Wednesday, April 7, 2010

Diulit DOSA CINTA...21

BAB 21

“Bila adik kau balik” soal Zaqrie yang duduk bertentangan dengan Malik.

“Emm…hampir sebulan kot” jawab Malik acuh tak acuh sambil mengacu pemetik api ke batang rokok yang sudah bertenggek dibibirnya.

“Kenapa kau tanya?” soalnya kembali.

“Tak de apa – apa.Saja ....”. Wajah Zaqrie sedikit ragu.

“Ala…kau jangan risaulah adik aku tu dah berubah. Kalau tak, jejak aje kaki dia kat bumi Malaysia ni, orang pertama yang dia cari mesti kau tapi kali ini tidak. Nama kau sikit pun tak berbunyi sampailah ke hari ni” ujar Malik panjang lebar. Hembusan asap rokoknya berkepul – kepul di udara.

Cuba nak menyedapkan hati dan perasaan aku la tu…detik hati Zaqrie yang mula rasa kurang enak.

Malik menghulurkan rokok. Zaqrie mengeleng menolak. Lama benar dia tidak merokok. Sudah dilupakan hobinya itu sejak alpa dalam dunia cinta.

“So, kau macam mana sekarang? ‘havoc’ betul cerita kau tempoh hari. betul – betul hebat kau sekarang. Nasib member kita tak de, kalau tak habis kau kena kutuk. Apa cerita bro, nak jugak aku dengar dari mulut kau sendiri” pinta Malik dengan sengih yang meleret – leret.

“Banyaklah kau punya hebat…tak payah nak perli aku”

“Ala! relax beb…takkan marah pulak. Apa jadi malam tuu…” tukasnya lagi sambil menjongket kening. Sengih yang semakin dilebarkan.

“Ceh! Kau pulak yang seronok”

“Hisy…part ni memang aku suka beb. Dahlah aku tengah gersang ni. Mana taknya, adik aku asyik melekat aje kat kondo aku tu. Rimas aku. Nak ‘projek’ pun payah kau tau. Sampai Suzana pun dah merajuk dengan aku” rungut Malik bersahaja.

“Susah sangat kahwin aje lah. Tak de sapa kacau. Lagipun sampai bila kau nak jadi macam ni Mal. Nanti tak sempat bertaubat pulak” tegur Zaqrie hanya untuk mengingati kawanya itu termasuk dirinya sendiri.

Entah mengapa dia berfikir begitu, dia kurang pasti. Benaknya kini penuh dengan pertanyaan dosa, pahala , taubat, amal ibadat dan macam – macamlah lagi. Sukar ditafsirkan dengan ilmunya yang cetek itu.

“Oii! Pedas tu”

“Aku cakap yang benar aje. Tapi terpulanglah kat kau nak ikut cakap aku ke tidak”

“Nanti aku fikirkanlah” Malik menghirup minumannya. Kemudian menyambung semula bicaranya.“ Kenapa kau tak nikah budak tu?”

“Siapa?” Zaqrie pura – pura tak mengerti. Ingin lari dari menjawab soalan itu.

“Eleh! tak payah nak berlakon. Aku sampai hari ni terkejut giler. Kepala otak aku ni tertanya –tanya kenapa kau tak nak kahwin dengan budak perempuan yang kena tangkap bersama dengan kau tu..emm…siapa namanya ..lupa pulak aku” .

“Adawiya” cepat Zaqrie menjawab.

“Hah! Adawiya …oh! Adawiya…gadisku. Wajah mulus idamanku. Bibirmu mungil yang seksi, menghairahkan dalam nafsuku sendiri…aku hanyut dibuai gelora… asmara…hahaha” ajuk Malik seperti gaya orang berpuisi sambil ketawa kegelian.

“Hoi! Hoi!...jangan lebih – lebih aah. Aku belasah kang” bentak Zaqrie yang sudah bangun dari duduknya. Bengang dengan sindiran Malik. Mahu saja ditumbuk mulut kawannya itu.

“Okay..okay…I’m sorry” pinta Malik ala – ala Amir dalam Raja Lawak.

“Dah..geli aku tengok kau macam tu”

“Tahu pun ..aku pun geli gak” . Serentak itu mereka ketawa berdekah – dekah bersama.

“So..macam mana sekarang” soal Malik lagi.

“Macam mana apa?”

“Kisah kau tu ler”

“Over…”

“Tu aje…”

“Emmm….” Jawab Zaqrie bersahaja sambil mengangguk tak ikhlas.

“Kau masih sayang kat dia tak” duga Malik, ingin tahu.

Zaqrie diam. Hatinya bergelora menahan rindu kepada gadis itu. Kenapalah disebut – sebut nama itu di saat ini. Saat yang dia perlu masa untuk melupakannya.

“Kita lupakanlah Mal. Aku nak tanya pasal adik kau tu. Apa Mas buat sekarang ni” Zaqrie mengelak dari menjawab soal hati dan perasaannya.

“Tengok…aku tanya lain, kau jawab lain. Tapi aku tahu kau macam mana Zaq. Bukannya sehari dua aku kenal kau. Kalau dah sayang seseorang tu, sampai ke mati. Lagipun tak pernah kau jadi macam ni setahu aku, mesti ada sebabnya kan” serkap Malik dengan berbagai andaian.

“Dah tahu lagi mau tanya…dah lah serabut aku. Soalan aku tadi tu nak jawab ke tidak. Kalau tak nak, aku blah dulu” ugut Zaqrie dibuat – buat.

Sambil merengus kecil, Malik perlahan – lahan menghembuskan asap rokoknya yang hampir ke penghujungnya

“Ala …adik aku tu nak buat apa lagi ..tanam anggurlah. Penganggur terhormat. Kerjanya asyik ulang – alik rumah mak bapak aku ke kondo aku tu. Sampai naik kusut kepala otak aku. Asal kau tanya” jelas Malik.

“Saja. Kenapa dia tak kerja dengan syarikat daddy kau”.

“Entah. Dah ‘offer’ tapi dia tak nak. Katanya tak mencabar kerja kat situ. Lagipun dia tak nak kerja bawah aku. Eh!..apa kata adik aku tu kerja kat tempat kau. Sekarang ni ada kekosongan kan. Apa pendapat kau?” cadang Malik untuk adiknya, Mastura. Satu – satunya saudara kandung yang dia ada . Amat disayanginya dan diambil berat segala hal tentang Mastura.

Zaqrie terdiam dan berfikir. Perlukah dia menerima cadangan Malik itu. Gusar juga hatinya. Bimbang peristiwa lama berulang kembali. Kegilaan Mastura terhadap dirinya dulu menyebabkan gadis itu sanggup melakukan apa saja demi cintanya.

Mastura pernah cuba mencederakan dirinya dalam erti kata membunuh diri apabila cintanya tidak dibalas oleh Zaqrie. Semenjak dari itu, Zaqrie tidak lagi mendengar kisah Mastura walaupun dari mulut abangnya sendiri.

5 tahun Mastura membawa diri ke luar negara, kini dia kembali dengan imej yang baru. Zaqrie suka dengan penampilan baru Mastura. Ayu dan manis bertudung. Tercuit juga hatinya tatkala bertembung dengannya pagi itu. Mastura juga kelihatan amat sopan dan lembut tuturnya. Tidak seperti sebelumnya yang agak kasar dan terlalu gedik. Hampir rimas dibuatnya.

“Hoi! Termenung pulak dia. Macam mana dengan cadangan aku tu. Okay ke tak?” sergah Malik mematikan lamunan Zaqrie.

“Suka hati kau lah. Tapi kalau apa – apa berlaku nanti jangan kau salahkan aku pulak. Kau faham – faham aje lah maksud aku tu” jawab Zaqrie selamba.

“Ala..selama ini ada aku salahkan kau ke?”. Malik mencemik.

“Sekarang ni dia dah berubah, beb. Tak macam dulu lagi. Aku tengok dia sekarang alim semacam. Sembahyang ..mengaji… walaupun teruk sangat aku dengar bacaannya. Dah tak keluar malam lagi ...sejuk hati aku. Mummy dan daddy aku pun teruja giler dengan perubahan dia tu. Mereka tengah nak carikan jodoh untuk dia, tapi yang penting nama kau tak tersenarai langsung. Almaklumlah, nama kau kan dah tercemar pasal kes tangkap khalwat tu, so malu laa…” luah Malik panjang lebar.

“Pandai kau kutuk aku. Nah! Amik sebiji”

Sepantas kilat Zaqrie membaling seketul kuih apam ke arah Malik. Dia mengelak. Balingan itu tidak mengena, tersasar ke arah belakang. Malik ketawa berdekah – dekah. Zaqrie bengang. Namun begitu dia berasa amat lega kerana tidak perlu lagi risau tentang Mastura.

Ah! banyak betul perkara yang berlaku dalam hidupku. Moga aku dapat menghadapinya tanpa kau disisi…keluh Zaqrie sendirian. Dihatinya tetap ada cinta buat Adawiya.

“Sudahllah tu beb. Mengeluh sorang – sorang. Aku pun dah tak jadi kerja layan kau ni. Dah, Jom blah!”. Malik sudah mengangkat punggungnya. Zaqrie turut bangun membuntuti belakang Malik. Mereka beredar pergi menuju ke lot parking. Enjin kereta menderu ke jalanraya mengikut hala tuju masing – masing.

Monday, March 29, 2010

Evolusi Rindu_2

BAB 2


Orang ramai semakin menyesakkan di pusat bowling itu. Nurul dan Jannah segera mengambil tempat yang telah ditempah mereka seawal tadi.

Sambil menyarung kasut khas, mata Jannah melilau memerhatikan kelibat manusia di sekelilingnya. Namun matanya tertancap pada seseorang yang pernah dikenalinya.

“Pssstt…Nurul”. Jannah memanggil Nurul yang sedang sibuk memilih bola.

“Woi! Nurul!” jeritnya lagi.

Nurul menoleh sambil menjongketkan bahunya.

“What..?!” . Ceh! ‘speaking’ lah pulak aku…apahal minah sekor ni. Nurul segera mendekati Jannah yang rupanya lebih cuak dari rupa beruk Pak Yeh di kampungnya.

“Hah! Apa hal kau ni”

“Tuu..tengok sapa” muncung Jannah di arahkan ke perkarangan pintu masuk pusat bowling itu. Kelihatan sekumpulan lelaki bersama teman wanita masing – masing dalam keadaan menjengkelkan sedang berkeliaran di ruang masuk itu.

Terlopong mulut Nurul seketika. Namun cepat – cepat dia tersedar. Apa dia peduli. Lelaki itu langsung tak ada kena – mengena dalam hidupnya.

“Argh!..biarlah. Bukan kacau aku pun”

“Tak kacau kau cakap. Kalau dia nampak kau mesti dia ingat kes tempoh hari, dia dendam dengan kau tau”. Kata – kata Jannah mengingatkan Nurul kembali tentang peristiwa 2 minggu sewaktu dia menghantar sesuatu di pejabat lelaki itu.

