tak sanggup untuk berlama lagi. Mengulangi permintaanku untuk beredar pergi.

“Saya minta maaf. Saya terpaksa pergi sekarang”.

Zaqrie hanya memandang aku berlalu tanpa sebarang ucapan. Pandangan sayu dan raut wajahnya sugul benar – benar membuatkan hatiku tersentuh. Dikelopak mata manik – manik kaca hampir gugur. Berat langkahku. Berat hatiku meninggalkan rasa cinta disini. Titisan airmata diseka dengan jari. Sakitnya hati, merananya jiwa menanggung kepedihan cinta. Separuh jiwaku telah dihilang. Hilang bersama lelaki ini.

Tanpa disedari, sepasang mata dicelahan birai pintu turut menitiskan airmata. Kecewa dengan apa yang dilihat. Berharap hari – hari yang mendatang akan tercipta kebahagiaan untuk anak bujangnya.

Thursday, April 15, 2010

Diulit DOSA CINTA...23

BAB 23

Restoran di tepi pantai Lido terasa nyaman ditiup bayu laut. Angin sepoi – sepoi bahasa menyapa – nyapa ke muka. Sentuhan angin yang dingin menyejukkan tubuhku. Aku membetulkan tudungku yang sedikit terusik oleh sang bayu. Ikram hanya memerhatikan gerak-lakuku dengan lirikan senyum.

“Kenapa pandang macam tu?”.

“Awak terlalu cantik Wiya. Bertambah ayu dengan bertudung. Bertuah saya”

Aku menunduk malu. Pujian Ikram menambahkan lagi rona merah dipipiku yang sudahpun tersedia merah dengan ‘blusher’ nipisku.

“Dahlah…jangan pandang – pandang lagi. Tak selesalah ..wak” aku mengerling ke arahnya.

Ikram ketawa kecil. “ Kalau boleh saya nak pandang awak aje… selama – lamanya, tak nak pandang lain dah” gurau Ikram dengan matanya masih terus menatap wajahku.

Mungkin Ikram terpegun melihat perubahan diriku. Aku mula bertudung apabila statusku berubah menjadi tunangannya. Aku ingin penampilanku lebih muslimah. Imej baru ini bakal membawa nama dan maruahku mahupun maruah Ikram. Aku perlu memelihara dan menjaga nama baiknya dan keluarga.

“Awak ambil cuti lama ke?” soalku untuk mengalih topik perbualan.

“Esok saya balik KL. Kenapa?”

“Err…takde apa – apa. Awak….” Kata – kataku terhenti disitu. Memberi laluan kepada pelayan untuk menghidangkan menu yang ditempah tadi.

“Emm…sayang nak kata apa tadi” Ikram mengulangi soalanku.

“Saya ingat saya nak kerja. Bosan duduk rumah tak buat apa – apa. Apa pendapat awak”.

Wajah Ikram bertukar serius tapi masih tampak tenang. Matanya merenung dalam anak mataku. Kemudian renungannya beralih ke jari – jemariku yang bermain – main dengan sudu dan garfu di atas meja.

“Eh! kenapa dengan jari awak Wiya” Ikram mencapai tanganku, kemudian membelek jariku yang melecet teruk. Luka dan sedikit lebam. Cepat – cepat ku tarik kembali tanganku.

“Err..takde apa – apa lah wak. Sikit aje ni. Jari saya tersepit laci meja” aku berbohong. Gusar juga jika Ikram mengetahui aku masih memakai cincin pemberian Datin Zainab. Puas aku menariknya keluar semalam. Begitu sukar seolah – olah cincin itu mahu melekat terus dijariku.

“Sikit awak cakap. Teruk jugak lebamnya saya tengok. Tapi kesan lukanya macam bukan tersepit laci aje” Ikram kelihatan curiga.

“Ala…sikit aje ni. Saya dah bubuh ubat. Esok lusa baik la dia” jawabku. Nada suara sengaja aku keraskan agar Ikram tidak terlalu risau melihat keadaanku.

