Tuesday, June 14, 2011

Diulit DOSA CINTA...32

BAB 32

Zurina memerhatikan gelagat Datin Zainab dan Dato Zaid yang agak kalut pagi ini. Zuliana, si bongsu juga turut kelam kabut seperti kedua orang tuanya. Ke mana mereka semua nak pergi ni …detik hati kecil Zurina.

“Papa dan mama bersiap cantik – cantik nak ke mana pagi – pagi buta ni” soal Zurina sambil asyik mengunyah asam ditangan. Datin Zainab tidak segera menjawab sebaliknya memandang anaknya dengan pandangan yang pelik.

“Yang kamu ni pagi – pagi buta makan asam apa kena” jawab Datin Zainab lalu mengambil tempat di meja makan. Dato Zaid turut sama melabuhkan duduknya disebelah isterinya. Mak Som yang telah sedia melayani tuannya menuangkan kopi panas ke dalam cawan. Menyenduk sedikit mee goreng untuk santapan dato’ pagi itu.

“Ala mama, makan asam pun tak boleh. Tekak Ina rasa pahit sikit” balasnya dengan muncung sedepa lalu meletak kembali bungkusan asam ke atas meja.

“Anak kawan nikah hari ni” jawab Datin Zainab tanpa menunggu ditanya.

“Anak kawan mama yang mana satu ?” ujar Zurina ingin tahu.

“Anak Mak Cik Misah dengan Pak Cik Nuar kat Johor tu”. Zurina nyaris tersedak dek biji asam yang berada dalam mulutnya kerana terkejut.

“Huk!...siapa ma? Anak Mak Cik Misah? yang namanya Aaa… err..Ada…”

“Adawiya”.

“Hah! perempuan tu. Perempuan tak malu tu….kahwin jugak dia, siapa lah lelaki malang tu ya ma ” cemuh Zurina dalam tawa kecil.

“Hisy! Ina… tak baik cakap macam tu” marah Datin Zainab.

“Ha’ahlah…akak ni, tak baik cakap kakak Adawiya macam tu. Kakak Adawiya tu baik, cantik, lemah lembut. Tak sombong pun” sampuk Zuliana cuba menafikan tuduhan kakaknya itu.

“Zu mana kenal dia. Zu di kampus, belajar. Masa kejadian dia kena tangkap khalwat dengan abang dulu tu pun Zu tak ada. So, macam mana Zu kata dia baik , tak sombong.Kalau Zu nak tahu dialah yang perangkap abang masa tu tapi nasib baik abang bijak tak jadi kahwin dengan dia kalau tak habis harta kita kan ma” cemuh Zurina lagi beria – ria.

“Ina…Ina…tak baik tuduh Adawiya macam tu”. Datin Zainab mengeleng kepala dengan tingkah Zurina yang terlalu celupar itu. Bimbang dia dengan keceluparan Zurina yang semakin menjadi – jadi.

Dato Zaid sudah mengerling tajam. Renungannya menembusi mata Zurina yang galak. Zurina mulai mengendurkan pandangannya.

“Papa tak suka Ina hina orang macam tu. Satu sifat yang keji di sisi agama sekiranya kita mengutuk atau menghina orang macam tu. Kita tak tahu kebenarannya jadi jangan sesekali buat cerita yang tak betul takut jadi fitnah nanti. Ingat Ina, jangan nak cakap ikut sedap mulut aje!” bidas Dato Zaid dengan tegas. Zurina terdiam, terpukul dengan teguran papanya itu.

Suasana hening seketika di meja makan. Masing – masing tidak berani bersuara lagi. Jelingan Dato Zaid sudah cukup membuatkan mereka takut untuk mengangkat muka sekalipun.

“Morning ma…pa”. Zaqrie muncul menghampiri keluarganya yang sedang bersarapan sejurus pulang dari berjoging. Dia mengerling sekilas ke wajah mama dan adik – adiknya yang agak kelat. Pastinya ada isu hangat yang dibincangkan tadi.

Sebelum melabuhkan duduknya, seperti kebiasaan Zaqrie mencium kedua pipi Datin Zainab penuh kasih dari anak kepada ibunda tercinta. Datin Zainab tersenyum puas.

“Abang…mama aje? Zu nak jugak” Zuliana pura – pura merajuk minta dikasihi pula.

“Okay…okay…untuk adik abang yang paling disayangi..muaahh!” satu ciuman mendarat di dahi Zuliana simbolik kasihnya abang kepada seorang adik. Sememangnya adik yang bongsu ini sangat manja dan paling rapat dengan Zaqrie. Zuliana tersengih gembira, Zurina pula meluat melihatnya. Dia menjuihkan bibir seakan mengejek kemesraan antara dua beradik itu.