“Habis takkan aku nak nyorok pulak. Giler apa? Lagipun bukan salah akulah” jawab Nurul dengan wajah selamba tapi dalam hati tetap gusar. Bimbang kalau – kalau lelaki itu menyimpan dendam dan tidak akan melepaskannya.

“Dahlah..serabut betul nak fikir. Baik kita ‘start’ main”.

“Ha’ah ..kalau fikir pasal si jantan berlagak tak ingat tu nanti kita pulak yang tak dapat main. Dah jom ..kau baling dulu”.

Nurul mula mengorak langkah, mengangkat bola untuk membuat balingannya yang pertama.

Satu…dua…tiga..dumm

Balingannya tersasar. Nurul disergah kuat dari belakang. Jahanam punya jantan. Dia menahan marah.

Gelak ketawa lelaki itu bersama konco - konconya membuatkan Nurul bertambah geram. Apa masalah mamat ni dengan aku…Nurul tidak berpuas hati.

“Hoi! Perempuan …kalau tak tahu main jangan nak menyemak kat sini. Buat penuh ‘lane’ aje. So kau dan kawan kau ni sila berambus cepat. Aku dan kawan – kawan aku nak main. Tempat ni aku dah ‘book’ kesemuanya” dengan lagaknya lelaki itu mengarahnya keluar.

Nurul mengetap bibir. Jannah menahan gugup.

“So apa lagi…blah..laa” kedengaran suara yang lain pula menyusul.

Mereka masih bergelak dan mentertawakan Nurul dan Jannah yang hanya berdiam diri. Tidak berganjak dari tempatnya. Nurul tidak mahu mengalah dengan mudah.

“Korang apa hal nak halau kami. Kami ada hak tahu, kami pun bayar tempat ni” tegas Nurul bersuara. Jannah diam ketakutan.

“Wei..wei …korang semua dengar tu. Ada hati perempuan separuh jantan ni nak melawan tengku. Biar betul…kawan – kawan apa lagi….jalankanlah operasi kita cam biasa. Aku pun dah lama tak ‘ratah’ perempuan ni” arah salah seorang lelaki dari kumpulan itu dengan rupa yang menjelikkan sambil ketawa nakal diikuti yang lain juga. Gemaan gelak ketawa yang agak mengerunkan hati Nurul dan Jannah. Mereka mula merapati dan membuat satu kepungan.

Sementara lelaki yang digelar tengku itu hanya duduk menyilang kaki, dan diapit dua wanita yang berpakaian seksi. Dia merenung tajam ke arah Nurul sambil tersenyum sumbing. Hatinya senang dapat mengenakan perempuan itu.

Nurul tak punya pilihan selain dari berundur. Melihat Jannah sudah menangis ketakutan apabila diusik oleh salah seorang dari mereka menyebabkan Nurul mengalah.

“Okay…okay…jangan buat apa – apa pada kami. Kami pergi sekarang.” Nurul mengangkat kedua tangannya. Tergesa – gesa mengambil kasut dan beg sandangnya diikuti Jannah.

“Hoi! Takkan blah gitu aje” . Tangan Nurul tarik kasar.

“Lepaslah…”

“Macam mana tengku. Nak lepaskan ke budak ni”.

“Lepaskan aku” Nurul masih meronta cuba membuka simpulan tangan yang mengenggamnya.

“Ikut suka kau Johan. Aku serah pada kau nak buat apa pun kat budak ni” jawab lelaki tengku itu disusuli deraian ketawa. Begitu juga dengan konco – konconya yang lain turut bergelak sakan dan mempersendakan Nurul. Jannah dari jauh hanya mampu melihat dan berdebar – debar menanti sahabatnya itu.

“Kalau macam tu, biar saya cium budak perempuan ni tengku. Kita ajar sikit macam mana cara nak melayan golongan kerabat ni” balas lelaki itu sambil matanya sudah merenung tajam wajah Nurul.

Ketika ini, Nurul tidak mampu berfikir lagi selain mencapai apa yang hampir dengannya. Dengan kudrat yang sedikit dan bimbang terhadap kerakusan lelaki itu, dia terus mencampakkan sebiji bola bowling yang tidak semena – mena telah mengenai kaki lelaki dipanggil tengku itu.

Apa lagi meraunglah si tengku dengan jeritan yang boleh memecahkan gegedang telinga sesiapa yang mendengarnya. Dalam kekalutan untuk membantu tengku tersebut, Nurul meloloskan dirinya secepat yang mungkin.

“Cepat Jannah…” jerit Nurul lalu menarik tangan Jannah yang masih terpinga – pinga. Larian pecutnya hampir tidak menjejak bumi. Berlari tanpa menoleh ke belakang lagi.

Dia perlu lari dan terus berlari meninggalkan kumpulan itu tanpa dapat dikesan. Menyembunyikan diri buat seketika, jika tidak pasti nyawanya dalam bahaya. Dia juga tahu selepas ini pasti hidupnya juga tidak akan aman buat selamanya.

Dalam keadaan mengah, Nurul masih mampu memecut laju skuternya asalkan tidak diekori. Jannah yang membonceng, memeluknya erat kerana ketakutan.

“Jannah, kau rasa kita dah selamat tak” jerit Nurul diatas skuter yang masih bergerak laju.

“Aku rasa kita dah selamatlah Nurul. Tak nampak pun sesiapa yang ikut” tercungap – cungap Jannah menjawab sambil mata menoleh – noleh ke belakang.

“Slowlah sikit beb. Takut aku macam nak terbang rasanya”

Nurul mengangguk dan skuternya diperlahankan.

Sementara keadaan si tengku semakin teruk. Konco – konconya yang tidak tahu berbuat apa – apa hanya sekadar memandang dan menadah telinga dengan maki hamun dari tuannya itu.

“Celaka!...badigol, semuanya tak boleh harap”

“Call doktor aku cepat”. Masing - masing tergopoh – gapah mendail.

“Johan, aku mahu kau cari budak perempuan tu sampai dapat. Hidup atau mati. Aku mahu dia, cepat cari…!!!”

“Ba..ba..baik tengku”.

Thursday, March 25, 2010

Diulit DOSA CINTA...20

BAB 20


“Sampai hati Zaq buat mama dan papa macam ni” sayu kedengaran suara datin Zainab yang kecewa dengan sikap anak bujangnya.

Aduh! mama dah mula dah…

“Ma…sudahlah. Setiap hari Zaq dengar benda yang sama. Zaq tak nak ungkit lagi cerita ni”. Zaqrie mulai bosan dengan peristiwa tempoh hari yang sering diungkit - ungkit oleh datin Zainab. Pantang bersua muka pasti cerita ini ditanyanya lagi.

“Mama kecewa Zaq. Mama tak puas hati dengan apa yang Zaq buat pada Adawiya. Tak adil langsung. Mama malu..malu Zaq” tukas datin Zainab lagi membuatkan Zaqrie semakin bosan dan muak. Ingin saja mengangkat kaki beredar dari mendengar leteran yang sama setiap hari.

Bosan …bosan…arrgghh!!!...bosan.

“Enough ma. Zaq tak kan ulang lagi. Pendirian Zaq tetap sama”. Bergegas dia bangkit lalu mencapai kunci kereta.

Datin Zainab terpinga. Sensitif sungguh emosi Zaqrie sejak akhir – akhir ini. Tak boleh ditegur langsung. Mudah benar barannya meletus.

“Zaq keluar dulu ma”.

Datin Zainab tidak berdaya untuk menghalangnya. Sikap Zaqrie sudah berubah selepas peristiwa itu. Entah mengapa dia sendiri tidak mengerti sedangkan yang memutuskan keputusan itu dulu adalah Zaqrie sendiri.

Enjin kereta BMW gagah mengaum. Zaqrie terus memecut laju meninggalkan banglo mewah itu. Datin Zainab hanya mampu mengeleng.

“Eh! kenapa dengan abang tu ma. Ribut semacam aje” Zurina muncul mencuit belakang mamanya. Menjengulkan kepala ke luar untuk melihat apa yang berlaku.

“Biasalah tu. Angin tak tentu pasal. Pantang ditegur sekarang ni abang kamu tu” sungut datin Zainab.

Dia melangkah kembali masuk ke ruang meja makan untuk menyambung semula sarapan. Terpandang secawan kopi yang tidak terusik, membuatkan hatinya sayu. Zaqrie lansung tidak menjamah sarapan pagi ini, menyesal juga rasa hatinya kerana membuka cerita itu tadi.

“Itulah Ina dah pesan budak perempuan pejabat abang tu bukannya baik sangat ma. Perempuan miang, kaki kikis, pisau cukur. Nasib baik abang cepat sedar. Tu yang abang tak nak kahwin dengan perempuan tu ma. Memang betul apa yang buat abang tu” lancar mulut Zurina menyokong tindakan abangnya itu.

“Ina merepek apa ni. Kalau tak tahu cerita jangan nak reka cerita pulak” tempelak datin Zainab.

“Apa kena dengan mama ni ? Ina cerita yang betul lah ni. Ina dah siasat terlebih dulu sebelum buat cerita ma. Lagipun Am kan pengurus kat sana. Banyak cerita yang dia sampaikan kat Ina. Perempuan tu memang jahat ma. Memang dia sengaja perangkap abang sampai kena tangkap khalwat. Takkan abang Am nak tipu Ina”.

“Bukan masalah tak percaya atau tipu Ina. Tapi Ina tak tahu hal yang sebenar. So lebih baik Ina diam dari membuat fitnah yang tak betul tu” nasihat datin Zainab kepada anaknya yang selalu sangat prejudis terhadap mana – mana perempuan yang dikaitkan dengan abangnya.

“Ah! mama memang tak percaya kan Ina. Ina tahu selama ini pun mama tak pernah nak percayakan cakap Ina ni. Tak pe suatu hari nanti Ina akan buktikan apa yang Ina cakapkan ni betul” ujar Zurina seakan merajuk dengan tingkah mamanya.

“Bukan masalah percaya atau tak Ina. Tapi kes ni lain dari yang Ina sangkakan. Dahlah tu…kita tutup cerita ni. Mama nak tahu apa rancangan Ina dengan Am pulak. Macam mana persiapan dan ‘ready’ ke?” soal datin Zainab yang sengaja mengubah topik hangat itu tadi. Dia tidak mahu anak gadisnya menyangka buruk tentang Adawiya. Mangsa sebenar dalam kisah aib ini. Mangsa kepada anak lelakinya yang tidak bertanggungjawab. Dia hampa.

“Emm…kitaorang dah beli barang sikit – sikit ma. Cuma abang Am sibuk sikit sekarang ni, hari ni pun dia kena balik kampung, ada hal katanya. Mybe minggu depan kami rancang beli cincin pulak. So ..mama kena lah tolong Ina nanti, dah nak dekat majlis ni. Lebih kurang tiga bulan lagi nanti sibuk lah kita kan ma. Nak cetak kad, sewa pelamin, khemah kanopi, baju pengantin lagi ..eeiii..banyaknya kerja ma” ujar Zurina dengan nada ala –ala manja gitu.