“Emm..kalau dah macam tu kata awak. Lain kali hati – hati ya sayang” Ikram beralah tatkala melihat wajahku sudah ditarik masam.

Fuh! Lega…kalau dia tanya lagi mesti kantoi aku. Aku tak mahu dia tahu dan berprasangka buruk nanti.

“Awak…macam mana permintaan saya tadi tu” soalku kembali sekaligus topik perbualan bertukar isunya.

“Yang mana satu” Ikram pura – pura tak mengerti. Sebetulnya, dia tidak mahu Adawiya bekerja. Dia punya sebab tertentu. Adawiya akan lebih terdedah dengan pergaulan yang boleh menjurus kepada peluang untuk rahsianya terbongkar.

“Eeii…teruk betul awak ni. Kalau awak tak bagi …takpe lah” aku buat – buat rajuk. Mulut kumuncungkan sedepa.

Ikram merengus kecil. Menghembuskan nafas perlahan - lahan. Terpaksa beralah.

“Yelah..yelah..suka hati awak. Tapi ingat….cari kerja kat sini aje. KL tu dah penuh sesak...tak sesuai buat awak. Lagipun saya sayangkan awak Wiya. Saya tak nak awak dirampas semula oleh lelaki tu. Faham – faham aje lah maksud saya tu”bebel Ikram seakan mengalah dengan rajukku. Terlalu berterus – terang. Tergamam aku dengan kata – katanya.

Dia tidak mahu aku dirampas oleh lelaki itu. Siapa? Zaqrie?...aku tersenyum dalam hati. Takut rupanya…

Selesai makan malam, Ikram menghantar aku pulang. Jauh juga perjalanan, hampir satu jam untuk sampai ke Kulai Jaya. Aku tertidur disepanjang perjalanan itu.

Setiba dirumahku, Ikram menghulurkan sebuah beg kertas berjenama sebelum beredar.

Beg kertas itu dibuka dan aku mengeluarkan sesuatu di dalamnya. Sepasang kain berwarna merah jambu lembut yang sungguh cantik. Aku suka dengan pilihannya.

Aku merebahkan diri ke atas tilam empuk dengan tubuhku disaluti kain pemberian Ikram. Memandang siling dan tersenyum - senyum sendiri. Terngiang – ngiang ditelingaku kata – kata Ikram sebentar tadi.

Ikram takut aku dirampas oleh Zaqrie. Betulkah?..senyumanku semakin lebar. Ah! alangkah bahagianya jika itu benar – benar berlaku. Aduh! Apa aku merepek ni. Apakah aku mengharapkannya berlaku? Tak pasti….

Akhirnya…aku terlelap. Lena dalam mimpi indahku.


***************

“Salina!!!” jeritan singa betina mengaum sekali lagi.

Salina pura – pura tidak mendengarnya. Dia tahu mesti singa betina tu akan memerintahnya lagi. Salina muak dan jelik dengan perangainya yang semakin menjadi – jadi.

Huh!...berlagak macam bos pulak padahal kau tu setiausaha aje memerangkap HR. Itupun kalau tak kerana aku yang buat semua kerja tu, alamatnya hancurlah ofis ni…Salina merungut – rungut dalam hati.

“Hoi! kau pekak ke, aku panggil pun tak dengar” Jerit Mastura sambil menghempas fail ke atas mejaku.

Eeeii..melampaunya betina ni…takpe Salina… sabar..sabar…

“Maaf Cik Mastura, semasa nama saya dipanggil tadi saya sedang menjawab panggilan telefon. Maka saya tidak dapat menyahut panggilan cik itu. Maka maafkanlah saya ye” jawab Salina dengan nada yang teramat sopan di alam maya. Sengaja. Dia ingin memerli Cik Singa Betina yang sudah melampaui batasan itu.