“Lama Zu cuti ” soal Zaqrie sambil menuang kopi ke dalam cawan.

“Cuti semester 5 minggu aje bang. Zu cuti ni pun sebab nak tunggu sampai Kak Ina kahwin bulan depan” jawab Zuliana sambil mata mencuri pandang kakaknya yang tersenyum melebar apabila majlis perkahwinannya disebut - sebut. Suka betul dia.

“Macam itulah adik kakak” Zurina tersengih megah.

“Hee…iya lah tu” sengih Zuliana meleret.

“Abang…”

“Emm….”

“Abang tak nak ikut Zu ke JB, kita tengok kak Adawiya kahwin” ajak si adik dengan rasa teruja.

“Abang ada hal sikitlah hari ni Zu” jawab Zaqrie mendatar.

“Ala…bang, jomlah!” tukas adiknya lagi beria - ria.

“Zu kalau nak pergi tak payah ajak abang ke atau sesiapa…beria – ria sangat, bukannya orang penting pun, selebriti ke, anak puteri raja ke. Orang kampung aje Zu….buang masa” sampuk Zurina yang masih tidak berpuas hati dengan ahli keluarganya yang bersungguh untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

“Eeii…kak Ina ni memang teruklah. Kak Ina tu bukan orang kampung jugak ke?. Papa dan mama pun asal Johor, so orang kampung jugaklah kan” ajuk Zuliana yang semakin menyampah dengan perangai kakaknya itu. Zaqrie hanya tersengih sumbing. Bagus tindakan adik bongsunya itu, sekali sekala Zurina patut diajar. Kelancangan mulutnya memang sukar dikawal.

Dato Zaid berdehem beberapa kali seolah – olah memberi petanda awal bahawa perdebatan mereka wajar dileraikan segera.

Mereka yang seakan memahami amaran papanya terdiam sendiri. Cuma Zurina yang masih geram dengan sindiran adiknya itu. Dia mengerling tajam. Zuliana memuncungkan bibirnya mengajuk renungan kakaknya itu. Zaqrie yang perasan mengisyaratkan Zuliana supaya tidak berbuat demikian. Adik bongsunya itu akur lalu menyambung semula sarapannya. Zurina bertambah bengang lebih – lebih lagi adik bongsunya itu mendapat sokongan dari Zaqrie.

Usai bersarapan, Dato’ Zaid bingkas bangun dan dituruti Datin Zainab. Pak Mat pemandu peribadi dato’ telah bersiap sedia menunggu di kereta. Zuliana pula terkocoh – kocoh menghabiskan sarapannya apabila melihat kedua orang tuanya sudah masuk ke dalam perut kereta.

“Tunggu... Zu nak ambil beg tangan kat bilik kejap” jerit Zuliana dengan kuat. Bimbang papa dan mama akan meninggalkannya.

Zaqrie tergelak melihat telatah Zuliana yang kalut berlari mengejarkan kedua orang tuanya yang sedang menunggu di kereta.

“Itulah kamu…banyak bercakap tu sebab lambat” tegur Dato Zaid sebaik Zuliana masuk ke dalam kereta. Dia hanya tersengih manja.

“Papa ni…mana ada Zu banyak cakap. Kak Ina tu…asyik nak kutuk aje. Geram Zu… so I’m tried to tell her the truth only pa..” Zuliana membela dirinya.

“Your always give me excuses…but papa tak suka Zu layan sangat kakak kamu tu”.

“Okay pa…Zu janji tak akan buat lagi” ucap Zuliana sambil memeluk tubuh papanya. Dato Zaid rasa senang dan terhibur melihat kemanjaan anak bongsunya yang pandai mengambil hati.

Zaqrie yang berdiri di muka pintu turut gembira melihat gelagat dua beranak itu berkomunikasi. Sememangnya Zuliana pandai memujuk papanya yang tegas itu.

Enjin kereta dihidupkan. Pak Mat telah bersedia di posisi pemandu.

“Pukul berapa nikahnya bang” tanya Datin Zainab kepada suaminya.

“Abang tak pasti Nab, rasanya dalam tengahari. Pat Mat, pukul berapa majlis tu mula”. Dato Zaid menanyakan kepada pemandunya pula kerana hanya Pak Mat yang akan mengingati segala urusan peribadi dan temujanjinya. Lagipun Pak Mat ada bersama ketika sahabatnya Annuar memberitahu tempoh hari menerusi telefon bimbit. Secara tidak lansung, Pak Mat selaku pemandu peribadi dato, juga memerangkap PA dato untuk urusan – urusan berkaitan keluarganya. Nasib baik juga Pak Mat mengingatkan kelmarin jika tidak pasti mereka akan dimarahi oleh sahabat baik mereka kerana terlupa.

