Thursday, May 5, 2011

Diulit DOSA CINTA...29

BAB 29

“Hisy! Memandu tu pandang lah depan. Bahaya” tegurku setelah melihat Salina sedari tadi asyik – asyik mengerlingku dengan ekor matanya.

“Aku tak kira…kau mesti cerita kat aku sekarang jugak. Tak sabar dah rasa ni..ceritalah cepat” desaknya lagi. Sengaja aku melengahkannya. Aku tahu betapa terujanya Salina untuk mengetahui cerita disebalik pertemuanku dengan Zaqrie sebentar tadi hampir membuatkan dia tidak keruan.

“Kita makan dulu lepas tu aku ceritalah” pujukku.

Salina mencebik. Tak tertanggung rasa ingin tahunya yang semakin meluap – luap. Dia mengurut dada menahan sabar.

“Nak makan mana ni?”

“Kita makan di Putrajaya lah, JM Bariani… aku belanja”.

Salina mengangguk. Kereta yang dipandu bergerak perlahan membelok memasuki lebuhraya menuju ke pusat membeli – belah Alamanda Putrajaya. Jalan agak sibuk dengan kenderaan yang berpusu – pusu keluar mencari tempat makan ketika ini untuk mengisi perut di waktu tengahari.

Perjalanan yang mengambil masa 20 minit untuk sampai ke destinasi yang ditujui tidak mendatangkan sebarang masalah cuma lot tempat meletak kereta saja yang penuh sesak dengan deretan kenderaan. Kami masih mencari – cari ruang kosong untuk memakir.

Setelah lama berpusing, akhirnya di satu sudut paling hujung tempat pilihan kami memarkirkan kereta. Walaupun agak jauh sedikit dari pintu lif namun ia sudah memadai dari berlegar - legar lama untuk menunggu tempat kosong yang lebih berdekatan.

Setelah kereta dikunci, kami berjalan beriringan menuju ke pintu lif. Tiba – tiba mataku terpandang sebuah kereta yang amat cukup ku kenali. Salina juga terperasan. Langkah kami terhenti seketika.

“Eh! Wiya, itu kereta Ikram kan”. Aku sekadar mengangguk.

“Apa dia buat kat sini? Bukan ke dia tu sakit, takkan ada kat sini pulak”. Kata – kata Salina menimbulkan rasa tak sedap dihatiku. Hatiku mula dipagut resah.

“Hoi! kenapa kau tercegat?. ‘Call’ lah dia cepat. Manalah tahu kot – kot dia memang ada kat sini. Kita ajak dia makan sekali”, arah Salina kepadaku yang masih terkaku. Sebenarnya perasaanku mula berasa kurang enak. Jantungku berdebar – debar tatkala jari – jemariku mendail nombor telefon bimbit Ikram. Tiada jawapan. Talian tidak dapat dihubungi. Sama ada bateri telefonnya lemah atau dia berada di luar kawasan ataupun telefon bimbitnya sengaja ditutup. Argh! Banyak pula andaianku. Tak mengapa…anggap saja telefon bimbitnya sengaja ditutup agar dia dapat berehat. Mungkin juga kawan atau saudara – mara Ikram yang menggunakan kereta tersebut. Aku menyedapkan hatiku sendiri. Malas nak fikir panjang – panjang.

“Macam mana..dapat tak?”.

“Off”.

Salina mengerut dahi. Buat muka tak puas hati.

“Ala…mungkin dia nak berehat, Sal…sebab tu dia ‘off’kan handphone. Dahlah, jangan fikir – fikir lagi. Maybe orang lain yang pinjam kereta dia tu. Jom! Aku dah lapar ni”, pantas aku menarik tangannya supaya beredar dari tempat parkir itu. Lagi lama di situ, lagi banyaklah yang difikirkan oleh Salina. Bukan boleh minah ni…pantang ada kecurigaan di depan mata, banyak soal-jawabnya. Kaki melangkah panjang menuju tempat makan seperti yang dirancangkan.

