Sunday, April 25, 2010

Diulit DOSA CINTA...25

BAB 25


Teksi yang aku naiki baru saja melepasi kawasan perumahan elit itu. Jam hampir menunjukan pukul 7.00. Aku sudah terlewat disebabkan karenah Zaqrie. Pasti Ikram marah kerana menunggu lama. Aku resah menanti. Aduh! macam ni…jalan ‘jammed’ pulak.

“Pakcik ..boleh ikut jalan lain tak. Saya nak cepat ni”

“Cik adik, waktu puncak macam ni semua jalan sesak. Semua orang pusu – pusu nak balik kerja. Semua orang nak cepat. Sabar aje cik” jawab pemandu yang sudah berusia itu.

Aku terdiam. Kata – kata pakcik itu ada benarnya. Telefon bimbitku berbunyi. Pasti Ikram!,desis hatiku. Aku lihat di skrin telefon. Tepat telahanku.

Assalammualaikum

Wiya..Ikram ni” kedengaran suara Ikram agak jauh dan kurang jelas seperti berada jauh beribu batu.

Ya..Ikram. Sorry saya lambat” pantas aku menjawab tanpa dipinta.

Wiya…saya tak dapat hantar awak. Ada hal mustahak. Awak ambil teksi ya. Nanti saya call awak balik. Miss you sayang …bye”

Talian terus dimatikan. Aku termangu sambil memandang telefon. Penting sangatkah sampai Ikram tak sempat – menyempat nak bercakap dengan aku. Langsung tiada masa walaupun untuk seminit – dua.

Bila difikir - fikirkan, ada baiknya juga, rasa bersalah aku pada Ikram atas kelewatan ini sekaligus hilang. Aku menarik nafas lega. Nampaknya tak perlu lagi aku tergesa – gesa mengejar masa. Esok pun boleh balik jugak. Lagipun tiket masih belum dibeli. Berehat sehari dua di rumah Salina mungkin tidak menjadi halangan kepadanya.

Aku memandang ke luar cermin tingkap memerhatikan lampu – lampu neon yang menghiasi bangunan – bangunan di sepanjang Jalan Damansara. Deretan kereta beratur dan bersesak untuk memasuki kompleks mewah di situ.

Teksi membelok ke kanan dan berhenti di isyarat merah, tiba – tiba aku terpandang kereta Ikram melintasi di hadapan teksi yang aku naiki. Dia bersama seseorang. Kelihatan Ikram sangat mesra dengan gadis disebelahnya. Aku menoleh hingga keretanya hilang di celah – celah puluhan kereta yang bergerak laju.

Hatiku disapa curiga. Siapa gadis itu? Itukah hal mustahak yang Ikram katakan?. Ingin saja aku mendail nombor Ikram. Tapi untuk apa? Bertanyakan siapa gadis itu atau apakah perkara mustahak yang dia lakukan? Tidakkah itu lebih menunjukkan aku terlalu cemburu dan mengongkong hidupnya. Sewajarnya aku tidak memikirkan sangkaan buruk terhadap Ikram. Tak adil baginya kerana Ikram menerima diriku seadanya tanpa mengungkit sejarah silamku. Ikram amat mempercayaiku, aku juga harus bersikap begitu. Akhirnya, telefon yang aku genggam cuma mampu kutatap.

Aku membersihkan diri sebaik tiba di rumah Salina. Salina masih belum pulang barangkali ‘dating’ agaknya. Selepas bersolat aku baring dikatil bagi merehatkan diriku yang kepenatan. Sehingga kini Ikram masih belum menghubungiku. Akhirnya aku terlena sendiri.

Aku tersentak apabila suara Salina memanggil namaku berkali – kali di luar bilik. Berpisat – pisat aku bangun dan membuka pintu.

“Ada apa Sal” tanyaku sambil mengosok mata. Menahan mata dari silau cahaya lampu kalimantang yang terpancar di atas siling.

“Hisy…awalnya dah tidur. Baru pukul 9.30 mak cik oii”

“Ya ke?” Aku memandang jam di dinding. Emm..betullah. Tapi rasa macam dah lama aje aku tertidur.

“Aku ada beli satay. Jom! Kita makan” Salina menarik tanganku. Mahu tak mahu aku turuti jua pelawaannya.

Aku duduk mengadap meja makan yang terhidang dengan pelbagai juadah yang dibeli oleh Salina. Mak oi banyak giler! macam nak makan sepuluh orang.

“Tapi sebelum tu….” Salina bangun untuk mengambil sesuatu. Aku kerut dahi. Apalagi si Salina ni…

“Taraa….” Sejambak bunga ros merah disuakan ke arahku. Terpinga – pinga aku dengan kejutan Salina.

“Apa ni”

“Tanya pulak apa ni..bungalah”.

Aku menjengkelkan mata. Salina menangkap maksudku.

“Buah hati, pengarang jantung kau yang bagi”

“Siapa?”

“Laa…boleh kau tanya siapa? Ada ramai ke?” Salina menjongket – jongket keningnya. Nak jerat aku dengan soalan tadi. Aku pun satu, tanya soalan macam tu pasti batang hidung sendiri yang terkena balik.

Aku menyambut jambangan bunga ros itu dengan hati yang riang. Mencium haruman bunga ros yang masih segar baunya dan mengasyikkan. Serta – merta perasaan curigaku hilang bersama haruman itu.

“Sukalah tu” Salina mencebik.

“Eeii..jealous. Bila Ikram bagi bunga ni, Sal” tanyaku dengan rasa gembira.

“Petang tadi sebelum balik kerja. Dia ada pesan, suruh aku cakap kat kau yang dia sayang sangat kat kau…pastukan dia cabut macam tu aje. Kelam kelibut macam nampak hantu. Aku ingatkan dia nak ajak kau keluar makan ‘candlelight dinner’ ke, rupanya kau membuta kat dalam bilik”.

Aku ketawa kecil lalu mencebik.

Rungutan Salina aku biarkan berlalu sepi. Aku meletakkan jambangan bunga ke dalam bekas berisi air. Kemudian duduk semula di meja makan dan menjamah hidangan sekadar mengalas perutku yang mula terasa lapar. Dari petang tadi belum diisi apa – apa.

“Emm..tadi ada orang tu sebelum dapat bunga, ajak makan pun susah. Tup – tup bila dah dapat, makan pun dah tak nampak kita. Dahsyat betul penangan bunga ni”. Salina mengelengkan kepalanya. Aku cuma tersengih menayangkan barisan gigiku yang putih tersusun.

Telefon bimbitku bergetar. Satu mesej telah masuk. Aku tersenyum melihat nama pengirimnya, Ikram…seperti yang ku duga dan nantikan.

Assalam’kum ..syg. Dah smpi mana. Sory can’t send u just now…

Aku membalas.

Wassalam.It’s okay. I’m still in KL. Thinkin’ to stay with Salina for 2-3 days.Thanks for the bouquet…

Sepi. Tiada lagi balasan mesej dari Ikram. Aku masih menanti penuh sabar. Hidangan yang ku jamah tidak lagi menyelerakan. Hatiku tak sedap rasa. Tanpa mengharap balasan darinya, jariku pantas menaip.

What happen?...somethin’s wrong…

Sepi. Hatiku jadi lebih tak keruan. Salina sudah mengerling aku berkali – kali. Mungkin pelik dengan tingkah aku yang kelihatan resah.

“Kenapa?” soalnya.

“Nothing” aku pura – pura tiada apa yang berlaku.

“Ya lah tu. Muka kau dah macam ayam hilang anak aje. Tak usahlah nak berdalih. Mesti pasal Ikram ni” teka Salina.

Belum sempat aku membuka mulut, satu mesej masuk lagi. Jariku pantas menekan.

Kenapa awak nak ‘stay’ lagi. Tadi awak kata awak lambat. Why?...

Raut mukaku berubah kelat. Mesej Ikram benar – benar membuatkan aku rasa meluat. Banyak pula soalannya yang perlu aku jawab sedangkan soalan aku hanya dibiar sepi olehnya.

Aku mula protes untuk membiarkan mesej itu tidak berbalas. Sengaja membuatkan Ikram pula resah menunggu.

Telefon bergetar lagi. Satu mesej darinya.

Why? Just tell me…

Aku tersenyum menang. Akhirnya Ikram menagih penjelasan dariku. Dan sebetulnya aku tidak ingin membohonginya. Niatku hanya satu, ingin berlaku jujur dengannya kecuali kisah hitam itu. Aku masih memerlukan kekuatan untuk berterus – terang kepadanya. Biarlah…suatu masa nanti.

Jari runcing mula menekan papan kekunci. Aku tersenyum – senyum semasa menaip. Salina masih kebingungan melihat aksi aku yang kurang waras.

Emm…sory. Saya tak sempat bagi tahu awak, tadi saya singgah ke rumah datin Zainab so terlambat sikit. En Zaqrie demam.