“Aduh...buat kat hotel kan senang. Upah ‘consultant’ aje buat semua. Tak usah nak pening – pening Ina oi” sindir datin Zurina akan perancangan anak gadisnya itu.

“Hish! Mama ni. Ina tak suka lah buat kat hotel. Terhad sangat. Ina nak buat majlis perkahwinan Ina meriah macam konsep ala –ala dalam taman. Barulah gempak ma” berkelip – kelip matanya memasang angan – angan indah di majlis perkahwinannya nanti.

“Ikram macam mana pulak. Setuju ke dengan cadangan Ina tu”

“Abang Am tak kisah. Dia ikut aje cakap Ina” jawab Zurina mendatar.

“Kalau dah macam tu, mama pun ikut ajelah”.

“Emm..macam itu lah”. Zurina gembira, senang dengan keakuran mamanya.

“Tapi Zue dengan Liana bila balik ma”

“Khabarnya pengajian adik kamu tu habis hujung tahun ni. Cuma Liana aje yang nak sambung lagi, katanya nak buat master terus” .

Zurina mengangguk sambil menyanyi - nyanyi kecil senang hati. Tangan mencapai sekeping roti kemudian disapu mentega bersama omelette.

“ Okaylah macam tu. Senang kerja Ina nanti, Zue boleh tolong Ina kan ma”.

Datin Zainab mengangguk dan mengukir senyuman lega.


*******************

BMW diparkir jauh sedikit dari rumah itu. Bimbang sekiranya dilihat orang. Setiap hari disitulah tempatnya dia menghabiskan masanya sebelum ke pejabat demi melepaskan rindunya kepada gadis itu.

Ingin melihat, ingin berasa dekat… ingin mengetahui setiap perkembangan gadis yang telah tersemat dihatinya biarpun dia sendiri yang memusnahkan peluang itu.

Dia mahu gadis itu bahagia tanpanya. Dia mahu gadis itu bebas dari terus dibelenggu oleh dosanya. Kerana cinta dan kasihnya, dia melepaskan gadis itu untuk memilih kehidupannya sendiri.

Zaqrie tahu itu yang diinginkan oleh Adawiya selama ini. Mengalah bukan bererti dia kalah. Tetapi mengalah kerana melakukan pengorbanan hati dan jiwanya yang penuh cinta biarpun kini dia terpaksa menanggung seksa dan merana.

Tidak beberapa lama, Zaqrie terlihat sebuah kereta berhenti betul – betul dihadapan rumah Adawiya.

Ikram??...Tangan mengenggam kuat stering. Menahan geram.

Zaqrie benar – benar terkejut dengan kehadiran lelaki tu disitu. Tidak diduga sama sekali lelaki itu masih mencari Adawiya.

Zaqrie tidak berganjak. Dia mahu melihat bagaimana Ikram memainkan helahnya kali ini. Hatinya tertanya – tanya tatkala melihatkan kedua mereka keluar bersama menuju ke kereta.

Ikram yang mengendong dua buah beg sederhana besar kemudian memasukannya ke dalam but kereta. Diikuti pula Adawiya yang membantu Ikram mengangkat beberapa kotak untuk dimasukkan ke dalam but yang sama.

Saat ini jiwa Zaqrie benar – benar terbakar. Hatinya dipagut rasa geram dan cemburu yang teramat dalam. Dia tidak mampu lagi bertahan. Semakin lama dia memandang, semakin hatinya sakit.

Zaqrie beredar sebelum luka hatinya menjadi parah. Dia tak sanggup lagi melihat kemesraan itu. Kemesraan yang mampu merapuhkan jiwa raganya yang sedang terseksa.

Kereta dipandu laju tanpa kepastian arahnya. Tidak tahu ke mana harus dia tuju. Ke mana harus dibawa hati yang lara.

Dengusan nafas dilepaskan perlahan – lahan. Akhirnya dia mengalah. Mengalah pada emosinya. Zaqrie mula bersikap tenang. Andai itu kebahagian yang dipilih. Dia akur. Akur dengan pilihan gadis itu.

Kereta membelok ke kanan menuju ke satu destinasi yang telah lama tidak dikunjunginya. Blok kondominium yang sudah berbulan lama dilupakan masih tidak berubah. Teman baik yang tidak lagi ditanya khabar beritanya semenjak dirinya mencari dan mengejar cinta gadis itu.

Marahkah nanti Malik kepadanya? Hati digaru rasa bersalah. Saat – saat begini Zaqrie tiba – tiba teringatkan Malik. Satu – satunya sahabat yang rapat padanya selain Aaron, Jeet dan Safuan.

Zaqrie tiada pilihan. Kaki telah melangkah hanya menunggu tugas jari pula untuk menekan loceng. Dia rasa ragu. Mahu berpatah – balik tapi jari lebih pantas menekannya tanpa arahan.

Tett….tett….

Daun pintu terkuak.

Seorang wanita bertudung kelihatan anggun menyambut kedatangannya dengan senyuman manis terukir dibibir.

“Abang Rimie….”

Mastura??!!!.....desis hati Zaqrie dengan wajah yang terkejut. Ah! satu – satunya gadis yang memanggil aku Rimie. Tiada sesiapa pun yang memanggil aku dengan nama itu kecuali gadis ini.

Zaqrie terus terpegun dan kaku.

Thursday, March 18, 2010

Diulit DOSA CINTA...19

BAB 19


“What??!!!” suara dato lantang bergema memenuhi ruang.

Sukar mempercayai jawapan yang meluncur keluar dari bibir anak bujangnya itu. Matanya bulat terbuntang. Cuba menahan amarah yang sedang membuak didada, namun ditahannya kerana ingin menjaga nama baik dan maruahnya dihadapan tetamu yang juga kelihatan terkejut sama.

“That’s my decision, pa. Zaq buat apa yang betul” Zaqrie bersuara lemah.

“Betul?!….Zaq cakap, apa yang Zaq buat sekarang ini betul. Huh! Nonsense. Papa nak Zaq bertanggungjawab dalam hal ini” arah dato dengan memeluk tubuh. Wajahnya bengis dan dia tidak mahu berkompromi dengan Zaqrie lagi.

Keputusan itu juga turut memeranjatkan aku. Aku tergamam seketika. Sukar juga menerima keputusan itu. Bukankah itu yang dia inginkan selama ini. Memiliki aku …tapi…kenapa??

Suasana agak tegang di banglo mewah ketika ini. Suara perbalahan antara mereka turut menempias ke arahku yang tidak mampu berkata - kata. Ibu dan abah sekali – sekala mengerling semacam. Argh! pasti selepas ini giliran aku pula untuk menadah telinga menahan leteran mereka.

Dari sudut lain, aku memandang Zaqrie yang hanya diam membisu. Dia langsung tidak berganjak dari duduknya.

Saat ini dia kelihatan amat berbeza sekali. Raut wajahnya tidak langsung menunjukkan resah mahupun gelisah. Sebaliknya dia tenang…dan teramat tenang menangani masalah ini.

“Kenapa boleh jadi macam ni, Zaq. Sampai tak boleh tunggu lagi..dah tak boleh sabar. Kenapa ambil jalan mudah macam ni…memalukan kami dengan cara ini” leter datin Zainab sambil merengus nafas geram.

Zaqrie menunduk dan tidak berkata apa. Dia lebih senang menjadi pendengar dari membantah setiap kata - kata. Akur dengan setiap leteran yang dihamburkan.

Dato mundar – mandir tanda masih tidak berpuas hati dengan tingkah Zaqrie. Pening kepala dibuatnya.

“Sabar…bang. Kalau abang marah – marah bukannya boleh selesai” Datin Zainab cuba meredakan kemarahan Dato Zaid. Dia menggosok perlahan belakang suaminya bagi menenangkan jiwa suaminya yang sedang membara.

“Bukankah kita sudah merancang untuk menjodohkan mereka, Nab. Kenapa mereka buat macam ni…kenapa mesti buat perkara memalukan ini. Lepas tu tak mahu bertanggungjawab pulak. Malu betul saya, Nab..malu..malu.. apa nak saya jawab dengan Nuar dan Misah” tukas dato lagi sambil pandangannya melirik ke arahku. Aku jadi malu. Pipiku mula dibahangi darah panas dan pastinya merona merah.

Aku tak salah. Kami tak buat apa – apa pun...desisku dalam hati. Menyeka sisa airmata yang mengalir. Mataku sembab bagaikan dipalu akibat terlalu banyak menangis.

Dato mengeluh berat. Mungkin terpaksa menanggung malu, itu yang aku jangkakan. Malu dengan perbuatan kami. Malu dengan emak dan abahku apatah lagi dengan jiran sekeliling.

“Papa tanya Zaq sekali lagi. Mahukah Zaq bertanggungjawab di atas kejadian ini dan menikahi Adawiya hari ini juga. Papa mahu dengar jawapan ‘ya’ saja dari kamu” tegas dato dengan suara yang keras.

“Zaq akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku, pa. Zaq akan tanggung semua kos yang dikenakan tapi untuk menikahi Adawiya, sekali lagi Zaq terpaksa menolaknya ..pa. Maafkan Zaq, pa”

Bulat keputusan itu. Zaqrie menolak keras untuk menikahi aku. Aku terkedu lagi. Apakah yang bermain difikirannya sukar untuk aku menebaknya. Sebak juga hatiku dengan penolakkan itu. Apa yang dia mahukan atau inginkan sudah kabur kini. Di mana letaknya maruah atau harga diriku juga sudah tidak dipedulikan? …permainan apa sebenarnya ini, persoalan demi persoalan menjadi tanda tanya dihatiku.

“Apa kena dengan kamu ni Zaqrie. Kenapa kamu enggan menikahi Adawiya? Jawab …kenapa?!! jerit dato memecah keheningan pagi itu.

“Zaq tak boleh jawab kenapa pa. Zaq tak boleh….”

“Huh! Nonsense ..nonsense ..” rungut dato dengan geram.

Annuar yang menjadi pemerhati mula bersuara.“Sudahlah Zaid. Jangan dipaksa anak itu, kalau itu bukan yang dia mahu. Aku pun redha atas apa yang terjadi. Kiranya tiada jodoh antara mereka berdua, tak perlulah kita bergaduh ataupun bermusuh. Aku anggap semua ini takdir. Sudahlah ya ..Zaid…sudahlah”.

“Aku malu dengan kau, Nuar” luah dato merendah diri.

“Tak usah rasa begitu. Aku tak salahkan kau mahupun anak kau tu. Anggap saja takdir…tak de jodoh” tutur Annuar yang lembut sedikit sebanyak meredakan ketengangan kedua beranak itu.

“Jadi macam mana, bang. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini” datin Zainab pula mencelah.