“So, ceritalah apa yang berlaku dalam bilik En Zaqrie tu” desak Salina sebaik melabuhkan punggung di atas kerusi milik restoran yang kami singgahi. Aku tersenyum nipis.

‘Sekejap betul dia lupa kes Ikram tadi. Elok juga…’ desisku dalam hati.

Aku mengalihkan pandangan ke luar. Pandanganku jatuh ke sebuah kolam tanpa pancutan air, tenang airnya. Setenang hatiku setelah meluahkan apa yang terbuku selama ini terhadap lelaki itu. Senyuman dibibirku semakin mekar.

“Aku tanya, dia buat bodoh aje. Syok sendiri ke apa? Senyum – senyum” sindir Salina dengan nada merajuk.

“Kau ni kan Sal, tak boleh tengok aku bahagia sekejap tau”.

“Aik! Lain macam aje. Masuk bilik bos aku tu boleh bahagia pulak. Mesti ada apa – apa ni…baik kau cerita pada aku cepat! Kalau tak…” ancamnya sambil mengoyangkan jari telunjuknya ke arahku.

“Kalau tak, apa kau nak buat?” cabarku.

“Adalah!”.

“Ala…cakaplah Sal, apa dia?” aku pula yang mendesaknya. Salina menarik muka jual mahal. Perbincangan kami terpaksa ditangguhkan seketika memberi laluan pekerja restoran itu menghidangkan sajian tengahari yang telah dipilih tadi.

Nasi beriani kambing bersama kuah dal membuka seleraku diwaktu itu. Minuman bandung cincau dihirup bagi melegakan tekak. Salina pula memilih nasi beriani ayam bersama sirap limau kesukaannya.

“Sebaik aku masuk bilik Zaqrie, aku terus tanya kenapa dia buat Ikram macam tu? Apa salah Ikram pada dia?”. Aku memulakan ceritaku. Salina memberi perhatian penuh minat sambil menganggukkan kepala.

“Tapi Zaqrie diam aje. Aku soal lagi… bertalu – talu aku tanya dia, sikitpun aku tak bagi peluang dia bercakap. Aku pun tak tahu mana datangnya kekuatan dan semangat macam tu ”.

“Yang hairannya dia tetap berdiam diri” sambungku lagi.

“Takkan bos aku diam je. Dia tak komen apa – apa? ” sampuk Salina menduga.

Aku mengeleng.

“Kau tak tanya dia punca pergaduhan. Siapa yang mulakan dulu, bos aku atau tunang kau” sampuk Salina lagi.

“Dah! tapi dia jawab tanya Ikram sendiri. Puas aku paksa dia tapi jawapannya tetap sama, ‘Tanya Ikram’ …Giler betul mamat tu”.

Salina mengeleng. “emm…tahu tak pa”.

Aku mendengus perlahan.

“Aku tanya lebam kat muka dia pulak. Dengan tenang dia jawab sikit aje, terhantuk tiang. Macam lah aku tak tahu kejadian tu, so…apalagi aku bagi amaranlah kat dia. Aku cakap aku tahu apa yang berlaku dan jangan buat sesuatu yang aku benci dia seumur hidup aku”.

“Pulak!?...sampai macam tu sekali…dasat!” Salina semakin teruja mendengar ceritaku.

“Tapikan…aku peliklah Wiya, apa pasal kau benci sangat kat bos aku tu. Apa yang dia dah buat sampai kau nak membenci seumur hidup kau tu, takkan kes Ikram yang kecik ni jadi punca kot. Pelik..pelik…” ujar Salina dengan gelengan kepala sambil menghirup semula minumannya.

Aku terdiam. Kelu lidahku untuk menceritakan betapa aku membencinya dengan apa yang telah berlaku. Kenangan lalu menerjah masuk ke benakku. Perasaan dan hatiku tiba – tiba dihimpit kepedihan. Aku cuba melawan dan mengusir kenangan pahit itu. Aku tak mahu mengingatinya lagi. Cukup!..

