Tuesday, September 6, 2011

Diulit DOSA CINTA...34

BAB 34

“Macam mana Nuar? Aku tak boleh tunggu lama ni, ada urusan nikah  di tempat lain pulak” ujar Pak Imam yang mula bosan menunggu.

“Eerr…maafkan kita Pak Imam. Kita dah cuba menelefon pihak lelaki tapi tak berjawab. Pak Imam tunggu sekejap ya, kita nak cuba tanyakan pada anak kita Adawiya dulu” balas Annuar dengan rasa serba – salah. Perasaan geram dan marah bercampur – baur, mujur juga dia dapat mengawalnya di depan sanak – saudara yang tidak berapa ramai itu .

Annuar membisikkan sesuatu di telinga isterinya, Kamisah. Wanita itu segera bangun dan berlalu menuju ke bilik anak gadisnya. Tidak berapa lama Kamisah muncul semula.

“Tak berjawab jugak bang. Banyak kali jugak Wiya menelefon Ikram. Dia pun tak tahu apa yang dah jadi. Nombor telefon saudara – mara Ikram pun tak disimpannya budak bertuah tu. Macam mana ni bang” gesa Kamisah dengan nada ditahan - tahan . Bimbang didengari orang yang turut ada di situ. Namun, masing – masing sudah saling memandang dan mula berbisik sesama mereka.

“Hisy..nak buat macam mana. Saya pun dah tak tahu nak buat apa, Misah. Pak Imam tak boleh nak tunggu lama lagi tu” bentaknya dengan rasa geram yang memuncak.

“Dapat hubungi pihak lelaki tu Nuar?” tegur Pak Imam sejurus melihat kemunculan Kamisah.

“Belum lagi, Pak Imam” Annuar mengelengkan kepala perlahan. Raut wajahnya berubah, menahan malu dan amarah yang semakin menyesak dada.

“Emm…macam ni lah Nuar, aku tunggu 15 minit lagi. Pukul 3.30 nanti aku terpaksa gerak sebab nak nikahkan satu pasangan lagi di kampung sebelah” terang Pak Imam dengan rasa simpati terhadap Annuar yang juga kenalannya.

“Terima kasih Pak Imam. Kita dah tak tahu nak cakap apa lagi. Malu kita, Pak Imam…malu sebab dah susahkan Pak Imam” luah Annuar dalam nada kesal.

“Bersabarlah Nuar. Istighfar banyak – banyak…tak pe, aku tunggu sekejap lagi”.

Annuar hanya mampu mengangguk tanpa sebarang kata. Kamisah turut menyabarkan suaminya, firasatnya mengatakan barangkali terjadi sesuatu yang buruk pada Ikram. Jika  tidak, mustahil Ikram tidak menjawab panggilan mereka yang kali – kali itu. Kamisah masih menaruh kepercayaan pada bakal menantunya itu. Dia tahu Ikram tidak akan mensia – siakan anaknya Adawiya.

Sementara di dalam bilik, penantianku amat menyeksakan. Beberapa kali telefon di dail, masih tidak berjawab. Aku bingung memikirkannya. Apakah yang telah terjadi pada Ikram? Kemalangankah? Argh! Aku segera membuang andaian buruk itu.

“Sabar Wiya. Kita doa yang baik – baik untuk Ikram. Mesti ada kecemasan tu, Ikram takkan tergamak nak buat kau macam ni” Salina cuba menenangkan aku.  Aku memandangnya dan mengangguk. Tiada bicara yang mampu aku luahkan lagi. Hanya rasa gusar dan takut menyelubungi jiwaku yang kian parah menanti.

“Eh! eh! tu ada kereta dah sampai. Cepat Wiya…” teriak Salina memanggilku. Girang hatiku dengan perkhabaran itu. Andaian buruk tentangnya lenyap serta – merta. Aku berlari anak menuju ke tempat Salina berdiri. Melalui jaringan tingkap, aku cuba mengintai kehadiran mereka.

