Monday, October 19, 2009

CERPEN_Pukulan Cinta

“Diha, cepat – cepat. Abang kau kena pukul dekat belakang kantin”.

Bagaikan halilintar menembusi di gegedang telingaku akan perkhabaran yang disampaikan oleh Maimun, best friend aku yang masih termengah – mengah akibat larian pecutnya itu.

Dengan secepat kilat, aku memecut bagaikan Hussein Bolt, pelari dunia tu dalam acara larian 100m lagaknya. Cewah!

Terpandang akan sekumpulan budak yang sedang mengerumuni abangnya. Bagaikan naik hantu aksinya…

“Woi! Kurang ajar korang. iiiyaaak!!!!....satu tendangan ala - ala Bruce Lee hingap di belakang tubuh Malik. Dia jatuh tersungkur ke tanah. Malik berusaha bangun untuk melawan. Tetapi Madiha lebih cekap membuka langkah, ‘buk’ memberikan satu tumbukan tepat ke muka Malik. Berdarah hidungnya. Tidak cukup dengan itu, Madiha menerajang pula perut Malik sehingga dia kesenakkan. Malik mengerang kesakitan. Celaka! Handal juga perempuan ni. Malik masih mengerekot menahan perutnya.

Madiha puas. Mangsa sudah keletihan untuk melawan. Baru kau tau sapa aku. Tak sia – sia ilmu karate Shibukan 10 DAN yang aku praktikkan selama ni. Sapa tak kenal aku, sang Juara Karate peringkat negeri tinggal nak wakil negara jer belum sampai ke tahap tu…he..he tunggu masa la.

Bagaikan kemenangan jatuh kepadanya, Madiha mencuit hujung hidungnya ala – ala Bruce Lee selepas aksi pertarungan itu tamat. Jari telunjuk di tunding ke arah geng Malik pula. Mereka cuak lalu mengundurkan diri, jauh sedikit jaraknya dari Malik. Ketakutan…

“Berani sungguh korang ya!.. kau kenal tak sapa yang korang pukul tu. Itu abang aku tau tak. Diulang, abang aku tau tak! Korang sanggup ke nak tadah muka dengan tumbukan aku ni hah!” bentak Madiha sambil mengepal – ngepalkan tumbukan di tangan. Masih tak berpuas hati. Aku mesti kenakan mereka cukup – cukup. Ada hati pukul abang aku, dah tak sayang nyawa agaknya.

“Cepat cakap, sapa punya angkara ni. Sapa ‘chief master’ korang, cepat cakap”, jeritku berang.

“Ma.. Ma..Malik…” terketar suara salah seorang dari mereka menjawab.

“Sapa Malik. Aku tak pernah dengar pun nama dia. Anak sapa. Sapa nama emak bapak dia” cewah eksen lak aku siap pi tanya nama mak bapak budak tu lagi. Tak pe kalau nak berlagak kena teruskan juga. Hu ..hu..hu

‘Errr…budak baru, Diha. Baru 3 bulan kat sekolah ni. Mak bapa dia, kita orang tak kenal”

“Ewah ewah …budak mentah baru 3 bulan dah nak tunjuk taring ya…nak mampus ke apa. Yang korang tak sebut nama aku masa dia pukul abang aku tu, apsal”

Macam nama kau bagus sangat. Aku pun tak kenal la..gerutu hati Malik, yang masih terduduk menahan kesakitan.

“Dah cuba, Diha tapi tak sempat nak halang”, jawab salah seorang dari mereka.

Madiha merapatkan dirinya ke arah Malik dengan lagaknya.

“Oooo….jadi kau la Malik ya! takde ler hebat sangat. Emm..rupa tu boleh la tahan. Kalau setakat buat niaga orang tu, masih laku dijual” sindir Madiha sambil ketawa ala –ala orang menang loteri membuatkan Malik bengang dan cuba membalas. Namun secepat kilat Madiha mengunci pergerakkan Malik lalu menempeleng kepalanya dan menampar beberapa kali ke pipi Malik. Aduh! merah pipinya..

“Oooo..ada hati nak melawan aku balik. Ingat! Itu amaran aku terakhir, kalau kau kacau atau pukul atau apa – apa yang sewaktu dengannya pada abang aku, nahas kau. Ingat tu!”, kepala Malik ditunjal beberapa kali.

“Yang korang pun sama, jangan ingat boleh terlepas” amaran keras dilemparkan ke arah mereka yang masih kecut perut melihat aksi Madiha yang ganas tahap gaban tu.