“Wiya...sudahlah. Jangan nak ‘emo’ pulak!” tegur Salina setelah melihat diriku membisu seribu bahasa.

Aku tersedar. Berusaha mengembalikan emosi dan perasaan seceria yang mungkin, bimbang juga Salina akan dapat menghidu perlakuanku yang mencurigakan tadi.

“Sal…aku rasa nak kahwin cepat lah. Apa kata, aku ajak Ikram kahwin bulan depan je…okay tak?” usulku tanpa berfikir panjang.

“What!!!? …” hampir tersembur nasi di mulut Salina dek terlampau terkejut dengan pengakuanku itu.

Aku mengangguk mengiakan.

Salina membulatkan matanya kearahku. Aku tergelak besar.

Giler kau buat keputusan drastik macam tu. Dah tak sempat -menyempat nak kahwin…gatal sungguh!” gerutu Salina sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

“Aku terpaksalah ..Sal” perlahan ku tuturkan ayat itu antara dengar tak dengar.

“Sudahlah…kau jangan buat kerja gila Wiya. Banyak masa lagi, jangan nak terburu – buru. Kau dah fikirkan masak – masak ke …kau dah kenal betul dengan si Ikram tu…fikir…fikir” bebel Salina keras mengingatiku.

Aku tidak menjawab. Apa yang harus aku lakukan sekarang. Apa lagi cara untuk aku mengelak dari bayangan Zaqrie. Kadang – kadang aku rimas dengan bayangan Zaqrie yang sering bertandang menganggu mindaku. Usikan dan renungan Zaqrie acapkali membuatkan jantungku berdegup kencang. Hatiku tidak setabah mana untuk menahan pujuk rayu Zaqrie yang bisa mencairkan naluri keperempuananku. Aku akui dia punya aura yang mampu membuatkan hatiku terus tewas dan tertawan.

Aku mesti bertindak secepat yang mungkin sebelum aku benar – benar jatuh hati dengannya. Aku harus berbincang dengan Ikram. Perkahwinan kami perlu disegerakan bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

“Hah!..dah puas fikir” sindir Salina seakan memerliku.

“Hee…relax lah Sal. Kau ni serius sangat laa….aku cakap je, nak minta pendapat kau, kalau kau setuju dengan cadangan aku tu” ujarku dengan tawa kecil. Geli hati dengan baran Salina yang tak bertempat tu….

“Ha’ah, banyak pendapat yang bersarang kat kepala otak aku sekarang. Kau bolehlah nak bersenang gembira...relax konon. Ni …otak aku ni dari tadi asyik terfikir – fikir kereta tunang kau tu. Cuba kau ‘call’ dia sekali lagi, mana tahu dapat. Selagi aku tak jumpa tuan empunya kereta tu selagi itu aku tak puas hati tau” getus Salina yang mula buat perangai menjengkelkan aku. Aku ingatkan dia dah lupa.

Pantas jari – jemariku menekan butang telefon tanpa menunggu arahannya lagi. Tak kuasa nak bising – bising. Tahu – tahu ajelah mulut si Salina tu kalau tak dapat apa yang memuaskan hatinya mahu bengkak telingaku dibebelkan. Aku sabar menanti di talian. Tiada nada. Hanya kedengaran suara lemak merdu seorang wanita yang terlalu biasa menjawab dengan ayat –ayat skema di dalam mana – mana talian telefon bimbit. Aku mengerling ke wajah Salina. Serius. Dia seolah – olah dapat membaca fikiranku.

“Off?”.

“Emm..”.

“Dah agak dah”.

“Apa yang kau dapat agak” dahiku berkerut. Ragu betul dengan kenyataan minah sorang ni.