“Tapi peliklah Wiya, tu macam kereta dato kan. Kau cakap tak jemput mereka. Yang belakang tu kereta Ikram, tapi siapa pulak perempuan di sebelahnya” kemusyikalan pertanyaan Salina membuatkan dengupan jantungku menjadi kencang.

Aku mengamati dari jauh perempuan yang dikatakan oleh Salina itu. Rasa debar semakin mencengkam jiwa. Susuk tubuh itu tidak pula seperti gaya seorang yang dikatakan adik atau lebih tepat adik perempuan Ikram seperti yang diceritakan sebelum ini. Berpenampilan anggun dan sedikit seksi. Aku seperti mengenali gadis itu, tapi di mana?. emm...

Ah! terdetik kembali diingatanku, itukan perempuan yang berkepit dengan Ikram semasa Majlis Makan Malam Tahunan syarikat tahun lepas. Berderau darahku memikirkan yang bukan – bukan tentang hubungan mereka berdua? Dan satu lagi, kenapa Ikram datang bersama keluarga dato’?  Zaqrie?! Hadirkah lelaki itu?..tapi tidak pula aku nampak kelibatnya. Apa dah jadi ni, aku mula rasa tak sedap hati.

“Jom Wiya. Mereka dah sampai tu, betulkan sikit tudung kau tu. Serabai betul” gesa Salina sambil menarik tanganku agar mengikuti langkahnya kembali ke meja solek.

Tiba – tiba kedengaran jeritan yang nyaring di luar. Jeritan seorang perempuan yang memanggil – manggil namaku. Suasana agak kecoh menyebabkan ahli keluarga yang berada di dalam bilik termasuk Kak Zah bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku. Aku dihimpit rasa takut dan gementar. Aku dapat menjangkakan sesuatu buruk bakal terjadi.

“Apa dah jadi ni Sal?”.

“Entahlah Wiya. Tapi lain macam lah kat luar tu. Kau nak keluar ke?”.

“Aku rasa lebih baik aku pergi tengok apa yang berlaku. Kau temankan aku ya” pintaku mengharap sokongan dari sahabatku itu. Salina sekadar mengangguk.

Sebaik kakiku melangkah keluar dari bilik, semua mata tertumpu ke arahku. Keadaan agak riuh dan tegang kerana suara perempuan yang menjerit itu tidak henti – henti menghamburkan kemarahannya. Aku yang masih terpinga tidak memahami apa yang telah berlaku saat ini. Kelihatan Ikram yang hanya memakai baju T-biru berkolar berdiri santai disamping gadis itu sambil berpegangan tangan.

Apa dah jadi ni?...desis hatiku sendiri.

Keluarga dato dan datin turut berada di ruang tamu rumah. Wajah mereka yang masam mencuka tak ubah seperti tertelan asam kecut. Aku terus berpaling merenung wajah Ikram pula yang sudah merah padam. Dia tidak memberikan sebarang reaksi sebaliknya gadis disebelah Ikram lebih menyinga dan matanya mengerling tajam ke arahku.

Gadis itu pantas mendekatiku dan tidak semena - mena pipi kananku terasa perit dan membahang. Darah panas terus menyerbu ke mukaku dan aku merasai keperitan yang kedua kalinya disebelah pipi kiriku pula. Kepalaku terasa berpinar dan hampir terjatuh ditampar  kuat oleh gadis itu.

Aku duduk terjelepok di atas lantai ruang tamu. Gadis itu cuba menyerang aku lagi. Tetapi kali ini, Salina pantas menghalang. Abah dan emak turut membantu.

Ikram pula terus memeluk belakang gadis itu dan cuba menenangkan kegilaannya yang bagaikan dirasuk hantu.

“Lepaskan I…lepaskan I…I masih belum puas…belum puas tahu tak” jerit gadis itu meraung – raung.

