Monday, October 19, 2009

Diulit DOSA CINTA...4

BAB 4


Pagi yang mulai mencerah bangkit menyinari dada langit, perlahan - lahan memancarkan cahayanya ke seluruh alam semesta. Kokokan ayam yang memecah kesunyian diselangi kicauan burung - burung memberikan satu irama yang harmoni di waktu pagi. Kebanyakkan manusia masih bermalas – malasan untuk meneruskan tugas harian dan ada juga yang terus lena diulit mimpi yang indah.

Adawiya cuba membuka mata, kepalanya terasa amat berat sekali seolah – olah dihempap batu besar. Badannya juga terasa sakit dan lenguh, tak terdaya langsung untuk bangun. Kesan daripada ubat yang diambil malam tadi agaknya.

Tiba – tiba dia tersentak apabila merasai sesuatu yang bergerak di dalam selimutnya! Alangkah terperanjatnya Adawiyah apabila mendapati seorang lelaki tanpa pakaian lena di sebelahnya dan melihatkan dirinya juga…masyaallah! apalagi terus dia melompat dari atas katil sambil menarik selimut agar dapat menutupi tubuhnya yang juga tidak berpakaian.

“hoi!..”, serentak itu Zaqrie turut terkejut lalu bingkas bangun dan cuba menarik hujung selimut yang sedikit terjulur.
“Eh! Apa ni, jangan…” Adawiyah menyentap semula selimut itu. Zaqrie terpaksa beralah dan kelam kabut mencari baju dan seluarnya. Adawiya menutup mata. Malu dia melihat lelaki itu yang sedang menyarungkan seluarnya.

Adawiya berdebar – debar dan merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap dirinya. Tapi kenapa aku tak sedar? Kenapa aku tak ingat langsung apa yang berlaku malam tadi. Apa dah jadi ni? Aku cuba mengingatinya tapi gagal. Terasa badanku masih sengal dan bahagian sulitku pula sedikit pedih.

“Awak siapa? Apa awak buat kat bilik saya? Macamana awak boleh masuk? Apa yang telah awak lakukan pada saya? …bertalu - talu soalan
keluar dari mulutku. Airmataku sudah bergenang dikelopak hampir menitis, hatiku tak keruan.

Mak oii…banyaknya soalan. Berputar kepala Zaqrie cuba menafsir satu persatu soalan yang keluar dari mulut gadis itu. Benarkah gadis itu tidak mengerti ataupun dia berpura – pura untuk memerangkap aku maklum la ..aku kan anak dato’, gumam Zaqrie di dalam hati sambil meraup muka dan menyisir rambutnya ke belakang.

“Mustahil awak tak tahu apa yang telah saya lakukan pada awak”, Zaqrie tersenyum sinis. Matanya kecil melihat gadis itu.
“Bukankah kita ada perjanjian, masakan awak sudah lupa”.
“Apa awak cakap ni, perjanjian apa? Saya tak faham”. Adawiya kebingungan.
“Kitakan dah ‘deal’....tubuh awak, duit saya…banyak tu”, balas Zaqrie dengan riak.

Mendengarkan kata – kata Zaqrie, berderailah airmata Adawiya tanpa disekat - sekat. Fahamlah dia akan maksud lelaki itu. Dia menangis teresak – esak di situ. Dia tidak menyangka kesucian dirinya telah dicemari oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Terasa dunianya gelap, sakit hatinya bagaikan dirobek. Akhirnya Adawiya terduduk, berteleku meratapi dirinya. Aku telah dinodai. Airmatanya terus mengalir dan membiarkan anak mata lelaki itu merenung tepat kepadanya. Satu pandangan yang pelik!

Tiada apa yang perlu ditangiskan oleh gadis itu sedangkan perjanjian dibuat atas persetujuan bersama pada fikiran Zaqrie. Zaqrie tidak mahu berlama di situ gusar dia akan terperangkap dengan airmata gadis itu andainya itu hanyalah satu lakonan yang paling berkesan.

Daun pintu dikuak. Marini menjengkulkan kepalanya. Ingin melihat apabila sebentar tadi kedengaran bunyi bising dari bilik kawannya itu. Akan tetapi pandangannya tiba – tiba terpempan pada susuk tubuh seorang lelaki yang berada di dalam bilik itu. Marini tidak terkata. Kelu lidahnya melihatkan keadaan Adawiya yang dibaluti dengan selimut dan berlari meluru ke arahnya.

