Friday, November 27, 2009

Diulit DOSA CINTA...15

BAB 15


Pon! Pon! Pon!.....

Bunyi hon kereta kuat kedengaran diluar rumah. Berpisat – pisat aku bangkit dari tidurku untuk melihat gerangan orang yang tak ada otak tu. Aku mengintai di celah tingkap atas. Siapa tu ? Pagi – pagi dah buat bising.

BMW sport 523i berwarna putih!
Sah! Milik Zaqrie. Aku terkejut sambil mengosok – gosok mata bagaikan tak percaya. Biar betul. Apa yang dia buat kat sini, pagi pulak tu. Bertalu – talu bunyi hon kereta semakin membingitkan pagi itu. Aku bingkas bangun dan turun ke bawah. Mengintai di celah tingkap bawah pulak. Cermin gelap pada tingkap keretanya membuatkan aku tidak dapat melihatnya dengan jelas. Untuk keluar memang aku tak berani.

Bunyi hon masih bergema. Huh! Giler betullah dia ni. Jiran – jiran sebelah rumahku sudah pasti menjenggulkan kepala mereka masing – masing untuk mengetahui gerangan yang dicari oleh pemilik kereta tersebut. Aduh! Salina tak de pulak tu. Aku mula rasa tak sedap hati.

Aku mengintai lagi. Kali ini aku lihat Mak Cik Benah, jiran sebelah rumahku sedang bercakap dengan Zaqrie. Aku sempat juga meneliti penampilan Zaqrie pagi itu, kelihatan segak dan santai. Bertopi putih, T-shirt putih dan seluar bermuda hitam separuh lutut. Memang mamat giler putih dia ni…

Zaqrie masih berborak dengan Makcik Benah yang seperti mengangguk – anggukkan kepalanya sambil jari telunjuk ditujukan ke arah rumahku. Aku dah mula risau. Apa hal agaknya? Aku tak dapat meneka butiran perbualan mereka.

Sementelah kedengaran pula suara Mak cik Benah memberi salam. Nyaring sungguh suaranya. Pintu pagar rumahku digegar berkali - kali. Aku jadi tak keruan. Fikiranku berkecamuk dengan kerisauan yang teramat. Mahu menjawab salam itu ataupun membiarkan saja. Aduh! pening kepala aku.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membatukan diri saja dibalik pintu. Menadah tangan dan berdoa agar kejadian ini akan segera berlalu. Tak sanggup rasanya berdepan dengan Zaqrie dikala ini. Aku sebolehnya tidak mahu berjumpa dengannya. Tak habis dipejabat sampai ke rumah dia mencari aku. Apalah yang dia nak agaknya? Hal penting sangatkah? Huh! hari minggu pun nak mengacau.

Kemudian suasana menjadi senyap. Tiba – tiba deruan enjin kereta mula mengaum kuat. Pecutan dan geseran tayar berdesing di telinga. Bunyi itu semakin lama semakin jauh dan lenyap. Aku memberanikan diri untuk mengintai semula dicelah tingkap. Zaqrie telah tiada. Alhamdullillah…selesai masalah hari ini.

Adawiya berlari girang ke tingkat atas sambil menyanyi kecil.


*****************

“Zaq baru balik” tegur mama sambil mata melilau ke arah luar. Mungkin mencari tetamu yang ditunggu – tunggu.

Zaqrie merengus perlahan. Melangkah lemah di muka pintu. Sakit hatinya dari semalam tidak reda malah bertambah menyiksakan dan menyesakkan dada dengan kejadian pagi tadi.

“Kenapa Zaq sorang je..mana Adawiya” soal mama kebingungan.

Nada suara Zaqrie kecewa. “Dia tak datang…lain kali ya ma, Zaq jemput dia”. Hati Zaqrie semakin pedih. Yang dirancang tidak kesampaian.

“Ala.. tak pe lah Zaq. Ada hal agaknya dia tu” ujar mama seakan memujuk hatiku yang lara. Lara dengan tingkah Adawiya yang dingin.

“Dah jom masuk. Ada tetamu sedang menunggu kita” ujar mama kelihatan gembira.

Siapa? Soal hatiku. Jangan – jangan Erisa gedik tak. Eeii..tak mau la aku.

Zaqrie bergegas menuju ke anak tangga, kalau boleh ingin terbang terus ke biliknya. Tak mahu bersemuka dengan perempuan ngeri tu. Namun langkahnya terhenti tatkala terpandang kelibat tetamu yang dikatakan oleh mamanya itu adalah musuh saingannya, Ikram!.