“Lepas Zohor, dato’. Dalam pukul 2” Pak Mat memberitahu. Dato’ Zaid mengangguk faham.

“Zaq, are you sure you don’t want to joins us” dato menyoal untuk kepastian sekian kalinya sebelum mereka meneruskan perjalanan.

“Yup! Pa…. Kirim salam saya pada Pak Cik Nuar dan Mak Cik Misah ya” ujar Zaqrie dengan anggukkan perlahan.

Zuliana pula mencelah, “Abang…dengan kak Adawiya nak kirim salam sekali tak” usik adiknya membuatkan Zaqrie tersenyum tawar. Papa dan mama berpandangan.

“Hisy!...kamu ni Zu, cubalah serius. Jangan nak bergurau pulak” marah Datin Zainab yang mula pening dengan sikap Zuliana. Gurau tak bertempat budak ni…sebagai ibu, dia tahu perasaan Zaqrie pasti terluka.

“Apa pulak gurau ma. Zu seriuslah ni…apa salahnya kawan – kawan, kan bang”.

“Emm…kirimkan salam abang pada dia dan suaminya. Abang doakan mereka bahagia” ucap Zaqrie dengan rasa sebal.

Hakikatnya, keperitan dihati hanya tuhan yang tahu. Hatinya bagaikan hancur saat berita itu sampai ke pengetahuannya. Namun sebagai lelaki dia harus tabah dan redha jika itu sudah tersurat dari Illahi. Dia pasrah dalam kepahitan.

Tiba – tiba…

“Wait…wait…Ina nak ikut” Zurina berlari anak menuju ke kereta sambil mengendong sebuah beg kecil. Mereka yang ada disitu terkejut. Lebih – lebih lagi Zaqrie.

“Kenapa tiba – tiba pulak ni” soal Zaqrie kehairanan.

“Saja…lagipun dah seminggu Ina tak jumpa Ikram. Abang jangan ingat Ina nak pergi majlis kenduri tu pulak, sorry…tak ‘class’ langsung” balas Zurina mendabik dada lalu terus masuk ke dalam kereta.

“Eeii…sibuk betullah kakak ni. Tadi kata tak nak ikut”

“Zu diam!”.

Zuliana menjeling, menyampah dengan perilaku kakaknya yang cakap tak serupa bikin itu.

“Kenapa ubah fikiran pulak Ina” Datin Zainab pula bersuara.

“Mama, Ina bukannya nak ikut ke majlis kahwin tu, tak inginlah …Ina cuma nak tumpang aje. Sampai JB nanti Ina ‘call’ Ikram suruh dia ambil Ina” jelasnya bersahaja.

“Ina ada bagi tahu Ikram dulu?”.

“Itulah masalahnya, sejak Ikram ditukarkan ke cawangan JB, selalu sangat telefon dia tutup. Geram betul Ina…semua ini papa dan abang punya pasal, sengaja tukarkan dia ke sana” sungut Zurina melepaskan geram.

Dato Zaid merengus. “Papa tidak mungkin tukarkan Ikram ke JB kalau bukan itu yang dia mahu. Tapi dia yang beria – ria minta tukar ke JB bukan papa paksa dia. Lagi satu, abang kamu tidak terlibat langsung dalam hal ini. Dia tak nak campur. Abang kamu professional, soal kerja tidak akan dicampur-aduk dengan soal peribadi. Kes pukul tempoh hari pun, abang kamu serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat. Alih – alih laporan itu ditarik balik. Itupun kamu tak faham lagi, masih nak tuduh papa dan abang kamu yang jahat. Papa dah turutkan semua kehendak Ina dan Ikram, Ina nak macam mana lagi”. Leteran dato yang panjang membuatkan telinga masing – masing nanar mendengarnya.

Zurina tidak mampu berkata – kata apa – apa. Walaupun ada kebenaran namun dihatinya masih tetap tidak berpuas hati dengan kenyataan papanya itu. Baginya, papa dan abang sama saja, suka merancang untuk memisahkan dia dengan Ikram kerana dia tahu Ikram tidak setaraf dengan kedudukan mereka. Zurina lebih rela mempercayai Ikram sepenuh jiwa raganya berbanding ahli keluarganya sendiri. Apatah lagi, hampir 5 tahun mereka telah bersama dan mengenali hati budi masing – masing.

“Pak Mat jalan” arah dato tidak mahu berlengah lagi. Jam ditangan diconggak bagi mengira tempoh masa perjalanan yang akan mereka tempuhi.