“Huh! Entahlah. Saya pun tak tahu nak buat apa sekarang ini. Awak tanyalah anak bujang kesayangan awak tu. Saya sudah putus harapan dengan dia” rajuk dato hingga dia berpaling dari memandang wajah Zaqrie.

Hatinya pedih dengan perbuatan Zaqrie yang tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku malah terpaksa menanggung malu berhadapan dengan keluarga kawan baiknya itu.

Datin Zainab duduk menghampiri anak bujangnya. Masih ingin memujuk kalau – kalau dia berubah fikiran.

“Zaq, dah fikir masak – masak ke? Tak kesian ke kat kami” duga datin Zainab.

Tidak bersuara.

“Zaq, pasti dengan keputusan ini”. Dia mengangguk.

“Betul…Zaq tak mahu menikahi Adawiya. Zaq, tak sayang kat dia lagi”.

Zaqrie diam.

“Mama tanya betul – betul ni, sebab mama tak mahu Zaq menyesal kemudian hari” soal mama bertalu – talu seakan mendesak.

Ah! mama …kalaulah Zaq boleh berkata ya…pasti Zaq jerit sekarang ma. Zaq sangat sayangkan Adawiya. Zaq terlalu cintakan dia ma, tapi….Zaq tak boleh ..tak boleh ma… jerit hatinya.

“Zaq, sudah fikir masak – masak ma. Zaq tidak akan menikahinya. Zaq minta maaf ma..pa. Zaq minta maaf banyak – banyak pada makcik Misah dan pakcik Nuar. Zaq minta maaf atas apa yang terjadi. Kami memang tidak melakukan apa – apa pun dan Zaq tak sanggup mengahwini Adawiya. Anggap saja Zaq pentingkan diri sendiri” luahannya penuh kepiluan. Hanya hati yang memahami perasaanya tika ini.

Tiba – tiba saja airmata jatuh menitis membasahi pipiku. Aku tak mahu dia melihatnya. Cepat – cepat aku kesat dengan lengan bajuku. Pilu hatiku diperlakukan begitu. Aku mula terasa dipermainkan malah harga diriku tiada nilai dimatanya. Selama ini hanya sandiwara Zaqrie saja yang memperbodohkan aku. Aku yang bodoh kerana mempercayainya. Aku benci kau Zaqrie……


***************************

Masa berlalu dengan pantas tanpa aku sedari kisah hidupku turut berubah dengan sekelip mata. Derita semalam yang disalut dengan airmata kini beku ditiup kedinginan. Hamparan kasih yang cuba dibina sekelip mata musnah ditelan janji palsu. Yang pasti hidupku kini akan tetap diteruskan tanpa impian dan harapan.

Hampir seminggu aku tidak dapat melupakan peristiwa itu. Dan esok, aku akan selamanya menetap di kampung. Aku akan kembali kepada mereka. Ibu dan abah tidak mahu aku ditinggalkan sendirian lagi. Mereka telah banyak menanggung malu kerana aku.

Aku akur. Pilihan apa yang aku ada. Mengorbankan perasaan, maruah dan harga diri yang kini hanya menjadi cemuhan orang. Namun tidak sedikitpun mereka menyalahkan aku. Aku benar – benar terharu. Pengorbanan mereka yang tidak putus – putus menyedarkan aku betapa kasih mereka hingga ke akhir hayat.

Deruan hujan lebat diluar rumah tidak aku hiraukan. Aku merenung jauh ke luar tingkap meredah pandangan pekat malam yang dirahmati hujan dan sekali sekala diselangi bunyi guruh berdentum. Tiada perasaan takut ataupun gerun. Aku di dunia khayalan ciptaan akal dan fikiranku sendiri.

Tiba – tiba aku teringatkan lelaki itu. Kerenahnya yang mencuit hati perempuanku. Entah mengapa perasaan rindu mula menyerang hatiku. Kebencian yang ku tanam selama ini lenyap dari hati. Aku merinduinya. Namun sekejap saja aku jadi benci kembali. Ah! Perasaan yang bercampur baur itu sukar untukku tepis kini.

Aku cuba memadamkan peristiwa tragis itu. Menyibukkan diri sebanyak mungkin. Tapi sebanyak itulah juga kenangan – kenangan aku bersamanya menghantui fikiran.

Fikiranku diheret mengingati saat - saat manis aku dilamar ketika berada di banglo mewah itu tempoh hari. Aku tersenyum sendiri. Itulah saat yang diidamkan oleh mana – mana gadis walaupun bakal lelaki itu bukan pilihan hati. Begitu jua dengan aku, bohong kalau aku katakan aku tidak gembira ketika itu. Benar, hatiku berbunga riang saat itu.

Ah! buat apa dikenang benda yang dah berlalu. Aku harus memulangkan cincin ini.

Aku bermain – main cincin berlian dijari manisku, pemberian Datin Zainab ketika aku dibawa oleh Zaqrie . Masih terigau dengupan jantungku tatkala cincin itu disarungkan ke jari manisku. Dan debaran itu masih tidak reda hingga kini.

“Eh! apa ni auntie” aku menolak perlahan perbuatan Datin Zainab.

“Ini cincin pusaka keluarga auntie. Hanya bakal menantu perempuan sulung akan memiliki cincin ini. Kini ia milik Wiya. Auntie harap sangat Wiya menjadi sebahagian dari keluarga ini”.

Aku memandang Zaqrie yang hanya diam. Pohon pertolongannya…aku tidak bersedia dengan tindakan spontan Datin Zainab itu.

Please!! Zaqrie…do something,bisik hatiku.

Aku cuba membuatkan dia memahami hatiku saat ini. Aku belum bersedia untuk menerimanya. Namun sebaliknya Zaqrie hanya menganggukkan kepalanya seolah menyarankan aku supaya turut bersetuju dengan permintaan mamanya itu.

“Oh! auntie…please. Saya tak boleh terima. Saya belum bersedia. Lagipun saya dan Zaqrie tak ada apa – apa hubungan. Zaqrie adalah bos saya tidak lebih dari itu. Dan mungkin juga dia sudah punya kekasih pilihannya sendiri” aku terus mencari dalih untuk menolak lamaran Datin Zainab bagi pihak anaknya itu. Zaqrie pula ketawa kecil mungkin lucu dengan helahku.

“Hish! Wiya ..Wiya..kalau si Zaqrie ni dah ada pilihan hati taklah auntie susah – susah melamar sekarang ni. Keputusan auntie muktamad. Wiya pilihan auntie. Zaqrie pun tak membantah. Maknanya hanya persetujuan Wiya saja yang auntie nantikan. Hubungan antara kamu berdua boleh dipupuk, lama – lama nanti boleh jadi suka…betul tak Zaq?”

Zaqrie mengangguk lagi dan kali ini tersenyum mekar. Sebetulnya, hati Zaqrie juga turut dipalu rasa debar bagaimana agaknya penerimaan Adawiya terhadap dirinya.

“Ta..tapi…auntie. Saya kena bincang dengan ibu dan abah dulu”

“Emm..maknanya Wiya setujulah ni". Aku jadi serba - salah.

"Pasal itu jangan risau, auntie dah uruskan. Ibu dan abah Wiya tu ibarat adik – beradik auntie aje. So mereka memang tak ada halangan. Baik pada auntie baik juga pada mereka” ujar Datin Zainab yang terlebih pantas merancang segalanya.

Apa lagi yang harus aku katakan untuk menghalang niat Datin Zainab. Mungkinkah jodohku dengan Zaqrie telah ditentukan oleh-Nya. Akur atau tidak, itu bukan persoalan yang perlu aku runsingkan sekarang. Aku memikirkan apakah kehidupan yang bakal dicoretkan kemudian hari andai aku dan Zaqrie disatukan. Bahagiakah atau deritakah?

Dumm!!...bunyi petir berdentum sekaligus melenyapkan khayalanku. Aku tersedar dari lamunan dan cepat - cepat beristighfar panjang. Takut juga mendengar bunyi guruh yang kuat itu. Lantas aku segera menutup tingkap, namun langkahku terhenti apabila kelibat kereta Ikram kelihatan berada diluar rumahku.

Ish! apa hal Ikram datang ni. Waktu macam ni pulak tu…hatiku berdetik halus.

“Wiyaa…..!!!” terdengar jeritan Salina ditingkat bawah.

“Oooo…Cik Wiya…ni ada orang nak jumpa, turun ler” jeritnya lagi.

“Ya..ya tunggu kejap” .

Aku tidak tergesa menuruni anak tangga. Menyusun langkah dengan berhati – hati. Seraut wajah Ikram yang kelihatan cemas mendebarkan hatiku. Seperti ada perkara buruk yang berlaku. Pakaiannya habis basah kuyup.

Ikram mengibas – ngibas rambutnya yang dibasahi air hujan.

“Kenapa datang malam – malam ni, Ikram”

“Wiya..saya ingin bercakap berdua dengan awak sekejap. Penting!”

Salina yang tercegat disitu seolah mengerti dan dia beredar meninggalkan kami berdua.

“Apa yang pentingnya Ikram” gesaku. Cuak juga melihat wajah Ikram yang cemas tu.

“Kita kahwin”

Hah!!!?. Bermimpikah aku? Dadaku berdegup laju tiba – tiba.

“Kahwin?!!!”

“Ya..Wiya. Kita kahwin”

Ikram mengengggam tanganku. Aku cepat – cepat menariknya. Tak mahu sesuatu yang tidak baik berlaku di rumah ini.

“Kita kahwin kemudian pergi jauh dari sini. Jauh dari orang yang kejam …hanya kita berdua sayang. Kita mulakan hidup baru, setuju” beria sungguh kata – kata Ikram.

“Ikram, kenapa tiba – tiba ni. Apa yang terjadi sebenarnya” aku cuba menenangkan Ikram. Bimbang juga dengan tindakan drastik Ikram yang diluar kawalan itu.

“Saya sayangkan awak dan saya tak mahu awak jatuh ke tangan orang yang tidak layak sama sekali memiliki awak. Saya ingin menjaga awak Wiya. Saya ingin hidup bersama awak, menjaga awak hingga akhir hayat saya”.

“Jangan bertindak terburu – buru Ikram. Saya harap awak faham situasi saya sekarang ini. Saya bukan macam dulu lagi. Saya tak nak awak menyesal” luahku penuh emosi. Aku terharu dengan keikhlasan Ikram.

“Sungguh! saya tidak akan menyesal ” ujar Ikram penuh yakin.

“Kita kahwin..ya”.

Dan tanpa sedar aku mengangguk memberikan persetujuan. Ikram mengulum senyuman penuh harapan.

Wednesday, February 17, 2010

Diulit DOSA CINTA...18

BAB 18


Zaqrie duduk mendongak sambil membilang jutaan bintang yang berkerlip – kerlip dilangit. Malam ini dia terasa sangat sunyi. Sunyi dengan bisikan suara dan senyuman itu. Hari – harinya dipenuhi dengan kesunyian dan kerinduan yang teramat pada wajah mulus itu. Ke manakah perginya?...