“Rini …….”, esakkan Adawiya di dalam pelukan Marini semakin kuat. “aaa…aku telah ….”. Terputus – putus suara Adawiya, tak berdaya untuk menghabiskan ayatnya. Marini sebak sambil mengangguk dan mengusap rambut Adawiyah seolah memahami keadaannya.

Hah! Rini?...benar ke apa yang aku dengarkan ni? Zaqrie seperti tidak percaya nama panggilan perempuan yang baru muncul itu. Dia tergamam. Wajahnya menjadi pucat. Tapi kalau diperhatikan cara pakaian dan penampilan perempuan tu, memang ada kemungkinan dialah Marini. Perempuan yang sepatutnya melayani aku. Tapi kenapa bukan dia yang berada dalam bilik ni. Habis tu siapa pulak malam tadi. Alamak! mampus aku…..tiba – tiba Zaqrie mengelabah.

Dia bergegas menuju ke pintu, ingin segera beredar. Tidak mahu terlibat dalam situasi yang meruncing itu walaupun dia tahu satu kesilapan yang amat besar telah berlaku malah lebih dari itu.

“Eeerrrr…..En Zaqrie, tunggu dulu”, pinta Marini, inginkan penjelasan terhadap kejadian yang telah berlaku.
“You Marini ke?.
Marini hanya mengangguk. Adawiya merenggangkan dirinya jauh sedikit, dahinya berkerut. Marini kenal lelaki ini.

“Apa En Zaqrie buat dalam bilik ini?.
Eh! Tanya aku pulak. “Err… I datang seperti yang diminta cuma… I dilayan oleh kawan you tu”, Zaqrie memuncungkan mulutnya ke arah Adawiya yang masih berendam airmata.
“Tapi En Zaqrie tak patut masuk bilik ni. Kan saya dah pesan bilik saya sebelah kanan hujung sana. En Zaqrie dah salah, dah langgar janji kita”, bidas Rini sedikit geram.
“I don’t care. Hujung kanan ke ..kiri ke ..yang penting I dah penuhi semua syarat you. All I did as your request. Dan yang penting you cakap pintu bilik you tidak berkunci so ..i ikut juga. Semuanya perfect plan termasuk gadis yang layan I tu juga”. Senyuman sinis Zaqrie meleret.

“So I puas hati, berbaloi dengan bayarannya kan. And then, you jangan sekali – kali hubungi I lagi atau menuntut hak yang tak sepatutnya. Harap you faham”. Dengan lagaknya Zaqrie melangkah pergi meninggalkan mereka berdua terkesima di situ .

Adawiya tersentak mendengarkan kata – kata Zaqrie. Marini mengenali lelaki ini rupanya?. Sungguh tak ku duga. Marini ada hubungan dengan lelaki ini. Tapi kenapa aku yang dijadikan korban?. Apa salah aku? Adawiya menangis buat sekian kali.

“Kenapa kau tipu aku, Rini. Tergamak kau gadaikan aku pada lelaki ini?”. Hatiku meruntun hiba. Dadaku semakin sakit. Aku tidak betah lagi untuk terus melihat sandiwaranya. Tiba – tiba marahku meruap. Aku benci pada manusia hipokrit seperti Marini, yang selama ini aku percaya malah aku telah menganggapnya sebagai saudaraku sendiri.

“Please!! Wiya let me explain. Aku bukan sengaja dan aku tidak pernah terfikir semua ini akan berakhir begini”, rayu Marini hiba.

“No. cukup! Aku benci …benci pada kau, Rini. Kesucianku tergadai hanya kerana kerakusan kau terhadap wang. Kau tipu aku atas nama persahabatan kita. Dan patutlah selama ini hidup kau mewah! punyai segalanya rupanya kau jual tubuh kau. Aku buta menilai kau Rini”.

Amarahku tidak tertanggung lagi lantas aku segera mengemas pakaianku dan meninggalkan Marini dalam kekeluan. Saat itu juga aku memutuskan hubunganku dengannya dan memadamkan segala memori suka-duka bersama. Aku tidak mahu mengenangnya lagi. Hatiku pedih, jiwaku merana. Bagaimana harus aku menghadapi hari –hari yang mendatang, Ya! Allah…bantulah aku.


No comments:

Post a Comment