“Hi! Zaq” Ikram berdiri menghulurkan salam. Zaqrie menyambut dingin. Adikku, Zurina yang duduk di sebelahnya kelihatan tersenyum – senyum. Mungkin gembira apabila dapat berbaik semula dengan bekas tunangnya itu. Aku tak ikut campur perhubungan mereka itu.

Yang aku tahu, aku sedang bengang dengan Ikram yang cuba menganggu gugat hubungan aku dengan Adawiya. Kemesraan mereka berdua pada malam itu terlintas dikotak fikiran membuatkan hati Zaqrie semakin sakit.


Ikram mengukir senyum. Hatiku tiba – tiba rasa terbakar melihat senyuman Ikram. Diriku rasa tercabar. Seolah – olah senyuman itu menyindir diriku yang tewas memenangi hati Adawiya. Aku takkan kalah. Itu janjiku.

“Emm..korang duduk lah dulu. Aku nak naik ke atas kejap” tanpa menoleh Zaqrie terus beredar. Hatinya masih panas.

“Kenapa dengan abang Ina tu...lain macam je” Ikram meluahkan rasa kurang senangnya.

“Memang abang I macam tu..’moody’ tak tentu pasal. Alah! biarkanlah Am. Yang penting hal kita ni perlu dibereskan cepat. I tak mahu tangguh – tangguh lagi. Lagipun mama dan papa I dah setuju tau” beria sungguh pinta Zurina hingga terpancar kegembiraan diwajahnya. Zurina merangkul manja lengan Ikram, hatinya tidak mahu melepaskan saat berdua seperti ini.

“Bukannya Am tak nak cepat tapi berilah Am masa ye. Lagipun hubungan kita baru nak pulih” Ikram mencari dalih. Hakikatnya hati Ikram sudah beralih kepada seseorang yang amat dia kasihi kini.

“You jangan main – main Am. I serius ni. I tak kira, kita mesti nikah juga hujung tahun ni. Hujung bulan ni kita tunang so ada masa 6 bulan lagi untuk persediaan majlis perkahwinan kita. Apa pendapat you" Zurina terlebih dulu merencana perancangannya tanpa dibawa berbincang, membuatkan Ikram terdiam. Apa lagi yang boleh dikatakan olehnya. Zurina memang jenis suka memaksa dan membuat keputusan sendiri. Sikapnya inilah juga menjadi punca keretakkan hubungan mereka dulu malah kemesraan yang ingin dicipta semula semakin menipis.

“Terpulanglah kat you" Ikram beralah. Zurina tersenyum puas. Ikram telah berada di dalam genggamannya kini. Zurina yakin pasti kali ini hati Ikram dapat dimilikinya.

“Ehem…”

Mama berdehem. Zurina segera meleraikan pautannya. Memperkemaskan rambutnya yang terjurai. Ikram rasa segan sendiri. Tapi sedaya upaya mempamerkan riak setenang yang mungkin diwajahnya.

“Mama senang hati tengok kamu berdua dah berbaik semula. Jadi mama harap kali ini hubungan kamu berdua serius hingga ke jinjang pelamin”.

Mama meneruskan lagi bicaranya.“Memandangkan kamu berdua macam dah bersetuju, mama ingat kali ini tak payah nak buat majlis bertunang. Korang pun pernah bertunang, jadi terus buat majlis nikah je. Macam mana Am ..setuju dengan cadangan mama ni” .

Hati Zurina melonjak girang. Gembiranya bukan kepalang. Tak disangka cadangan dan keputusan mamanya itu lebih pantas darinya. Ikram pula tidak seceria Zurina mendengarkan berita itu. Hatinya gundah bagaikan dilanda badai gelora yang maha hebat.

Amat tidak sukainya cadangan mama Zurina itu. Terlalu mengejut dan drastik. Padahal baru 4 bulan dia berbaik dengan Zurina. Masih baru untuk memulihkan luka yang tercalar dihatinya akibat perbuatan mama Zurina juga. Ikram tidak mampu berdalih lagi.

Belumpun sempat Ikram memberikan jawapan, Zaqrie muncul dan mencelah. Matanya mengerling ke arah Ikram yang sudah muram.

“Apa cerita ma. Nampak macam menarik je” tanya Zaqrie lalu menghenyakkan punggungnya ke sofa empuk di ruang tamu rumah mereka.

“Haa..kebetulan Zaq ada kat sini. Mama nak umumkan sesuatu. Berita gembira”

“Apa dia”

“Mama dah syorkan pada Ikram dan Ina, perkahwinan mereka mama nak buat hujung tahun ni. Apa pendapat Zaq” mama tanya pendapat aku.