Pantas saja mesej aku dibalas oleh Ikram. Tapi lain benar maksud mesejnya kali ini. Hatiku mula tersentap.

Patutlah…awak nak ‘stay’ lagi. Jangan lupa janji awak pada saya. Don’t see him again. Please …understand me. Gud nite!

Aku bingung. Niatku untuk berlaku jujur kepada Ikam telah disalah-ertikan.
Keriangan yang aku nikmati sebentar tadi hanya sementara cuma. Aku benar – benar ingin menangis. Ikram telah salah menduga. Syak wasangkanya menunjukkan dia masih belum mempercayai aku.

Aku menyalahkan diriku sendiri kerana terlalu berterus terang. Mesej Ikram terhenti disitu juga. Ucapan selamat malam menandakan dia tidak mahu memanjangkan komunikasi ini. Ulu hati rasa pedih dan sakit kerana aku tidak sempat membela diriku. Jelas sekali Ikram tidak mahu mendengar penjelasan dariku.

“Kenapa sedih ni…pasal Ikram lagi” Salina menghulurkan simpatinya. Sekotak tisu disuakan. Aku mengelap airmata yang gugur di pipi.

“Tak tahu lah ..Sal. Ikram marah aku pergi ke rumah datin. Dia tak suka kalau – kalau aku berjumpa dengan Zaqrie”

“Memang patut pun. Kalau aku jadi dia pun, aku tak suka. Zaqrie tu pencabar dia. Manalah tahu kan, kot – kot kalau dah terserempak nanti, jadi gila bayang pulak si Zaqrie tu. Habis diculiknya kau baru tahu. Melepaslah Ikram” kata Salina menakut – nakutkan aku.

“Hish! Tak kan sampai macam tu sekali. Bos kau tu gila ke sampai nak culik – culik orang pulak”

“Huh! Manalah tahu. Dia tu kan gilakan kau. Maknanya dia boleh buat apa saja…haa..jangan tak tahu. Lagipun, kat opis sekarang ni pun, dia dah jadi macam ‘hulk’, marah – marah. Habis semua benda yang dibuat setiausaha baru tu semuanya tak betul. Tapi padan muka dia pun. Ada hati nak tackle bos konon” cerita baru Salina membuatkan aku terkejut.

Pertama kali aku mendengar gosip berkaitan dengan Zaqrie. Dia digoda setiausaha barunya. Menarik!. Aku ingin mengetahui cerita itu lebih lanjut. Masalah aku dengan Ikram ku tolak tepi. Hatiku meronta ingin tahu kisah Zaqrie.

Malam ini, aku mendengar celoteh Salina bercerita tentang Mastura dengan Zaqrie . Kekepohan Salina mencuit hatiku.Gosip panas yang menghiburkan namun jauh disudut hatiku dihimpit rasa cemburu.

Malam yang semakin larut tidak sedikitpun meletihkan mataku. Salina tidak henti – henti bercerita. Mendengar kisah Zaqrie membuatkan aku lebih segar. Baru kini aku sedari, hatiku senang mendengarnya walaupun segunung kebencian aku tanamkan buatnya. Sebanyak itu jugak nama Zaqrie terus terbenam ke lubuk hatiku. Aku tidak membencinya sepertimana bibirku melafazkannya. Itu semua cuma lagakku untuk menutupi keegoan diriku sendiri. Aku akur cinta tidak boleh dicipta dengan sendirinya jika tiada ‘chemistry’ antara kami. Itulah yang cuba aku lakukan. Aku cuba membina cinta untuk Ikram atas keegoanku sendiri.


****************************

Ikram celaru. Fikirannya sarat dengan sangkaan yang bukan - bukan. Dia terlalu bimbang. Bimbang dengan keadaannya yang semakin meruncing. Hubungannya dengan Adawiya pasti terbongkar sekiranya gadis itu masih berada disini. Mesej Adawiya tadi menambahkan lagi kerisauannya. Tidak seharusnya gadis itu menemui datin Zainab. Adawiya tidak perlu ada hubungan dengan keluarga mereka. Mengapa sukar benar untuk gadis itu memahami kehendaknya. Kehendaknya yang satu itu saja gagal dipatuhi Adawiya. Ikram semakin gusar. Adawiya perlu dibawa jauh fikirnya.

Mata sukar dilelap. Tangan yang melingkari pinggangnya dileraikan. Ikram bingkas bangun dari pembaringan menuju ke balkoni sambil menyalakan sebatang rokok. Nyalaan pada rokok disedut bertubi – tubi. Asap putih berkepul melepasi ruang mulutnya. Angin yang menderu dari atas apartment mewah itu mendinginkan kulitnya. Dia memeluk tubuh menahan kesejukan. Menyedut lagi asap yang hampir ke penghujungnya.

“Kenapa tak tidur lagi? Apa yang you fikirkan Am” sapa Zurina sambil merangkul pingang Ikram dari belakang. Ikram sedikit terkejut.

“Err.. takde apa – apalah. You pulak kenapa tak tidur lagi” Ikram berdalih.

“Macam mana I nak tidur. Asap rokok you tu menganggu” Zurina menjawab manja.

“Oh! ya ke. Sorry..” Ikram segera membuang sisa putung rokok ke bawah.

“Kenapa dengan you Am? Lain macam aje malam ni. Tadi pun kita tak sehangat seperti selalu. You ada masalah ke”.

Ikram mengeleng. Rangkulan Zurina semakin erat menahan gigitan dingin malam yang semakin mencengkam.

“Tadi you bermain mesej dengan siapa?” .

“Mana ada sayang..satu hari ‘handphone’ I tak berbunyi. I dah offkan. You mimpi agaknya”.

Zurina curiga. Melepaskan rangkulannya.

“Am..you jangan ingat I tak dengar. Jangan ingat I tak tahu. Walaupun you ‘silent’kan telefon you tapi I tahu you sedang bermain sms dengan seseorang” serkap Zurina.

“Maknanya you intip I selama ini. I benci orang tak jujur” Ikram mula bersuara keras. Pantang sekali dirinya diintip secara sembunyi. Melanggar hak peribadinya bererti perbuatan itu tidak amanah.

“ Sumpah I tak pernah intip you, tapi naluri I berkata begitu. I terlalu curiga Am. I takut kehilangan you lagi” rayu Zurina yang mula mengalah dengan nada keras Ikram. Mengenepikan seketika syak wasangkanya demi hubungan mereka. Zurina tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukup padanya perhubungan mereka terputus dulu, kini dia cuba berkelakuan sebaik mungkin untuk memenangi hati Ikram agar dia tidak mengesyaki apa – apa. Dalam diam, Zurina tetap ragu dan akan mencari bukti bagi mengukuhkan andaiannya dan cakap – cakap orang yang kurang enak didengar mengenai Ikram.

“Emm..sudahlah tu. You tu risau yang bukan – bukan. Walau apa pun terjadi I tetap sayangkan you. Kita tetap akan berkahwin” pujuk Ikram. Zurina tersenyum manja. Kali ini Ikram terus terikat dengan Zurina. Keadaan memaksanya berbuat demikian. Niatnya untuk memutuskan hubungan mereka terbatal begitu saja. Baru petang tadi, doktor telah mengesahkan Zurina mengandung 3 minggu. Ikram bagaikan terpukul dengan kenyataan itu. Tergamam seketika tanpa dapat berfikir apa - apa.

Ikram menarik lengan Zurina dan merebahkan tubuh itu ke katil. Membiarkan Zurina lena di dalam pelukkannya seketika. Kemudian dia beralih dan berbaring dengan beralaskan kedua lengannya dikepala.

Matanya merenung siling sambil berfikir lagi. Wajah Zurina dan Adawiya silih berganti. Dia membuat perbandingan antara kedua mereka. Zurina yang terlalu cemburu, kuat merajuk dan tidak jujur dalam perhubungan. Adawiya pula, gadis itu terlalu lurus, naïf dan berhati lembut. Yang penting Adawiya adalah satu amanah. Amanah yang perlu dilunaskan demi Marini. Itu janjinya. Argh!..kusutnya fikiran.

Akhirnya akal Ikram membuahkan sesuatu. Dia tersengih sendiri. Sesuatu yang dapat menguntungkannya dan kedua – dua mereka tidak terlepas dari genggaman.

Monday, April 19, 2010

Diulit DOSA CINTA...24

BAB 24

Dato’ memandang wajah pucat Zaqrie dihadapannya yang kelihatan tidak bermaya. Dokumen yang dibaca sebentar tadi ditutup dan diletakkan ke tepi. Memberi laluan kepada anaknya untuk berbicara.