Semakin hari semakin meluat sikapnya. Hanya dalam masa seminggu saja Mastura telah dapat menakluki kakitangan di syarikat ini. Mengeluarkan arahan kepada kakitangan bawahan tanpa kelulusan dan bertindak mengikut emosinya sesuka hati. Dia merasakan dia punya kuasa mutlak di syarikat ini. Perasan!

“Banyak alasan. I want this report to be done. Now! “ jeritnya lagi.

Eeiii..naik pekak telinga aku, bentak Salina dalam hati.

“Ikram mana?” soal Mastura sambil pandangan melilau ke arah bilik Ikram yang masih gelap.

Salina menjongket bahu. Kakitangan yang lain saling pandang – memandang. Kelewatan Ikram menjadi tanda tanya.

“Sudah! Yang lain buat kerja. Jangan nak menyibuk hal orang. Salina bagi tahu aku kalau Ikram dah sampai. Suruh dia jumpa aku, faham!” arahan betina singa yang tak boleh dibantah sama sekali. Akibatnya nahas.

“Hah! apa lagi tercegat.Terhegeh – hegeh. Cepat! Kejap lagi Tuan Zaqrie ada meeting dengan client” perli Mastura lalu beredar dari situ. Salina mengajuk gaya lenggang – lengguk Mastura dari belakang. Kakitangan yang menikus tadi mula tersengih – sengih melihat aksi Salina. Mereka hanya berani ketawa setelah kelibat Mastura hilang dipandangan.

“Ceh! Ingat aku takut ke. Baru jadi ‘secretary’ dah nak berlagak. Kalau kau nak cepat buat lah sendiri. Aku bukan kuli batak kau” laung Salina tak berapa jelas. Takut jugak kalau didengari si singa betina tu. Bukannya takut apa. Kalau dibuangnya kerja nanti nak makan apa pulak. Salina segera mencapai fail tersebut.

Tangan pantas menaip.

“Kesian kau Sal” terpacul Hamidi dibelakangnya dengan senyum sumbing.

“Aaa..kalau kesian tolong aku photostat benda ini” Salina menghulurkan beberapa helai kertas kepada Hamidi.

“Baaiiikk….puan” Salina bagaikan nak tergelak. Aksi Hamidi memberi tabik kepadanya amat melucukan.

“Pssttt….Salina. Bos besar dengan bos muda dah naik” Satu lagi tukang ‘info’ kat ofis ni. Kalau pasal bos datang atau tidak, mesti dia orang pertama yang dapat tahu dulu.

Bertungkus lumus Salina menyiapkan laporannya itu. Bimbang juga kalau – kalau laporan itu tidak dapat disiapkan, pasti bos mudanya akan naik angin. Seingat Salina setelah ketiadaan Adawiya di pejabat ini, angin bos mudanya itu selalu tak betul. Muka pulak kurang manis sejak akhir – akhir ini...serius sepanjang masa. Lepas tu, tak pernah nak duduk lama kat pejabat ini. Sukar betul dijangka ‘mood’nya yang macam bom jangka. Boleh meletus bila – bila masa.

“Morning dato’ …En Zaqrie” Mastura menyambut mereka dengan senyuman manis. Matanya terus menatap wajah Zaqrie tanpa segan silu.

Mastura membuka pintu untuk kedua bosnya itu. Dia sanggup menghambakan diriya semata – mata untuk mendekati Zaqrie. Walaupun jawatan yang ditawarkan tidak seberapa, namun dia rela. Jawatan yang lebih tinggi bukan lagi menjadi impiannya. Kini impiannya hanya satu…untuk memiliki Zaqrie. Kalau dulu dia tewas tapi sekarang tidak. Dia punya agenda yang telah dirancang rapi.

“Mas …make me one cup of coffee please!” pinta Dato Zaid sebelum memasuki biliknya.

“Baik dato’…err…En Zaqrie?”

“No ..thanks” Zaqrie berlalu pergi dan menghempas pintu bilik pejabatnya.