“Ina, mengucap…sabar” pujuk Ikram yang masih belum putus asa. Sejak dari dalam kereta lagi, jenuh Ikram menjelaskan keadaannya yang sebenar namun Zurina lansung tidak mempercayai kata – kata lelaki itu. Zurina berkeras untuk menemui Adawiya, Ikram tiada pilihan selain menurut walaupun dia tahu tembelangnya telah pecah dan dia tidak mampu berbuat apa – apa lagi untuk menenangkan amukan Zurina.

“You diam Am. You tak ada hak nak cakap apa – apa sekarang ni. I nak ajar perempuan jalang ni cukup - cukup. Denan abang I, dia tak dapat nak goda, you pulak yang dirampasnya. Memang tak guna…dasar perempuan sundal…pelacur” maki Zurina lagi tanpa memikir saudara – maraku dan beberapa orang yang disekeliling yang turut sama mendengar cemuhan itu.

Jiwaku bagaikan disentap mendengarkan penghinaan itu. Malunya aku bukan kepalang. Aku tak berani mengangkat muka lagi melihat mereka yang mula memandangku dan berdesis sendiri. Air hangat ditubir mata, ku tahan – tahan namun seksanya mengekang, akhirnya gugur laju membasahi pipi yang masih merah berbekas. Perit hatiku dengan tohmahan itu.

“Ikram, apa semuanya ini. Siapa perempuan ni?” soal abah curiga. Ternyata abah terlebih dahulu menanyakan soalan yang sama yang aku juga ingin tahu jawapannya.

Jelas Ikram lebih rela menunduk diam. Mulutnya terkunci dan lidahnya kelu untuk berkata – kata. Aku tahu dia tidak mampu menjelaskan apa – apa lagi saat ini. Sikap berdiam diri Ikram merentap segala kepercayaanku. Dia sekadar menghalakan pandangannya ke bawah saat bertembung mata denganku. Di mana keberaniannya selama ini? Di mana pembelaannya tika aku yang dianggapnya orang yang paling disayanginya?

“Annuar….”

“Bang…biar Nab yang bagi tahu” pintas Datin Zainab sebelum suaminya sempat berkata apa - apa.

“Macam ni lah….Nuar….Misah. Biar aku berterus – terang aje. Perempuan yang kau tunding tu anak gadis aku, Zurina dan Ikram tu pulak tunang dia. Mereka bakal berkahwin hujung bulan depan. Tapi yang aku tak sangka, anak kau telah merampasnya, Misah. Perempuan jenis apa anak kau ni Misah …Nuar. Sanggup goda tunang orang sampai paksa dia kahwin. Kenapa anak kamu jadi perempuan jahat macam tu. Dulu, aku puji betul tingkahnya, sopan – santun, berbudi bahasa…tapi dalam diam dia berperangai buruk rupanya. Dia berbaik – baik dengan aku cuma nak  perangkap lelaki – lelaki kaya kan. Patutlah anak bujang aku tolak nak kahwin dengan anak kau dulu rupanya dia dah tahu memang anak kau tu perempuan jalang. Aku kecewa tau Misah… anak kau buat kami sekeluarga macam ni” rasa geram terluah jua dari bibir Datin Zainab yang terbuku dari tadi.

“Astaghfirullah …Nab. Apa yang Nab cakapkan ni? Sampai hati Nab tuduh anak Misah macam tu…bila masa pulak Adawiya rampas tunang orang. Kami langsung tak tahu Nab” sebak emak meluahkan kata - kata. Abah merengus perlahan melepaskan rasa hampa.

Aku yang mendengar tergamam seribu bahasa. Kejam sungguh tuduhan Datin Zainab terhadap aku yang selama ini melayani dan menganggap aku seperti anaknya sendiri. Kenapa saat ini kasih sayang itu musnah sama sekali? Ke mana hilangnya nilai kasih – sayang yang kudambakan selama berhubungan dengan keluarga mereka hingga saat ini aku dituduh  perempuan jahat. Airmataku terus merembas keluar bagaikan hujan tanpa henti. Aku tak sanggup menghadapi kebencian seperti itu.

