Wednesday, November 4, 2009

CERPEN : Pukulan Cinta 2

“hoi! Sutun betul ke ni alamat rumah si minah rimau tu ...lain macam je jalannya”, ngomel si Malik dengan bengang. Mana taknya, jalan yang mereka susuri tanpa tar, penuh lopak dan lecak sana – sini, semak kiri kanan tak usah nak cakap la, boleh di buat mini zoo.

“Eeiii..betul laa. Kau tak caya kat aku kers. Puas aku pujuk si Maimun tu, baru dapat tau..eeii..bencinya”.

“Bukan tak caya tapi konpius ..yang ni jalan ke sungai yang kau bawa kita orang ni. Ish! habis kotor seluar aku”, celah si Abib yang sejak dari tadi asyik mengaru – garu lengannya akibat dek gigitan nyamuk yang maha banyaknya. Haa..itu ler sapa suruh pakai baju lengan pendek, kan padan dengan muka aku.

Mereka bertiga berjalan melalui denai – denai tanah merah dengan keadaan yang gelap gelita hanya di temani sebuah lampu suluh yang malap. Itupun dipinjamkan oleh pakcik di warung yang mereka singgah sebelum masuk ke simpang jalan kampung Madiha. Sangkaan mereka meleset, ura – ura mengatakan Madiha tinggal di kawasan bandar besar hanya khabar angin saja rupanya kawasan yang mereka redahi adalah kawasan hulu yang agak jauh pendalaman.

“Hah! Tu…rumah dia. Yeh! kita dah sampai dah” Sutun melonjak kegembiraan sambil menunjukkan sebuah rumah kayu lama yang sudah usang sedikit bentuknya.

“Syyyy…diam la nyah. Bising!! kang dengar pulak orang dalam rumah tu..kantoi kita nanti mangkuk!’ Malik marah dengan nada suara yang ditahan – tahan. Eeeiii .. mau aje aku cepuk budak lembut ni tau.

Dari minggu lepas lagi, Malik telah merancang betul – betul plan A untuk mengenakan Madiha. Kali ni, Malik dengan harapan setinggi gunung Everest tu, berdoa agar rancangannya berjaya. Biar minah rimau tu rasa. Biar dia pulak yang merana, merasa pedihnya, merasa seksanya macam mana yang aku rasa. Malik ketawa kecil dalam hati, berangan – angan akan kejayaan rancangannya yang belum pun pasti terlaksana tu.

Malik, Sutun dan Abib mula terhendap – hendap ala - ala ‘combat’ di bawah rumah kayu itu. Mencari ruang yang sesuai untuk menjalankan operasi mereka.

Tiba – tiba ….praaakkkk..bunyi kayu ranting patah di pijak si Sutun mangkuk hayun, bikin panas hatiku.

“Syyyyy…” balas Malik dan Abib serentak.

“Oppss…sory . Aku tak sengaja. Tak selesa laa..macam ni tau”

“Mana nak selesanya, yang kau pi pakai sepatu bertumit tu apsal, siap pakej beg tangan dengan payung segala bagai . Kau ingat nak masuk pertandingan ratu cantik ke hapa?”

“Eeeiii..nyampah tau. Suka – suka kutuk mak nyah” tangan lembut ibarat sotong lembik menampar – nampar bahuku kegeraman.

“Hah! Itu ler kerja kau ..nyampah tak habis – habis. Ikut aje la ..jangan bising” arah Malik sambil mencari – cari lubang di rumah kayu itu, mengintai gelagat si minah rimau kot – kot boleh dijadikan bahan cerita ke ataupun apa- apa aje la.

Matanya difokuskan ke arah lubang sebesar duit 10 sen, mencari kelibat Madiha yang masih tak kelihatan. Ish! mana lak pergi minah rimau ni..tak nampak batang hidung pun.

“Adeh..adeh…cepat la Malik, nak tercabut dah bahu aku ni. Berat kau masyaallah…mengalahkan gajah bunting 10 bulan”. Kedudukan Abib dah tak stabil, kepala lututnya sudah mulai goyah, hanya menunggu masa untuk rebah.

“Syyy..jangan goyang. Sabar sikit lagi”. Malik masih mengintai, memerhatikan keadaan di dalam rumah Madiha yang sepi. Tak de sesiapa pun, hah! tu pun dia dah muncul, hati Malik menjerit lalu ….