“Dah jom blah. Mun, Sarah dan Eton. Korang bawa abang aku ke bilik rawatan dulu, nanti aku ‘follow’. Aku nak pergi pejabat sekolah kejap nak siasat ‘background’ budak Malik ni”, arahanku diikuti dengan anggukkan kepala dari kawan – kawanku yang sedari tadi menjadi saksi tayangan penuh adegan pertarunganku.

**************************************************************

“Malu giler aku,wei…malu ..malu” sungut Malik berkali – kali sambil meraup – raup mukanya dengan tapak tangan. Hatinya masih membengkak, sakit, pedih, pilu dan macam – macam la lagi. Ada dendam yang membara. Aku mesti tebus kegagalan dan maruah aku kembali, kalau tak jangan sekali – kali panggil aku MALIK!.

“Sudah la tu ..Malik. Tak guna kau melawan si Madiha tu. Dia tu dah tak serupa orang kau tau. Bila ‘time’ dia mengamuk aje, aku dah risau dah. Kejap tukar jadi ‘power ranger’ kejap jadi ‘gaban’ hah kejap – kejap tukar jadi ‘ultraman’..power giler minah sekor tu, garang cam rimau. Ilmu di dada toksah citer la. Tak terlawan kita orang reramai ni”, ujar Iwan ingin memujuk hati Malik.

“Ha’ah la …Mal. Aku tak suka tau tengok gaduh – gaduh ni, lagi lak ngan perempuan, takut tau, ngeri..eeeiiii…auww sakit..” Sutun menambah dengan gayanya yang ala – ala nyah.

Zam dan Abib hanya mengangguk – nganggukan kepala mereka seakan setuju dan sependapat dengan Iwan dan Sutun.

“Aku tak kira. Aku mesti balas setiap tumbukan dan penerajang dia kat aku. Maruah aku dah tercalar kau tau” ungkap Malik masih berang.

“Tapi aku rasakan Malik. Kekerasan dan pergaduhan tidak memberi kesan kat minah tu. Bukan kau tak tau, minah tu juara karate tahap apa ntah, tapi semua jenis orang yang kecik, yang besar, yang sasa kesemuanya tumbang, tumpas di tangan minah rimau tu. So kau kena fikir balik cara apa nak balas atau cari kelemahan dia beb. Baru la kau boleh tewaskan minah tu kan” Abib pula mencucuk jarum.

“Ha’ah …ha’ah. Betul tu …betul tu Malik. Kalau kekerasan tak boleh, apa salah nya dibalas dengan kelembutan macam aku ni haa kan kan …”

Eeiii…geli lak aku tengok mamat lembut sekor ni , ‘excited’ semacam, terkinja – kinja macam dia pulak yang sakit hati. Aku yang tengah bengang ni pun masih boleh relax, dia pulak yang ‘overs’ gitu. Dahlah, muka aku lebam - lebam, tangan – kaki tak usah cakap lah, bengkak sana – sini. Puas aku bagi alasan macam – macam kat mama aku, sampai kena ceramah hingga ke pagi aku nak pergi sekolah. Kusut betul!

Emm…mungkin ada benarnya kata – kata Abib. Aku perlu cuba.


********************************************************

“Assalammualaikum….Diha” Malik senyum macam tapir dapat hadiah ‘befday’ sambil menghulurkan sekuntum ros merah sejurus melihat kelibat Madiah memasuki ruang sekolah diiringi kawan – kawannya yang setia giler tu. Kali ni mesti dia jatuh ke tanganku.

Puas sudah aku memancing hatinya. Mau berbulan – bulan duit belanja yang papa berikan habis membeli bunga semata – mata memenangi hati Madiha. Cara lembut yang dipraktikkan yang kononnya hanya kesabaran dan kelembutan mampu menewaskan minah rimau tu. Ini semua idea si Abib dengan si Sutun tu la. Tak berhasil siap korang!

“Waalaikummussalam...” salam dijawab tanpa memandang ke arahnya. Ish! Tak jemu – jemu mamat sengal ni dok bagi salam kat aku pastu siap dengan bunga pulak tu. Mak bapa dia ada kebun bunga agaknya. Tapi kalau dah berbulan dok bagi bunga kat aku, tak ke botak kebun tu dikerjakan anak bujangnya . Lantak kau la mamat.

Yang kengkawan aku ni pulak yang ‘over’ sengih dengan si mamat tu. Macam derang pulak yang dapat bunga. Aku menghulurkan bunga ros itu kepada Maimun. Mau berlonjat dia kesukaan, kegirangan dapat bunga dari Malik konon. Hah! amik kau.