Huh!...masih berlagak kau ya. Mastura geram. Genggaman pen ditangannya hampir patah kerana kegeraman dengan sikap Zaqrie yang dingin terhadapnya.

Sabar Mas..hari kau akan tiba. Mastura menyakinkan dirinya sendiri.

“Mas…Mastura!” . Dia berpaling. Terkejut sambil mengurut dada.

Zaqrie yang muncul tiba – tiba dari arah belakangnya.

“Awak bebel apa tadi”

“Errr….tak ada apa – apa abang Rimie” Mastura gugup kerana masih terkejut.

Wajah Zaqrie bertukar serius. “So many times I told you, don’t call me that name okay. This is office not your home”.

“Oh! I’m sorry …En Zaqrie”

“Don’t do it again” Zaqrie memberi amaran. Pantang namanya dipanggil begitu lebih – lebih lagi di pejabat ini. Tidak professional langsung. Terkulat – kulat muka Mastura memandang wajah Zaqrie yang bengis.

Tapi kesian jugak aku tengok muka dia ni….hatinya berkata.

Zaqrie berlalu menuju ke bilik papanya. Langkahnya terhenti seketika dan dia berpaling semula memanggil setiausaha barunya itu.

“Err..Mas tolong batalkan meeting I pagi ni dan esok sekali. I got urgent things to do tomorrow”. Sengaja memberi alasan.

“Baik En Zaqrie” .

Daun pintu dikuak dan Zaqrie hilang dipandangan.

Mastura tertanya – tanya. Apa yang ‘urgent’nya? Dia kembali membuka diarinya untuk memeriksa catatan jadual harian Zaqrie.

Emm…esok..esok…takde apa – apa pun. Hairan?. Aku mesti siasat kemana dia pergi…Mastura tersenyum sinis.

Wednesday, April 7, 2010

Diulit DOSA CINTA...22

BAB 22

Ikram memilih sepasang kain ‘siffon’ berwarna merah jambu lembut bermotifkan bunga – bungaan kecil. Sesuai buat Adawiya pada firasatnya. Dia tersenyum sendiri sambil meminta jurujual itu memotong kain tersebut untuknya.

“You beli kain ni untuk I ke, Am. I tak suka lah ‘colour’ nya lembut sangat. Apa kata yang ini” pinta Zurina tanpa sedar kain itu bukan untuknya. Dia menunjukkan sepasang kain berwarna hijau terang bermotifkan dedaun yang disukainya.

“Kalau you suka ambillah tapi yang ini bukan untuk you” jawab Ikram selamba.

“Bukan untuk I, habis tu untuk siapa?” Zurina mula berangin.

“Err..untuk adik I” bohong Ikram. Zurina terdiam. Anginnya sedikit mengendur.

“I ingatkan untuk siapa tadi. Risau I tau. You pun satu, kenapa tak cakap nak belikan untuk Marini. I boleh pilihkan. Lagipun I tahu citarasa adik ipar I tu”. Tanpa dipinta, Zurina mula memilih beberapa corak kain yang sesuai buat Marini.

“Kalau you nak pilih..pilihlah tapi cepat sikit. I nak gerak awal malam ni. Lewat sangat nanti takut I mengantuk pulak” arah Ikram setelah membuat bayaran untuk kain tersebut.

“I tunggu you kat luar”.

Ikram berlalu pergi meninggalkan Zurina tanpa dapat berkata apa – apa. Zurina merengus geram. Salahkah jika dia ingin Ikram menemani dirinya sebelum berangkat. Salahkah juga jika dia ingin menghabiskan masanya dengan Ikram untuk malam ini saja. Atau salahkah juga jika dia ingin bermanja dengan Ikram dalam waktu yang singkat ini.

Zurina hampa. Hampa dengan sikap Ikram yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tiada kemesraan. Tiada jua gurauan seperti sebelumnya. Antara mereka seakan ada jurang. Jurang yang bisa memisahkan hubungan cinta mereka.