“Pa, pagi ni Zaq terpaksa batalkan meeting dengan client kita, Alam Engineering. Zaq rasa kurang sihat. Mybe meeting tu Zaq tunda minggu depan aje” dalam nada lemah dan suaranya yang sedikit serak dia memaklumkan kepada papanya.

Dato’ mengangguk. “Kenapa Zaq tak nak gantikan dengan orang lain aje untuk attend meeting tu” .

“Kalau boleh Zaq nak hadir sendiri pa, sebab ini projek Zaq. So lebih baik kalau Zaq sendiri yang dengar ‘presentation’ mereka dan mudah Zaq nak buat keputusan nanti dari hantar orang lain untuk gantikan Zaq. Takut info tak cukup nanti” panjang lebar Zaqrie memberikan pendapatnya. Lagipun itu memang prinsipnya. Dia lebih suka melakukan sendiri agar setiap maklumat yang diperolehi lebih jelas dan tepat.

“Bagus…papa suka cara Zaq bekerja. Kalau macam tu nanti papa ‘inform’ Dato Borhan. Minta dia tangguhkan perbincangan tu hingga minggu depan. Lagipun petang nanti papa ada ‘game’ dengan dia bersama Tan Sri Asri. Kalau Zaq nak ikut boleh join papa sekali”.

“Golf?”

“Yup!”

“Ish! tak pe la pa. Tak masuk jiwa lah ‘game’ tu. Lagipun Zaq kurang sihat ni. Badan rasa ….” ayatnya tak sempat dihabiskan apabila tiba – tiba daun pintu dikuak orang.

Muncul Mastura membawa ‘coffee’ yang dipesan dato’ sebentar tadi.

“Hah! panjang umur. Sebut nama bapa, anak yang muncul” dato’ ketawa kecil. Zaqrie hanya tersenyum tawar. Padanya tak ada apa yang lucu pun lebih – lebih lagi bila nama perempuan ini yang dikait.

Coffee yang dipesan diletakkan di atas meja. Mastura sempat melirik ke arah Zaqrie. Zaqrie tidak mengendahkan lirikan itu. Wajahnya bersahaja.

“Emm..kalau macam tu. Zaq balik dulu berehat. Nanti papa call kan Doktor Amir ya”

Zaqrie cuma mengangguk.

“Eh! abang Rimie demam ke?” terpa Mastura secara tiba – tiba dan tangannya menyentuh dahi Zaqrie. Zaqrie yang terkejut menepis tangan itu. Giler! Terperanjat aku.

“Awak ni kenapa Mastura?. Dah hilang akal ke? Behave your self” marah Zaqrie yang sememangnya terkejut dengan terpaan melulu Mastura.

“Sa..sa…saya bimbangkan kesihatan En. Zaqrie” tergagap –gagap suaranya.

“Saya dah dewasa bukannya budak – budak. Sudah..keluar!” pekik Zaqrie memerintah Mastura keluar dari bilik itu.

Mastura yang ketakutan meninggalkan bilik itu dengan langkah seribu. Hatinya terguris dengan perlakukan Zaqrie. Sakit hatinya semakin meluap – luap. Dimalukan dihadapan dato’ secara terang - terangan. Marahnya membukit. Dia memasang dendamnya sedikit demi sedikit. Zaqrie perlu diajar satu hari nanti. Belajar bagaimana cara untuk menghargai dan mencintai orang yang berkorban kasih untuknya.

“Kenapa Zaq tengking Mas macam tu sekali. Tak baik” tegur dato’ secara perlahan. Dia faham keadaan Zaqrie, namun begitu tak seharusnya Zaqrie melayani Mastura sekasar itu lebih – lebih lagi dia adalah anak kepada Dato Borhan, sahabat perniagaannya.

“Entahlah pa, perasaan ni macam tak tenteram. Rasa macam tertekan sekarang ni. Nantilah Zaq minta maaf pada dia” luah Zaqrie dengan rasa menyesal.

“Itulah…papa suruh kahwin kamu tak nak. Dah ada peluang dulu Zaq tolak. Sekarang apa jadi…” sindir dato’ lalu bingkas bangun memeluk bahu anaknya.

“Paa…please…”

Dato’ ketawa kecil melihat wajah Zaqrie sudah berubah. Zaqrie tak mampu senyum lagi. Kebenaran yang harus ditelan. Sungguh dia menyesal. Menyesal dengan keputusan yang diambil dulu. Terlalu terburu – buru tanpa memikirkan kesan kepada dirinya, hatinya, jiwanya dan perasaannya yang diamuk kerinduan dan sengsara. Sebaliknya, dia mengorbankan cintanya demi kebahagiaan Adawiya. Keputusannya ini dirasakan berasas dan terbukti gadis itu telah memilih jalan bahagianya. Adawiya telah memilih Ikram. Itu yang menyakitkan hatinya tapi kebahagiaan buat Adawiya dia akur.

Zaqrie meninggalkan pejabat sejurus perbualannya dengan Dato’ Zaid berakhir. Pening dikepalanya semakin memberat. Suhu badan juga seakan menaik ke paras yang tinggi. Zaqrie mengagahi langkahnya untuk sampai ke banglo secepat mungkin. Dia ingin segera merebahkan tubuhnya yang dirasakan semakin melemahkan pergerakkannya.

Sebaik melangkah masuk, Zaqrie terpandang sepasang kasut perempuan di depan muka pintu. Ada tetamukah? Siapa?

Zaqrie membiarkan persoalan itu termati dibenaknya. Sakit dikepala semakin berdenyut – denyut. Dia melihat seorang gadis bertudung sedang berbual dengan mama. Tak pasti siapa gerangannya kerana gadis itu membelakanginya. Zaqrie tidak mengendahkan tetamu itu. Dia menuju ke arah biliknya.

“Eh! Zaq. Awalnya balik hari ini ” tegur datin Zainab sebaik ternampak kelibat Zaqrie yang sedang melangkah naik.

“Zaq, tak berapa sihat ma. Zaq naik berehat dulu ya” ujar Zaqrie dalam keadaan lemah. Pandangannya mula kabur. Terasa ingin rebah disitu juga.

“Zaq tak nak jumpa Adawiya dulu” tutur datin Zainab. Gadis bertudung itu berpaling. Pandangan mereka bertaut.

Adawiya?!. Serta – merta Zaqrie rebah di kaki tangga.


**********************

Doktor Amir memberikan suntikan di lengan Zaqrie. Aku memejamkan mata. Fobia pada benda - benda tajam terutama jarum. Kemudian dia berbincang sesuatu dengan datin Zainab. Aku hanya memerhatikan gelagat mereka yang nampak serius. Hatiku tertanya – tanya.

Aku masih menanti di sisi Zaqrie yang masih lena. Wajahnya ku renung. Baru kini aku dapat melihat jelas wajahnya yang sedikit cengkung. Namun begitu tidak sedikitpun menjejaskan ketampananya. Tiba – tiba aku tertarik untuk terus menatap wajah itu. Tenang dan kacak. Kulitnya cerah bersih, punyai alis yang tebal, hidungnya yang mancung, matanya dalam dan sedikit belahan didagu walaupun tidak berapa jelas lekuknya. Barangkali raut wajah inilah yang menjadi kegilaan gadis – gadis selama ini.

Entah mengapa semakin kutatap semakin jiwaku bergelora. Cepat – cepat kualihkan pandangan. Beristighfar panjang atas kealpaanku. Masakan aku menjatuhkan maruahku sendiri dengan perlakuan demikian. Aku harus sedar diri, aku kini tunangan orang.

Lama benar datin Zainab meninggalkan aku bersama Zaqrie di bilik ini. Hatiku bertambah gelisah menunggu. Jam tangan dikerling hampir masuk waktu Zohor. Aku tak boleh berlama di sini. Janjiku pada Ikram yang akan menjemputku di rumah Salina petang nanti menagih masaku. Ikram bertegas ingin menghantar aku ke Stesen Puduraya. Malam ini aku akan bertolak pulang ke kampung semula.

Tambah lagi Ikram tidak mengetahui akan kedatangan sebenar aku mengikutinya pagi ini ke Kuala Lumpur. Pasti Ikram memarahi aku sekiranya dia mengetahui aku masih menghubungi keluarga Zaqrie. Tapi hairan jugak mengapa aku dilarang begitu. Ah! mungkin sayangnya padaku berlebih – lebih. Aku tersenyum sendiri.

Kemunculan datin Zainab melegakan aku. Aku harus berangkat segera.

“Wiya nak ke mana ni” soal datin Zainab sebaik melihat aku sudah bangun dari tempat duduk.

“Wiya tak boleh lama – lama auntie. Ada janji dengan kawan petang nanti”

“Kot ye pun tunggu lah Zaqrie sedar. Tak kesian ke Wiya dengan dia. Zaqrie dah banyak berubah sejak kejadian hari tu. Auntie tengok setiap hari dia bersedih.Jarang benar dia nak senyum sekarang apatah lagi nak bergurau senda.” sedih nada datin Zainab meluahkan perasaannya.