Masuk hari ke-3 Adawiya tidak hadir bekerja. Hilang begitu saja. Telefon bimbitnya telah dimatikan. Mencari dirumah sewanya juga tiada. Bertanyakan pada Salina juga tidak banyak membantu. Amanah katanya.

Akhirnya Zaqrie mengalah. Tidak lagi mencari. Memberi peluang kepada gadis itu menenangkan fikiran. Mungkin juga dia tertekan untuk membuat keputusan itu.

Sabarlah…wahai Zaqrie. Berilah dia masa. Masa untuk menentukan hidupnya...kebahagiaannya…tapi aku amat rindu. Terlalu rindu kepadanya. Ah! Peritnya menanggung kerinduan ini. Sakit rindu semakin parah, penantian yang amat menyeksakan hati.

“Emm...termenung panjang anak mama ni” teguran Datin Zainab disambut dengan senyuman hambar dari Zaqrie.

“Kenapa ni”

“Takde apalah ma. Saja ambil angin kat luar ni, dalam panas” sengaja Zaqrie memberi alasan begitu. Matanya masih memandang luasnya langit malam yang disinari cahaya bulan dan kerdipan bintang - bintang.

“Mama bukan budak – budak Zaq nak tipu. Mama faham benar apa yang tersirat kat kepala otak anak mama ni. Pasal Adawiya kan”.

Ah..tepat tekaan mama. Hati Zaqrie pula semakin gundah dan tak keruan tatkala mendengar nama itu.

“Macam mana dia dah bagi keputusan”. Zaqrie mengeleng.

Mama kerut kening.

“Emm…patutlah termenung. Rupanya buah hati belum bagi jawapan”

Mama ketawa kecil gaya nak mengena.

“Maa…please. Zaq tengah sakit rindu ni, mama ketawakan pulak. Tak kesian ke kat anak bujang mama sorang ni” Zaqrie mengadu bagaikan anak kecil.

Datin Zainab tersenyum. Mengusap perlahan belakang anak bujangnya seolah mengerti apa yang ditanggung. Dia tahu anaknya ini gagal dalam menangani masalah wanita. Sememangnya Zaqrie kurang mahir ..kurang ilmu tentang wanita. Selalunya dialah yang akan memainkan peranan untuk anak bujangnya itu jika tidak, masakan sampai sekarang pun Zaqrie masih belum mempunyai teman wanita kecuali dengan usahanya.

“Sabarlah, Zaq. Bagi dia masa. Jangan terburu – buru. Hati orang perempuan ni lembut nak kena pujuk. Nak pujuk pun kena ada caranya. Dah, jangan fikir lagi. Tak kemana jodoh kamu kalau telah ditakdirkan bersama” nasihat mama perlahan - lahan meresapi ke jiwa.

Zaqrie menunduk dan melepas keluhan yang panjang. Ada benar kata – kata mama itu. Aku hanya perlu bersabar.

“Mari kita masuk. Sejuk kat luar ni, berembun lama – lama nanti kamu jatuh sakit pulak”

“Sekejap lagi lah ma, Zaq nak ambil angin dulu. Lagipun permandangan malam ni sungguh cantik”…emm, secantik wajahnya.

Sungguh aku amat merinduinya saat ini…Zaqrie merenung sebutir bintang yang bersinar seolah – olah memberitahunya sesuatu.

Oh! Bintang..walau di mana jua dia berada sampaikan salam rinduku padanya, katakan aku amat merinduinya …


**************************

Uhuk! Uhuk! Uhuk …Adawiya tersedak. Salina menepuk – nepuk belakang kawannya itu.

“Hish! Siapalah yang menyebut nama kau ni. Kan dah tersedak”

“Nah! Minum air dulu” . Aku menghabiskan segelas air yang dihulurkan oleh Salina. Entah tiba – tiba saja, aku rasa kurang enak malam ni padahal hidangan sedap – sedap dihadapanku. Langsung tak selera. Kenapa ni?

“Tiba – tiba aku hilang seleralah Sal”

“Aik! Tadi sibuk ajak. Nak makan seafood…nak makan seafood. Alih – alih takde selera pulak. Bazir aje udang ..ketam..sotong ni ha. Siapa nak makan banyak – banyak ni?” sungut Salina dengan mulutnya terjuih.

“Tu..” aku muncungkan mulut ke arah Hamidi yang sedang asyik mengunyah udang galah. Selera benar nampaknya.

“Dia ni kau tok sak cakaplah. Bagi dia biawak pun boleh habis”.

Seraya itu kami ketawa berdekah – dekah melihat reaksi Hamidi yang tidak berganjak langsung. Dia tekun menikmati juadah yang terhidang walaupun sedar dirinya sedang diperkatakan.

“Kau ni kenapa? Jauh – jauh kita datang tau. Takkan tak nak jamah langsung”

“Entahlah Sal. Aku pun tak tahu. Tiba – tiba aje selera takde”

“Emm..entah – entah teringat kat bos muda kita tu tak, kalau tak pun si Ikram tu, kan” ah! bijak sungguh Salina menebak hatiku.

Aku terdiam seketika. Memang benar fikiranku kini bagaikan dirasuk bayangan Zaqrie secara tiba – tiba. Aneh perasaan yang menyerang hatiku ini. Aku cuba mengusir perasaan itu. Aku hadirkan bayangan Ikram dibenakku.. dihatiku namun setiap kali itulah wajah Zaqrie tetap muncul dan melenyapkan terus wajah Ikram yang aku cuba ciptakan difikiran. Aduh! Aku betul – betul tak mengerti.

“So siapa kau yang pilih sekarang …bos ke atau Ikram” Salina mengulum senyuman menantikan jawapan dariku.

“Entah! Malas nak fikir” aku menjawab acuh tak acuh sambil menghirup minumanku.

“Tapikan..kalau aku jadi kaukan, aku pilih aje bos tu”

“Kenapa?” aku ingin tahu.

“Sebab bos tu nampak ‘cool’..hensem..tak sombong. Yang tak tahan matanya tu..menggoda habis” akui Salina jujur.

Serentak itu, Hamidi berdehem. Aku dan Salina tergelak melihat Hamidi yang cemburu. Ingatkan tadi takde perasaaan. Rupanya cemburu juga orangnya. Yalah… cemburu tu kan tanda sayang.

“Dahlah tu Wiya, tak payah fikir – fikir. Buat pening kepala kau. Kau terima aje bos kita tu lagipun keluarga dia dah merisik kau kan. Terima ajelah. Macam aku dengan si Midi ni, siapa sangka kan. Betul tak ..sayang” Salina bersuara manja. Hamidi melirik senyum.

“Ha’ah..betul tu Wiya. Dulu tu aku asyik nak ngorat kau aje, sampai tak perasan orang sebelah tapi akhirnya si ‘Zombie’ ni jugak yang aku dapat. Tu jodoh namanya”.

Salina geram lalu mencubit peha Hamidi. “Adoi! Sakit lah sayang”

“Kutuk aku lagi” Salina sudah merajuk. Hamidi pantas memujuk. Alahai! terhibur hatiku melihat pasangan ini bergurau senda. Timbul juga rasa cemburuku. Iri dengan kebahagian Salina. Apa – apa pun aku tetap doakan kebahaagiannya.

Usai menikmati makan malam yang tak seberapa itu, kami bergerak menuju ke kereta dan meninggalkan Restoran Muara yang mulai dibanjiri pelanggan larut malam.

Kereta Adawiya meluncur laju menyusuri Lebuhraya Persekutuan. Keadaan dalam kereta sepi. Mungkin kekenyangan atau mungkin juga keletihan kerana jam hampir menunjukkan pukul 11.00 malam.

Aku perlu menghantar Hamidi terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Membelok ke kiri menuju ke arah Jalan Pantai Dalam. Isyarat lampu merah bertukar dengan tiba - tiba memaksa aku memberhentikan kereta secara mengejut. Fuh! Nasib baik tak terlajak tadi.

Kurang sesaat kelihatan pula sebuah kereta mewah berwarna putih berhenti betul – betul disebelah keretaku. Kejutan. Aku kenal pemiliknya.

Sepantas kilat dia keluar meluru ke arah keretaku. Mengetuk cermin tingkap kereta bertalu - talu. Aku panik. Giler betul tindakan Zaqrie ni.

“Wiya..please, I need to talk to you..please” gesa Zaqrie sambil membuat isyarat menurunkan cermin tingkap.

“Eh! cepatlah Wiya. Buka tingkap tu. Bos nak cakap. Cepat!! Kang lampu hijau pulak” jeritan Salina memaksa aku menurunkan cermin tingkap. Ah! kalut sungguh.

Dan Zaqrie cepat – cepat menarik punat pintu kereta dan pintu terbuka. Tanganku ditarik kuat menyebabkan aku terdorong mengikutinya.

“Eh! kenapa ni. Ke mana kita nak pergi” aku meronta meleraikan genggamannya yang erat.

“Sorry Salina. Saya nak pinjam Wiya sekejap. Nanti saya hantar dia pulang ya”

Salina mengangguk. Zaqrie menoleh pula ke arah Hamidi yang terpinga – pinga.

“Midi, maaf terpaksa susahkan awak pulak. Tolong hantarkan Salina balik. Thanks”.

Zaqrie segera menarik tanganku sejurus kedengaran bunyi hon bertalu – talu dibelakang kereta kami.

Mahu tak mahu aku terpaksa jua memasuki kereta lelaki itu. Lelaki yang hanya menambahkan amarah dan kebencianku. Kenapalah dia mesti muncul saat ini. Saat aku tidak menginginkannya. Masakan ianya kebetulan…tak mungkin.

“Marah” Zaqrie mencuri pandang dengan ekor matanya. Kereta meluncur tanpa arah tujuan.

Aku diam dan tak ingin bersuara.

“Marahlah saya kalau itu yang awak mahukan. Malam ini saya perlu bercakap dengan awak dari hati ke hati. Malam ni penentu segala. Awak perlu bagi saya keputusan. Sekiranya keputusan itu tidak berpihak kepada saya…saya tak akan ganggu hidup awak lagi” ucap Zaqrie dengan nada perlahan dan seolah berputus asa. Namun ada ketegasan dalam kata – katanya itu.

Aku jadi serba – salah. Hampir tiga hari aku menghilangkan diri sejak peristiwa memalukan tempoh hari. Aku sakit hati dengan perbuatannya terhadap Ikram yang aku rasa sungguh melampau.

Aku menjauhkan diriku darinya. Entah kenapa aku sendiri tidak mengerti akan hatiku. Antara marah dan benci. Kedua – duanya bercampur baur menyesakkan dada dan benakku.

Setiap hari panggilannya aku abaikan. Kunjungannya juga tidak aku endahkan. Dia bagaikan hilang akal mencari dan cuba mendekati aku. Dan setiap kali itulah aku sering mengelak diri dari bertembung dengannya. Amarahku yang entah apa – apa.

