Sunday, December 27, 2009

Diulit DOSA CINTA...16

BAB 16


Sejurus adegan di tepi tangga selesai, tanganku terus ditarik masuk ke dalam keretanya. Zaqrie memang suka memaksa. Bermatian – matian aku menolak kemahuannya untuk membawa aku menemui ibunya. Bermacam – macam alasan yang aku berikan. Namun satu pun tidak masuk dek akalnya yang dah tak berapa betul tu.

Kalau kehendaknya tidak dipenuhi pasti ada perkara buruk lagi yang akan dia lakukan untuk membuatkan aku terpaksa bersetuju dengan permintaannya itu.

“Tak boleh ke hari lain aje”

“Tak boleh”

“Kenapa tak boleh”

“Sebab lepas ni, saya nak pastikan awak akan sentiasa di sisi saya…mengerti!”

Huh! Tak faham betul aku dengan lelaki ni..giler.. suka paksa – paksa. Tak rimas ke kalau asyik nak berkepit aje..getusku dalam hati ..geram! aku mengetap bibir sambil tangan memintal – mintal tali tas tanganku.

“Hah! mengumpat saya dalam hati ye…dosa tau” perli Zaqrie dan ekor matanya mencuri pandang ke arahku. Aku jeling membalas pandangan itu.

“Awak ingat saya macam awak ke…tak tahu nak beza mana dosa yang mana pahala” aku memulangkan paku buah keras walaupun hakikatnya aku pun salah.

Aku mahu Zaqrie tahu istilah sebenar dosa yang dia maksudkan itu, lebih – lebih lagi perbuatan ‘dosa’ dan keji yang telah dia lakukan kepadaku.

“Amboi! sinisnya”

“Eh! terasa ke” aku buat – buat tak faham. Zaqrie terdiam. Matanya terus tertumpu pada pemanduan.

Aku malas nak ambil tahu tentang hatinya mahupun perasaannya tika ini. Biarlah dia melayani perasaannya sendiri.

Kereta Zaqrie meluncur laju. Sangat laju…

Aku kecut perut dan terpaksa berpaut kuat pada pemegang kereta agar tidak tersasar ke depan sekiranya berlaku kecemasan. Persediaan awal, takut angin ribut Zaqrie yang tiba – tiba membrek tak pasal – pasal aku yang terhumban ke depan nanti...giler!

Aku rasa sudah beratus kali sumpahan ‘giler’ aku hamburkan kepada lelaki ini dalam hati. Silap haribulan termakbul pulak nanti.

Dan Zaqrie seolah perasan kerisauanku menerusi riak muka yang aku pamerkan. Zaqrie tersenyum lalu memperlahankan kelajuan keretanya. Dia kemudian memainkan jemarinya pada alat kawalan pemain cakera padat untuk mencari lagu kegemarannya, mungkin…

Kedengaran lagu ‘Please Forgive Me’ nyanyian Bryan Adam merdu berkumandang di corong suara.

Suasana jadi sepi semula membungkam perasaan masing – masing. Aku dengan khayalanku, dia entah! aku tak nak tahu…

Di dalam kereta yang dingin dengan semburan wangian Ambi Pure yang menyesakkan hidung ditambah pula alunan melodi lagu Inggeris itu yang sayu telah mewujudkan perasaan yang pilu dalam hatiku. Bait – bait lagu yang dihayati amat simbolik dan seolah – olah ditujukan buatku.

……….

Please forgive me I know not what I do
Please forgive me I can't stop lovin' you
Don't deny me

This pain I'm going through
Please forgive me
If I need ya like I do
Please believe me
Every word I say is true
Please forgive me I can't stop loving you
Still feels like our best times are together
Feels like the first touch
………

Tiba – tiba aku jadi sebak. Kenangan pahit itu mengamit kembali. Hatiku kembali terluka. Pedih dan pilu. Aku cuba menahan sebak namun airmataku terlebih dulu gugur. Lelaki disebelahku punca aku begini. Aku menyeka airmata yang mengalir di pipi.

Aku menjeling sekilas ke arahnya dengan mata yang masih basah. Ingin sekali aku bertanya kepada lelaki disebelahku ini, tidakkah dia merasai sepertimana yang aku rasai sekarang ini. Hatiku semakin terluka dan airmata gugur lagi.