Aku duduk semula. Tekun mendengar luahannya.

“Auntie faham benar perasaannya. Dia ni memang suka cakap lain dari maksud hatinya. Auntie tahu …auntie kenal Zaqrie. Sekarang dia menganggung derita Wiya. Auntie tak sampai hati tengok dia macam ni” ucapnya lagi.

Sambil mengenggam erat tanganku. Datin Zainab menangis.

“Sebenarnya Zaqrie amat cintakan Wiya. Percayalah cakap auntie. Wiya maafkanlah dia….terima dia semula ya” pinta datin Zainab dengan penuh harapan.

Aku mengeleng. Untuk menunaikan permintaan datin Zainab adalah sesuatu yang mustahil. Lagipun bukan aku yang perlu kembali padanya sebaliknya aku yang patut menagih jawapan darinya atas keenggannya mengahwini aku…atas tanggungjawabnya kerana dosa lalu. Kerana itu juga aku sekeluarga terpaksa menanggung malu.

“Kenapa Wiya? Wiya tak sayangkan Zaqrie ”

“Auntie….sukar untuk saya ceritakan sekarang ni. Tetapi apa yang pasti saya bukan jodoh buat Zaqrie. Tak mungkin saya dan dia boleh bersama. Saya telah bertunang auntie” terangku kepada datin Zainab yang kelihatan terkejut. Berkerut – kerut keningnya bagaikan tak percaya dengan apa yang aku perkatakan.

“Auntie tak percaya. Bila? Dengan siapa?”

“Ik…..” ayatku termati disitu tatkala melihat tangan Zaqrie bergerak.

“Err…Zaqrie dah sedar”. Aku memandangnya yang masih lemah untuk membuka mata. Datin Zainab terus mendakap Zaqrie yang sudah mula bergerak.

Datin Zainab terharu dalam gembira. Zaqrie mula membuka matanya perlahan – lahan. Dari seraut wajah tua yang direnungnya, Zaqrie beralih pula ke arah gadis bertudung yang berada di sisinya. Dia tersenyum pahit.

“Zaq haus lah ma”

Itu ayat pertama yang ku dengar dari bibirnya. Aku menawarkan diriku untuk mengambilnya. Simpati juga melihat keadaan Zaqrie.

“Zaq demam panas. Doktor Amir datang rawat Zaq tadi. Zaq kena banyak berehat ya sayang” ucap datin Zainab lembut memanjai Zaqrie seperti anak kecil.

“Kenapa dia datang ma”

“Siapa? Adawiya?” datin Zainab tersenyum apabila Zaqrie hanya membahasakan panggilan ‘dia’ buat Adawiya. Selama ini nama gadis itu sering disebut mesra oleh anaknya.

“Wiya datang pulangkan cincin. Mama sedih kenapa semuanya jadi begini. Adawiya dah bertunang. Kalau tak kerana Zaq dulu, mesti sekarang ni dia jadi menantu mama. Bagi mama cucu. Sekarang tengok Zaq jugak yang melopong. Adawiya sudah jadi milik orang. Punah harapan mama selama ini” kata datin Zainab dalam nada sedih.

“Belum tentu ma” ringkas Zaqrie menjawab.

Datin Zainab mengerut dahi. Pelik benar jawapan Zaqrie. Menatap wajah anaknya, meneka apakah yang bermain di fikiran anaknya itu. Datin Zainab berpaling apabila Mak Mah memanggilnya. Bergegas membuntuti wanita separuh usia itu.

Aku tiba membawa minuman buat Zaqrie. Terkejut melihat datin Zainab tiada di bilik itu. Suasana bertukar kekok. Zaqrie mengukir senyuman. Segaris senyuman yang membuatkan langkahku menjadi kaku.

“Kenapa tercegat kat situ” soal Zaqrie dengan renungannya yang tajam menikam. Matanya tertumpu ke arah tubuhku. Melirik dari atas hingga ke bawah. Tubuhku bagaikan ditelanjangi oleh panahan matanya. Aku jadi serba – salah. Mahu tak mahu terpaksa juga aku gagahi menghulurkan minuman itu kepadanya.

“Sayang jugak awak kat saya ” Zaqrie tersenyum sinis. Meneguk air yang berada ditangan.

“Emm..manis”

Aku kerut kening. Manis? Apa yang manis. Bukannya air sirap ke, air oren ke cuma air kosong aje. Demam lagi kot. Mungkin kepanasan badannya telah menjejaskan otak Zaqrie. Aku tersenyum dalam hati.

“Manis..tersangat manis” tukasnya lagi dengan senyum simpul.

“Awak ni kenapa? Manis…manis dari tadi”

Zaqrie ketawa. Tubuhnya terasa sihat dan segar dengan kehadiran Adawiya di sisi. Penampilan baru gadis itu membuatkan Zaqrie semakin lama ingin merenungnya.

“Takde apa –apa. Cuma orang yang bagi saya air tadi cukup manis … sungguh ayu” selorohnya.

Aku mencebik. Tak tahu nak berbuat apa – apa. Baru aku sedar apa yang direnungnya. Pujiannya membuatkan pipiku terasa panas. Aku tercegat disitu bagaikan patung. Kaki ingin saja melangkah pergi. Tak larat menahan renungan Zaqrie yang tidak reti surut. Nampaknya dia sudah pulih dan kelihatan semakin segar, rasanya khidmatku tidak lagi diperlukan di sini. Datin Zainab pun satu lama betul menghilang.

“Kalau tak de apa –apa, biarlah saya keluar dulu”

Pantas tangan Zaqrie memaut lenganku. “Nanti dulu Wiya” pintanya. Aku merenung tajam pautan itu. Zaqrie yang tersedar melepaskannya.

“Saya minta maaf” sayu suaranya.

Aku tidak memandangnya. Hatiku terguris. Lebih lama aku disitu lebih tak keruan hatiku.

“Saya pun dah lupa En. Zaqrie. Awak ada buat salah ke kat saya ke?” perliku.

“Wiya ..jangan buat saya macam ni..please. Saya rindu kat awak” rayu Zaqrie. Matanya liar mencari anak mataku. Terpaksa aku memalingkan muka ke arah lain. Bimbang terkena panahan matanya yang penuh berahi.

“Tolonglah .. Zaqrie. Lepaskanlah saya. Jangan ganggu hidup saya lagi. Biarkan saya memilih hidup saya sendiri. Biarkan saya bahagia dengan cara saya.Saya tak mahu hidup dalam bayangan awak. Cukuplah dengan apa yang telah awak rampas dari saya dulu. Lagipun saya sudah bertunang dan saya tak mahu berlaku curang padanya”.

“Kenapa pula awak nak curang?. Saya yang merindui awak, saya yang tergila – gilakan awak dan saya yang mencintai awak separuh mati …cuma saya …saya seorang ..Wiya. Melainkan awak juga punya perasaan yang sama terhadap saya” luah Zaqrie menduga perasaanku.

Aku terkedu. Memang lelaki ini sukar memahami kehendak hatiku. Tahukah kau bahawa kata – kata yang terlafaz dari bibirmu bisa mencairkan hatiku. Bisa meruntunkan jiwaku. Bisa membuatkan aku jatuh cinta. Argh! Lelaki sememangnya tidak pernah mengotakan kata – katanya. Mulut dan hati kata cinta, sayang tapi perlakuannya hanya menyakit hati saja.

Aku benar – benar tak faham apa yang terpendam di kalbunya. Apa yang dia inginkan dari aku? Apa yang bermain difikirannya? Apakah dia ingin melihat aku terseksa. Terseksa dengan sikapnya yang ambil mudah setiap perkara.

Aku dah tak sanggup untuk berlama lagi. Mengulangi permintaanku untuk beredar pergi.

“Saya minta maaf. Saya terpaksa pergi sekarang”.

Zaqrie hanya memandang aku berlalu tanpa sebarang ucapan. Pandangan sayu dan raut wajahnya sugul benar – benar membuatkan hatiku tersentuh. Dikelopak mata manik – manik kaca hampir gugur. Berat langkahku. Berat hatiku meninggalkan rasa cinta disini. Titisan airmata diseka dengan jari. Sakitnya hati, merananya jiwa menanggung kepedihan cinta. Separuh jiwaku telah dihilang. Hilang bersama lelaki ini.

Tanpa disedari, sepasang mata dicelahan birai pintu turut menitiskan airmata. Kecewa dengan apa yang dilihat. Berharap hari – hari yang mendatang akan tercipta kebahagiaan untuk anak bujangnya.