Zaqrie hanya memerhatikan dari jauh Mercedes mewah keemasan itu meluncur keluar ke jalan besar. Tentunya haru – biru jika Zurina ke sana. Apakah patut dia mencampuri urusan mereka atau membiarkan saja. Membiarkan bererti rahsia akan terbongkar. Zaqrie tidak dapat berfikir apa – apa saat ini.

Namun, jauh di sudut hati, dia tidak tergamak membayangkan keadaan yang bakal terjadi bahkan tak sanggup melihat Adawiya kecewa. Salah dirinya juga kerana tidak berterus – terang tentang Ikram. Namun apakan daya dia cuma mahu gadis kesayangannya itu bahagia dengan pilihannya.

Zaqrie berjalan mundar – mandir sambil berfikir. Dia masih ragu dengan tindakannya. Perlukah dia memberitahu Adawiya sendiri atau menelefon saja Ikram…argh! Kenapa mesti aku menolong lelaki tak guna tu…perasaan Zaqrie berbelah bagi dan berperang sendiri.

Adawiya pula...masakan dia mahu mendengar kata – kata aku saat ini…gumam Zaqrie sendiri.

Dia bimbang dituduh sengaja mensabotaj majlis mereka. Adawiya pasti menyalahkan dan membencinya kelak.

Dia berfikir sejenak.

‘Tak boleh jadi ni…’ Zaqrie pantas mencapai kunci dan bergegas ke keretanya. Telefon dibimbit dikeluarkan dan nombor seseorang didial.

“Hello. Malik, kau kat mana…”

“Okay…tunggu sana. Nanti aku cerita. Aku ‘pick-up’ kau sekarang”.

Talian dimatikan dan kereta dipecut laju ke destinasi yang dituju.

15 comments:

  1. selamatkan lah adawiya yg bodoh tu & biar padan muka zurina yg sombong.

    ReplyDelete
  2. apalah zaqrie ni,,biarlah rahsia ikram terbongkarpun

    ReplyDelete
  3. akk.. smbg lg k, nak tau jd or x mjlis 2???

    ReplyDelete
  4. rasa kesian gak kat adawiya tapi sesekali rasa biar padan muka dia..degil dan bodoh sombong..

    ReplyDelete
  5. yeah.i like!!!

    bagi suma orang dpt pengajaran masing22!!!

    ReplyDelete
  6. yep betul kata kak nora, amik ko bodoh sombong sangat. jap lagi grenti la, ikram tak berani kawin gan adawiya. mesti ziqrie yg bakal amik alih kan..kan...
    zurina grenti mengamuk bila dpt tahu. next please

    ReplyDelete
  7. semua bengang dgn adawiya. pehh. aku pun bengang dgn adawiya. geram la! apa yg rahsia sgt nih??

    ReplyDelete
  8. btl la
    rasanya mcm adawiya ni pompuan pling senang kena tipu la
    innoent sgt

    ReplyDelete
  9. Sombongnya Zurina tu..dia tak tahu yg tunang dia sayang tu akan kahwin...padan muka dia...kenapa zaqri nak masuk campur pulak...biarkan aje lah...padan ngan muka ikram tu...jahat sangat...tak sabar nak tunggu sambungan cerita ni...

    ReplyDelete
  10. huh... mmg geram pun dgn Adawiya yg bodoh anggap Ikram tu baik. Hati dah cinta Zaqri tp ego nk mgaku. Tp Zaqri pun salah asal dia tolak cadangan nk nikah kan depa ms lps tangkap basah tu. Tu menunjukkan dia tak btanggungjawab dgn apa yg blaku. Dah tu klu dah tau Ikram tu ada fair ngan adik dia kenapa dia tak terus terang takkan dia nk biar wanita kesayangan dia menderita kemudian setelah tahu Ikram nk kahwin ngan Zarina kelak. Dah la Zarina tu mengandung ank luar nikah. Takkan lah dia sanggup tgk adik dia tertipu sama. Bengong la Zaqri ni. Ak la klu jd dia bawak ja lari Adawiya jauh2x. Tp kan tak thrill plak. Biar Zarina yg serang majlis tu br la Ikram tkejut beruk n Adawiya sedar sapa Ikram sebenar. Org yg nmpk baik jgn disangka smua nya baik. Org yg mcm Zaqri nmpk ja kejam tp dia baik n cuba beralah demi bahagiakan org yg dia sayang. Tp rs sayang yg ada tak perlulah dikorban utk org cam ikram tu. Poyo la klu Zaqri xselamatkan Adawiya. huh...

    ReplyDelete
  11. biarlah Zaq!!!!!! biar Adawiya tahu yg Ikram tu penipu.......tamak.......everybody should know and must know about the truth,.....apa yg Ikram cuba sembunyikan............

    ReplyDelete
  12. ermmm... tak nak ikram yg jahat kawin dgn adawiya...

    ReplyDelete