“Wahai Cik Wiya oii…orang lelaki kalau saat – saat macam ni tutup ‘handphone’ mesti ada apa – apa yang dibuatnya tanpa pengetahuan kita. Aku dah masak sangatlah. Kau tengok aje si Midi tu, kalau dia melepek kat rumah, ‘handphone’ sentiasa aje hidup tapi kalau dia keluar merewang hendak – hendak dengan perempuan lain selain aku mesti di tutup ‘handphone’. Lepas tu bagi alasan macam – macam sampai aku ni percaya dengan cakap dia tu” ngomel si Salina beria – ria.

“Tak adil kau samakan Ikram dengan si Midi tu” aku buat – buat rajuk.

“Asal? Ikram dengan Hamidi tu bukan sama – sama lelaki ke?”

“Bukan itu maksud aku. Memang jantina sama lelaki tapi perangai berbeza. Sikap Ikram lain …Hamidi kau tu lain so please janganlah prejudis sangat kat dia. Boleh kan” aku memujuknya.

“Suka hati kau la Wiya, aku cakap aje” Salina beralah, menjaga hati aku barangkali.

“Emm..dahlah. Jom balik. Aku nak berkemas, esok dah nak balik kampung”. Salina mengangguk.

Kami bergerak menuju ke tempat parkir kereta. Sebaik langkah kami melintasi tempat itu mataku sempat mengerling ke arah kereta Ikram yang masih terparkir di situ. Adakala perasaanku seakan bersetuju dengan pandangan Salina dan adakala aku menidakkannya. Aku tidak mahu berburuk sangka. Prasangka yang keterlaluan mampu menghancurkan sesebuah perhubungan yang baik maka dengan itu aku beralah dan menepis segala tanggapan yang negatif terhadap Ikram.

Di dalam kereta, keadaan sepi mengamit perasaan masing – masing. Aku mengerling ke arah Salina yang fokus memandu. Khusyuk betul dia. Tiba – tiba fikiranku mengimbau wajah bengis Mastura yang tajam merenung. Ringan mulutku ingin bertanya. Tapi serius la pulak minah sorang ni. Oleh kerana tak tahan menanggung akhirnya terluah jua kegusaranku.

“Sal…kenapa cik Mastura tu pandang aku semacam aje masa aku keluar dari bilik Zaqrie. Muka dia macam marahkan sesuatu” soalku tanpa ragu.

“Err…ada ke? Dia pandang kau ke, tak perasan pulak aku?” Salina pura – pura tak mengerti.

“Eleh! tak perasan konon!....baik kau mengaku cepat! Apa yang berlaku semasa aku masuk bilik si Zaqrie tu” aku menebak dan Salina mula cuak.

“Eerr…mana ada? Aku tak cakap apa – apa lah”.

“Aku ada kata kau cakap apa – apa ke?”.

“Errkk..”

“Kau sorokkan sesuatu?” serkapku. Salina kelihatan gelisah. Pemanduannya mula goyah. Mesti ada buat salah kalau tak, masakan dia jadi tak keruan.

“Hisy! Mana ada…ka…kau jangan nak tuduh – tuduh Wiya”. Ada getaran pada nada suaranya.

“Helo!..kalau tak ada, buat apa nak takut cik adik oi” aku ketawa kecil. Kelakar pulak tengok aksi gabra si Salina. Memang sahlah tu ada buat salah!.

Salina terus terdiam. Aku juga tidak mahu memaksanya. Biarlah…satu hari nanti pasti dia akan menceritakannya sendiri.

5 comments:

  1. bila nk ada permulaan yg baik btw wiya ngan hero ni
    penat la gado2 ni

    ReplyDelete
  2. lmanya tggu cerita ni

    bla ler rahsia iqram terbongkar yer,,

    cpt smbung lg yer

    ReplyDelete
  3. wah lamanya nak tunggu cter ni.huhuhuhu. kemana menghilang penulis?
    tapi bagus la u're back again!welcome back!

    ReplyDelete
  4. belum ade sambungan lagi ke? ermm...

    ReplyDelete