Zaqrie mencapai jemariku. Digenggamnya lembut dan erat.

“Dah sayang...jangan menangis lagi. Perit jiwa saya tengok awak macam ni. Saya tahu saya salah. Saya tahu saya berdosa dengan awak. Saya tahu perbuatan saya itu keji. Saya tahu kesalahan saya tidak dapat dimaafkan sama sekali tapi…” ayat Zaqrie terhenti disitu. Hatinya mulai sebak.

“Awak berilah saya peluang. Peluang kali ini untuk membuktikan saya tidak akan sia – siakan awak. Saya berjanji akan membahagiakan awak. Percayalah Wiya…saya akan jaga awak hingga akhir hayat saya” kata – kata Zaqrie begitu berkesan dihatiku. Genggaman tangannya erat mencengkam jemariku bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kami.

“Percayalah sayang…saya jatuh cinta disaat saya bertemu dengan awak pada malam itu. Hampir 3 tahun saya mencari awak, kini saya ketemu. Dan saya tidak akan sia – siakan usaha ini dengan melepaskan awak begitu saja.Percayalah… dihati saya, awak tetap suci”.

Aku kelu. Ungkapan kasih yang menyentuh jiwaku. Mungkin juga aku tidak pernah merasai perasaan itu dari mana – mana lelaki pun sebelum ini. Hatiku bagaikan terpujuk. Ataukah masih terlalu awal untuk aku menerima cintanya mahupun mengadili kasih – sayang Zaqrie.

Aku membiarkan saja perasaanku disirami ungkapan cinta Zaqrie yang aku sendiri tidak pasti sejauh mana aku mampu bertahan menghadapinya. Ah! hati mengapa kau begini…

*********************

Setibanya di banglo yang serba mewah ini, aku disambut dengan senyuman manis dari seorang wanita separuh usia yang sangat anggun dan amat berbudi bahasa. Setaraf dengan status yang dipegangnya. Dato sangat beruntung pada firasatku.

Wanita itu memelukku dan mencium kedua – dua belah pipiku berkali – kali bagaikan melepaskan rindu dendam pada anak yang sudah tidak berjumpa bertahun lamanya. Aku mulai segan dengan layanannya. Rasanya diriku tidak layak menerima sambutan yang sedemikian rupa dari wanita itu.

“Adawiya, apa khabar?.Wah! cantik dan ayu orangnya”

Aku tersipu – sipu dipuji begitu. Zaqrie pula tersengih nakal dan mengenyit mata. Gatal!...

“Sihat…datin” aku membahasakan diri wanita itu dengan panggilan yang setara dengan tarafnya sepertimana dato’.

Wanita itu tersenyum. “Ish!...apa pulak datin. Panggil aje auntie. Kita nie bukannya orang lain lagi, dah boleh dikira anak – beranak. Silap haribulan auntie suruh panggil mama pulak nanti”.

Deraian gelak Zaqrie membuatkan pipiku membahang kemerahan. Aku sudah kemalu – maluan. Zaqrie memang suka tengok aku dikenakan begini.

“Ala….mama paksa aje Wiya tu panggil mama, tak payah nak ber’auntie – auntie’. Esok lusa sama jugak nanti” Zaqrie menambah lawak bodohnya itu. Aku jadi geram…

“Emm..kamu memang suka mengenakan Wiya. Dari kecik lagi tak abis – abis nak menyakat. Dahlah tu..kesian mama tengok Wiya nie pucat terus muka dia” ujar wanita itu sambil menampar lembut bahu Zaqrie.

Aku jadi bingung. Zaqrie memang suka mengenakan aku dari kecik??? Apa maksud wanita itu?

Persoalan itu dibiarkan berlalu dibenakku.

Diriku rasa tidak selesa dengan suasana di dalam banglo itu. Sunyi walaupun mendamaikan. Hanya sedikit cahaya yang menyuluh masuk ke ruang tamu mahupun ruang makan. Perhiasaan yang serba mewah dipenuhi peralatan dan perabot import yang cantik dan bermutu tinggi.

Aku teruja dengan susun atur perhiasannya. Mesti wanita ini seorang yang amat mahir dalam bidang rekaan dalaman ataupun dia mendapatkan khidmat juru runding yang sangat pakar dalam seni ini...aku berteka – teki di dalam hati.