Pelik!. Fikirannya mula diracuni berbagai syak wasangka. Kenapa Ikram perlu tergesa – gesa pulang ke kampung. Siapakah yang menantinya di sana. Dia seolah – olah tidak sabar untuk menemui seseorang.

Ringan mulut ingin bertanya, namun akalnya menegah. Dia perlu bersabar. Mungkin Ikram ‘stress’. Tertekan dengan majlis perkahwinan mereka yang bakal menjelang tiba. Zurina terpaksa menyejukkan hatinya sendiri.

Setelah membuat bayaran, Zurina keluar mencari Ikram. Kelihatan Ikram sedang bercakap – cakap menerusi telefon bimbitnya, kemudian panggilan itu segera dimatikan apabila Zurina muncul dihadapannya secara tiba – tiba.

“You call sapa tadi tu” soal Zurina dengan dahi yang berkerut.

“Err… Marini. I cakap you belikan dia kain. Dia suka sangat. Tak sabar nak tengok kain tu. Dia nak pakai masa ‘wedding’ kita nanti” jawab Ikram dengan nada sedikit gementar. Bimbang sekiranya Zurina mendengari perbualannya sebentar tadi.

“Oh! Ya ke?. I dah agak dah, mesti dia suka apa yang I beli untuk dia. Bukan macam you, pilih warna pucat aje. Tak sesuai untuk adik you tu”

“Yelah. You aje yang pandai pilih…bijak membeli” Ikram pura – pura merajuk. Sedangkan dia berasa amat lega kerana Zurina tidak mengesyaki apa – apa darinya.

“Emm..tahu pun you. I memang pandai” akui Zurina dengan jelingan manja.

“Nah! Ini ada dua pasang kain, I belikan untuk adik you tu. Make sure dia buat fesyen paling ‘glamour’ untuk ‘wedding’ kita nanti. Ingat tu” Zurina memberi amaran sambil menyerahkan bungkusan kain kepada Ikram.

“Okay…you jangan risau. Jomlah…dah lewat sangat ni. Nanti I penat pulak nak ‘drive’.”

“You ni tak sabar betul. Ada sesiapa ke yang you nak kejar kat kampung tu” duga Zurina dalam ragu.

“Eh! ke situ pulak. I kejar masa...sayang” rayu Ikram sambil mencuit dagu Zurina. Dia melirik senyum. Pujukan Ikram menyejukkan hatinya kala ini.

Senyuman Zurina menandakan Ikram berada di situasi selamat. Malam ini dia perlu berangkat segera kerana majlis pertunangannya akan diadakan esok sebelum Zohor. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum majlis itu bermula. Kelancaran majlis pertunangan itu amat dititikberatkan olehnya. Inilah saat yang ditunggu – tunggu oleh Ikram sejak bertemu dengan gadis itu beberapa tahun yang lalu dan Ikram tidak mahu merosakkannya dengan perkara yang remeh.

Setibanya di banglo mewah itu, sebelum melangkah keluar Zurina menguncup tangan Ikram dan membisikkan sesuatu kepada buah hatinya itu. Ikram tersenyum.

“Luv you too” ucap Ikram penuh romantis. Zurina tersenyum riang mendengar ungkapan itu.

“Okay…drive carefully sayang. Don’t forget to call me bila dah sampai nanti”

“Okay” jawab Ikram ringkas. Dia segera menekan pedal dan memecut laju menuju ke lebuhraya.

Hatinya tak sabar – sabar untuk menemui cintanya. Dalam masa yang sama dia tetap memikirkan bagaimana cara untuk memberitahu Zurina bahawa cintanya sudah pudar buat gadis itu. Hubungan mereka perlu diakhiri.

Argh! biarkan sementara waktu. Selagi Adawiya di sana Zurina kat sini, rahsia ini tidak akan terbongkar….bicara hati kecil Ikram sambil tersengih sumbing.