Thursday, April 15, 2010

Diulit DOSA CINTA...23

BAB 23

Restoran di tepi pantai Lido terasa nyaman ditiup bayu laut. Angin sepoi – sepoi bahasa menyapa – nyapa ke muka. Sentuhan angin yang dingin menyejukkan tubuhku. Aku membetulkan tudungku yang sedikit terusik oleh sang bayu. Ikram hanya memerhatikan gerak-lakuku dengan lirikan senyum.

“Kenapa pandang macam tu?”.

“Awak terlalu cantik Wiya. Bertambah ayu dengan bertudung. Bertuah saya”

Aku menunduk malu. Pujian Ikram menambahkan lagi rona merah dipipiku yang sudahpun tersedia merah dengan ‘blusher’ nipisku.

“Dahlah…jangan pandang – pandang lagi. Tak selesalah ..wak” aku mengerling ke arahnya.

Ikram ketawa kecil. “ Kalau boleh saya nak pandang awak aje… selama – lamanya, tak nak pandang lain dah” gurau Ikram dengan matanya masih terus menatap wajahku.

Mungkin Ikram terpegun melihat perubahan diriku. Aku mula bertudung apabila statusku berubah menjadi tunangannya. Aku ingin penampilanku lebih muslimah. Imej baru ini bakal membawa nama dan maruahku mahupun maruah Ikram. Aku perlu memelihara dan menjaga nama baiknya dan keluarga.

“Awak ambil cuti lama ke?” soalku untuk mengalih topik perbualan.

“Esok saya balik KL. Kenapa?”

“Err…takde apa – apa. Awak….” Kata – kataku terhenti disitu. Memberi laluan kepada pelayan untuk menghidangkan menu yang ditempah tadi.

“Emm…sayang nak kata apa tadi” Ikram mengulangi soalanku.

“Saya ingat saya nak kerja. Bosan duduk rumah tak buat apa – apa. Apa pendapat awak”.

Wajah Ikram bertukar serius tapi masih tampak tenang. Matanya merenung dalam anak mataku. Kemudian renungannya beralih ke jari – jemariku yang bermain – main dengan sudu dan garfu di atas meja.

“Eh! kenapa dengan jari awak Wiya” Ikram mencapai tanganku, kemudian membelek jariku yang melecet teruk. Luka dan sedikit lebam. Cepat – cepat ku tarik kembali tanganku.

“Err..takde apa – apa lah wak. Sikit aje ni. Jari saya tersepit laci meja” aku berbohong. Gusar juga jika Ikram mengetahui aku masih memakai cincin pemberian Datin Zainab. Puas aku menariknya keluar semalam. Begitu sukar seolah – olah cincin itu mahu melekat terus dijariku.

“Sikit awak cakap. Teruk jugak lebamnya saya tengok. Tapi kesan lukanya macam bukan tersepit laci aje” Ikram kelihatan curiga.

“Ala…sikit aje ni. Saya dah bubuh ubat. Esok lusa baik la dia” jawabku. Nada suara sengaja aku keraskan agar Ikram tidak terlalu risau melihat keadaanku.

“Emm..kalau dah macam tu kata awak. Lain kali hati – hati ya sayang” Ikram beralah tatkala melihat wajahku sudah ditarik masam.

Fuh! Lega…kalau dia tanya lagi mesti kantoi aku. Aku tak mahu dia tahu dan berprasangka buruk nanti.

“Awak…macam mana permintaan saya tadi tu” soalku kembali sekaligus topik perbualan bertukar isunya.

“Yang mana satu” Ikram pura – pura tak mengerti. Sebetulnya, dia tidak mahu Adawiya bekerja. Dia punya sebab tertentu. Adawiya akan lebih terdedah dengan pergaulan yang boleh menjurus kepada peluang untuk rahsianya terbongkar.

“Eeii…teruk betul awak ni. Kalau awak tak bagi …takpe lah” aku buat – buat rajuk. Mulut kumuncungkan sedepa.

Ikram merengus kecil. Menghembuskan nafas perlahan - lahan. Terpaksa beralah.

“Yelah..yelah..suka hati awak. Tapi ingat….cari kerja kat sini aje. KL tu dah penuh sesak...tak sesuai buat awak. Lagipun saya sayangkan awak Wiya. Saya tak nak awak dirampas semula oleh lelaki tu. Faham – faham aje lah maksud saya tu”bebel Ikram seakan mengalah dengan rajukku. Terlalu berterus – terang. Tergamam aku dengan kata – katanya.

Dia tidak mahu aku dirampas oleh lelaki itu. Siapa? Zaqrie?...aku tersenyum dalam hati. Takut rupanya…

Selesai makan malam, Ikram menghantar aku pulang. Jauh juga perjalanan, hampir satu jam untuk sampai ke Kulai Jaya. Aku tertidur disepanjang perjalanan itu.

Setiba dirumahku, Ikram menghulurkan sebuah beg kertas berjenama sebelum beredar.

Beg kertas itu dibuka dan aku mengeluarkan sesuatu di dalamnya. Sepasang kain berwarna merah jambu lembut yang sungguh cantik. Aku suka dengan pilihannya.

Aku merebahkan diri ke atas tilam empuk dengan tubuhku disaluti kain pemberian Ikram. Memandang siling dan tersenyum - senyum sendiri. Terngiang – ngiang ditelingaku kata – kata Ikram sebentar tadi.

Ikram takut aku dirampas oleh Zaqrie. Betulkah?..senyumanku semakin lebar. Ah! alangkah bahagianya jika itu benar – benar berlaku. Aduh! Apa aku merepek ni. Apakah aku mengharapkannya berlaku? Tak pasti….

Akhirnya…aku terlelap. Lena dalam mimpi indahku.


***************

“Salina!!!” jeritan singa betina mengaum sekali lagi.

Salina pura – pura tidak mendengarnya. Dia tahu mesti singa betina tu akan memerintahnya lagi. Salina muak dan jelik dengan perangainya yang semakin menjadi – jadi.

Huh!...berlagak macam bos pulak padahal kau tu setiausaha aje memerangkap HR. Itupun kalau tak kerana aku yang buat semua kerja tu, alamatnya hancurlah ofis ni…Salina merungut – rungut dalam hati.

“Hoi! kau pekak ke, aku panggil pun tak dengar” Jerit Mastura sambil menghempas fail ke atas mejaku.

Eeeii..melampaunya betina ni…takpe Salina… sabar..sabar…

“Maaf Cik Mastura, semasa nama saya dipanggil tadi saya sedang menjawab panggilan telefon. Maka saya tidak dapat menyahut panggilan cik itu. Maka maafkanlah saya ye” jawab Salina dengan nada yang teramat sopan di alam maya. Sengaja. Dia ingin memerli Cik Singa Betina yang sudah melampaui batasan itu.

Semakin hari semakin meluat sikapnya. Hanya dalam masa seminggu saja Mastura telah dapat menakluki kakitangan di syarikat ini. Mengeluarkan arahan kepada kakitangan bawahan tanpa kelulusan dan bertindak mengikut emosinya sesuka hati. Dia merasakan dia punya kuasa mutlak di syarikat ini. Perasan!

“Banyak alasan. I want this report to be done. Now! “ jeritnya lagi.

Eeiii..naik pekak telinga aku, bentak Salina dalam hati.

“Ikram mana?” soal Mastura sambil pandangan melilau ke arah bilik Ikram yang masih gelap.

Salina menjongket bahu. Kakitangan yang lain saling pandang – memandang. Kelewatan Ikram menjadi tanda tanya.

“Sudah! Yang lain buat kerja. Jangan nak menyibuk hal orang. Salina bagi tahu aku kalau Ikram dah sampai. Suruh dia jumpa aku, faham!” arahan betina singa yang tak boleh dibantah sama sekali. Akibatnya nahas.

“Hah! apa lagi tercegat.Terhegeh – hegeh. Cepat! Kejap lagi Tuan Zaqrie ada meeting dengan client” perli Mastura lalu beredar dari situ. Salina mengajuk gaya lenggang – lengguk Mastura dari belakang. Kakitangan yang menikus tadi mula tersengih – sengih melihat aksi Salina. Mereka hanya berani ketawa setelah kelibat Mastura hilang dipandangan.

“Ceh! Ingat aku takut ke. Baru jadi ‘secretary’ dah nak berlagak. Kalau kau nak cepat buat lah sendiri. Aku bukan kuli batak kau” laung Salina tak berapa jelas. Takut jugak kalau didengari si singa betina tu. Bukannya takut apa. Kalau dibuangnya kerja nanti nak makan apa pulak. Salina segera mencapai fail tersebut.

Tangan pantas menaip.

“Kesian kau Sal” terpacul Hamidi dibelakangnya dengan senyum sumbing.

“Aaa..kalau kesian tolong aku photostat benda ini” Salina menghulurkan beberapa helai kertas kepada Hamidi.

“Baaiiikk….puan” Salina bagaikan nak tergelak. Aksi Hamidi memberi tabik kepadanya amat melucukan.