Aku dipelawa masuk ke sebuah bilik khas yang ringkas dilengkapi set sofa kulit buatan Lorenza berwarna putih krim dan sebuah meja kaca berukiran. Terdapat beberapa bahan bacaan seperti buku, akhbar dan majalah untuk tatapan. Mungkin bilik ini dikhaskan buat tetamu yang datang. Pemandangan cantik dapat dilihat menerusi cermin tingkap yang besar mengadap landskap taman bunga diluar banglo ini. Sungguh mengagumkan.

“Okay, Wiya duduk sebentar. Nanti auntie datang bawakan minuman sementara menunggu mak Mah siapkan hidangan tengahari kita”.

“Tak payah susah – susah auntie. Saya cuma singgah sekejap aje nie. Saya kena balik ofis lagipun banyak kerja yang belum selesai” ujarku teragak – agak.

“Laa…takkan kejap aje datang rumah auntie. Belum puas auntie menatap wajah Wiya dah nak balik. Sudah jangan difikirkan hal kerja tu. Banyak perkara yang auntie nak bualkan lagi. Tahulah Zaq menguruskannya”.

“Mama rasa Zaq tahu apa perlu dilakukan” pinta Datin Zainab sambil mengerling ke arah Zaqrie yang seolah – olah sudah merancang sesuatu untukku. Aku jadi gelisah …debar pun ada. Apa lah anak – beranak ni berpakat agaknya.

Macam biasa Zaqrie akan tersenyum nakal ke arahku, tanda rancangannya berhasil.

Kedengaran Zaqrie memaklumkan kepada Kak Linda, setiausaha dato menerusi telefon bimbitnya akan ketidakhadiran aku ke pejabat atas urusan rasmi.

Dia tersengih memandangku. Huh! Pembohong besar betul.

“Bohong sunat, sayang” bisiknya perlahan ke telingaku.

Aku cuma tersenyum hambar. Entah mengapa aku rasa tak sedap hati. Nampaknya sepanjang hari aku akan bersama dan melayani karenahnya.Zaqrie terus duduk di sebelahku sebaik saja Datin Zainab hilang dari pandangan kami.

Tangannya mulai merayap ke bahuku lalu didakapnya dan di bawa rapat ke tubuhnya. Aku segera menepis perbuatannya. Tak tahu malu betul lelaki ini. Di sini pun nak buat hal jugak.

“Saya rasa sangat bahagia”

“Not to me” tempelakku.

“It’s okay. Slowly sayang. Lama – lama nanti awak akan dapat terima cinta saya. Saya tak akan desak awak. Cinta saya akan sentiasa bercambah hari demi hari hanya untuk awak Wiya”.

Aduh! Meremang bulu romaku.

“Mama saya pun dah mula suka kat awak. Nampaknya lagi cepatlah awak jadi suri saya” seloroh Zaqrie dengan tawa yang besar.

Belum sempat aku membuka mulut Datin Zainab tiba dengan dulang minuman. “Amboi! gembiranya Zaq. Apa cerita yang menarik tu hingga ketawa besar macam tu”.

“Ala… ma, Wiya ni dah tak sabar - sabar nak jadi menantu mama” ketawa Zaqrie semakin galak berderai. Mukaku jadi pucat lesi.

“Eh! tak ..tak lah auntie…err..saya..” gugup aku berkata – kata hingga hilang butiran percakapan yang ingin aku ucapkan.

“Alaa…apa yang nak dimalukan Wiya. Auntie memang setuju sangat Wiya jadi menantu auntie”.

Dan Zaqrie terus menyampuk. “Eh! betul ke ni ma. Lagi cepat lagi bagus kan ma”.

“Amboi gatalnya kamu. Kamu yang tak sabar – sabar sebenarnya bukannya Adawiya. Macamlah mama tak tahu. Kalau dengan si Erisa tu, langsung kamu tak berminat nak ambil tahu ya…”sindiran Datin Zainab membuatkan Zaqrie mencebik.

Erisa?? Emm..dah ada buah hati rupanya. Dasar lelaki buaya…getus hatiku. Tiba – tiba aku rasa menyampah dengan sikap Zaqrie yang kaki perempuan malah lebih keji dari itu.