“Ini bukan tuduhan mak cik tapi kenyataan. Kenyataan yang harus mak cik terima  yang anak mak cik ni memang perempuan tak bermaruah. Dah tak ada lelaki lain ke dia nak goda. Tak cukup ke lelaki bujang kat luar sana? Mengapa hak orang jugak yang dia nak rampas? Dasar perempuan murahan” sampuk Zurina dengan lantang menghamburkan sumpah seranahnya.

“Sudahlah tu Ina. You kan dah dapat I balik, kenapa you nak marah – marah lagi ni” pujuk Ikram bagi meredakan hati panas Zurina.  

“You diam Am. You pun sama gatal, kalau you tak melayan betina ni….mesti perkara ni tak terjadi”

“Apa you cakap ni…cuba bertenang sikit”.

“I dah tak boleh nak tenang lagi. Cukup you tipu I selama ini. Mati – mati I ingat you pindah ke JB sebab you nak lari dari abang I …dari family I...rupanya you nak kahwin. Memang you dah rancang dari mula lagi kan, I tahu Am…you memang lemah di goda dengan perempuan ni” hambur Zurina lagi melepaskan geram.

“Maafkan saya Cik Zurina…saya rasa tak adil cik salahkan Adawiya saja. Bertepuk sebelah tangan takkan menjadi cik. En.Ikram tak pernah bagi tahu pun dia dah bertunang. Adawiya tak tahu , dulu kami sepejabat pun tak pernah tahu cik” celah Salina bagi menjernihkan situasi sebenar sekaligus membela nasib sahabat baiknya itu dari terus – menerus dihentam dengan fitnah.

“Huh! Kau tak berhak nak masuk campur Salina. Ini bukan urusan kau, so please…. jangan jadi penyibuk” tempelak Zurina.

“Tapi Cik Zurina….”

“Shut –up!!!”

Salina terkedu di tengking Zurina yang semakin berang. Dia terpaksa mendiamkan diri untuk turut masuk campur walaupun hakikatnya, Salina amat geram dengan sikap bongkak adik majikannya itu.

Salina merenung wajahku yang sayu dan aku dapat merasai kesungguhannya untuk membantuku namun apakan daya sememangnya dia tiada kaitan dengan aku tetapi dialah teman yang terbaik buatku saat ini. Salina memeluk bahuku dan cuba menyabarkan aku yang masih berlinangan airmata.

“Sampai hati kau buat aku macam ni Ikram. Kau malukan aku sekeluarga. Kau memang kejam…tak berhati perut” akhirnya aku bersuara dengan nada geram yang ditahan – tahan. Hilang rasa hormatku padanya yang selama ini aku sanjung budi pekertinya. Rupanya dialah lelaki berhidung belang dan bijak berpura – pura. Rasa benciku mula meluap – luap.

“Ma…maafkan aku Wiya. Aa..aku….” Ikram tidak sempat menghabiskan ayatnya, Zurina yang bengis sudah memintas.

“Hei!...kenapa you nak minta maaf pulak Am. Bukannya salah you.You jugak kata perempuan ni yang goda you …yang pukau you. You jangan nak ngada – ngada minta maaf pulak. Biarkan dia …biar dia malu dengan perbuatannya sendiri. Biar semua orang tahu siapa dirinya yang sebenar tu perempuan GRO”.

Bagaikan direntap kuat tangkai hatiku. Degupan  jantungku terhenti  serta – merta. Perempuan GRO?!...

Wajah Ikram pula ku renung dengan rasa terkilan. Aku difitnah menggodanya dengan ilmu pukau. Sungguh tuduhan Ikram itu amat berbisa. Hatiku benar – benar terluka dan hancur.