“Pssttt….Salina. Bos besar dengan bos muda dah naik” Satu lagi tukang ‘info’ kat ofis ni. Kalau pasal bos datang atau tidak, mesti dia orang pertama yang dapat tahu dulu.

Bertungkus lumus Salina menyiapkan laporannya itu. Bimbang juga kalau – kalau laporan itu tidak dapat disiapkan, pasti bos mudanya akan naik angin. Seingat Salina setelah ketiadaan Adawiya di pejabat ini, angin bos mudanya itu selalu tak betul. Muka pulak kurang manis sejak akhir – akhir ini...serius sepanjang masa. Lepas tu, tak pernah nak duduk lama kat pejabat ini. Sukar betul dijangka ‘mood’nya yang macam bom jangka. Boleh meletus bila – bila masa.

“Morning dato’ …En Zaqrie” Mastura menyambut mereka dengan senyuman manis. Matanya terus menatap wajah Zaqrie tanpa segan silu.

Mastura membuka pintu untuk kedua bosnya itu. Dia sanggup menghambakan diriya semata – mata untuk mendekati Zaqrie. Walaupun jawatan yang ditawarkan tidak seberapa, namun dia rela. Jawatan yang lebih tinggi bukan lagi menjadi impiannya. Kini impiannya hanya satu…untuk memiliki Zaqrie. Kalau dulu dia tewas tapi sekarang tidak. Dia punya agenda yang telah dirancang rapi.

“Mas …make me one cup of coffee please!” pinta Dato Zaid sebelum memasuki biliknya.

“Baik dato’…err…En Zaqrie?”

“No ..thanks” Zaqrie berlalu pergi dan menghempas pintu bilik pejabatnya.

Huh!...masih berlagak kau ya. Mastura geram. Genggaman pen ditangannya hampir patah kerana kegeraman dengan sikap Zaqrie yang dingin terhadapnya.

Sabar Mas..hari kau akan tiba. Mastura menyakinkan dirinya sendiri.

“Mas…Mastura!” . Dia berpaling. Terkejut sambil mengurut dada.

Zaqrie yang muncul tiba – tiba dari arah belakangnya.

“Awak bebel apa tadi”

“Errr….tak ada apa – apa abang Rimie” Mastura gugup kerana masih terkejut.

Wajah Zaqrie bertukar serius. “So many times I told you, don’t call me that name okay. This is office not your home”.

“Oh! I’m sorry …En Zaqrie”

“Don’t do it again” Zaqrie memberi amaran. Pantang namanya dipanggil begitu lebih – lebih lagi di pejabat ini. Tidak professional langsung. Terkulat – kulat muka Mastura memandang wajah Zaqrie yang bengis.

Tapi kesian jugak aku tengok muka dia ni….hatinya berkata.

Zaqrie berlalu menuju ke bilik papanya. Langkahnya terhenti seketika dan dia berpaling semula memanggil setiausaha barunya itu.

“Err..Mas tolong batalkan meeting I pagi ni dan esok sekali. I got urgent things to do tomorrow”. Sengaja memberi alasan.

“Baik En Zaqrie” .

Daun pintu dikuak dan Zaqrie hilang dipandangan.

Mastura tertanya – tanya. Apa yang ‘urgent’nya? Dia kembali membuka diarinya untuk memeriksa catatan jadual harian Zaqrie.

Emm…esok..esok…takde apa – apa pun. Hairan?. Aku mesti siasat kemana dia pergi…Mastura tersenyum sinis.

Wednesday, April 7, 2010

Diulit DOSA CINTA...22

BAB 22

Ikram memilih sepasang kain ‘siffon’ berwarna merah jambu lembut bermotifkan bunga – bungaan kecil. Sesuai buat Adawiya pada firasatnya. Dia tersenyum sendiri sambil meminta jurujual itu memotong kain tersebut untuknya.

“You beli kain ni untuk I ke, Am. I tak suka lah ‘colour’ nya lembut sangat. Apa kata yang ini” pinta Zurina tanpa sedar kain itu bukan untuknya. Dia menunjukkan sepasang kain berwarna hijau terang bermotifkan dedaun yang disukainya.

“Kalau you suka ambillah tapi yang ini bukan untuk you” jawab Ikram selamba.

“Bukan untuk I, habis tu untuk siapa?” Zurina mula berangin.

“Err..untuk adik I” bohong Ikram. Zurina terdiam. Anginnya sedikit mengendur.

“I ingatkan untuk siapa tadi. Risau I tau. You pun satu, kenapa tak cakap nak belikan untuk Marini. I boleh pilihkan. Lagipun I tahu citarasa adik ipar I tu”. Tanpa dipinta, Zurina mula memilih beberapa corak kain yang sesuai buat Marini.

“Kalau you nak pilih..pilihlah tapi cepat sikit. I nak gerak awal malam ni. Lewat sangat nanti takut I mengantuk pulak” arah Ikram setelah membuat bayaran untuk kain tersebut.

“I tunggu you kat luar”.

Ikram berlalu pergi meninggalkan Zurina tanpa dapat berkata apa – apa. Zurina merengus geram. Salahkah jika dia ingin Ikram menemani dirinya sebelum berangkat. Salahkah juga jika dia ingin menghabiskan masanya dengan Ikram untuk malam ini saja. Atau salahkah juga jika dia ingin bermanja dengan Ikram dalam waktu yang singkat ini.

Zurina hampa. Hampa dengan sikap Ikram yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Tiada kemesraan. Tiada jua gurauan seperti sebelumnya. Antara mereka seakan ada jurang. Jurang yang bisa memisahkan hubungan cinta mereka.

Pelik!. Fikirannya mula diracuni berbagai syak wasangka. Kenapa Ikram perlu tergesa – gesa pulang ke kampung. Siapakah yang menantinya di sana. Dia seolah – olah tidak sabar untuk menemui seseorang.

Ringan mulut ingin bertanya, namun akalnya menegah. Dia perlu bersabar. Mungkin Ikram ‘stress’. Tertekan dengan majlis perkahwinan mereka yang bakal menjelang tiba. Zurina terpaksa menyejukkan hatinya sendiri.

Setelah membuat bayaran, Zurina keluar mencari Ikram. Kelihatan Ikram sedang bercakap – cakap menerusi telefon bimbitnya, kemudian panggilan itu segera dimatikan apabila Zurina muncul dihadapannya secara tiba – tiba.

“You call sapa tadi tu” soal Zurina dengan dahi yang berkerut.

“Err… Marini. I cakap you belikan dia kain. Dia suka sangat. Tak sabar nak tengok kain tu. Dia nak pakai masa ‘wedding’ kita nanti” jawab Ikram dengan nada sedikit gementar. Bimbang sekiranya Zurina mendengari perbualannya sebentar tadi.

“Oh! Ya ke?. I dah agak dah, mesti dia suka apa yang I beli untuk dia. Bukan macam you, pilih warna pucat aje. Tak sesuai untuk adik you tu”

“Yelah. You aje yang pandai pilih…bijak membeli” Ikram pura – pura merajuk. Sedangkan dia berasa amat lega kerana Zurina tidak mengesyaki apa – apa darinya.

“Emm..tahu pun you. I memang pandai” akui Zurina dengan jelingan manja.

“Nah! Ini ada dua pasang kain, I belikan untuk adik you tu. Make sure dia buat fesyen paling ‘glamour’ untuk ‘wedding’ kita nanti. Ingat tu” Zurina memberi amaran sambil menyerahkan bungkusan kain kepada Ikram.

“Okay…you jangan risau. Jomlah…dah lewat sangat ni. Nanti I penat pulak nak ‘drive’.”

“You ni tak sabar betul. Ada sesiapa ke yang you nak kejar kat kampung tu” duga Zurina dalam ragu.

“Eh! ke situ pulak. I kejar masa...sayang” rayu Ikram sambil mencuit dagu Zurina. Dia melirik senyum. Pujukan Ikram menyejukkan hatinya kala ini.

Senyuman Zurina menandakan Ikram berada di situasi selamat. Malam ini dia perlu berangkat segera kerana majlis pertunangannya akan diadakan esok sebelum Zohor. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum majlis itu bermula. Kelancaran majlis pertunangan itu amat dititikberatkan olehnya. Inilah saat yang ditunggu – tunggu oleh Ikram sejak bertemu dengan gadis itu beberapa tahun yang lalu dan Ikram tidak mahu merosakkannya dengan perkara yang remeh.

Setibanya di banglo mewah itu, sebelum melangkah keluar Zurina menguncup tangan Ikram dan membisikkan sesuatu kepada buah hatinya itu. Ikram tersenyum.

“Luv you too” ucap Ikram penuh romantis. Zurina tersenyum riang mendengar ungkapan itu.

“Okay…drive carefully sayang. Don’t forget to call me bila dah sampai nanti”

“Okay” jawab Ikram ringkas. Dia segera menekan pedal dan memecut laju menuju ke lebuhraya.