***********************************

Kemeriahan majlis pertunangan berjalan lancar walaupun disambut dengan sederhana. Gelak ketawa dan keriuhan sanak saudara yang bertandang mengundang pelbagai cerita dan kisah antara mereka yang jarang berjumpa. Inilah masa yang dapat mereka luahkan bersama.

Ibu, kakak , abang termasuk anak buahku Hafiz turut menceriakan majlis pertunanganku ini. Cuma abah kelihatan agak sugul. Sememangnya dari mula lagi abah kurang bersejutu dengan keputusanku ini. Agak drastik dan mengejutkan.

Aku tidak punya pilihan pada masa itu selain menerima Ikram. Di saat aku berduka dia hadir menghulurkan kasihnya yang ku anggap terlalu tulus dan ikhlas. Tidak sedikitpun dia memandang serong terhadapku atas kejadian malang itu malah dia tidak pernah mengungkit kisah itu hingga ke hari ini.

Ikram terlalu ‘gentlemen’ pada hematku. Tidak seperti Zaqrie. Lelaki itu ku anggap seorang yang pengecut. Aduh! mengapa fikiranku masih tak henti – henti memikirkannya.

“Amboi!..cantiknya adik kakak ni”. Adamina muncul di muka pintu dan menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup manis . Aku membalas senyuman itu.

“Terima kasih ..long”. Kuncupan sayang buatku dikedua belah pipi.

“Macam mana perasaan adik sekarang?”

“Okay..”

“Aik! Okay aje…bukan sepatutnya gembira..suka atau seronok ke?”. Adamina mengerut kening. Salina ketawa kecil dibelakangku. Aku menguisnya dengan siku.

“Along ni…saja tau. Nak mengenakan orang la tu” aku buat – buat rajuk. Adamina pantas ketawa sambil memeluk bahuku.

“Eeiii…teruk betul adik ni, sensitif sangat. Takkan sekarang ni dah tak boleh gurau kot” seloroh Adamina untuk menyakatku lagi. Sebetulnya aku terhibur dengan gelagatnya. Sentiasa menyuntik kata – kata semangat kepadaku dan menyokong setiap keputusan yang ku buat. Tanpanya pasti aku sudah tersungkur.

“Eh! kejap long. Ada mesej masuklah. Sal, tolong ambilkan ‘handphone’ aku tu” pintaku sebaik saja lagu ‘please forgive me’ nyanyian Bryan Adam berkemundang di telefon bimbit. Aku sukakannya. Lagu itu besar pengertianya buat diriku. Sengaja aku memuat turunkan lagu itu.

Aku menekan butang mesej. Terpaku seketika. Zaqrie?…bisik hatiku. Tiba – tiba hatiku berdebar – debar. Aku tekan lagi.

Tahniah!....

Itulah pesanan ringkas Zaqrie yang bisa membuatkan hatiku jadi tak keruan. Perasaan sebak menyapa tiba – tiba. Aku cuba menahan setitis airmata yang hampir gugur. Semakin lama aku menahannya semakin banyak pula airmata bergenang di kelopak mata.

Aku terus berlari menuju ke bilik air. Tidak mahu dilihat oleh sesiapa, namun kedukaanku terlebih dahulu dapat dihidu oleh Salina. Dia mengekori langkahku dibelakang.

“Wiya..kenapa dengan kau?”. Cepat – cepat aku menyeka airmata yang mengalir di pipi. Namun aku tidak dapat menyembunyikan kesedihanku dihadapan Salina. Pada bahunya kusandarkan segala tangisku. Dia mengambil telefon bimbitku lalu membaca mesej itu.

“Emm…aku dah agak dah. Mesti bos ‘sengal’ aku tu yang bagi mesej. Kalau tak, kau takkan jadi macam ni” marah Salina sambil mematikan terus telefonku.