Raut wajah emak dan abah berubah sekaligus. Salina dan yang ada di situ turut memandangku dengan seribu perasaan terbungkam.

“Awak jangan fitnah saya” tegasku menyangkal tuduhan wanita yang menuduhku itu. Wajah datin dan dato seolah jijik memandangku saat ini. Ikram tidak lagi ku pandang sebagai lelaki sejati yang boleh diharap. Aku benar – benar kecewa dengan sikap hipokritnya itu. Aku benci padanya.

“Memang kau GRO. Kau jangan ingat aku tak tahu. Teman kuliah kau Marini….masih ingat lagi. Untuk pengetahunaan kau, dia adik tiri Ikram. Semasa di universiti, dia terpaksa menjadi GRO untuk menampung perbelanjaan kuliahnya, so kau pun terlibat sama bukan. Lebih baik kau mengaku aje depan mak bapak kau. Kau ni memang anak yang tak bermoral dan memalukan keluarga, patutnya dihalau aje dari rumah” berangnya wanita itu menghamburkan fitnahnya tanpa usul periksa. Yang pastinya emak meraung tatkala aku dituduh GRO. Abah tidak putus – putus beristighfar sambil mengurut dada.

Aku benar tak menyangka Marini adalah adik tiri Ikram. Patutlah selama ini Ikram sering mengelak dari aku bertemu dengan adiknya itu. Dan Marini, kejam benar tuduhan kau lemparkan kepadaku. Kenapa kau fitnah aku Marini? Mengapa kau tuduh aku GRO seperti kau juga?...argh! rasa marah membuak – buak didadaku. Aku tak mampu meluahkannya cuma  linangan airmata yang bercucuran sebagai pengganti.

“Sampai hati Wiya hancurkan hati emak dan abah. Tak cukup ke apa yang abah bagi selama ini sehingga Wiya terpaksa jadi pelacur. Kurang ke kasih sayang yang abah dan emak curahkan. Di mana didikan agama yang Wiya pelajari selama ini hinggakan lupa dosa dan pahala. Mengapa Wiya jadi begini nak” ratap abah hiba.

Aku benar – benar sebak melihat airmata abah menitis. Belum pernah sekalipun aku melihat titisan airmata itu jatuh ke pipi wajah tua abah. Tetapi hari ini, aku telah menjadi insan yang pertama membuatkan abah menangis atas tohmahan yang dilemparkan.

Wajah emak dan abah ku pandang sayu, memohon pengertian dan sokongan dari mereka agar mempercayai aku tika ini.

“Demi Allah…bah. Wiya berani bersumpah, Wiya tak pernah buat perkara – perkara hina macam tu. Demi Allah…bah” ucapku bersungguh untuk menyakinkan emak dan abah yang sudah termakan fitnah itu.

“Hei! bukan berani kau main sumpah ya. Jadi kau ingat aku sengaja buat cerita pasal kau lah. Memang kau GRO. Aku ada bukti. Kalau kau berani sangat… sumpah atas nama Tuhan depan mak bapak kau yang kau tu masih suci lagi dan kau memang tak pernah kenal Marini tu. Bersumpahlah!” herdik Zurina tanpa menghirau segan silunya dengan hadirin yang mula riuh. Barangkali gempar dengan ugutan Zurina itu.

Aku terpempan kaku.

Tidak semena – mena tamparan dato hinggap ke pipi Zurina. Dato Zaid mula naik angin dengan sikap anaknya yang tidak tahu adab itu dan kata – katanya yang melampaui batas. Langsung tidak menghormati maruah sahabat baiknya yang saat ini dirundung duka.

“Papa!...” jerit Zurina sambil mengusap perlahan pipinya yang sakit. Dia  bagaikan tidak percaya dengan tindakan papanya itu. 