“Kenapa ni sayang…diam aje”

Aku masih membisu. Zaqrie segera memberhentikan keretanya di bahu jalan. Kawasannya sedikit kelam dan aku tak pasti dimana. Tapi yang pastinya aku jadi takut.

“Emm…masih marah lagi”

Zaqrie merenung dalam anak mataku. Dalam keadaan marah pun Adawiya tetap jelita dan Zaqrie ingin terus merenungnya.

Dalam kesamaran cahaya lampu jalan yang membias masuk ke dalam kereta, aku masih mampu melihat sinar matanya yang jernih menatap anak mataku. Buat seketika kami saling merenung. Dadaku bergetar hebat dan jantungku berdegup laju.

Akhirnya aku mengalah lalu membuang pandang ke luar tingkap, bimbang renungan Zaqrie akan mencairkan perasaanku yang beku.

“Okey..okey. Kalau awak nak marah saya, marahlah. Luahkan apa yang awak yang tidak puas hati tu. Saya nak dengar isi hati awak yang sebenar. Saya nak tahu apa yang terbuku diminda awak tu” akhirnya Zaqrie mengalah dengan sikapku yang membisu.

“Wiya..please say something, jangan diam macam ni” suara Zaqrie sedikit keras. Mungkin kesabarannya tercabar melihat diamku.

“Kalau awak tak nak cakap, kita akan duduk sini sampai malam. Kita tidur sama – sama kat sini. Tak payah balik sampai awak cakap sesuatu dengan saya. Haa..gelap – gelap macam ni elok juga kalau pencegah maksiat datang tangkap kita. Dapat kahwin ‘free’ ” gurauan Zaqrie seakan mengugut. Aku tiba – tiba takut. Cabul betul mulutnya.

“Saya tak rasa nak cakap apa – apa dengan awak. Hantar saya balik sekarang” tegasku.

Zaqrie tersenyum menang. “Haa…boleh pun bersuara. Awak memang suka kena ugut baru nak bertindak kan..”.

“Awak ni memang jahat”

“Ya..memang saya jahat. Saya jahat cuma dengan awak sorang aje”. Zaqrie tersenyum nakal. Mesti kepala otaknya dah menyimpang ke lain. Aku benci melihat senyuman itu.

“Okey ..okey..awak luahkan sekarang. Apa yang awak tak puas hati dengan saya” ucap Zaqrie bersahaja seolah tiada langsung kekesalannya.

“Kenapa awak masih cari saya? Mestikah awak terus – menerus memaksa saya? Kenapa tidak awak lepaskan saya supaya hidup saya lebih aman?”

“Sebab saya sayang awak. Saya ingin memiliki awak..ingin hidup bersama awak …punya anak dengan awak dan...banyak lagi”

Huh!..Siapa yang sudi ntah. Aku mencebik. Pandangannya ku balas dengan jelingan. Zaqrie ketawa. Manja sunguh jelingan itu. Kasihnya semakin tertumpah pada gadis itu.

“Awak tahu tak, saya tak boleh teruskan semua ini. Saya benci awak. Saya tidak mencintai awak. Saya tak nak hidup bersama awak. Awak tahu tak” kata mulut tapi dihati tidak.

Wajah Zaqrie berubah. Senyuman hambar yang menghiasi bibirnya gagal menyembunyikan emosinya yang sebenar. Aku tahu dia berpura – pura selamba.

“Betul! itu keputusan awak Wiya”

Aku masih diam lagi. Mengeleng tidak mengangguk pun tidak.

“Kalau itu keputusannya, saya takkan ganggu awak lagi. Saya doakan awak menemui lelaki yang awak cintai dan dapat menerima diri awak seadanya”.

Dia menyambung lagi, “Saya minta maaf banyak – banyak atas apa yang terjadi dulu. Memang saya bukanlah lelaki yang baik buat awak. Banyak sakitkan hati awak. Tapi percayalah…demi tuhan, saya berubah. Saya berubah untuk memikul tanggungjawab atas apa yang telah saya lakukan. Tidakkah awak mahu kisah itu menjadi rahsia kita berdua. Tak siapa yang tahu. Hanya kita berdua ..Wiya”.

“Tapi saya tahu itu semua tak mungkin terjadi. Mungkin tiada cinta dihati awak buat saya”. Keluhan yang amat berat kedengaran mendatar dari luahan Zaqrie itu.

“Benci sangatkah awak pada saya”.

Spontan aku mengeleng. Menafikan kata – kata itu. Zaqrie merengus perlahan.

Mataku mulai kebas dan pedih. Pedih menahan airmata yang sudah bertakung ditubir mata. Menanti ianya gugur.

Sebaknya jiwaku saat ini dan akhirnya aku menangis teresak – esak.

Kepalaku disandarkan ke bahunya. Menjadi alas tempat aku menghamburkan semua airmata yang terpendam lama.

Zaqrie cuba menenangkan aku yang teresak. “Sayang, kenapa menangis ni”

“Dah sayang...jangan menangis lagi. Kalau awak tak cintakan saya tak pe, saya tak paksa”, gurau Zaqrie seolah memujukku. Dia menyeka airmataku yang sudah lencun membasahi bajunya.

“Saya menangis bukan kerana awak tapi saya terkenangkan betapa bodohnya diri saya, betapa kotornya…hinanya diri saya setelah dinodai awak dulu. Saya rasa terseksa sangat”

“Saya minta maaf. Tak sangka awak menanggung keperitan itu seorang diri. Jadi benarkanlah saya berkongsi keperitan itu dengan awak..ya sayang” Zaqrie masih mengalun pujuk rayunya.

Aku tidak segera memberi jawapan, masih berfikir – fikir.

Tiba – tiba …cermin kereta diketuk orang.

Zaqrie menurunkan cermin tingkap. Darah terus menyerbu naik ke mukaku tatkala melihat beberapa orang berkopiah sedang menyuluh ke dalam kereta kami.

“Maaf encik. Kami dari Jabatan Agama Islam Wilayah sedang menjalankan operasi. Sila tunjukkan kad nikah encik”

Hah!!!???

Saturday, January 30, 2010

Diulit DOSA CINTA...17

BAB 17


Jam tangan menunjukkan hampir setengah jam aku menunggu di ruang legar concourse level Suria KLCC. Langsung tidak kelihatan kelibatnya. Geram dihati tak usah nak kata. Itulah padahnya kalau berkawan dengan orang yang sedang mabuk bercinta.

Hish..manalah si Salina ni…lambat betul. Setengah jam dah aku tunggu batang hidung pun tak nampak. Tadi kata ‘on the way’ tapi tak sampai –sampai pun, gerutuku dalam hati.

Aku berjalan mundar – mandir di hadapan sebuah butik mewah untuk menghilangkan kebosanan. Tiba – tiba bahuku ditepuk kuat.

“Mak!!!..subhanallah”. Aku benar – benar terkejut kemudian berpaling.

“Kau! rupanya Sal. Hantu betul. Dahlah datang lambat lepas tu terkejutkan orang pulak. Eeii..geramnya aku”

Aku mengusap dada menahan kejutan tadi. Lengan Salina ku cubit kegeraman dan dia masih lagi ketawa berdekah – dekah macam aku ni sedang buat lawak badut di depannya.

“Suka sangat lah tu dapat menyakat aku. Nasib baik tak gugur jantung aku tadi. Dahlah tu gelak, orang dah pandang – pandang tu”

“Geli hati aku tengok muka kau tu. Terkejut beruk macam terserempak hantu. Relax ah…”.

“Banyaklah kau punya relax. Sesiapa pun akan terkejut kalau kena macam tu tau” luahku masih marah.

“Okay..okay, aku minta maaf. Jangan marah laa…semalam kan sehari suntuk ‘dating’ dengan bos muda kita tu..takkan nak marah lagi kot. Patutnya senyum – senyum takpun sengih sensorang dapat laki kaya. Dengarnya sampai ikut balik ke rumah, hebat betul kau Wiya” .

“Hissyy..apa kau merepek ni ” aku mengerut kening.

“Ala..kau ni pun apsal nak buat muka pelik. Semalam dah heboh satu ofis pasal kau tak datang. Buat kerja sampai ke ikut bos balik ke rumah ke, kes berat ni” sindir Salina pedih bagaikan duri menusuk ke jantung. Boleh bawa maut. Aku menarik nafas perlahan dan sakitnya dada bukan kepalang. Tak sanggup rasanya mendengar cerita itu lagi.

“Hah! tengok muka kau dah merah. Maknanya betullah desas – desus tu. Baik kau cerita kat aku, apa kau buat dengan bos muda kita tu masa kat rumah dia ..jeng ..jeng. Rasa suspen pulak nak dengar”, seloroh Salina tidak sedikitpun mencuit hatiku.

“Masyaallah ..Sal. Siapa yang buat cerita macam tu. Kak Linda ke?”

“Tak kiralah siapa yang buat cerita tu. Yang penting betul ke tidak”

“Memang betul ..tapi aku ..aku”

Salina terus memintas. “Hah!..dah agak dah. Tak usah la kau nak bertapi – tapi lagi. Aku pun sebenarnya suka gak kau dengan bos muda kita tu…hensem lagi kaya ooo”.

“Kau ni Sal,..biarlah aku habiskan cakap dulu baru menyampuk”

“Okay..okay. Teruskan Puan Besar. Apa dia cerita yang nak kau jelaskan tu”

Spontan aku mencubit lengan Salina tatkala dia mengelarkan aku Puan Besar. Salina menjerit kesakitan. Padan muka …sindir aku lagi.

“Sebenarnya aku dan bos ada appointment dengan client pagi tu. Tapi cancel, client tu ada hal. So bila aku nak balik ofis semula, bos muda kau tu terus ajak aku datang rumahnya makan tengahari, itu aje . Datin pun ada sekali lah, bukannya apa yang kau dan budak ofis sangkakan tahu tak. Lain kali tanya aku dulu, jangan main percaya cerita tak betul tu” jelasku dengan nada geram. Geram dengan sikap orang yang suka menyebarkan cerita yang tidak betul tentang aku.

“Yalah…aku tukang dengar aje. Tapi sakit hati jugak bila dia orang cakap macam – macam tentang kau. Kau tahu ajelah budak – budak ofis tu kalau dah buat cerita, boleh jadi percaya tau tak. Lebih – lebih kalau pasal kau. Ada hubungan sulit dengan bos lah, ampu bos lah, kaki goda lah betina miang lah, eeii..macam – macam lagi. Sabar yo la ek”.

Aku terkedu dengan tuduhan itu. Tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Sungguh cepat cerita dusta itu tersebar dan ianya amat menyakitkan hatiku. Manusia memang begitu tidak pernah menyenangi apa yang orang lain buat terutama apabila orang yang tidak disukai itu mendapat kelebihan.