“Aik! Tak sudi terima bunga dari saya ke?” soal Malik macam bunyi orang kecewa.

“Bukan tak sudi. Dah berlambak, boleh dibuat kebun tak pun buka kedai bunga tau tak. Mulai esok kau tak payah nak susah – susah bawa bunga tu lagi. Bagi salam je dah cukup. Kalau kau bagi lagi bunga ros tu atau apa – apa yang berkaitan dengannya, lebam biji mata kau” , Madiha mengajukan segumpal penumbuk ke arah Malik yang masih tersengih – sengih, menahan geram la tu. Tak pe …aku sabar lagi, desis Malik dalam hati.

Sabar…sabar..dan terus bersabar…..


***********************************************************

So dipendekkan cerita, dengan berkat kesabaran tahap dewa aku tu, dari berbulan – bulan masuk bertahun – bertahun lamanya…akhirnya Madiha tertewas juga. Tapi tewas dalam dakapanku la…he..he..he, jangan tanya macam mana..aku sendiri tak tahu.

Sememangnya rancangan dan idea si Abib dan si Sutun ni amat berhasil. Cara lembut dan berhemat disulami pula kesabaran tahap dewa pasti perempuan garang dan gagah macam bini aku ni, akan tertewas akhirnya.

Bayangkan dari alam persekolahan hingga terbawa - bawa ke alam pekerjaan, aku tak putus – putus mengekori Madiha. Melayani semua karenahnya. Memahami setiap tindak – tanduknya. Menemani setiap bicaranya. Mengakui segala pendapatnya dan segala – galanya la bersamanya. Mana tidak nya aku boleh jatuh cinta kan. Nak balas dendam konon. Nah! Ini la natijahnya. Begitu juga dengan Madiha, tahap kesabaran aku mencuit hati perempuannya.

Ini semua kerja si Abib dan si Sutun tu la. Sabar aje ..katanya. Kunci kehidupan!

“Abang….”
“Ya ..sayang”. Malik berlari – lari anak mendapatkan Madiha yang masih menunggu di dalam bilik menantikan pakaian kerjanya digosok olehku.

“Cepat la sikit. Saya dah lambat ni…ada meeting penting dengan papa pagi ni. Cepat la ..sayang” jerit Madiha dari biliknya.

“Ok…ok ..abang datang ni” bergegas Malik menuju ke bilik atas. Pakaian kerja isteriku disuakan.

“Thanks …sayang. Luv U” satu kuncupan lembut hinggap di pipiku.
“Aik! Tak kan pipi je. Yang lain macam mana” pintaku. Ala saja nak minta dimanja sekali – sekala. Kalau dulu waktu belum kahwin, cuba minta macam ni..tak kan penampar di baginya.Hu..hu..hu

“Yang lain, saya bagi malam nanti ..ya sayang”, ucap Madiha tersenyum sambil mengusap lembut pipiku.

Eeiii…romantisnya Madiha ni. Meremang bulu romaku. Bergelora jiwaku. Tu la korang tak kenal betul – betul dia lagi. Cuma aku aje..Ya aku Malik anak Dato’ Borhan yang penuh dendam, tu dulu, sudah mula mengenalinya, memahaminya... walau garangnya si Madiha setinggi melangit tapi kelembutannya melayani aku mengalahkan kabus di awan mahupun kabus di dalam tilam ‘Vono’ ku.

“Abang jangan lupa bagi susu kat Melissa ya nanti, pastu tolong cucikan baju dan seluar kecik saya ya ..bang. Hah! Lagi satu abang jangan lupa, potong rumput kat luar rumah kita tu, dah naik panjang. Rimas pulak pandangan nanti. Ok bang…bye sayang..take care”. Lambaian isteriku tercinta di balas dengan ‘flying kiss’ dariku, dia mengapainya lalu menyimpan di dalam poket hati.

Ah! aku masih di sini. Ditemani si kecil Melissa, 4 tahun yang amat manja denganku berbanding dengan mamanya. Memasak, mengemas, mengasuh, dan macam – macam la lagi kerja rumah sudah menjadi rutinku. Aku suka melakukannya, sayang bini la katakan. Tidak pernah sekalipun aku menyalahkan Madiha walaupun habis dikutuk oleh kawan – kawanku tapi aku senang je menerimanya hanya kerana pukulan dan panahan cinta Madiha.


3 comments:

  1. hahaha...sengal gila crita nie...
    ktw nak mampus aq..
    rupa2nya house hubbyyyyyyyy...
    klakar wehhhhh

    ReplyDelete
  2. haha dr gngster
    jdik cm maid plak!
    besh3..

    ReplyDelete