Friday, August 21, 2009

Diulit DOSA CINTA...1

BAB 1


Kelihatan deretan rumah teres 2 tingkat sederhana mewah membarisi sepanjang perjalanan kami. Honda City berwarna perak milik Marini menyusur laju dan tidak beberapa lama kemudian perlahan membelok memasuki sebuah rumah yang cantik dan redup dilitupi pohon – pohon yang agak rendang. Matahari petang membiaskan cahayanya sehingga mempamerkan bebayang pohon – pohon pada permukaan bumi.

Aku agak teruja melihat keadan persekitaran yang begitu indah dilengkapi lanskap ala bali yang ringkas dan mendamaikan jiwa. Ada air terjun mini! cantik.., desis hatiku.

“Hah! Melamun jer kau nie...” sergahan Rini, mematikan lamunanku. Adawiya tersengih sipu, malu ditegur begitu.

“Aku kagum tengok rumah kau Rini”. Pujian Wiya membuatkan Marini tersenyum bangga dan terus memparkirkan keretanya.

Aku mengeluarkan beg dan barang kiriman ibuku dikampung. Marini turut membantu,“banyaknya barang kau Wiya..tak larat aku nak angkat macam nak duduk setahun kat rumah aku je”.

Adawiya tersenyum meleret,“baru kau tahu, mak aku kalau kirim barang memang cam ni, macam nak buat kenduri...”, Marini ketawa mendengar rungutanku sambil menyusun beg plastik berisi buah - buahan dan keropok di bahagian sudut rumah.

Marini dan Adawiya akhirnya merebahkan diri ke sofa empuk untuk melepaskan lelah setelah penat mengangkat barang dan lebih – lebih lagi kepenatan dalam perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam. Adawiyah sempat memerhatikan keadaan susunan perabot rumah Rini yang begitu kemas, indah dengan perhiasan yang ringkas,agak kontemporari..eemmm ..mewah juga si Rini nie, detik hatiku.

Walaupun aku telah berkawan dengan Marini lebih 5 tahun, tetapi aku tidak pernah mengetahui latar belakang dirinya. Dan sememangnya Adawiya tidak gemar bertanya lebih – lebih lagi sekiranya tuan empunya diri tidak berminat untuk menceritakannya.

Adawiya agak keberatan untuk bertanyakan tentang perihal Marini, kawan baiknya sejak menuntut lagi di salah sebuah universiti di Johor di dalam jurusan yang sama. Marini pula seolah – olah dapat mengagak setiap soalan yang ingin aku tanyakan dan dia dengan mudah dapat menangkisnya. Akhirnya aku yang berputus – asa, tak ingin mengambil tahu hal peribadi dia lagi.

Namun begitu, Adawiya dapat merasakan, Marini bukan sebarangan orang dan berkemungkinan golongan berada memandangkan asset yang dimilikinya kereta, rumah dan yang penting! sentiasa berpoket penuh. Adawiya tersenyum membuat andaian.

“Aaarghhh…biarlah! Yang penting dia baik dan jujur denganku” omelanku membuat Marini tersentak.
“kau nie kenapa ..sewel ke? cakap sorang – sorang” Marini menepuk kuat bahu Adawiya dan menyebabkan dia hampir terjatuh dari sofa. Adawiya membetulkan kedudukannya. “Mana ada..”aku menyangkal.
“Wei ..aku lapar la, jom kita keluar makan”. Marini menggosok –gosok perutnya.
“Malaslah,Rini. Aku tak lapar sangat lagipun kepala aku sakit berdenyut-denyut...nak kena migraine nie,kau ada panadol?”, Adawiya mengeluh sambil memicit – micit kepalanya dan bersandar pada bahu Marini, seolah – olah ingin minta dibelai.

Sememangnya aku sering mengalami sakit kepala sejak menuntut dari tahun 2 lagi dan selalunya panadol..lah sebagai penawarku. Mungkin sikap tidak serius aku tu menyebabkan aku malas untuk membuat pemeriksaan doktor.

Marini pula sudah berbuih mulut menasihati aku supaya membuat pemeriksaan lanjutan, namun kedegilan aku menyebabkan Marini tak kuasa nak bersuara lagi.
Marini bingkas bangun dari sofa dan menuju ke peti kecemasan lalu menghulurkan pil ‘acti-fast’ kepadaku. “ Nah! Jangan ambil berlebihan ya ..ikut dos yang dibenarkan”, Marini memberi amaran kepadaku. Dan seperti biasa aku selalunya ingkar dengan arahan tersebut.