Kalau ikutkan rasa geram, mahu je aku kahwinkan dia orang sekarang juga. Meluat dengan kepura – puraan Ikram melakonkan watak baiknya di depan Zurina dan mama. Kononnya sayang kat Zurina.

“Hei! Mama tanya ni…apa pendapat Zaq” tukas mama lagi.

“Oh! Zaq okay je ma. Baik pada mama…baik juga pada Zaq. Tapi apa – apa pun kita kena lah tanya tuan empunya diri tu ..setuju ke tidak” muncung Zaqrie diarahkan kepada Ikram. Sengaja memancing kegundahan hati Ikram.

Aku nak tengok sejauh mana kau boleh berlakon di depan kami semua. Zaqrie merenung tajam wajah Ikram. Menantikan jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Am ikut aje apa pun keputusan yang dibuat” jawab Ikram dengan nada yang perlahan. Akhirnya Ikram terpaksa akur dengan cadangan itu walaupun hatinya membantah. Dia harus mengenang budi dato’, papa Zurina selama ini yang banyak mambantunya. Budi yang ditabur tidak dapat dibalas dengan pengorbanannya yang sedikit itu. Biarlah dia berkorban jiwa dan perasaannya yang kini telah diberikan kepada Adawiya.

Pada Ikram moga keputusan yang dibuatnya itu dapat mengembirakan hati semua orang yang ada di situ. Zaqrie tersenyum nipis. Ikram memandang wajah Zaqrie dengan satu pandangan yang pelik. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku. Zaqrie seakan tidak berpuas hati dengan dirinya. Padahal selama ini hubungan mereka baik cuma hari ini, Zaqrie menunjukkan sikap jengkel kepadanya.

“Wow! Bagusnya hari ni ma. Ina gembira sekali. Thanks ma…atas restu mama. Thanks Am…kerana menerima Ina kembali. Ina janji akan berubah menjadi isteri yang baik buat Am” ungkap Zurina dengan ceria sekali.


Memeluk mama erat dan menguncup kedua pipi mama tanda gembira. Ikram hanya menunduk. Hatinya pilu dengan keputusan yang tidak direstuinya sendiri.


*******************

Hari ini Adawiya memandu keseorangan ke pejabat. Salina telah dijemput oleh Hamidi seawal pagi lagi. Mungkin ada sesuatu yang berlaku antara mereka. Dilamun cinta agaknya. Firasatku kuat mengatakannya memandangkan Salina kini sudah pandai menggunakan alat solek dan agak bergaya penampilannya.

Ah! semoga kau bahagia Sal. Aku doakan agar kau bertemu jodoh yang baik. Lagipun kalau nak difikirkan Hamidi memang layak mempunyai teman wanita seperti Salina kerana hanya dia yang mampu mengawal sikap Hamidi yang liar tu. Aku tersenyum sendiri.

Adawiya terus memandu menyusuri jalan yang mulai sesak dengan kenderaan yang berpusu – pusu ke tempat kerja masing – masing. Hampir – hampir juga aku terlewat tiba di tempat kerja, nasib baik aku pandai menggunakan jalan pintas hasil tunjuk ajar Salina tempoh hari.

Adawiya memakirkan keretanya di tingkat bawah bangunan Wisma Dato’ Zaid. Kereta segera dikunci. Tergesa – gesa menuju ke arah tangga untuk ke lobi atas. Sebaik saja daun pintu dikuak, tiba – tiba lenganku ditarik seseorang. Hampir aku terjerit dibuatnya. Tubuhku terdorong ke dalam pelukan orang itu .

“Awak!!!??”

“Lepaslah….saya jerit nanti” marahku cuba melepaskan diri dari rangkulannya.

“Jeritlah. Nanti awak juga yang akan malu” ugut Zaqrie.

“Lepaskan saya. Awak faham tak? Saya dah lambat ni” tegasku. Langsung tak memberi kesan dihatinya.

“Saya takkan lepaskan awak lagi. Kalau awak lambat katakan saja awak bersama saya. Tak de siapa yang akan soal lagi”

Huh! Berlagaknya.

Aku cuba meronta. Tangannya kemas mengunci pergerakkanku. Pelukannya semakin dieratkan, tubuhku ditolak hingga tersandar ke dinding. Aku mendongak. Jarak mukanya betul – betul sejengkal dari mukaku. Hidungnya yang terpacak sudah menyentuh batang hidungku. Hampir – hampir bertaut bibir kami. Hembusan nafasnya bagaikan menggila, membunuh segala geloraku yang sedang membuak di dada.