“Mama…your know me better. Kan mama yang nak cepat dapat menantu lepas tu nak cepat dapat cucu. So, this is time. Kalau yang ni Zaq setuju je ma, except that ‘crazy’ girl Erisa. Memang Zaq akan tolak terus” akui Zaqrie bersungguh – sungguh. Matanya mencuri pandang wajahku yang sudah kelat. Tapi masih kekal senyumannya ke arahku. Kelihatan manis dan manja sungguh!

“Ish! Tak baik betul Zaq gelar Erisa tu ‘crazy girl’.

“It’s true ma..rimas Zaq tau. So mama jangan nak jodoh – jodohkan Zaq dengan dia lagi”.

“Yalah, mentang – mentanglah dah ada …” senyuman Datin Zainab mematikan ayatnya seterus. Mengerling ke arahku seakan memberi maksud yang sukar aku mengertikan.

Tak faham sungguh aku sikap dua beranak ni. Lebih – lebih lagi Zaqrie. Sikapnya sukar diramal. Ini yang membuatkan diriku seram sejuk tatkala mendengarkan kisah peribadinya atau apa – apa saja yang berkaitan dengannya terutama bab kahwin atau punyai anak kelak.

“Jemput minum Wiya. Asyik berbual aje sampai lupa nak ajak minum. Sekejap lagi turun bawah kita makan tengahari bersama ya. Zaq, jangan lupa jemput Wiya nanti. Mama turun dulu.Hal yang tu nanti mama uruskan” ujar Datin Zainab sebelum meninggalkan kami sambil memberi isyarat sesuatu kepada Zaqrie . Aku mengangguk dan berpura – pura tak nampak isyarat itu.

Tinggal kami berdua di situ dengan kekeluan seribu bahasa.

Tiba – tiba Zaqrie ralit merenungku. Amat dalam renungan itu. Aku melarikan pandanganku ke arah minuman yang terhidang. Takut tewas dengan renungan Zaqrie yang semakin galak dan menyeramkan.

Aku menghirup minuman perlahan – lahan dengan dada menahan debar. Debar yang maha hebat kocakannya, tambahan pula mata Zaqrie yang tidak sedikitpun berkelip merenungku. Gulp! aku benar – benar gugup...

13 comments:

  1. sory..n3 kali nie mmg lmbt. Baru blik holiday x smpt nak post sblm berangkat last week.
    Kat sana plak mahal giler nak access 3euro/hr@RM15. So mati kutu sy x dpt nak surfing.Enjoy reading...dan
    SELAMAT TAHUN BARU 2010

    ReplyDelete
  2. best2..smbung lg..
    cute la zaqrie ni..ehehe..

    ReplyDelete
  3. ermm bgi n3 wiya khwin ngn zaq lak...hhehe
    sambung lagi erk...
    :)

    ReplyDelete
  4. yes!!!yes!!! cepatlah kahwin zaq dan wiya

    ReplyDelete
  5. fuyooo...awin dr holiday yaaaaaaaa...
    crita nie mmg best sgt2...
    just I nmpk...crita nie krg konflik...
    suma hal b'phak ngn zaq...
    story kan tmbh best klu ada konflik yg mmg gila...
    btw...keep it up k awin...
    hpy new year 2 u 2 awin...

    ReplyDelete
  6. thanx cinta...
    sy akan fikirkan konflik yg power2 utk next n3

    ReplyDelete
  7. utk pembaca yg lain ...
    tima kasih atas sokongan anda yg tidak terhingga

    ReplyDelete
  8. at last de gak n3
    hehehe

    da ckop best da nieh
    tmbh2 konflik sket
    but then msty epy ending taw
    bru gempak
    ;)

    ReplyDelete
  9. mmg best r cite ni....
    tmbh skit konflik lg best
    cpat2 la sambung...(:

    ReplyDelete
  10. mahalnyer...agak2 kene kitrg suppport ke awin..ala cian awin..ktrog stay tggu citer niw.kalo bleh cpt ya and kalo blh trus taip banyk2 then cpy paste jer nnt sng kan..

    ReplyDelete
  11. da lame saye tngu n3 yg bru tau. saye last bce entry ni kot. hehe. lps tu, saye terbace comment yg ckp kak awin da tk tules lagi psl nk dibukukan crite ni. jd, sy pon tk visit lagi la. kebetulan lagi, name saye adawiyah, name mak saye, zainab. byk kebetulan eh. hehehe. keep up the good work kak awin!! ((:

    ReplyDelete