Setelah menelan 4 biji pil, Adawiyah meminta izin untuk berehat tetapi langkahnya terhenti sambil memandang sebuah beg di tepi kaki tangga.

“Eh! mana aku nak letakkan beg aku nie Rini ....” Adawiya segera mengangkat begnya dan mahu bergerak menuju ke tingkat atas.

“Eemmm…kau bawa beg kau kat tingkat atas bilik sebelah kiri ya”. Marini mengarah sambil menunjukkan bilik di sebelah kiri hujung. Terdapat 3 bilik di bahagian tingkat atas dan ruangan tengah dihias ringkas dengan dilengkapi sofa berbentuk ‘L-shape’ dan rak buku di sudut tepi.

“Nie bilik kau …haa..bilik yang kanan nie, aku punya” Rini menunding jari ke arah pintu bilik.

Adawiya mengerut dahi, “Eh! Kenapa aku tak duduk sama bilik dengan kau ”, soalku.

“Ishh...mana boleh! tak ‘privacy’ la.. kawan lagipun aku tak suka ‘share-share’, jawab Rini sambil mengangkat begku masuk ke bilik yang disediakan buatku.

“apa yang tak ‘privacy’, bukanya aku nak kacau kau pun …boring la aku cam nie. Kau bilik sana, aku pulak kat sini. Tak best la ..terasing tau. Bilik tengah tu pulak, ada sesiapa lagi ke tinggal dengan kau” soalanku pura – pura tidak didengari oleh Marini. Marini dengan wajah selamba terus menyusun bantal dan membetulkan sedikit cadar di atas katil.

“Ala ..tu jangan la kau risau , nanti senang – senang aku lepak la dalam bilik kau ya, kita borak – borak sampai kau tidur. Lagipun kan mudah kau nak bergerak sana – sini kalau sorang – sorang dalam bilik nie ..kan ..kan ..kan !.” Marini mengangguk –nganggukan kepalanya ke arah Adawiya. Nak minta persetujuan aku la tu. Akhirnya Adawiya mengalah dan bersetuju dalam keterpaksaan.

Mungkin Marini nak aku selesa tinggal di rumahnya kot. Argh! Tak kisah la, untung juga aku lagipun bilik nie semua cukup, ada televisyen, ada pemain DVD, tak la aku boring sangat. Marini memang pandai dalam melengkapkan keperluan dirumahnya, serba – serbi ada.

“ada makhluk lain ke kat bilik tengah tu” tekanku lagi. Marini ketawa berdekah
“kau nie risaukan bilik tu kenapa”
“Bukan macam tu, takut la kalau – kalau ada ‘maaakhluk’ lain ke atau apa-apa ke selain kita, dok dalam rumah kau nie”, aku membuntangkan mataku ke arah Marini, sahaja aku menekankan perkataan ‘makhluk’ tu.

“kau jangan risau la, tu bilik kawan aku. Dia dah balik kampung, lagipun kawan aku tu jarang balik rumah ini”. Penerangan Rini melegakan hatiku, lantas aku menukar sehelai T-Shirt dan berseluar pendek, pakaian keselesaanku kalau berseorangan di bilik. Adawiya kemudian menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Marini bergegas keluar dari bilik Adawiya apabila deringan telefon bimbitnya berbunyi berkali – kali. Kedengaran suara halus sedang berbicara seperti berbisik – bisik dan sekali – kala diiringi bunyi ketawa bermanja – manja.

“Jangan lupa kunci bilik kau Wiya …sebelum tidur. Aku nak keluar jumpa kawan sekejap”, jerit Marini dari luar biliknya.
“Ok ..” ringkas saja jawapan Adawiya.

Setelah selesai menunaikan solat Maghrib, Adawiya merehatkan diri di atas katil sambil menekan siaran TV, mencari – cari rancangan yang menarik dan akhirnya terlena tidak sedarkan diri sehingga terlupa akan pesanan kawannya Marini.

1 comment:

  1. Salam awin awina...
    Terus terang saya katakan saya terkejut dengan suatu perkara...Dan saya percaya anda juga begitu.
    Saya juga memiliki blogspot. Baru-baru ini, saya terfikir untuk menullis sebuah cerita pendek berjudul Diulit Dosa. Tetapi sebelum itu, saya akan pastikan bahawa belum ada siapa-siap yang menulis cerita dengan tajuk yang sama.Cuba teka!
    Saya mendapati anda telah terlebih dahulu menulisnya. Dan yang paling memranjatkan saya, layout untuk blog anda adalah sama dengan saya dan nickname anda adalah sama seperti saya...Subhanallah!agal memeranjatkan saya kerana kita memiliki sesuatu perkara yang sama!

    ReplyDelete