Hatinya tak sabar – sabar untuk menemui cintanya. Dalam masa yang sama dia tetap memikirkan bagaimana cara untuk memberitahu Zurina bahawa cintanya sudah pudar buat gadis itu. Hubungan mereka perlu diakhiri.

Argh! biarkan sementara waktu. Selagi Adawiya di sana Zurina kat sini, rahsia ini tidak akan terbongkar….bicara hati kecil Ikram sambil tersengih sumbing.

***********************************

Kemeriahan majlis pertunangan berjalan lancar walaupun disambut dengan sederhana. Gelak ketawa dan keriuhan sanak saudara yang bertandang mengundang pelbagai cerita dan kisah antara mereka yang jarang berjumpa. Inilah masa yang dapat mereka luahkan bersama.

Ibu, kakak , abang termasuk anak buahku Hafiz turut menceriakan majlis pertunanganku ini. Cuma abah kelihatan agak sugul. Sememangnya dari mula lagi abah kurang bersejutu dengan keputusanku ini. Agak drastik dan mengejutkan.

Aku tidak punya pilihan pada masa itu selain menerima Ikram. Di saat aku berduka dia hadir menghulurkan kasihnya yang ku anggap terlalu tulus dan ikhlas. Tidak sedikitpun dia memandang serong terhadapku atas kejadian malang itu malah dia tidak pernah mengungkit kisah itu hingga ke hari ini.

Ikram terlalu ‘gentlemen’ pada hematku. Tidak seperti Zaqrie. Lelaki itu ku anggap seorang yang pengecut. Aduh! mengapa fikiranku masih tak henti – henti memikirkannya.

“Amboi!..cantiknya adik kakak ni”. Adamina muncul di muka pintu dan menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup manis . Aku membalas senyuman itu.

“Terima kasih ..long”. Kuncupan sayang buatku dikedua belah pipi.

“Macam mana perasaan adik sekarang?”

“Okay..”

“Aik! Okay aje…bukan sepatutnya gembira..suka atau seronok ke?”. Adamina mengerut kening. Salina ketawa kecil dibelakangku. Aku menguisnya dengan siku.

“Along ni…saja tau. Nak mengenakan orang la tu” aku buat – buat rajuk. Adamina pantas ketawa sambil memeluk bahuku.

“Eeiii…teruk betul adik ni, sensitif sangat. Takkan sekarang ni dah tak boleh gurau kot” seloroh Adamina untuk menyakatku lagi. Sebetulnya aku terhibur dengan gelagatnya. Sentiasa menyuntik kata – kata semangat kepadaku dan menyokong setiap keputusan yang ku buat. Tanpanya pasti aku sudah tersungkur.

“Eh! kejap long. Ada mesej masuklah. Sal, tolong ambilkan ‘handphone’ aku tu” pintaku sebaik saja lagu ‘please forgive me’ nyanyian Bryan Adam berkemundang di telefon bimbit. Aku sukakannya. Lagu itu besar pengertianya buat diriku. Sengaja aku memuat turunkan lagu itu.

Aku menekan butang mesej. Terpaku seketika. Zaqrie?…bisik hatiku. Tiba – tiba hatiku berdebar – debar. Aku tekan lagi.

Tahniah!....

Itulah pesanan ringkas Zaqrie yang bisa membuatkan hatiku jadi tak keruan. Perasaan sebak menyapa tiba – tiba. Aku cuba menahan setitis airmata yang hampir gugur. Semakin lama aku menahannya semakin banyak pula airmata bergenang di kelopak mata.

Aku terus berlari menuju ke bilik air. Tidak mahu dilihat oleh sesiapa, namun kedukaanku terlebih dahulu dapat dihidu oleh Salina. Dia mengekori langkahku dibelakang.

“Wiya..kenapa dengan kau?”. Cepat – cepat aku menyeka airmata yang mengalir di pipi. Namun aku tidak dapat menyembunyikan kesedihanku dihadapan Salina. Pada bahunya kusandarkan segala tangisku. Dia mengambil telefon bimbitku lalu membaca mesej itu.

“Emm…aku dah agak dah. Mesti bos ‘sengal’ aku tu yang bagi mesej. Kalau tak, kau takkan jadi macam ni” marah Salina sambil mematikan terus telefonku.

“Sudah..kau jangan sedih – sedih lagi. Tak usah dilayan bos aku yang pengecut tu. Aku bengang gak dengan apa yang dia buat kat kau tapi nasib baik Ikram datang selamatkan keadaan kau. Aku kagum lah … dengan kejantanan dia tu”

Sambil mengesat sisa airmata aku mengiakan kata – kata Salina. Sekadar anggukan lemah yang mampu aku tunjukkan emosiku saat ini.

“Adik cepat sikit. Pihak lelaki dah datang tu” jeritan kecil kakakku diluar memaksa aku memperkemaskan semula diriku. Salina turut membantu.

Berlari anak menuju ke meja solek. Salina menyapu dan membetulkan solekan pada wajahku. Sekadar solekan tipis sudah membuat wajahku tampak berseri dan menyerlahkanlah lagi keayuan.

Busana ringkas padat dengan labuci dan renda hasil rekaan pereka terkenal yang ditempah khas oleh Ikram membuatkan susuk tubuhku kelihatan anggun dan elegan. Sekali – sekala aku mengerling di cermin solek. Melihat diriku sendiri. Cemas juga rasanya.

Dan Salina seakan menyedari perlakuanku.

“Relax kay…” dia menenangkan perasaanku yang gemuruh.

Aku menanti penuh debar.

Upacara menyarung cincin disempurnakan oleh ibu saudara Ikram. Aku menyalam dan menguncup tangannya.

Pancaran lensa kamera berkerlipan dipelbagai arah bagaikan percikan bunga api. Ramai sanak – saudaranya mahupun saudara sebelahku berebut – rebut ingin bergambar denganku. Kesian jugak dengan Salina yang menjadi tukang susun atur. Nasib ada dia. Mulutnya yang ramah dan petah itu mampu mengendalikan keriuhan di situ.

Terasa seperti artis pulak. Aku rasa geli hati. Namun tidak pernah jemu aku mengukir senyuman buat mereka semua. Semuanya memuji – muji kejelitaanku dan kebijaksanaan Ikram memilih pasangannya.

Kembang juga rasa dipuji begitu. Aku masih bertahan mengukir senyum hingga rasa letih urat – urat di pipi.

Usai bergambar, aku bersalam – salaman pula dengan pihak lelaki yang ingin berangkat pulang. Ada yang salam saja…ada yang mencium kedua pipiku dan ada juga yang memelukku berkali - kali. Bahagianya rasa. Terasa diri begitu disayangi.

Kini, tinggallah aku sendirian. Kamar yang tadi penuh keceriaan bertukar sepi. Kesunyian mula mengamit apabila semua sanak saudara beransur – ansur pulang.

Aku duduk menatap cincin di jari. Cantik!...mungkin mahal harganya. Ikram membelinya tanpa pengetahuanku. ‘Surprise’ katanya. Agak longgar sedikit tapi tidak begitu ketara.

Aku terpandang sebuah kotak kecil berukiran yang diperbuat dari perak di atas meja solek. Aku kenal pemilik kotak itu. Sebentuk cincin berlian dikeluarkan dan ku sarung semula ke jari manisku sebelah kiri.

Cuba – cuba membuat perbandingan antara kedua cincin itu. Ternyata cincin disebelah jari kiriku lebih bermakna padaku. Cincin yang satu lagi ditatap dengan satu pandangan kosong.

Entah mengapa…..

Sukar ku mengerti bahasa hatiku sendiri. Semakin aku memaksa hatiku untuk membuangnya semakin aku teringatkan dia. Rupanya tanpa sedar aku merinduinya. Ah! hati….

Cepat – cepat aku tanggalkan cincin itu. Tidak mahu kenangan lalu terus menghantui fikiran dan hati. Aku harus memulangkannya. Lagipun aku sudah menjadi tunangan orang. Tidak manis jika menyimpannya lagi.

Aku memusing – musingkan cincin itu dijari. Namun sukar pulak untuk ditanggalkan.

Aduh!..ketatnya. Argh...sudah! tak boleh tanggal pulak.

Macam mana ni? ….

Diulit DOSA CINTA...21

BAB 21

“Bila adik kau balik” soal Zaqrie yang duduk bertentangan dengan Malik.

“Emm…hampir sebulan kot” jawab Malik acuh tak acuh sambil mengacu pemetik api ke batang rokok yang sudah bertenggek dibibirnya.

“Kenapa kau tanya?” soalnya kembali.

“Tak de apa – apa.Saja ....”. Wajah Zaqrie sedikit ragu.