Aku tidak meminta untuk jadi begini, aku tahu sejak akhir – akhir ini aku lebih kerap menghabiskan masa bersama dengan Zaqrie berikutan banyak projek – projek syarikat yang perlu diselesaikan. Ini menimbulkan perasaan tidak kepuasan hati sesetengah pihak yang menggilai Zaqrie ataupun yang menaruh hati kepadanya. Maklumlah pengarah muda, tampan, bujang malah berharta pulak tu ..siapa yang tak teringin. Aku juga tahu ramai staff di pejabatku memasang angan – angan untuk mendekati Zaqrie, dan dengan sebab itulah juga mereka memusuhi dan membenci aku.

“Eh! Wiya tunggu jap …aku nak pergi toilet lah, rasa nak terkucil pulak” Salina terus berlari meninggalkan aku keseorangan dalam kelukaan.

Entah mengapa hatiku dipalit kepedihan yang amat mendalam. Takkan Kak Linda sangggup memfitnah aku sebegitu. Setahu aku hanya Kak Linda seorang saja yang dihubungi oleh Zaqrie semalam.

Tiba – tiba bahuku dicuit seseorang. Aku berpaling. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman ceria dan menyenangkan kini berdiri di hadapanku. Aku terpaksa mengukir segaris senyuman hambar.

“Hai! sorang aje ke?”

“Taklah, berdua. Salina pergi ‘ladies’ sekejap”

“Awak? Sorang?”

“Tak, berdua juga. Teman kawan beli barang”

“Perempuan?!” pertanyaan yang tidak sepatutnya meluncur keluar dari bibirku.

Ikram hanya mengangguk.

“Oh!” ayatku termati disitu. Terkunci mulut untuk bertanya lagi. Keadaan membisu seketika. Mata dikalih memerhatikan orang ramai yang lalu lalang disitu.

“Cemburu?”

Cepat – cepat aku menyangkal syak wasangka itu. “Ish! Takdelah. Buat apa saya nak cemburu pulak. Lagipun siapalah saya untuk mencemburui orang sekacak awak ni …kan ramai peminat. Tak salah pun, kalau saya rasa awak memang patut keluar dengan seorang perempuan takkan dengan lelaki kot..eeiii..bahaya”.

Serentak itu, kami ketawa. Tidak menghiraukan orang disekeliling yang memandangkan gelagat kami yang masih geli hati.

“Huh! Pandai betul awak menafikannya. Setahu saya ada pepatah mengatakan kalau orang itu suka sangat menafi tandanya orang tu kuat cemburu tau. Dan cemburu itu tandanya sayang” ujar Ikram dengan sengih sumbing.

“Eh! tak pernah dengar pun pepatah macam tu. Ada ke” soalku dengan dahi berkerut.

Ketawa Ikram pecah lagi. Kali ini lebih kuat dari yang tadi. Sah! aku terkena. Wajah ku tarik masam.

“Okay..sayang, jangan marah. Saya gurau aje. Smile please… Saya gembira tengok awak gelak macam tu hari - hari. Tenang hati saya tau” pujuk Ikram.

Hatiku benar – benar terusik. Ikram masih bisa memujukku. Dia sentiasa mahu melihat aku gembira tanpa menghiraukan perasaan sendiri. Perasaan cintanya yang belum ada kepastian dariku.

Deringan telefon bimbitnya bertalu – talu menganggu perbualan kami. Ikram hanya menatap panggilan itu di skrin, mungkin mengenali si pemanggilnya.

Pantas dia meminta izin untuk beredar. Belumpun sempat kaki Ikram melangkah, secara tiba - tiba seseorang dari arah belakangku merangkul pinggangku membuatkan aku terjerit. Nasib baik tak kuat.

Aku terkejut begitu juga Ikram. Kami saling berpandangan. Zaqrie rupanya. Hantu betul! hari ni dua kali aku dikejutkan satu Salina dan satu lagi si beruk sekor sebelah aku ni. Lepas tu suka – suka peluk aku dikhalayak ramai. Betul – betul tak tahu malu lelaki ini.

Aku cuba merenggangkan tubuhku agar tidak keterlaluan aksinya.

“Hai..sayang lama tunggu. Sorry I’m late” ucap Zaqrie tiba – tiba. Aksi ala – ala manja kucing parsi lagaknya.

Eeiii..lakonan apa ni. Bila masa aku menunggunya. Aku diam tidak membalas pernyataan Zaqrie. Berpaling semula memandang raut wajah Ikram di hadapanku yang sudah berubah warna. Merah…dia seakan menahan amarah .

Aku tahu, Ikram pasti berasa amat cemburu dengan perlakuan gila si Zaqrie tu.

“Kau buat apa kat sini” Zaqrie menyoal Ikram dengan nada kurang sopan.

“Beli barang sikit. Emm…okay lah Wiya, saya pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi ya” Ikram menjawab sekadar berbasa-basi kemudian terus melangkah meninggalkan kami. Dia tidak mahu berlama disitu bimbang menimbulkan persengketaan nanti memandangkan api cemburunya semakin marak dan dia tidak lagi mampu menahan perasaan itu dengan tindakan sengaja Zaqrie itu. Kerisauan juga mengamit apabila dia sebenarnya sedang keluar bersama Zarina, adik Zaqrie.

Langkah Ikram terhenti apabila Zaqrie kelihatan masih tidak berpuas hati dengan jawapan Ikram.

“Oh! beli barang rupanya. Barang kahwin ke?” perli Zaqrie untuk menyakitkan hati Ikram.

“Membeli – belah sorang – sorang aje..tunang mana?”

Ikram sedikit bengang. “Cukup! Zaq, aku rasa kau ni dah melampau. Hormatlah aku sikit . Aku tak mahu cari pasal dengan kau”.

“Tak mahu cari pasal konon. Yang kau terhegeh – hegeh kacau tunang aku tu,bergelak sakan bukan cari pasal namanya”

What!!Tunang??!! berdetak jantungku. Aku belumpun secara rasminya menerima lamaran itu semalam. Kata putus dariku belum termaktub lagi untuk Zaqrie mengisytiharkan aku sebagai tunangnya yang sah. Memang tak malu betul lelaki ini.

Aku terus menguis rangkulan Zaqrie yang semakin merimaskan. Ikram menatap wajahku tanpa berkelip. Merenungku seolah tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.

Dan Zaqrie semakin panas dengan renungan itu. Padanya renungan Ikram kepada Adawiya benar - benar membakar hatinya.

“Kenapa? Kau tak percaya.Nah! Ini buktinya”. Zaqrie mengangkat tanganku lalu disuakan ke arah Ikram. Kerlipan cincin emas putih bertahtakan berlian bersaiz setengah karat dijari manisku tidak sedikitpun memberi kejutan kepada Ikram sebaliknya dia tenang dan bersahaja.

“Nice ring! Tahniah”. Ikram terus beredar meninggalkan kami tergamam sendiri.

Zaqrie bertambah sakit hati dan aku pula hampir menitiskan airmata. Rasa pedih mataku menahan sebak. Apalah nasib aku hari ni. Kesian Ikram. Mesti dia kecewa. Meluat sungguh aku melihat lelaki disebelahku. Hilang dayaku untuk melayani karenahnya lagi. Penat rasanya. Aku diamkan saja diri. Berpeluk tubuh dan tidak berkata apa – apa.

Menyesal juga rasa hati. Aku benar – benar terlupa untuk menanggalkan cincin itu malam tadi. Terlalu penat seharian melayani karenah Zaqrie dan ibunya, Datin Zainab semalam membuatkan aku terus merebahkan diri dan tertidur sebaik sampai dirumah. Jika tidak, pasti perkara ini tidak terjadi. Ikram tidak kecewa dan Zaqrie tidak perasan sendiri aku tunangnya.

Namun janji perlu dikotakan. Janjiku kepada emak dan ayah begitu juga janjiku dengan Datin Zainab. Aku tidak boleh lari dari kenyataan ini. Aku tidak boleh jadi anak derhaka. Ya tuhan…berilah aku kekuatan.

Salina yang baru muncul hampir terlopong mulut melihat aku disamping Zaqrie. Apa sudah jadi…bisik hati Salina.

Dengan sengih kambing Salina mendekati kami.

“Hi! Bos pun ada sekali. Gempak ni”. Kami masih diam. Memang menampakkan sangat yang kami baru habis bergaduh. Salina jadi serba – salah.

“Emm..nampaknya semua macam kusut aje. Aku blah dulu lah ..Wiya. Lain kali ajelah kita shopping barang aku tu”

“Eh! Sal ..tunggu aku”. Aku terus mengekori langkah Salina yang laju meninggalkan kami.

Tidak berapa jauh melangkah, aku berpaling melihat Zaqrie. Dia masih tegak berdiri. Memerhatikan aku barangkali. Pandangannya kali ini redup. Sinar matanya penuh makna seolah berharap sesuatu. Mungkin sesuatu dariku.

Sunday, January 17, 2010

Evolusi Rindu_1

BAB 1


“Tolong! Tolong!”

Jeritan wanita itu telah didengari oleh Nurul yang kebetulan melalui lorong tempat letak kereta dibelakang sebuah pusat membeli belah . Dia segera memberhentikan skuternya dan mendapatkan wanita separuh usia yang sedang tertiarap di jalanraya.

Nurul mengangkat wanita itu dan membetulkan duduknya.

“Kenapa ni makcik” soal Nurul.

“Saya telah diragut, penjahat tu dah lari arah sana”.

“Makcik tunggu sini. Saya pergi kejar peragut tu” ucap Nurul bersungguh pantas mencapai motor skuternya dan memecut laju mengejar peragut tersebut.

Setelah penat berpusing – pusing di kawasan sekitar pusat membelah beli itu, Nurul berehat sebentar melepaskan lelah, yakin tidak kelihatan kelibat peragut tersebut mahupun kelibat orang yang mencurigakan akhirnya dia berpatah balik semula ke tempat wanita tadi.

Orang ramai telah mula mengerumuni wanita itu. Nurul terus menguakkan tangannya untuk menembusi dicelahan orang ramai yang melihat keadaan wanita yang sedang cedera itu.

Apa punya manusia daa… takkan tengok aje kot. Tolong lah brader. Kata – kata itu hanya terluah di dalam hati Nurul.

Wanita separuh usia itu kelihatan sedang menahan kesakitan di kakinya. Dirinya nampak lemah. Terdapat koyakan besar pada kulit kakinya. Banyak juga darah yang keluar. Nurul cepat – cepat membalut luka itu dengan sapu tangannya. Nasib baik masih bersih lagi.

“Makcik cedera ni. Saya hantar ke klinik ya” . Wanita itu hanya mengangguk.

Tanpa berlengah Nurul memapah wanita itu dan mengampu naik ke atas skuternya untuk dihantar ke klinik yang berdekatan.

“Makcik duduk elok – elok. Peluk saya kuat – kuat tau”. Wanita itu mengangguk lagi. Nurul dapat merasakan tangan wanita itu kuat merenggut bajunya ketika skuternya meluncur laju. Nampak benar ketakutan wanita itu membonceng skuter kesayangan milik Nurul.