….gedebuk. Keduanya jatuh tersungkur. Sutun ketawa mengilai macam pontianak baru dapat hisap darah. Melihatkan aksi kedua rakannya itu jatuh mengelikan hatinya.

Akibat dek keriuhan yang tak terkawal tu, Madiha segera membuka jendela rumahnya. Terpandang tiga susuk tubuh di bawah rumah. Eh! macam kenal aje. Walaupun suasana agak kelam namun kelibat mereka memang aku kenal betul.

“Woi!” jerkah Madiha sambil terjun dari jendela. Fuyoo! walaupun berkain batik, langkahku tetap mantap beb!. Dengan eksennya aku melangkah mendekati mereka. Terbeliak mata Malik dan Abib. Si Sutun tok sah cerita la ..hampir – hampir terkencing kerana ketakutan yang terlampau.

“Ooo..korang rupanya. Tak serik lagi ke?...Apsal datang skodeng kat rumah aku malam -malam cam ni. Mesti ada apa – apa ni kan kan ...” Madiha sudah hilang sabar, dicekupnya baju leher Malik…eeiii..rasa – rasa nak bagi penampar aje kat mamat sekor ni, ada hati nak skodeng aku. Dah tak de kerja la tu padahal banyak kerja sekolah cikgu bagi semalam.

Belum pun sempat Malik membuka mulut, kedengaran sayup suara garau di dalam rumah kayu itu memanggil nama minah rimau tu.

“Madiha…sapa tu nak. Kenapa bising - bising kat bawah tu” suara tua yang kedengaran lemah dari dalam.

“Aaaarr…tak de apa – apa ayah”. Madiha kelihatan kalut, melepaskan cengkamannya. Berlari anak mendapatkan ayahnya yang sudah berada di beranda rumah, sedang menjenggulkan kepalanya ke luar.

“Eh! siapa tu Madiha. Kenapa dibiarkan kawan – kawan tu kat luar. Suruh dia orang naik, sejuk nanti”

Sudah...biar betul bapak aku ni. Aku baru nak tunjuk skill kat derang tup – tup di suruh jemput naik ke rumah pulak. Mampus aku! cam ni ek. Otak Madiha berputar ligat, mencari helah untuk menghalau malaun – malaun tu.

“Meh la masuk rumah pakcik, jangan segan – segan ..meh meh” laung Pak Mat dari beranda rumahnya. Ish! bapak aku ni, entah malaun mana, kenal pun tidak disuruh jemput naik. Cuak aku ni..cuak..

“Eh! dah malam la ayah, esok ajelah suruh datang”

“Ish! kamu ni..tak baik buat tetamu macam tu. Dah dah ..pergi masuk dalam buat air”
Perrgh …bapak aku ni, punya baik giler. Aku ke dapur dengan hati yang bengkak dan bernanar.

“Meh..naik nak...meh. Jangan segan – segan” berkali – kali Pak Mat mempelawa mereka.

Memandangkan kesungguhan ayah si Madiha menjemput naik, Malik, Abib dan Sutun berasa serba – salah, nak tak nak terpaksalah mereka gagahkan diri memasuki rumah minah rimau yang didendami selama ini.

Dengan gaya ala – ala rombongan masuk meminang, malu – malu tapir aksinya, Malik dan Abib duduk bersila mengadap Pak Mat yang berkerusi roda manakala si Sutun duduk bertimpuh mempamerkan aksi keayuannya. Sopan - sopan gitu!

Mata Malik melilau memerhatikan keadaan sekeliling rumah Madiha. Tetiba hatinya dihimpit pilu. Kosong…suram, dinding pun macam dah nak reput. Tapi minah rimau ni gembira je, langsung tak nampak riak orang susah ke…atau orang bermasalah ke atau orang binggung ke…kalah aku yang penuh dengan kemewahan. Banglo besar…perabot luar negeri tok sak cakap la…sarat dibeli mamaku! boleh dibuat pameran.

Betul ke kehidupannya begini…macam tak percaya pun ada. Malik masih ragu di dalam misteri membongkar identiti Madiha aka musuh ketatnya.