“Ala…kau jangan risaulah adik aku tu dah berubah. Kalau tak, jejak aje kaki dia kat bumi Malaysia ni, orang pertama yang dia cari mesti kau tapi kali ini tidak. Nama kau sikit pun tak berbunyi sampailah ke hari ni” ujar Malik panjang lebar. Hembusan asap rokoknya berkepul – kepul di udara.

Cuba nak menyedapkan hati dan perasaan aku la tu…detik hati Zaqrie yang mula rasa kurang enak.

Malik menghulurkan rokok. Zaqrie mengeleng menolak. Lama benar dia tidak merokok. Sudah dilupakan hobinya itu sejak alpa dalam dunia cinta.

“So, kau macam mana sekarang? ‘havoc’ betul cerita kau tempoh hari. betul – betul hebat kau sekarang. Nasib member kita tak de, kalau tak habis kau kena kutuk. Apa cerita bro, nak jugak aku dengar dari mulut kau sendiri” pinta Malik dengan sengih yang meleret – leret.

“Banyaklah kau punya hebat…tak payah nak perli aku”

“Ala! relax beb…takkan marah pulak. Apa jadi malam tuu…” tukasnya lagi sambil menjongket kening. Sengih yang semakin dilebarkan.

“Ceh! Kau pulak yang seronok”

“Hisy…part ni memang aku suka beb. Dahlah aku tengah gersang ni. Mana taknya, adik aku asyik melekat aje kat kondo aku tu. Rimas aku. Nak ‘projek’ pun payah kau tau. Sampai Suzana pun dah merajuk dengan aku” rungut Malik bersahaja.

“Susah sangat kahwin aje lah. Tak de sapa kacau. Lagipun sampai bila kau nak jadi macam ni Mal. Nanti tak sempat bertaubat pulak” tegur Zaqrie hanya untuk mengingati kawanya itu termasuk dirinya sendiri.

Entah mengapa dia berfikir begitu, dia kurang pasti. Benaknya kini penuh dengan pertanyaan dosa, pahala , taubat, amal ibadat dan macam – macamlah lagi. Sukar ditafsirkan dengan ilmunya yang cetek itu.

“Oii! Pedas tu”

“Aku cakap yang benar aje. Tapi terpulanglah kat kau nak ikut cakap aku ke tidak”

“Nanti aku fikirkanlah” Malik menghirup minumannya. Kemudian menyambung semula bicaranya.“ Kenapa kau tak nikah budak tu?”

“Siapa?” Zaqrie pura – pura tak mengerti. Ingin lari dari menjawab soalan itu.

“Eleh! tak payah nak berlakon. Aku sampai hari ni terkejut giler. Kepala otak aku ni tertanya –tanya kenapa kau tak nak kahwin dengan budak perempuan yang kena tangkap bersama dengan kau tu..emm…siapa namanya ..lupa pulak aku” .

“Adawiya” cepat Zaqrie menjawab.

“Hah! Adawiya …oh! Adawiya…gadisku. Wajah mulus idamanku. Bibirmu mungil yang seksi, menghairahkan dalam nafsuku sendiri…aku hanyut dibuai gelora… asmara…hahaha” ajuk Malik seperti gaya orang berpuisi sambil ketawa kegelian.

“Hoi! Hoi!...jangan lebih – lebih aah. Aku belasah kang” bentak Zaqrie yang sudah bangun dari duduknya. Bengang dengan sindiran Malik. Mahu saja ditumbuk mulut kawannya itu.

“Okay..okay…I’m sorry” pinta Malik ala – ala Amir dalam Raja Lawak.

“Dah..geli aku tengok kau macam tu”

“Tahu pun ..aku pun geli gak” . Serentak itu mereka ketawa berdekah – dekah bersama.

“So..macam mana sekarang” soal Malik lagi.

“Macam mana apa?”

“Kisah kau tu ler”

“Over…”

“Tu aje…”

“Emmm….” Jawab Zaqrie bersahaja sambil mengangguk tak ikhlas.

“Kau masih sayang kat dia tak” duga Malik, ingin tahu.

Zaqrie diam. Hatinya bergelora menahan rindu kepada gadis itu. Kenapalah disebut – sebut nama itu di saat ini. Saat yang dia perlu masa untuk melupakannya.

“Kita lupakanlah Mal. Aku nak tanya pasal adik kau tu. Apa Mas buat sekarang ni” Zaqrie mengelak dari menjawab soal hati dan perasaannya.

“Tengok…aku tanya lain, kau jawab lain. Tapi aku tahu kau macam mana Zaq. Bukannya sehari dua aku kenal kau. Kalau dah sayang seseorang tu, sampai ke mati. Lagipun tak pernah kau jadi macam ni setahu aku, mesti ada sebabnya kan” serkap Malik dengan berbagai andaian.

“Dah tahu lagi mau tanya…dah lah serabut aku. Soalan aku tadi tu nak jawab ke tidak. Kalau tak nak, aku blah dulu” ugut Zaqrie dibuat – buat.

Sambil merengus kecil, Malik perlahan – lahan menghembuskan asap rokoknya yang hampir ke penghujungnya

“Ala …adik aku tu nak buat apa lagi ..tanam anggurlah. Penganggur terhormat. Kerjanya asyik ulang – alik rumah mak bapak aku ke kondo aku tu. Sampai naik kusut kepala otak aku. Asal kau tanya” jelas Malik.

“Saja. Kenapa dia tak kerja dengan syarikat daddy kau”.

“Entah. Dah ‘offer’ tapi dia tak nak. Katanya tak mencabar kerja kat situ. Lagipun dia tak nak kerja bawah aku. Eh!..apa kata adik aku tu kerja kat tempat kau. Sekarang ni ada kekosongan kan. Apa pendapat kau?” cadang Malik untuk adiknya, Mastura. Satu – satunya saudara kandung yang dia ada . Amat disayanginya dan diambil berat segala hal tentang Mastura.

Zaqrie terdiam dan berfikir. Perlukah dia menerima cadangan Malik itu. Gusar juga hatinya. Bimbang peristiwa lama berulang kembali. Kegilaan Mastura terhadap dirinya dulu menyebabkan gadis itu sanggup melakukan apa saja demi cintanya.

Mastura pernah cuba mencederakan dirinya dalam erti kata membunuh diri apabila cintanya tidak dibalas oleh Zaqrie. Semenjak dari itu, Zaqrie tidak lagi mendengar kisah Mastura walaupun dari mulut abangnya sendiri.

5 tahun Mastura membawa diri ke luar negara, kini dia kembali dengan imej yang baru. Zaqrie suka dengan penampilan baru Mastura. Ayu dan manis bertudung. Tercuit juga hatinya tatkala bertembung dengannya pagi itu. Mastura juga kelihatan amat sopan dan lembut tuturnya. Tidak seperti sebelumnya yang agak kasar dan terlalu gedik. Hampir rimas dibuatnya.

“Hoi! Termenung pulak dia. Macam mana dengan cadangan aku tu. Okay ke tak?” sergah Malik mematikan lamunan Zaqrie.

“Suka hati kau lah. Tapi kalau apa – apa berlaku nanti jangan kau salahkan aku pulak. Kau faham – faham aje lah maksud aku tu” jawab Zaqrie selamba.

“Ala..selama ini ada aku salahkan kau ke?”. Malik mencemik.

“Sekarang ni dia dah berubah, beb. Tak macam dulu lagi. Aku tengok dia sekarang alim semacam. Sembahyang ..mengaji… walaupun teruk sangat aku dengar bacaannya. Dah tak keluar malam lagi ...sejuk hati aku. Mummy dan daddy aku pun teruja giler dengan perubahan dia tu. Mereka tengah nak carikan jodoh untuk dia, tapi yang penting nama kau tak tersenarai langsung. Almaklumlah, nama kau kan dah tercemar pasal kes tangkap khalwat tu, so malu laa…” luah Malik panjang lebar.

“Pandai kau kutuk aku. Nah! Amik sebiji”

Sepantas kilat Zaqrie membaling seketul kuih apam ke arah Malik. Dia mengelak. Balingan itu tidak mengena, tersasar ke arah belakang. Malik ketawa berdekah – dekah. Zaqrie bengang. Namun begitu dia berasa amat lega kerana tidak perlu lagi risau tentang Mastura.

Ah! banyak betul perkara yang berlaku dalam hidupku. Moga aku dapat menghadapinya tanpa kau disisi…keluh Zaqrie sendirian. Dihatinya tetap ada cinta buat Adawiya.

“Sudahllah tu beb. Mengeluh sorang – sorang. Aku pun dah tak jadi kerja layan kau ni. Dah, Jom blah!”. Malik sudah mengangkat punggungnya. Zaqrie turut bangun membuntuti belakang Malik. Mereka beredar pergi menuju ke lot parking. Enjin kereta menderu ke jalanraya mengikut hala tuju masing – masing.