Nurul terpaksa membatalkan temujanjinya dengan Jannah gara – gara ingin menolong wanita itu. Atas sifat insaniah juga, Nurul merelakan dirinya menjadi penunggu setia sehingga wanita itu habis dirawat.


Detik masa berlalu begitu saja, hampir sejam lebih Nurul menanti diluar bilik sehingga dia terlena di sofa. Dia tersedar semula apabila dirinya digerakkan oleh seseorang.

“Cik, ibu cik dah boleh pulang” tegur seorang pembantu klinik di situ yang tersalah anggap hubungan antaranya dengan wanita itu. Namun dibiarkan saja.

“Macam mana keadaannya” soal Nurul sambil membantu wanita yang tidak dikenalinya itu melabuhkan punggungnya ke sofa.

“Okay. Cuma jahitan ibu cik perlu dicuci semula lepas seminggu. Kami juga berikan ubat tahan sakit dan antibiotik untuk dimakan mengikut preskripsi yang tertera di botol ni” pembantu klinik menghulurkan senarai ubat yang perlu diberikan kepada wanita itu kepada Nurul.

“Baiklah. Berapa bayarannya kak?”

“Semuanya RM 175.00”. Mak oi! Nurul terkejut badak.Teraba – raba duit dipoket seluarnya. Ntah ada ke tidak. Kalau setakat 50 hengget tu adalah juga dia simpan selit – selit kat poket dompetnya. Nurul mengerling ke arah wanita itu yang masih lemah menahan kesakitan. Berkerut – kerut dahinya. Alahai…kesian lah pulak.

“Kejap kak ya” Nurul mencari – cari di seluruh poket seluar dan kemudian menyelongkar pula beg sandangnya kot – kot ada la duit yang tercampak maklumlah Nurul memang seorang yang tidak cermat dan suka mencampak apa saja ke dalam begnya. Ibarat beg ‘doremon’ yang punya 1001 macam barang tersimpan.

Alhamdulillah…cukup juga.

“Nah!” Nurul menghulurkan duit bayaran perubatan dan kembali mendapatkan wanita itu.

“Makcik…macam mana rasanya sekarang. Sakit lagi ke?”

“Emm..masih boleh bertahan. Rasa sengal – sengal belakang saya ni” lemah wanita itu bersuara.

“So macam mana mak cik nak balik ni. Mak cik tinggal mana? Nak saya hantarkan ke? Atau nak saya telefonkan anak mak cik ke” tanya Nurul seperti orang bengong. Mungkin juga resah memikirkan duitnya yang telah habis kopak membayar rawatan perubatan wanita itu. Aarghh! Biarkanlah ..nak tolong jangan diungkit. Rezeki lain ada, gumam Nurul lalu membuang segala kerisauan di hatinya.

“Jangan risau. Tadi saya dah minta tolong doktor telefonkan pemandu saya untuk datang mengambil saya. Mungkin dia sedang dalam perjalanan. Awak tunggu sekejap ya”

Hah?! biar benar. Mak cik ni pasang drebar. Patutlah ‘dressing’ dia anggun semacam aje. Nurul tersengih – sengih memandang wanita itu.

“Nama awak siapa?”

“Nurul”

Wanita anggun itu memandang Nurul dengan dahi berkerut. Pelik kot! dan Nurul tersedar, mungkin dia nak nama penuh.

“Oh! Nurul Lisa Binti Nasaruddin..tapi panggil saja saya Nurul. Mudah dan senang nak ingat” tutur Nurul dengan ramah sekali.

“Saya Maznah”

Aik! Maznah aje? …sepi. Tiada bicara lagi. Seolah wanita itu ingin berehat sebentar. Matanya lelap. Nurul tidak senang duduk dan gelisah menanti. Kakinya digoyang – goyangkan. Kemudian dia duduk menongkat dagu.Tidak selesa dia kembali melekapkan tapak tangan ke atas kepala lutut lalu mengoyangkannya dan menyanyi – nyanyi kecil. Menghilangkan kebosanan yang hampir mencecah tahap maksima.

“Maaf, Lisa. Saya pening tadi. Sekarang dah lega sikit”

Lisa?

“Makcik panggil aje saya Nurul, geli lah panggil nama tu”

“Tapi saya suka nama Lisa tu. Sedap” pujinya.

“Tapi…” ayat Nurul tergantung.

“No, tapi – tapi. Kalau tak suka biar saya sorang saja yang panggil awak Lisa. Itu lebih sedap dan mudah untuk diingati” tegas arahan wanita itu. Suka hatilah kau lah…jangan panggil aku beruk , hei , woi ..sudah, sungut hati Nurul.

“Lisa kerja mana”

“Saya kerja bebas, tak kira masa dan tempat. Mana ada job saya akan pulun semuanya”

“Pulun tu apa”

“Ala..pulun pun mak cik tak tahu ke? Pulun tu sapu bersih…kaut semua kerja yang ada” jelas Nurul kepada Maznah yang masih terpinga – pinga.

“Oooo..maknanya awak kerja sebagai tukang sapu lah”

Berdekah – dekah Nurul ketawa membuatkan Maznah seperti orang dungu mencari kesilapan. Salahkah?

“Makcik !!...bukan tukang sapu lah tapi pion ..ala..macam ‘despatch’ tu” Nurul menjelaskannya dengan tawa yang masih bersisa. Maklumlah umur Maznah mencecah 40-an manakala Nurul masih 20-an, membuatkan bahasa ‘gaul’ itu hanya diguna pakai oleh para remaja zaman kini, tidak di zaman seusia Maznah. Lagipun Maznah selama ini tidak pernah bercampur – gaul dengan orang kebanyakan. Seluruh kehidupannya hanya berkait rapat dengan golongan berada, berpangkat dan kerabat saja.

“Oh! despatch’ rupanya. Tapi awak kan perempuan bertudung pulak tu”

“Ala..makcik, zaman sekarang mana ada kira perempuan ke lelaki. Semua kerja boleh buat punya. Nak cari makan. Kalau memilih sangat kebulur la nampaknya tak pun jadi penganggur. Dah ada kerja yang halal pun kita patut bersyukur makcik ” ujar Nurul penuh tekun.

Maznah mengiakan kata – kata Nurul. Dia seakan kagum dengan semangat Nurul malah berkenan dengan keluhuran budi gadis itu menolongnya tanpa mengetahui siapa sebenar dirinya.

Keselambaan sikap Nurul dan panggilan ‘makcik’ mencuit hati Maznah. Nampak sangat gadis ini seorang yang lurus dan Maznah amat menyukainya. Belum pernah dia bertemu dengan seseorang yang baik hati , lurus , cantik walaupun ada sedikit kasar pada tuturnya seperti gadis ini. Maznah sering dikelilingi orang – orang yang hipokrit dan suka bermuka – muka terutama untuk mendapatkan sokongan darinya.

Nurul Lisa…nama gadis ini meniti dibibir Maznah. Terpahat dihatinya nama gadis yang mula disukainya.

“Makcik okay ke ni”. Teguran Nurul mematikan lamunan Maznah.

“Emm…saya okay”.

Tidak beberapa lama kemudian muncul seorang lelaki beruniform putih menuju ke arah mereka. Dengan hormat lelaki itu memberi salam.

“Assalamualaikum dato’. Bagaimana keadaan dato’ sekarang?”

“Walaikummusalam. Keadaan saya okay cuma belakang saya masih sakit lagi. Mujur budak perempuan ni menolong saya tadi”

“Nasib baik dato’ tak de apa – apa. Kalau tidak risau juga saya tadi nak jawab apa dengan Tengku nanti”.

Nurul yang sedari tadi menjadi pendengar terkejut dengan perbualan tersebut lantas dia menyalami dan mencium tangan lelaki yang agak berusia itu. Sudah kebiasaan pada dirinya berbuat begitu pada orang yang lebih tua sebagai tanda hormat.

Nurul lansung tidak menyangka wanita yang ditolongnya itu adalah seorang dato’ dan berketurunan Tengku. Dia menjadi segan dan tersipu – sipu malu tatkala bertembung mata dengan Dato’ Maznah yang ralit merenungnya.

“Pak Borhan kena berterima kasih dengan Lisa ni kerana telah bersusah payah membantu saya tadi tanpa kira siapa dan masanya yang terbazir” puji Maznah sambil tangannya menepuk lembut bahu Nurul.

Nurul hanya mampu tersenyum dan bangga dipuji oleh seorang yang bergelar dato’. Tak pernah seumur hidupnya dipuji orang – orang besar macam Dato’ Maznah, tengku pulak tu.

“Terima kasih Lisa. Pak Borhan bangga dapat berkenalan gadis baik macam Lisa ni”

“Sama – sama. Saya membantu sekadar yang termampu aje Pak Borhan”.

Dato’ Maznah mencelah. “Eh! sebelum terlupa. Pak Borhan tolong ambilkan cek saya.Terpaksa si Lisa ni yang bayar kos perubatan saya tadi. Beg saya habis kena ragut so saya tak punya duit sekarang”.

Nurul hanya memerhatikan Pak Borhan berlari anak menuju ke kereta untuk mengambil cek seperti yang dipinta oleh Dato’ Maznah.

Cek yang ditulis Dato’ Maznah dihulurkan kepada Nurul. Nurul menyambut dan terus matanya terbuntang luas melihatkan angka yang tertera di cek itu. Mak oi!!! 3 ribu..banyak tu. Belum pernah Nurul menerima wang sebanyak itu.

“Eh! banyak ni makcik” Nurul masih mengekalkan panggilan itu buat Dato’ Maznah.

“Tapi ianya tidak dapat dibandingkan dengan nilai budi yang Lisa curahkan tadi”

“Saya tak boleh terima ni. Banyak sangat”

“Tak pe Lisa. Saya ikhlas”

“Tak boleh..makcik. Saya tak boleh terima” Nurul memulangkan semula cek itu kepada Dato’ Maznah.

“Ambil saja” desak Dato’ Maznah lagi.

Nurul terpaksa juga mengambil cek itu dengan hati yang berat. Dia berjanji akan memulangkan semula baki cek tersebut setelah ditunaikan nanti.

Dato’ Maznah dipimpin oleh Pak Borhan dan Nurul menuju ke keretanya. Sebelum berpisah Dato’ Maznah menyerahkan sekeping kad kepada Nurul sekiranya bantuannya diperlukan satu hari nanti.

“Kalau ada masalah jangan lupa call saya Lisa. Selamat Tinggal..”

“Bye. Jumpa lagi”. Kereta mewah hitam berkilat meluncur meninggalkan Nurul yang masih kaku berdiri bagai tidak percaya apa yang berlaku hari ini. Lebih - lebih lagi jumlah wang pada sekeping cek yang dipegangnya. Entah kan beruntung ataupun bertuah mahupun bernasib baik, Nurul masih tidak mampu meneka apa yang akan berlaku kelak. Tetapi apa yang dia mahu lakukan sekarang ialah memulangkan semula baki wang itu kepada Dato’ Maznah dengan seberapa segera.