Ayah Madiha tersengih – sengih mempamerkan barisan gigi yang jelas sudah berkurangan bilangannya.

“Suka benar pakcik, ada juga kawan sekolah Madiha yang sudi datang. Maklumlah anak pakcik ni kurang sangat kawan harap si Maimun dengan Eton, itupun jarang benar mereka nak datang….. jauh agaknya”.

“Pak cik bukannya apa kesian kat Madiha tu…kadang – kadang terpaksa keluar sorang – sorang tanpa teman. Dah lah anak pak cik tu perempuan, risau pakcik dengan keselamatan dia” panjang lebar Pak Mat bercerita tanpa dipinta. Malik, Abib dan Sutun hanya melopong mendengar dan hampir – hampir terleleh air liur di tepi bibir.

Huh! Apa nak dirisaukan pak cik woi….anak pak cik tu usah kata orang …rimau pun takut nak dekat…getus hati Malik.

Madiha muncul membawa dulang minuman. Menghidangkan mereka kopi o panas di atas tikar mengkuang yang sudah kelihatan kusam. Ada beberapa keping biskut lemak di dalam piring…siap boleh dikira lagi oleh si Sutun …ada 6 keping semuanya.

“Jemput minum ayah…kengkawan” lembut suara Madiha bertutur.

“Ayah, semua ni kawan – kawan sekolah Diha. Tak sangka malam - malam begini, jauh pulak tu sanggup derang datang kan..ayah”

“Terima kasih ya…Malik, Abib, Sutun sebab sudi datang. Jemputlah minum… saya ke dapur dulu ya” ungkap Madiha lembut bak sutera malah penuh tanda tanya di hati mereka. Hairan dengan perubahan Madiha yang sekelip mata tu. Tadi macam rimau nak telan orang.

Umpama mendengarkan suara Siti Nurhaliza menyanyikan lagu cinta…bukan lagu ‘favourite’ aku tau. Ketiga mereka terpaku antara sedar tak sedar di dunia realiti. Betul ke ni suara Madiha yang mereka dengar. Sungguh tak pernah di dengari seperti itu sebelum ini. Yang mereka tahu suara Madiha memang garau dan tak sedap langsung.

“Ha’ah ..kenapa kamu semua tercengang – cengang ni…jemputlah minum ..kang sejuk pulak kopi tu”

“ba..ba..baik pak cik”entah bila masanya Malik tetiba jadi gagap.

“Anak pakcik ni pandai buat kopi. Rugi kalau kamu tak rasa”.

Burrrrrrzzz……tersembur air kopi yang di minum ketiga mereka.

“Eh! eh! kenapa ni…tak sedap ke air kopi tu” Pak Mat kaget.

“eerrr…seeedaappp pak cik” kata mereka serentak.

Madiha sudah terburai perut ketawa berdekah – dekah di balik pintu dapur.

“hahaha….padan muka korang”


***************************************************

“dajjal betul la si Madiha tu. Ada ke dia bagi kita minum kopi pedas lepas tu rasanya…eeii, masin ada, pahit, kelat, payau… loya aku dibuatnya. Masih melekat kat anak tekak aku ni ..apa yang dia bubuh agaknya” gerutu hati Abib sambil mengurut –urut tekaknya.

“Ha’ah….betul …betul …berdiri semua bulu yang ada kat badan aku ni haa… bila bibir aku mencecah kopi si minah tu tau” tambah Sutun dengan jari telunjuknya dilentikkan ke bibirnya.

Iwan dan beberapa pelajar lain ketawa terbahak – bahak mendengarkan cerita mereka.

Malik pula diam tanpa sepatah kata. Termenung jauh. Tak ambil pusing tentang bicara dua rakan baiknya itu. Fikirannya masih teringat keadaan kehidupan Madiha yang serba kekurangan itu namun tiada secebis kesusahan pun ditonjolkannya. Madiha begitu selamba dan tenang. Mungkin ramai yang sangka Madiha orang senang. Rasa rendah diri pulak aku. Rasa cam berdosa gitu. Hati Malik di salut sesal.

“Wei! Malik. Madiha tu” jerkahan Abib menyedarkan Malik dari mengelamun.