“Papa tidak pernah ajar Ina biadap dengan orang  tua. Cuba hormat pada pak cik Nuar dan mak cik Misah sungguhpun Ina marah pada Adawiya. Malu papa dengan perangai Ina, tak ubah macam perempuan tak moral lagaknya” tegur Dato Zaid yang hampa.

“Bang, kenapa nak marahkan Ina tu, apa yang dia cakap semata - mata nak buktikan yang dia tak fitnah Adawiya. Ada betul juga cara Ina tu pada saya. Adawiya perlu bersumpah untuk bersihkan nama baiknya, itupun kalau dia tak mengaku perbuatannya tu. Kita semua yang ada kat sini nak tahu jugak, sejauh mana dia berani mempermainkan tuhan. Kalau tak buat dia tak perlu nak takut” sampuk Datin Zainab dengan mengetap bibir.

Semua mata membulat merenungku. Pandangan masing – masing tersimpul seribu pertanyaan dan andaian. Abah dan emak pastinya membendung kekecewaan yang tak terhingga. Aku benar – benar kesal dan rasa berdosa pada kedua orang tuaku. Perlukah aku bersumpah aku bukan GRO…tapi sucikah aku. Cerita apakah yang harus aku sampaikan kepada mereka? Aku dinodai? Oleh siapa? Zaqrie?...argh! pastinya tidak akan ada kesudahannya dan lebih malang aku akan dituduh memfitnah Zaqrie dengan tuduhan yang lebih dahsyat lagi. Siapakah yang akan mempercayai aku kelak. Ya tuhan…apa yang harus aku lakukan?

Lama aku berdiam. Aku tak tahu apa yang harus aku ucapkan. Mereka masih menanti pengakuanku dengan penuh harapan. Namun, tak terdaya rasanya untuk aku meluahkannya. Bukan kerana aku berdosa tetapi aku tak sanggup melihat maruah emak dan abah lebih tercalar.

Kebisuanku menyakitkan hati emak. Perlahan – lahan airmata emak mengalir lesu dipipi . Emak terduduk lemah dan hiba. Pastinya emak sudah menganggap aku bersalah. Aku mendakap emak dan mengharapkan pengampunannya.

“Maafkan Wiya mak…maafkan Wiya”. Sedu-sedan aku menangis tanpa menghiraukan yang lain. Hatiku remuk melihat emak menitiskan airmata. Wajah – wajah mereka yang berpeluk tubuh pula sekadar mempamerkan riak meluat mereka dan mencemik muka. 

Beberapa orang masjid termasuk Pak Imam mula bangun beransur - ansur meninggalkan majlis. Suasana agak hening menyelubungi kedukaan petang ini. Aku tahu cerita aibku tidak akan terhenti setakat ini, tidak akan reda dan tidak akan pernah surut. Kuatkah aku untuk mengharunginya. Ya tuhan…berilah aku kekuatan.

Bahu abah ditepuk lembut oleh Pak Imam. Abah berpaling dengan wajah yang sugul dan seolah – olah mengerti isyarat tubuh itu lalu mengangguk lesu.

“Bersabarlah Nuar. Istighfar banyak – banyak. Moga Allah melindungi kamu sekeluarga. Mungkin kejadian hari ini ada hikmahnya Nuar” nasihat Pak Imam perlahan. Sayu juga hatinya dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Dalam hati, Pak Imam memanjatkan doanya agar Allah s.w.t sentiasa memberikan semangat kepada kenalannya itu.

“Aku berangkat dulu ya Nuar, memandangkan majlis kamu ni sudah terbatal”.

“Maafkan kita Pak Imam. Kita telah banyak susahkan Pak Imam”.

“Tak mengapa Nuar. Aku tak rasa susah pun” tutur Pak Imam tulus.

Usai bersalam – salaman, Pak Imam dan beberapa orang masjid mula beredar . Tiba – tiba langkah mereka dihalang seseorang.