Terasa dadaku melekap kuat ke tubuhnya. Kudratku amat terbatas untuk melawan tenaga lelaki itu. Aku semakin tertekan. Tanganku digenggam kuat ke belakang. Semakin kuat aku meronta semakin kuat genggamannya dan semakin rapatlah tubuhnya melekap ke tubuhku.

“Tolonglah!..sakit” aku merayu cuba meraih simpatinya. Zaqrie tersenyum. Senyumannya mematikan akalku. Renungannya tajam menikam. Aku membalas renungannya namun aku tewas. Hilang kekuatan yang ku himpun sebentar tadi. Aku jadi lemah selemahnya.

“Pleasee…” aku rayu lagi. Mataku redup memandangnya. Pandanganku dibalas dengan renungan Zaqrie yang tajam. Matanya meliar keseluruh raut wajahku.

Kemudian pelukan direnggangkan sedikit. Memberi aku sedikit ruang untuk bernafas.

“Tolonglah!..apa lagi awak nak dari saya”.

“Saya nak awak!” ujarnya penuh geram.

Aku tergelak dalam hati, debar pun ada. Bukankah dia dah dapat aku? Giler?

Aku masih diam. Menanti soalannya seterus.

“Awak pergi mana semalam. Kenapa saya ‘call’ tak jawab. Mesej saya pun tak balas”.

Oh! kerana itu rupanya. 53 panggilan tidak berjawab, 33 mesej tidak berbalas. Mana tak menaikkan darahnya. Memang aku sengaja berbuat begitu. Aku rasa amat berbaloi.

Mindaku ligat mencari alasan. Dalam pada itu, aku masih berusaha mencuba meloloskan diriku dari cengkamannya. Tetapi gagal. Eratannya kembali diketatkan.

“Kenapa diam sayang”

“Boleh tak awak lepaskan saya dulu”

“Tak boleh. Baik awak jawab pertanyaan saya tu. Kalau tak….” gertaknya sambil tersenyum nakal. Membuatkan darah aku jadi gemuruh. Aku gugup. Mesti kepala otaknya berfikir yang bukan – bukan.

“Eerr…kalau tak apa?” cabarku.

“Kalau tak saya…emmm? “ Zaqrie berfikir – fikir. Ah! Adawiya kau mencabar aku rupanya. Kalau cakap, aku cium bibirnya yang comel tu, mesti dia tak takut. Tu dah biasa sangat…kena bagi gempak sikit …getus hati Zaqrie sambil tersenyum mekar.

Wajahku direnung lagi. Memperkemas semula rangkulannya. Aku pula semakin resah dalam pelukannya. Apa dia nak buat ni? Jantungku berdegup kencang.

Aku betul – betul mengharapkan jikalau ada insan yang lalu di sini. Namun harapanku mungkin tipis kerana lot tempat letak kereta di bawah tanah ini memang kurang orang melaluinya.

Zaqrie tersengih nakal.

“Kalau tak saya akan peluk awak kat tepi tangga ni sampai esok pagi dan esok dan esoknya sehingga awak jawab pertanyaan saya tadi. Biar orang yang lalu lalang kat sini tengok kita berdua macam ni. Lepas tu tangkap kita. Kahwin! Awak nak?”

Huh? Giler betul la lelaki ni. Aku naik takut dengan sandiwaranya. Buatnya betul, tak ke naya.

Adawiya merengus kecil.

“kenapa diam? Awak ke mana semalam dan dengan siapa awak keluar” tingkahnya geram.

Amboi! macam polis menyoal. Aku bukan bini kau lah…bentak hati Adawiya.

“Penting sangatkah sampai saya kena jawab panggilan awak tu. Mustahak sangatkah sampai saya kena laporkan setiap kali saya nak keluar dan dengan siapa saya berkawan. Saya rasakan awak ni dah gila tau tak?” marahku mengunung.

“Awak tak boleh buat saya macam ni. Awak tak boleh kawal hidup saya. Faham tak! .Please… please…lepaskan lah saya” aku merayu lagi sepenuh jiwa.