“ha ..ha..ha.., aku test je. Nak tengok, kau masih kat sini ke atau dah sampai kat rumah si Madiha tu. Angau kau ni. Ada hati dengan minah rimau tu ek”

“Hisy!..simpang kau tau. Minta di jauhkan”, kata mulut tapi minda dan hati menafikannya.

“Emm.. ye la tu. Aku tengok sejak balik dari rumah minah tu, kau bukan main khayal lagi. Kita orang dok berborak pun kau dah tak dengar. Nak kata pekak, tak jugak sebab bila aku sebut nama minah tu terus sedar kau”

“Ala…aku tengah fikir plan B pulak ni”

“Haa!...aku tau. Plan nak ngorat dia kan, Mal. Aku ssseetuju sesangat” ujar Sutun sambil memaut erat lengan Malik yang teramat sasa padanya. Malik rimas.

“Woi…woi…woi ..peluk – peluk aku ni apsal. Lepas lah mangkuk” bentak Malik.

“Ala…tak luak pooonn” Sutun menjeling sekilas dengan gaya ala – ala nyah tahap gedegeek.

“Eh eh eh…tu si minah rimau and the geng dah sampai. Cepat la Malik. Tadi kata ada plan B”

Malik terus bangun. Berlari anak ke arah Madiha sejurus melihatnya baru melangkah ke arah kantin sekolah. Menghulurkan terus sekuntum bunga ros seperti biasa. Madiha memandangku, kali ni pandangannya tidak lagi bengis. Madiha senyum. Senyuman penuh makna pada aku.

“Terima kasih, Malik. Aku harap lepas ni tak payah kau susah – susah lagi kasi aku bunga. Kesian mak bapa kau, kena tanam hari – hari bunga ros ni. Alih – alih anaknya dah kebas”

“Eh! bila masa pulak mak bapak aku tanam. Aku beli la. Oooo…selama ni kau ingat mak bapak aku tanam ye”

“Ha’ah la. Biar benar. Mati – mati aku ingat mak bapak kau yang tanam tau. Ye la kan …kalau nak membelinya hari – hari …kopak poket seluar”.

“Ala… kerana kau Diha. Aku tak kisah pun poket seluar aku koyak. Nanti balik rumah aku suruh la mama aku tampalkan”.

Berderai tawa kami. Gembira aku melihat wajah Madiha yang ceria tu. Tetiba kami jadi ramah – seramahnya. Madiha sudah tidak segarang dulu bila bersama aku. Agaknya tersentuh hati bila aku hadiahkan dia sebuah basikal tempoh hari. Kesian aku tengok dia berjalan kaki keluar dari rumahnya lepas tu tumpang lori sayur Pak cik Din untuk ke sekolah, pagi – pagi buta pulak tu. Bahaya siot! Madiha dah la comei…walaupun garang macam rimau. Bak kata orang kecil – kecil cili padi.

Dalam diam aku sering berkunjung ke rumah Madiha tanpa pengetahuannya. Banyak perkara yang diceritakan ayahnya kepadaku. Kesian aku dengar. Kecacatan yang dialami ayah Madiha disebabkan kemalangan. Ibunya melarikan diri bersama lelaki lain semasa Madiha masih kecil lagi. Maknanya dia memang tak pernah merasai kasih sayang seorang ibu. Patutlah. Sedih hatiku mendengar cerita Pak Mat memerangkap bakal bapa mertuaku suatu hari nanti. Cewah…dah perasan pulak aku.

Bila fikir – fikir memang patutlah Madiha bersikap begitu, kasar, brutal, pandai berlawan. Rupanya semua itu untuk mempertahankan dirinya sebenar. Ayahnya yang lumpuh, abang pulak ada sakit lemah otak macam lembab ‘pick up’ la. Jadi hanya dia yang mampu mengalas beban dan menjadi harapan keluarganya. Madiha kena berdikari.

Salah satu punca aku dipukul dulu tu pun hanya kerana membela abangnya yang lemah. Aku akui memang salah aku. Kini aku kagum dengannya dan teramat – amat gembira kerana Madiha mulai suka kat aku …yuhuu!! Kena buat plan C pulak.