“Tunggu dulu Pak Imam”. Pak Imam terkejut namun tidak pula berganjak dari tempatnya. Masing – masing sudah memandang sesama mereka dengan tanda tanya. Barangkali masih tidak memahami tujuan kedatangan lelaki yang bersuara garau itu.

“Saya akan menikahi wanita ini Pak Imam”. Jari ditunding ke arahku yang terkejut.

“Zaqrie!!!....” jerit Datin Zainab tergamam lalu rebah tidak sedarkan diri.

“Mama…” jerit Zurina dan Zuliana serentak. Mereka segera memangku Datin Zainab yang telah jatuh pengsan. Dato Zaid mendekati Zaqrie lalu menepuk perlahan bahu anak lelakinya sebagai tanda sokongannya. Zaqrie tersenyum nipis. Restu seorang ayah  menyuntik semangat lantas dia  mendakap papanya dengan rasa lapang.

*********************

“Aku terima nikah Nur Adawiya Binti Annuar dengan mas kahwinnya 22.50 tunai”.

“Sah!”

35 comments:

  1. kasian adawiya,,tak guna punya ikram,,dah kantoi nak fitnah wiyah plak

    bla nak smbung lg ni,,tak sbrnya

    ReplyDelete
  2. ciannye kat wiya...akhirnye kahwin juga wiya n zaqrie...akak cpt smbgnye...xsabar nk tggu next entry......

    ReplyDelete
  3. awin...cpt smbg..pleaseeeeeeeeeeee...dah tak ketentuan hati nak tahu kesudahannya...

    ReplyDelete
  4. sumpah jahat giler ikram!! padan muka dgn wiya yg lurus sgt percaya kt ikram. tp kesian kt dia. zaqrie pun salah sebab pernah nodai wiya tp nasib baik dia nk bertanggungjawab.

    sambung la cepat2 cik writer. citer ni best. hukhuk

    ReplyDelete
  5. citer ni best sgt2....tp yg x bestnya sambungan nya lambat sgt...seksa menunggu...

    ReplyDelete
  6. bencinya sy dgn ikram...kesian wiya.mesti hdp dia sgt ssh lps ni...sll mkn hati.hrp2 zaqrie mampu m'beri sinar kebahagiaan buat wiya..
    p/s:jgn la ambil masa lama sgt nak smbg cik writer.

    ReplyDelete
  7. alahai sian nya wiya. malang btimpa-timpa. mharapkan sbuah kebahagian hakiki tp ada ja manusia yg xbtanggungjawab merosakkan maruah dia. Zurina tu pun satu mcmlah dia tu suci sgt. dah la tgh pregnant ank ikhram. Yg si Zaqrie pun satu dah tau Ikhram tu jahat sanggup plak bg buah hati nk kahwin dah tu Ikhram tu dah rosakkan adik dia. klu ak la xingin nk bt adik ipar biar adik ak mngandung luar nikah sxpun ak sanggup bela dr rosakkan masa depan dgn laki yg tak btanggungjawab. wlaupun Zaqrie nikah Wiya itu belum cukup nk tebus maruah keluarga yg dihancurkan oleh Zurina. mesti Wiya sgt sedih dgn apa yg tjd. Lgpun kpercayaan keluarga dah hancur mmg sgt sakit dahtu mak mertua pun dah tak percaya sama dia. mslh btimpa2x timpa ni. huhuhu... T T

    ReplyDelete
  8. siannye wiyah.... sib baik zaqrie nak bertanggungjawab.... ikram memang x guna.... tak guna jadi lelaki kalau x mengaku kesalahan diri... zurina pun x sedar diri.... kalau diri tu bagus xpe la jugak... emo ni...

    ReplyDelete
  9. paloii...bengong tahap gaban la si ikram tu...

    ReplyDelete
  10. so when te nxt episode..cpt3..xsbr nk thu...try cri novel ni tp xjmpa la..mmg xda kat market ke...best cte dia..