“Sudah..kau jangan sedih – sedih lagi. Tak usah dilayan bos aku yang pengecut tu. Aku bengang gak dengan apa yang dia buat kat kau tapi nasib baik Ikram datang selamatkan keadaan kau. Aku kagum lah … dengan kejantanan dia tu”

Sambil mengesat sisa airmata aku mengiakan kata – kata Salina. Sekadar anggukan lemah yang mampu aku tunjukkan emosiku saat ini.

“Adik cepat sikit. Pihak lelaki dah datang tu” jeritan kecil kakakku diluar memaksa aku memperkemaskan semula diriku. Salina turut membantu.

Berlari anak menuju ke meja solek. Salina menyapu dan membetulkan solekan pada wajahku. Sekadar solekan tipis sudah membuat wajahku tampak berseri dan menyerlahkanlah lagi keayuan.

Busana ringkas padat dengan labuci dan renda hasil rekaan pereka terkenal yang ditempah khas oleh Ikram membuatkan susuk tubuhku kelihatan anggun dan elegan. Sekali – sekala aku mengerling di cermin solek. Melihat diriku sendiri. Cemas juga rasanya.

Dan Salina seakan menyedari perlakuanku.

“Relax kay…” dia menenangkan perasaanku yang gemuruh.

Aku menanti penuh debar.

Upacara menyarung cincin disempurnakan oleh ibu saudara Ikram. Aku menyalam dan menguncup tangannya.

Pancaran lensa kamera berkerlipan dipelbagai arah bagaikan percikan bunga api. Ramai sanak – saudaranya mahupun saudara sebelahku berebut – rebut ingin bergambar denganku. Kesian jugak dengan Salina yang menjadi tukang susun atur. Nasib ada dia. Mulutnya yang ramah dan petah itu mampu mengendalikan keriuhan di situ.

Terasa seperti artis pulak. Aku rasa geli hati. Namun tidak pernah jemu aku mengukir senyuman buat mereka semua. Semuanya memuji – muji kejelitaanku dan kebijaksanaan Ikram memilih pasangannya.

Kembang juga rasa dipuji begitu. Aku masih bertahan mengukir senyum hingga rasa letih urat – urat di pipi.

Usai bergambar, aku bersalam – salaman pula dengan pihak lelaki yang ingin berangkat pulang. Ada yang salam saja…ada yang mencium kedua pipiku dan ada juga yang memelukku berkali - kali. Bahagianya rasa. Terasa diri begitu disayangi.

Kini, tinggallah aku sendirian. Kamar yang tadi penuh keceriaan bertukar sepi. Kesunyian mula mengamit apabila semua sanak saudara beransur – ansur pulang.

Aku duduk menatap cincin di jari. Cantik!...mungkin mahal harganya. Ikram membelinya tanpa pengetahuanku. ‘Surprise’ katanya. Agak longgar sedikit tapi tidak begitu ketara.

Aku terpandang sebuah kotak kecil berukiran yang diperbuat dari perak di atas meja solek. Aku kenal pemilik kotak itu. Sebentuk cincin berlian dikeluarkan dan ku sarung semula ke jari manisku sebelah kiri.

Cuba – cuba membuat perbandingan antara kedua cincin itu. Ternyata cincin disebelah jari kiriku lebih bermakna padaku. Cincin yang satu lagi ditatap dengan satu pandangan kosong.

Entah mengapa…..

Sukar ku mengerti bahasa hatiku sendiri. Semakin aku memaksa hatiku untuk membuangnya semakin aku teringatkan dia. Rupanya tanpa sedar aku merinduinya. Ah! hati….

Cepat – cepat aku tanggalkan cincin itu. Tidak mahu kenangan lalu terus menghantui fikiran dan hati. Aku harus memulangkannya. Lagipun aku sudah menjadi tunangan orang. Tidak manis jika menyimpannya lagi.

Aku memusing – musingkan cincin itu dijari. Namun sukar pulak untuk ditanggalkan.

Aduh!..ketatnya. Argh...sudah! tak boleh tanggal pulak.

Macam mana ni? ….