Plan A : Skodeng dengan niat balas dendam
Plan B : Ngorat bagi bunga ...berbulan – bulan lamanya…niat balas dendam juga tapi sikit kandas…dah mula jatuh cinta
Plan C : Ngorat sampai dia kena kahwin dengan aku…huhuhu..tapi minah ni liat sikit tak pe …sabar aje ( niat nak balas dendam luput terus )

“So ..Diha dah makan ke. Malik belanja sebagai tanda kita sudah berkawan dan berdamai...macam mana”

Madiha mengangguk tanda setuju sambil menghulurkan salam perkenalan.

“Okey…friend”

“Friend”


****************************************

“Abang!!!...dapur kita terbakar” jeritan Madiha mengejutkan Malik. Mata Malik terkebil – kebil sejurus melihat Madiha berlari ke arah dapur. Malik bingkas bangun membontoti isterinya. Dapur gas di tutup segera. Membuka tingkap seluas – luasnya. Mengibas – ngibas asap yang sudah memenuhi ruang dapur. Lama - kelamaan asap mulai berkurangan.

“Emmm…dah hangus ikan kita bang” ikan hangus disuakan kepada Malik.

“Nasib baik ikan yang hangus...ingatkan sayang abang yang terbakar tadi. Risau abang”

“Abang mengelamun lagi ya!!”

“Eh! mana ada”

“Baik mengaku ….masa Diha sampai je tadi, tengok asap dah penuh kat dapur tu…tak nampak pun abang ada. Baik abang ngaku…kalau tak Diha cubit abang”

“Tidak …betul! abang cuma teringat zaman kita dulu - dulu je. Masa zaman sekolah…abang ngorat sayang”

“Haa…tu! Mengaku pun” jari telunjuk yang Madiha suakan kepadaku, aku gigit…gigit manja je. Dia terjerit.

“Nak cubit abang konon. Sebelum Diha cubit abang ...baik abang gigit Diha dulu” Malik buat gaya nak menerkam mangsa.

“Aarrrr…tak mahu” Madiha berlari menuju ke ruang tamu. Aku mengejarnya. Dia lari ke ruang balkoni pula. Aku kejar lagi. Dah macam main kejar – kejar ataupun main polis entri one tu jaga, polis mati pencuri jaga…he he he. Aku masih mengejarnya. Kali ini Madiha sudah lari ke arah bilik kami. Memang di duga ..pucuk dicita ulam mendatang.

Aku kunci pintu. Haa..mana mau lari. Jalan mati.

“Abang ..jangan ...Diha baru balik kerja ni”.

“Tak pe. Abang lagi suka” Madiha mati akal. Aku tarik tubuhnya ke dalam dakapanku. Aku terus menguncup lembut bibirnya. Lemah …lemas …asyik… dengan tindakanku. Ku benamkan tubuhnya ke tilam empuk kami, Vono. Pakaiannya ku tanggalkan satu persatu. Dia merenggek lembut dengan belaianku.

“ Abang…”

“Emmm…”

“Melissa mana?”

“Tido…”

“Abang...”

“Syyyy…. sayang, abang nak proses Melissa yang kedua pulak ni”. Aku rangkul erat pinggang Madiha. Menguncup dahinya…matanya…pipinya…bibirnya…dan…Madiha hanyut dibuai asmara.

7 comments:

  1. cerpen ni je yg dpt sy postkan dulu. enjoy reading. Komen kalau tak best ye...

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu... lawak dan sgt romantik!!!
    bez2!!!
    cayalah cik writer!!
    n3 utk DDC cepat2 lah post kn ye??
    huhuhu...

    ReplyDelete
  3. suker...suker
    Awin memang suka wat cerita tema macam ni yer?
    Maksud saya, zaman dolu dgn zaman skrg

    ReplyDelete
  4. best ar....sronok bc... huhuhuhu...

    btul la... bila nak kuar citer DDC...

    ReplyDelete
  5. awin , anggap ni kata2 semangat ye.
    gaya penseritaan awin ok, boleh difahami. cuma bila part flash back, buat pembaca betul2 flash back boleh?
    tak reti nak explain nih, hopefully awin boleh improve.
    saya sokong je penulisan awin :)

    ReplyDelete
  6. thanx smua. Komen nina n yunix sy take note.
    n3 DDC akan menyusul...lmbt sikit kot.
    Wish me luck k.
    (Bz buat bunga telur n hantaran he he he)

    ReplyDelete