    ReplyDelete
  11. peh dua tahun tunggu baru ada n3 baru, tp xpa sbb best sesngt. truskn cik writer

    ReplyDelete
  12. ney endingnya or de lg episode???em..serius..mmg eram ngan ikram..kalo de laki macam ney kat dunia ney...mmg rosak la..em..bila n3 akan datang ney...please x sabar nak baca ney....kak awin..kita da gler baca novel kak awin ney...cpatla...

    ReplyDelete
  13. Citer sgt menarik...tetapi terlalu lama menunggu setiap bab nak di postkan.Rasenya saya baca citer sejak 2009 lagi sampai dah nak abis tahun 2011 baru sampai bab 34....so harap penulis mengambilkira permintaan pembaca yg dah tak sabar2 nak tau kisah selanjutnya....

    ReplyDelete
  14. bila nak smbung cter ni...cpt sket ye
    xsbar la nk thu cter slanjutnya.. :-)

    ReplyDelete
  15. napa lama sangat sambungan nyer...x sabar dah nak baca....hope sgt ada sambungan citer ni a.s.a.p.

    ReplyDelete
  16. ending ke bab 34 ni??? ape berlau seterusnya adakah zaq cerita perkara sebenar???mcm mne dgn keluarga dua belah pihak?? mcm mne dgn ikram??? bnyk tanda tanya.

    ReplyDelete
  17. penulis dlm usaha utk menamatkan novel DDC ini. Kelewatan dlm menyiapkan novel DDC ini amat dikesali.
    Harap sabar menunggu....tq

    ReplyDelete
  18. oh ya ka Awin. We love to see this story to be publish. cannot wait bcoz tis story quiet interesting little bit different. So u can take ur time for it. but make sure tis story is the best one. Hope Wiya n Zaqrie berbahagia wlau mungkin ada tentangan dr ibu dia. Hope Zaqrie tak sia2x kan Wiya. Mungkin cara Zaqrie nk tunjukkan sapa Ikram agak kejam. spatutnya dia hentikan kata2x adik dia yg mjatuhkan maruah wiya but maybe he come late so nothing cant do. but still respect him kerana mjadi lelaki yg sgt btanggungjawab.

    ReplyDelete
  19. dh kuar bku ke blm? lama sgt tunggu smp tlupa pla

    ReplyDelete
  20. salam...best novel ni..n mie nk tnye.de dpt twran dr mne2 penerbitan x?...if xde..email mie k...qaira85@yahoo.com.my..xpun..search nix mie kat fb...mimi syafiqah...

    ReplyDelete
  21. sudah dibukukan atau belum?. tak sabar nak tunggu ni.. kalau dapat dibukukan lagi bagus. tak jemu2 rasanya nanti baca.

    ReplyDelete
  22. awin...kalau rasa berminat nak bukukan novel ni...leh bg saya email..sypon suka ..kwn sy yg nak terbitkan ye bkn sy...dia sgt berminat dgn karya awk ni..ty

    multydimension@gmail.com

    ReplyDelete
  23. Assalam Cik Penulis...saya menunggu lama sunggguh nk tau sambungan kisah ni...kindly update. terima kaseh.
    ~ KAk Min

    ReplyDelete
  24. hi.. dah lama menunggu nie.. bila nak sambung balik?? plz do update us if dalam process dibukukan.. tanx..

    ReplyDelete
  25. OPSS...WAT HEPEN PENULIS CITER NIYH??? N...WAT HAPEN TO THE STORY...ADAKAH INI BAB TERAKHIR..OWHH NO NO NO...

    ReplyDelete
  26. saya dh tggu lama sangat...cerita dh best sggt tp kenapa diam je...cik writer trskan la penulisan...

    ReplyDelete
  27. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  28. Ni ke pengakhiran cerita ny? Tada smbungan dy ke? Smbung laa lgi cita nii.. best sesgt cita nii..

    ReplyDelete
  29. Kenapa tak sambung cerita ni.. nak tahu kesudahannya

    ReplyDelete