Zaqrie hanya memandang mukaku dengan wajah yang bersahaja. Luahanku langsung tak masuk ke jiwanya. Eeii..geramnya. Memang gila ..gila …gila dia ni…

Dan Zaqrie seolah mendengar isi hatiku…

“Syyyy… memang saya dah gila. Saya gilakan awak….Adawiya. Saya mencintai awak…teramat - amat cinta..faham” bisik Zaqrie perlahan ditelingaku, amat lunak bisikannya sehingga meremangkan bulu romaku. Jemarinya mengelus lembut pipiku dan dia mencium haruman rambutku tanpa sedar membuai aku dalam keasyikkannya. Aku bagaikan kaku dan terpukau. Entah kenapa aku akur dengan perbuatannya.

Perasaanku kini benar – benar berkecamuk. Bercampur baur antara marah...benci dan suka. Suka? Tak mungkin. Aku tak mungkin terjatuh suka pada lelaki ini yang telah menodai aku.

Namun aura cintanya lebih kuat mengatasi perasaanku sendiri. Perasaanku berperang di dalam . Perasaan yang aku tidak dapat tafsirkan dengan kata – kata. Satu perasaan pelik tumbuh dihatiku.

Kenapa aku tidak dapat merasai nikmat cinta ketika berada di samping Ikram? Kenapa kalimah – kalimah cinta yang sering diluahkan Ikram tidak sedikitpun menyentuh hatiku? Kenapa dengan Zaqrie, hanya sekali lafaz cintanya bisa membuatkan degupan jantungku bergetar hebat?

Ah! hati kenapa kau begini….

Akhirnya Zaqrie melepaskan rangkulannya. Rasa sakit di lenganku masih berbekas. Kuat betul genggamannya. Aku membetulkan kedudukan jarakku dengannya.

“Mulai hari ini, saya akan jaga awak” tuturnya lembut.


Aku masih kelu. Tiada respon yang dapat aku lahirkan terhadap ungkapan lelaki itu.

18 comments:

  1. wahhhhhhh...
    mcm nie sy pun bleh jtuh tangga...
    hahahahah...
    hebat tol citer nie...
    smbg cpt ya awin...

    ReplyDelete
  2. whoaaaaaa...
    tackle lagi zaq..
    da nk berjaya tuh..
    huhhuh..
    smbung2..

    ReplyDelete
  3. hahahaha... cayalah!!
    kahwin dgn wiya cepat zaq!!
    nnt melepas!
    nak lagi!!

    ReplyDelete
  4. fulamak....ble cair beb....
    ahaks..mmg giler si zaq tu yer...
    next...;)

    ReplyDelete
  5. hahah..
    ape nie..
    suke2 jew zaq tu nak sentuh anak org..
    haishhh..

    ReplyDelete
  6. isyhh romantiknyerr,,hhehe..awin..i will follow you..

    ReplyDelete
  7. best2..nk lg..
    hehehe..zaqrie ni baik..baik da..
    mybe pntang dicabar oleh kawan2 die kot..
    tu yg die wat perangai dulu tu..
    hope zaq ngn wiya..sesuai sgt..
    lgpon zaq kne la bertggungjwb atas ksilapan die dulu..huhu..(pnjg lak..)

    ReplyDelete
  8. hurmmmm..sweet r.
    psl ikram plak sedp2
    jew nk pikt wiya tp
    nk kawen ngn adk zaq plak!
    haih.....nk zaq ngn wiya..
    =)

    ReplyDelete
  9. wow! bestnye...................... nak lagi...........................................

    ReplyDelete
  10. hehehe best..best..
    nak zaq ngn wiya..
    pastu biar adawiya tah y ikram tu dah berpunya...huhuh
    sambung...hehehe
    zaq+adawiya=forever...

    ReplyDelete
  11. cepatlah post citer baru... lame dh tunggu ni... episod 16 plk ye... hehehe

    ReplyDelete
  12. insyaallah ...very soon..
    lgpun klu nak ikutkn sy x boleh upload lg new n3 sbb novel ini tlh dipilih utk penilaian...tp apa2 pun sy akan upload juga the new n3 very soon before leaving for holiday..ye!
    tq for the support..
    luv u all ...

    ReplyDelete
  13. mana sambungannya...dah tak sabar dah nih

    ReplyDelete
  14. jalan citer awina kuat, takde ruang yang longgar, tidak meleret2 dan berbunga2.i like it!

    ReplyDelete
  15. adess.
    lmbt nye..
    xsbr nk tau y strus nye.
    ngee. :)
    pe2 pn gud lark utk pnulis!
    caiyOk!

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. hi...sy follow novel u n sy rase byk improvement dr segi bhase..sgt mnarik n romantica d amor..ihihi..hope bole bace ddc episode 16 scpt mgkin..gudluck!

    ReplyDelete